You are on page 1of 9

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

................................................... BELINDA HII LU ING TARIKH : 31 MAC 2013

.................................................. CHEAH YI LIN TARIKH : 31 MAC 2013

Masalah 2 Peter, Amy, John dan Mary pergi memancing di tepi tasik dan hanya Mary sahaja yang ingat untuk membawa bakul. Mereka semua bersetuju untuk menyimpan hasil ke dalam bakul Mary buat sementara dan buat pembahagian selepas itu. Setelah tiba di rumah Mary, Mary telah mengambil balik hasilnya yang sebanyak 5 ekor ikan. Jumlahnya ialah sebanyak 30 ekor. Jumlah kepunyaan Peter, Amy dan Mary ialah 21 ekor. Jumlah kedua-dua lelaki tersebut adalah sama. Jumlah kepunyaan Mary, Peter dan John ialah 23 ekor. Berapakah ekor ikan kepunyaan Peter, Amy dan John?

CARA PENYELESAIAN 1: Menggunakan Penaakulan Mantik / Logik

Memahami masalah Pelajar dikehendaki memahami masalah tersebut. Beberapa soalan akan ditanya kepada para pelajar untuk membantu mereka membuat analisis dengan betul iaitu: Adakah anda memahami semua makna, istilah atau perkataan yang digunakan dalam masalah tersebut? Apa yang perlu anda cari dan tunjukkan? Bolehkah anda menyusun semula ayat-ayat dengan perkataan sendiri? Adakah maklumat cukup untuk menyelesaikan masalah?

Maklumat : Mary mempunyai 5 ekor ikan : Jumlah ekor ikan Mary,Peter dan Amy ialah 21 ekor : Jumlah ekor ikan Mary, Peter dan John ialah 23 ekor : Jumlah ekor ikan kepunyaan keempat-empat mereka ialah 30 ekor : Jumlah kedua-dua lelaki tersebut adalah sama.

Menggunakan kaedah menyenaraikan secara sistematik.

Mary

5 ekor ikan

Peter

21 ekor ikan

Mary

Amy

23 ekor ikan Peter Mary John

Amy Peter

30 ekor ikan

John

Mary

Merangka strategi

Terdapat pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah ini. Para pelajar dikehendaki untuk memilih strategi yang sesuai berdasarkan soalan tersebut. Strategi penaakulan mantik telah dipilih untuk menyelesaikan masalah ini. Pelajar dikehendaki meanaakul secara mantik.

Melalui pemahaman soalan dan perbandingan antara rajah tadi saya telah menulis operasi matematik seperti berikut :

Mary = 5 ekor Mary + Peter + Amy = 21 ekor Mary + Peter + John = 23 ekor Mary + Peter + Amy + John = 30 ekor

Jumlah Peter+Amy perlu dicari terdahulu, Peter + John menjadi yang seterusnya. Selepas itu cari hasil John dapat dicari. Demikian juga dengan Peter dan akhirnya Amy.

Melaksanakan strategi

Mary + Peter + Amy = 21 ekor 5 + P + A = 21 (P+A) = 21 5 Peter+Amy = 16

Mary + Peter + John = 23 ekor 5 + P + J = 23 (P+J) = 23 5 Peter + John = 23

Hasil ekor ikan John :

Mary + Peter + Amy + John = 30 ekor 5 + (P+A) + J = 30 5 + 16 + J = 30 J = 30 5 16 John = 9 ekor

Hasil ekor ikan Peter :

Mary + Peter + John = 23 ekor 5 + P + 9 = 23 P = 23 5 9 Peter = 9 ekor

Hasil ekor ikan Amy :

Peter+Amy = 16 9 + A = 16 A = 16 9 Amy = 7

Jadi jumlah hasil ekor ikan yang dipancing kepunyaan keempat-empat kawan baik tesebut telah pun dicari. Mary mendapat 5 ekor ikan, Peter mendapat 9 ekor, Amy mendapat 7 ekor dan John mendapat 9 ekor pula.

CARA PENYELESAIAN 2: Strategi Teka dan Semak

Memahami masalah

Pelajar dikehendaki memahami masalah tersebut. Beberapa soalan akan ditanya kepada para pelajar untuk membantu mereka membuat analisis dengan betul iaitu: Selepas membaca soalan, pelajar ditanya objektif utama soalan tersebut? ( untuk mencari jumlah ekor ikan kepunyaan Peter, Amy dan John)

Apakah cara atau operasi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah tersebut? ( kaedah teka dan semak)

Apakah maklumat yang boleh diperolehi daripada maklumat tersebut ? (Mary mempunyai 5 ekor ikan. Jumlah ekor ikan Mary,Peter dan Amy ialah 21 ekor, Jumlah ekor ikan Mary, Peter dan John ialah 23 ekor, Jumlah ekor ikan kepunyaan keempat-empat mereka ialah 30 ekor, Jumlah kedua-dua lelaki tersebut adalah sama.)

Pelajar telah diberi panduan untuk menggunakan maklumat yang diberi dan menyelesaikan masalah dengan menggunakan kaedah berkenaan.

Merangka strategi Terdapat pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah ini. Strategi teka

dan semak telah digunakan untuk menyelesaikan masalah ini sebagai strategi yang kedua. Strategi ini meminta saya untuk meneka jumlah ekor ikan

kepunyaan Peter, Amy dan John mengikut maklumat yang diberi.

Melaksanakan strategi

Satu jadual teka dan semak dengan perbezaan jumlah ekor ikan kepunyaan Peter, Amy dan John telah dibuat seperti yang ditunjukkan di bawah: Jumlah ekor ikan kepunyaan Mary, Peter, Amy dan John Mary Peter Amy John Jumlah ekor Catatan Tanda ( / ) 5 4 5 8 22 Jumlah tidak betul dan jumlah keduadua lelaki tersebut tidak sama. 5 5 5 9 3 9 5 7 18 30 Jumlah tidak betul Jumlah betul tetapi jumlah kedua-dua lelaki tersebut tidak sama. 5 9 7 9 30 Jumlah betul dan jumlah kedua-dua lelaki tersebut adalah sama.

Jadual di atas telah menunjukkan bahawa perbezaan jumlah ekor ikan kepunyaan Mary, Peter, Amy dan John yang telah telah dibuat. Mary mendapat 5 ekor ikan, Peter mendapat 9 ekor, Amy mendapat 7 ekor dan John mendapat 9 ekor pula.

Menyemak Jawapan / Imbas Kembali

Mary + Peter + Amy + John = 30 ekor 5 + 9 + 7 + 9 = 30

PILIHAN KAEDAH TERBAIK

Strategi teka dan semak dan strategi menaakul secara mantik telah digunakan untuk menyelesaikan masalah jumlah ekor ikan kepunyaan Mary, Peter, Amy dan John. Selepas menggunakan kedua-dua strategi yang berbeza untuk menyelesaikan masalah ini, kumpulan kami telah membuat keputusan untuk menggunakan cara penyelesaian yang pertama iaitu strategi menaakul secara mantik.

Justifikasi

Bagi menyelesaikan Masalah 2 ini strategi yang paling berkesan untuk menyelesaikan adalah dengan menggunakan strategi menaakul secara mantik. Hal ini demikian, teknik ini sangat sesuai digunakan dalam proses

menyelesaikan masalah yang memerlukan kaedah-kaedah untuk membahagi masalah kepada beberapa bahagian. Melalui strategi ini kita dapat melihat pembahagian ekor ikan antara keempat-empat budak itu dengan jelas antara Mary, Peter, Amy dan John. Dengan cara menakul secara mantik atau menyusun data satu persatu memudahkan mata untuk melihat maklumatmaklumat yang ada di dalam soalan itu yang mana menyatakan jumlah perbezaan jumlah hasil pancingan daripada mereka berempat. teknik ini sangat sesuai digunakan dalam proses menyelesaikan masalah yang memerlukan kaedah-kaedah untuk membahagi masalah kepada beberapa bahagian.

Justeru,melalui kaedah menakul, soalan ini akan dapat diselesaikan dengan lebih mudah,senang dan tepat.pengasingan dan penggabungan juga memainkan peranan penting dalam menyelesaikan masalah ini. Kita juga dapat menguji kefahaman mereka terhadap pengajaran matematik yang pernah dipelajari sebelum ini. Strategi menaakul secara mantik ini lebih menjimatkan masa berbanding dengan strategi teka dan semak. Hal ini kerana kita tidak perlu membuat satu jadual tekaan bagi mendapatkan sesuatu jawapan. Dengan menggunakan pemikiran strategi logik menaakul kita secara mantik, kita dapat bagi

menggunakan

membina

operasi

matematik

menyelesaikan masalah kita.

You might also like