You are on page 1of 32

Permainan Tradisional

Disediakan oleh Chan Chung Sien Fong Jia Jinn Kueh Chinwan Lau Siew Lian Wong Ling Ling

PISMP BC 1 AMBILAN JANUARI 2012

Batu Seremban ( Kaum Melayu)


Pengenalan Juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat. Digemari oleh kanak-kanak perempuan. Dimain secara berkumpulan iaitu dua orang atau lebih. Objek-objek seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat boleh digunakan dalam permainan ini. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.

Gambar 1: Ketulan objek

Gambar 2: Ketulan batu

Gambar 3: Murid bermain secara

Cara bermain/ syarat


Mempunyai 8 peringkat ataupun 8 buah. Buah Satu: I. Kesemua buah hendaklah diselerakkan, dimana kedudukan semua buah tidak menyentuh antara satu sama lain. II. Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara. III. Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip. IV. Proses ini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah dikutip.

Buah Dua I. Cara buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu. II. Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama. III. Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja. Buah Tiga I. Buah tiga ada sedikit perbezaan. II. Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan dikutip. III. Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak.

I. II.

Buah Empat: Buah ibu akan dilambungkan ke udara. Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat biji buah yang berada di lantai dengan serentak.

Buah Lima: Buah lima akan dimainkan seperti buah empat. Pemain harus melambungkan buah ibu ke udara dan mengutip keempat-empat biji buah diatas lantai dengan serentak. III. Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang sama, empat biji buah yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas lantai supaya hanya buah ibu sahaja yang akan disambut.
I. II.

Buah Enam: I. Pada peringkat yang keenam, pemain akan mendapat sedikit perbezaan. II. Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan menjadi buah ibu. III. Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu harus ditukar dengan buah yang lain yang terdapat di atas lantai hingga selesai.

Buah Tujuh: I. Buah tujuh adalah urutan daripada buah enam. II. Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan serentak. III. Selepas itu, hanya satu biji buah yang akan dikutip. IV. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan. V. Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan. VI. Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut.

Buah Lapan: I. Campakkan kelima-lima batu di atas lantai. II. Ahli yang lain pilih satu batu untuk dilambungkan ke atas. III. Pemain itu harus ambil batu ini tanpa menggerakkan batu yang lain. IV. Pemain itu harus melambungkan batu itu dan mengutip batu-batu yang lain dengan sekali gus

Timbang: Selepas seorang pemain sudah berjaya menyelesaikan Batu Lapan, dia haruslah timbang untuk mendapat mata. II. Kelima-lima batu seremban diletakkan di atas tapak tangan. III. Semua batu seremban dilambung ke atas sambil tangan diterbalikkan. IV. Batu seremban yang telah jatuh ke lantai tidak boleh dikutip semula. V. Tangkap batu seremban yang ada di tangan VI. Batu yang dapat ditangkap = 1 mata VII. Batu yang dijatuhkan = 0 mata VIII. Selepas menimbang, pemain ulangi semuanya dan bermula dengan Batu Satu.
I.

Tamat Permainan: I. Dalam bila-bila masa pemain itu gagal untuk menghabiskan lapan peringkat ini, pemain ini haruslah memberikan gilirannya kepada ahli yang lain. II. Jika ahlinya gagal untuk menghabiskan lapan peringkat ini, pemain itu akan kembali kepada peringkat yang tidak diselesaikan bermula daripada permulaan peringkat itu.

Permainan Kho-Kho

Sejarah Permainan

Permainan yang berasal dari Maharashtra ini pada mulanya dimainkan menggunakan kereta kuda. Kebanyakan ahli sejarah India mengatakan bahawa Kho-Kho merupakan hasil pengubahsuaian daripada satu permainan Lari dan kejar di mana seorang pemain akan berlari dan mengejar serta menyentuh pemain lain. Permainan ini memerlukan kecergasan fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel untuk

Peraturan
Permainan kho-kho dijalankan di petak padang yang seluas 29m X 16m. Setiap kumpulan boleh mempunyai 12 orang pemain. Namum, hanya 9 daripadanya akan diturunkan dalam satu perlawanan. Jarak dari tiang ke tiang ialah 23.50 m. Lambungan syiling dibuat untuk menentukan giliran sama ada mengejar atau mempertahan.

Cara Bermain
Terdapat 2 giliran dalam permainan kho-kho ini. Setiap giliran diperuntukkan selama 7 minit untuk acara lari (runner) dan kejar (chaser). Bagi kumpulan pengejar, 8 pemain akan berada di tengah setiap 8 kotak yang terdapat di padang permainan. 8 peserta ini akan duduk dalam kedudukan yang bertentangan secara berselang-selang. Manakala pemain yang ke-9 akan bertindak sebagai pengejar.

Central Lane

Cross Lane

Free Zone

Pasukan mengelak menghantar tiga orang sekaligus. Sasaran bagi setiap pengejar ialah menyentuh pemain lawan dengan menggunakan tapak tangan. Pengelak akan tersingkir apabila pengejar menyentuhnya dengan tapak tangan tanpa melakukan 'foul' (pengelak telah melebihi had garisan dengan sendirinya atau lambat sampai ke had garisan)

Untuk mendapatkan pungutan mata, pemain perlu menyentuh tiang di hujung gelanggang. Bilangan mata yang dipungut ialah bilangan sentuhan tiang dalam tempoh masa 3 minit bagi seorang pemain. Bagi setiap 2 giliran, terdapat 5 minit masa untuk berehat.

Ahli pasukan mengelak dapat berlari ke segala arah, namun pengejar harus mengikuti pada arah mana dia melakukan. Dia juga tidak boleh memotong jalur tengah ke sisi lain. Pengejar boleh menukar giliran mengejar dengan menyentuh ahli pasukannya lain yang duduk di arah yang berlawanan sambil berkata 'kho'. Pemain yang disentuh kemudiannya akan menjadi penyerang dan begitulah seterusnya. Hanya satu orang dapat mengejar.

Jika ketiga-tiga orang penahan dikeluarkan oleh seorang pengejar, pengejar tersebut tidak boleh menyentuh penahan keempat. Pengejar tersebut perlu menyerahkan giliran dengan kho kepada salah seorang daripada pengejar yang duduk.

Permainan Tradisional: Congkak

Pengenalan

Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti masa lapang atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli.

Asal Usul

Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan.

Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab.
Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu.

Nama "congkak" dipercayai berasal dari perkataan Bahasa Melayu "congak" yang bermaksud pengiraan mental.

Selain orang Melayu, keturunan peranakan India dan Baba Melaka turut meminati permainan Congkak.
Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai ke sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di Indonesia, congkak dikenali dengan nama congklak, di

Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah.

Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia.

Peraturan/Cara Permainan

Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak.

Permainan dimulakan dengan keduadua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.

Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti.
Sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri, pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan.

Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri.

Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan.

Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang adalah yang memiliki buah congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak, maka pemain dengan jumlah kampung terbakar terbanyak dikira kalah.

Sekian, Terima Kasih.

You might also like