You are on page 1of 2

KEGIGIAN MANUSIA

FUNGSI GIGI

Gigi insisor berfungsi sebagai pemotong makanan. Gigi kanin mampu mengoyakkan makanan seperti daging. Gigi pramolar dan molar bertindak semasa mengunyah makanan iaitu menghancurkan makanan agar mudah dihadamkan oleh perut. Semua fungsi setiap gigi akan bekerjasama semasa proses pengunyahan berlaku ketika makan. Sekiranya semua gigi molar telah hilang dari rongga mulut, anda masih boleh mengunyah kerana masih ada gigi premolar. Tetapi, jika gigi incisor dan kanin telah hilang, tiada penggantinya, maka anda sukar untuk makan. Apabila anda menyebut huruf S danL, lidah akan terletak pada hujung gigi atas. Apa kata anda menyebut perkataan selasa dan selesa. Ini bermakna gigi amat diperlukan untuk pertuturan. Sedarkah apabila bertutur, anda memerlukan gigi untuk menyebut beberapa huruf dan perkataan. Selain daripada itu gigi yang cantik dapat memberikan senyuman yang manis. Bayangkan senyuman tanpa gigi atau gigi yang rosak atau kotor.

JENIS GIGI MANUSIA Terdapat 2 jenis kegigian untuk setiap manusia iaitu kegigian susu (desidus) dan kegigian kekal. Seawal umur 6 bulan, gigi susu akan tumbuh. Biasanya gigi hadapan bawah. Begitu juga seawal umur 6 tahun, gigi kekal hadapan bawah akan menggantikan gigi susu walaupun tidak rosak. Kegigian susu terdiri daripada 8 batang gigi hadapan (kacip/insisor), 4 batang gigi taring (taring/kanin) dan 8 batang gigi geraham (molar). Jumlah gigi susu yang ada di dalam rongga mulut seorang kanakkanak adalah 20 batang gigi. Manakala kegigian kekal terdiri daripada 8 batang gigi hadapan (kacip/insisor), 4 batang gigi taring (taring/kanin), 8 batang gigi geraham kecil (pramolar) dan 12 batang gigi geraham besar (molar). Jumlah keseluruhan gigi kekal yang hadir di dalam mulut seorang dewasa adalah 32. Walau bagaimanapun, gigi geraham besar yang ketiga jarang kelihatan bagi populasi manusia zaman ini. Biasanya gigi ini hanya

tertanam dalam rahang dan tidak akan keluar jika tiada kesakitan berlaku.

Perbezaan Di antara Gigi Susu dan Gigi Kekal

You might also like