You are on page 1of 4

PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG MESRA BUDAYA

SOALAN STRUKTUR 1. Nyatakan dua program yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran bagi mewujudkan persekitaran yang mesra budaya di sekolah?

2. Nyatakan tiga aktiviti sekolah yang boleh dilaksanakan dalam Program Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP)?

3. Berikan lima tindakan yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran untuk membantu meningkatkan mutu pendidikan dalam kalangan masyarakat orang Asli di Negara ini

SOALAN ESEI 1. Guru perlu mengurus bilik darjah yang mesra budaya terutama dalam aspek kurikulum. Bincangkan bagaimana guru dapat merancang dan melaksanakan kurikulum yang mesra budaya kepada murid orang asli, pedalaman dan indigenous.

2. Huraikan empat kumpulan sasaran dalam masyarakat orang Asli yang diberikan perhatian oleh pihak kerajaan dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan supaya mereka setaraf dengan masyarakat lain di negara ini.

Jawapan soalan struktur 1. (a) Program Memperkasakan Bahasa Kebangsaan sebagai Bahasa Perpaduan (b) Program Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP)

2. (a) Hari Kokurikulum yang melibatkan semua murid dari pelbagai kaum dalam aktiviti sukan dan seni. Contohnya aktiviti Dapur Kita. (b) Program Jati Diri di mana murid pelbagai kaum mengambil bahagian dalam pertunjukan seni kebudayaan masing-masing seperti tarian singa, tarian zapin, tarian kuda kepang dan silat. (c) Program Buddy Stops yang terdiri daripada hentian-hentian yang diwujudkan khas untuk aktiviti bermain sambil belajar Aktiviti di setiap hentian terdiri daripada permainan tradisional, lakonan dan nyanyian. 3. (a) Skim Bantuan Galakan Pendidikan JHEOA. Membantu pelajar orang asli di peringkat Sekolah Rendah, Menengah dan Institusi Tinggi Awam Tempatan. (b) Kumpulan wanita dewasa diberi peluang untuk mengikut program-program kemasyarakatan yang dianjur oleh pertubuhan seperti Penggerak Wanita Orang Asli. (c) Program celik huruf bagi golongan dewasa yang buta huruf. (d) Mengubahsuai sistem pendidikan daripada 3M (menulis, membaca dan memgira) kepada 6M (dengan tambahan main-pelajaran di luar bilik darjah, makan-Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan muzik-tarian dan kegiatan kebudayaan) (e) Menyediakan sebanyak RM 13.4 juta untuk bantuan makanan tambahan, RM 2.7 juta bagi membiayai kos pengangkutan murid, bantuan wang saku murid RM 2 juta dan bantuan input pertanian sebanyak RM1.9 juta

Jawapan soalan esei: 1. (i) Membina suasana yang mesra budaya Guru perlu mewujudkan hubungan yang baik dengan muridnya sebelum pengajaran dan pembelajaran berlaku. Keprihatinan guru terhadap latar belakang murid serta hasil pembelajaran dapat menggalakkan penglibatan murid dalam pelajaran. Dengan ini, murid dapat berkongsi isu peribadi, latar belakang, minat dan pantang larang kaum masing-masing. Oleh itu, pendekatan sebegini membantu guru dan murid merentasi halangan-halangan sosial dan budaya. (ii) Mengenal pasti gaya pembelajaran murid Terdapat pelbagai gaya pembelajaran yang mempengaruhi cara belajar setiap individu. Guru dapat mengesan gaya pembelajaran murid dengan mentadbir ujian. Dengan adanya pengetahuan tentang gaya pembelajaran, murid dapat belajar secara efektif dan guru dapat menyesuaikan pengajaran mengikut gaya tertentu. Tinjauan literatur (Rasmussen et al. 2004) telah menunjukkan bahawa kebanyakan orang Asli mempunyai kebolehan visual-ruang kerana cara hidup dan persekitaran di tempat mereka berada. Di samping itu, murid-murid orang Asli lebih cenderung terhadap pembelajaran interaktif dan kinestetik dalam aktiviti kumpulan, bekerjasama dan mempunyai fleksibiliti dalam pemikiran. (iii) Merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai Guru perlu memahami budaya orang Asli, peribumi dan murid pedalaman agar mereka berminat dan berjaya dalam pembelajaran, Guru juga harus belajar tentang kemahiran, kebolehan dan gaya kognitif murid supaya dapat mengajar dengan lebih berkesan. Kepekaan guru terhadap kepercayaan murid tentang keharmonian dengan alam semulajadi, agama, bahasa dan cara hidup amat penting. Justeru, guru dicadangkan untuk menggunakan bahan bantu mengajar yang interaktif serta relevan dengan mereka. Penggunaan komputer digalakkan kerana penekanan pada maklumat visual. Sparks (2000) mencadangkan pembelajaran koperatif, pendekatan menggunakan lagu dan cerita dan pembelajaran handson sebagai kaedah pembelajaran. Berdasarkan kebolehan visul-ruang, bahan visual seperti gambar, carta aliran dan video disarankan untuk menyokong pembelajaran secara lisan. Untuk murid-murid kinestetik pula,

pengajaran perlu dikemukakan secara holistik dengan penekanan kepada aktiviti berasaskan pengalaman sebenar supaya dapat merangsang kreativiti. 2. (i) peringkat prasekolah Tumpuan diberikan kepada kanak-kanak yang berumur 5-6 tahun. Bertujuan untuk menyediakan asas yang kukuh sebelum pendidikan formal. Pada peringkat ini kanak-kanak orang asli akan diberi persediaan dari segi emosi dan kemahiran sosial supaya mereka bersedia untuk menerima perubahan yang bakal mereka hadapi ketika bersekolah nanti. Ini membolehkan kanak-kanak berumur 5+ctahun memperoleh pendidikan awalan yang kukuh dan kemahiran-kemahiran lain sebagai persediaan untuk ke sekolah rendah. (ii) peringkat rendah Melibatkan kanak-kanak berumur 7-12 tahun. Tujuan pendidikan peringkat rendah adalah untuk menyediakan asas yang kukuh dalam kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Golongan ini juga didedahkan kepada aspek kemahiran berfikir, konsep asas sains, seni dan reaksi, penerapan nilai-nilai murni khususnya dalam program pra-sekolah dan rendah adalah asas kepada pembangunan dan pengembangan domain kognitif, afektif dan selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. (iii) peringkat menengah Memberi tumpuan kepada murid-murid yang berumur 13-18 tahun. Pendidikan menengah merupakan program pendidikan yang komprehensif dan berkualiti kepada warganegara Malaysia yang berumur 12+ tahun hingga 17+ tahun. Pada peringkat ini penekanan diberi kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dengan memberi focus kepada pendidikan umum pada tahun 7 dan 8 persekolahan supaya murid mendapat pendedahan kepada pelbagai bidang ilmu. (i)Peringkat tertiari Pendidikan ini dalam konteks system pendidikan Malaysia adalah pendidikan selepas pemdidikan menengah sehingga ke peringkat pendidikan tinggi. Pada peringkat ini, pendidikan tertiari harus berupaya membangunkan minda anak-anak orang asli supaya menjadi kritis, kreatif dan inovatif serta dapat memajukan masyarakat dan Negara dalam persaingan global.

You might also like