You are on page 1of 6

Mohd Hasmadil Bin Mohd Tahir 6976 910603126191 Kritikan Jurnal : Aplikasi Pendekatan Kaunseling Pemusatan Klien Dalam

Menangani Masalah Emosi Remaja Di Sekolah: Satu Kajian Kes

Jurnal mengenai apllikasi kaunseling dalam peringkat sekolah merupakan satu perkara yang membawa banyak faedah dalam usaha dan proses untuk memantapkan lagi kemahiran kaunseling dalam membantu murid-murid mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah mereka.

Salah satu jurnal yang menyumbang kepada hal ini adalah jurnal yang bertajuk Aplikasi Pendekatan Kaunseling Pemusatan Klien Dalam Menangani Masalah Emosi Remaja Di Sekolah : Satu Kajian Kes oleh Mohammed Shariff Mustaffa, Phd, Jamaludin Ramli dan Zainudin Hassan. Jurnal ini menggunakan bahan kajian yang merupakan seorang pelajar perempuan sekolah menegah yang telah melepasi PMR. Pelajar tersebut dijadikan sebagai bahan kajian disebabka oleh faktor masalah emosi yang berpunca daripada unsur peribadi yang memberi kesan kepada bahan kajian.

Menerusi jurnal ini saya dapat mengenalpasti pengkaji tidak menetapkan satusatu aspek yang utama dalam mengenalpasti masalah yang ingin dikaji atau diteliti untuk digunakan dalam pendekatan kajian yang dilaksanakan. Pengkaji juga tidak mengambil kira unsur atau aspek jantina dalam mengambil bahan kajian untuk kajian kes yang dilakasanakan dalam pendekatan kaunseling yang dipilih. Aspek ini perlu diambil kira kerana aspek jantina jua memainkan peranan dalam memberi kesan terhadap masalah emosi yang dialami oleh kanak-kanak yang berada dalam peringkat remaja.

Pengkaji juga tidak meletakkan satu jenis reka bentuk kajian yang jelas berdasarkan masalah kajian yang dikaji dalam kajian kes ini. Pengkaji perlu memilih satu reka bentuk kajian yang jelas serta bersesuaian dengan kajian yang akan dilaksanakan bagi membantu pengkaji untuk melaksanakan kajian dengan lebih cermat dan teliti. Reka bentuk kajian seperti model Kemmis dan Mctaggart boleh membantu pengkaji dalam menbentuk kajian yang jelas dai segi tujuan dan tepat dalam melaksanakan kajian tersebut.

Saya dapati kajian ini juga dijalankan terhad pada satu kaedah yang tetap tanpa sebarang penambahbaikan. Hal ini mungkin berikutan kedah pendekatan yang telah dipilih oleh pengkaji itu sendiri. Namun demikian dalam mengatasi masalah yang abstrak seperti masalah emosi, pengkaji perlu mengambil kira aspek kepelbagaian dalam proses membantu murid untuk mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang dialami. Pendekatan seperti kedah kaunseling kumpulan boleh membantu murid mencari jalan penyelesaian yang pelbagai berikutan pandangan daripada pihak yang ramai akan membantu menilai satu-satu jalan penyelesaian dari segi baik dan buruk jalan penyelesaian itu sendiri.

Saya berpendapat apabila masalah seperti ini timbul, sebagai satu cadangan, pengkaji boleh mengambil kira jalan penyelesaian memanggil kedua ibubapa bahan kajian tersebut sendiri untuk melihat sendiri sesi kaunseling yang sedang dijalankan terhadap bahan kajian bagi membantu mereka untuk menyedari masalah yang sedang dihadapi oleh anak mereka yang tidak mereka sedari selama ini. Hal ini akan membantu bahan kajian menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan adanya kerjasama daripada ibubapa bahan kajian itu sendiri. Hal ini akan membantu membuka perspektif baru dalam menyelesaikan masalah emosi yang berlaku terhadap remaja-remaja dalam peringkat sekolah menengah.

Namun begitu, walaupun terdapat beberapa kekurangan dalam kajian yang dijalankan oleh pengkaji, saya mendapati kajian ini telah dilaksanakn dengan teliti seperti bahan bukti transkrip temubual sesi kaunseling yang telah dilaksanakan

antara kaunselor dan klien yang merupakan bahan kajian dalam kajian kes ini. Pengkaji telah menyertakan bukti transkrip bersesuaian dengan fasa-fasa yang dilakukan dalam sesi kaunseling pemusatan klien. Hal ini akan membantu membuktikan kesahihan sesi kaunseling yang telah dijalankan dan membantu pengkaji untuk menilai semula kajian yang telah dilakukan dan langkah yang telah diambil untuk membantu bahan kajian dalam mencari jalan penyelesaian untuk masalah yang dihadapi.

Saya juga mendapati pengkaji tidak sewenang-wenangnya meletakkan beban atau faktor masalah terhadap ibubapa bahan kajian. Walaupun bahan kajian menerima akibat daripada apa yang berlaku terhadap ibubapa bahan kajian namun pengkaji juga menjelaskan kepada bahan kajian bahawa hal ini tidak seratus peratus boleh dipersalahkan terhadap ibubapa bahan kajian. Bahan kajian juga dinyatakan dengan jelas peranannya dalam memahami situasi yang sedang berlaku untuk cuba mencari jalan penyelesaian yang boleh membantu bahan kajian untuk

menyelesaikan atau setidaknya mengurangkan beban kesan masalah emosi yang mengganngu bahan kajian dalam kehidupan seharian berikutan masalah yang tibul antara kedua ibubapa bahan kajian.

Secara keseluruhannya, saya melihat kajian ini memenuhi matlamat pelaksanaan yang telah ditetapkan dari awal pembentukan kajian yang ingin dilaksanakan oleh pengkaji. Kajian seperti ini perlu dilakukan dengan lebih kerap bagi membantu menilai keberkesanan kaedah pendekatan yang digunakan dalam kaunseling seharian disekolah mahupun di tempat yang berkaitan.

REFLEKSI TUGASAN Mohd Hasmadil Bin Mohd Tahir 6976 910306126191

Pada semester ketujuh ini, saya telah ditugaskan untuk menyiapkan tugasan Kerja Kursus Pendek yang melibatkan mata pelajaran Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak (EDU 3107). Tugasan ini mengenai kritikan terhadap jurnal kajian yang mellibatkan kaunseling serta tugasan pembentangan mengikut tajuk yang terdapat dalam sukatan kursus.

Semasa proses melaksanakan tugasan ini, saya dan rakan-rakan telah mempertimbangkan cara perlaksanaan tugasan dengan membahagikan tugas agar menjadi lebih mudah. Saya juga berpeluang mendapatkan komen dan tindakan spontan daripada rakan-rakan daripada kelas lain yang turut melaksanakan kerja kursus yang sama. Saya banyak mendapatkan cadangan dan panduan-panduan asas bimbingan dan kaunseling daripada rakan-rakan bagi membantu dalam penilaiana jurnala yang telah diberikan.

Selepas melakukan tugasan ini, saya dapati ada perubahan pada diri saya terutamanya pada sikap iaitu dapat membina sikap positif dalam keperluan untuk menjadi guru yang beretika, beradab, berilmu dan berakhlak. Saya dapat meningkatkan pengetahuan dalam topik kemahiran-kemahiran asas kaunseling dan kaunseling kanak-kanak terutamanya. Saya telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan kerja kursus ini dengan berkolaborasi dengan pensyarah, guru dan turut berkesempatan berbincang dengan rakan-rakan lain. Seterusya, saya dapat menjalinkan hubungan yang baik antara pensyarah, guru kaunseling, guruguru, rakan-rakan dan murid-murid di sekolah tempat saya mengadakan

Pengalaman semasa melaksanakannya banyak membantu saya untuk menjadi guru yang lebih baik contohnya dari aspek pengawalan kelas. Walaupun begitu terdapat juga beberapa kelemahan yang telah saya kenal pasti semasa melaksanakan tugasan ini. Antaranya, kekangan masa menjalani praktikum serta bebanan daripada masalah melaksanakan tugasan kursus yang saya ambil dalam semester tujuh ini. Namun begitu saya akan memperbaiki kelemahan ini dan berusaha untuk memperbaiki.

Hasil keseluruhan daripada tugasan ini saya dapat menguasai beberapa sikap sebagai seorang guru yang reflektif antaranya seperti berfikiran terbuka. Ini dapat dilihat apabila saya mendapat komen dan kritikan terhadap soalan yang dihasilkan. Saya telah beranggapan bahawa komen ini adalah nasihat yang berguna daripada orang yang lebih berpengalaman. Selain itu, saya dapat meningkatkan kesungguhan semasa pelaksanaan ini. Saya berusaha mencari jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang terjadi seperti mendapatkan nasihat daripada guru dan pensyarah pembimbing dan membuat rujukan daripada buku-buku dan hasil pembelajaran dalam kelas. Akhirnya, saya akui bersedia untuk melihat sesuatu masalah daripada pelbagai perspektif dengan penuh kesungguhan dan tanggungjawab.

Setelah berusaha menyiapkan tugasan yang diberikan ini, dapat saya rumuskan bahawa seseorang guru yang bertindak sebagai kaunselor yang ingin memberikan perkhidmatan kaunseling yang baik perlu menguasai serta

menggaplikasikan beberapa kemahiran-kemahiran asas kaunseling. Kecekapan menguasai kemahiran-kemahiran ini sangat berguna ketika berhadapan dengan klien yang berada dalam ketidakseimbangan emosi dan psikologi.

Secara umumnya, untuk menjadi seorang kaunselor yang berjaya adalah tidak mudah kerana ia memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu. Kaunselor harus memahami segala kemahiran yang dipelajari dan tahu mengaplikasikan ke atas klien pada tempat, masa dan keadaan yang sesuai.

Kesimpulannya, kerja kursus pendek ini dapat membantu saya dalam meperolehi pelbagai input atau informasi tentang proses pembelajaran seseorang kanak-kanak dan kemahiran-kemahiran yang berkesan dalam menguasai kemahiran bimbingan dan kaunseling. Hal ini penting kepada saya kerana saya akan ditempatkan di sekolah pada suatu hari nanti. Maka, dengan input-input ini saya akan mengaplikasikannya ke dalam suasana pembelajaran yang saya wujudkan kelak. Melalui kerja kursus ini juga, saya dapat meningkatkan tingkah laku dan nilainilai etika keguruan yang positif kelak seterusnya membantu saya untuk menbentuk sahsiah guru selaras dengan profesion keguruan.

You might also like