You are on page 1of 9

SCE 3109 - PRAKTIKAL 3

PENGENALAN :

Bahan api adalah bahan yang terbakar dengan mudah dalam udara (oksigen) untuk membebaskan tenaga haba. Ia merujuk kepada bahan kimia yang menghasilkan tenaga haba semasa pembakaran. Haba pembakaran boleh didefinisikan sebagai tenaga haba yang dibebaskan apabila satu mol sesuatu bahan dibakar dengan lengkap dalam oksigen berlebihan. Bahan api pula merujuk kepada bahan kimia yang menghasilkan tenaga haba semasa pembakaran. Pembakaran bahan api merupakan tindak balas eksotermik dan nilai H ialah negatif. Kesemua pembakaran bahan api melibatkan penggunaan oksigen. Nilai bahan api atau nilai haba adalah jumlah haba yang diukur di dalam kJ yang boleh didapati apabila 1g bahan api dibakar. Unit bagi nilai bahan api ialah kJ g -1. Bahan api yang berlainan mempunyai nilai bahan api yang berbeza. Semasa penentuan haba pembakaran, oksigen yang berlebihan mestilah dibekalkan supaya

pembakaran boleh berlaku dengan lengkap. Jika oksigen ataupun udara tidak dibekalkan dengan lengkap maka haba yang dibebaskan akan kurang daripada haba pembakaran.

Haba pembakaran boleh didefinisikan sebagai tenaga haba yang dibebaskan apabila satu mol sesuatu bahan dibakar dengan lengkap dalam oksigen berlebihan di bawah keadaan piawai. Pembakaran sebarang bahan api merupakan tindak balas eksotermik. Kuantiti tenaga haba yang dibebaskan oleh pembakaran bahan api yang berbeza adalah berlainan dan dapat dibandingkan dengan mengukur haba pembakarannya.

SCE 3109 - PRAKTIKAL 3

TAJUK : Nilai Bahan Api

TUJUAN : Untuk menentukan nilai bahan api bagi kerosin, penunu bunsen dan lilin.

BAHAN : Kerosin Penunu bunsen Lilin RADAS : Bekas kuprum Tungku kaki tiga Termometer (0-100) C 100 cm3 silinder penyukat Pelita minyak Neraca tiga alur Segitiga tanah liat Penghadang angin Blok kayu

PROSEDUR : 1. 200cm3 air disukat dengan menggunakan sebuah silinder penyukat dan dituang ke dalam bekas kuprum. 2. Bekas kuprum tersebut diletakkan di atas tungku kaki tiga. 3. Suhu awal air disukat dan direkodkan. 4. Sebuah penghadang angin dipasang disekeliling radas untuk melindungi radas daripada terkena angin seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.

SCE 3109 - PRAKTIKAL 3

Rajah 3

5. Sebuah pelita diisi dengan 50 cm3 kerosin dan jisim pelita beserta bahan api direkodkan. 6. Pelita diletakkan di bawah bekas kuprum seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3 kemudian sumbu pelita dinyalakan. 7. Air dikacau perlahan-lahan menggunakan termometer sepanjang pembakaran supaya pemanasan berlaku secara seragam. 8. Apabila suhu naik mencecah 30 direkodkan. 9. Pelita ditimbang semula dan jisim pelita dan bahan api direkodkan. 10. Langkah 1 9 diulang dengan menggunakan lilin. 11. Langkah 1 hingga 9 diulang menggunakan penunu bunsen. , pelita dipadamkan. Suhu maksimum air

SCE 3109 - PRAKTIKAL 3

KEPUTUSAN :

BAHAN API

KEROSIN

LILIN

PENUNU BUNSEN

Suhu awal air ( oC)

27.0

27.0

27.0

Suhu akhir air ( oC)

49.0

57..0

57.0

Kenaikan suhu air (oC)

22.0

30.0

30.0

Jisim awal pelita + bahan api (g)

45

21.4

348.7

Jisim akhir pelita + bahan api (g) 43.6 18.2 343.7

Jisim bahan api yang terbakar (g) 2.6 3.2 5.0

Jadual 1

SCE 3109 - PRAKTIKAL 3

PENGIRAAN :

I.

KEROSIN

)(

)(

II.

LILIN

)(

)(

SCE 3109 - PRAKTIKAL 3

III.

PENUNU BUNSEN

)(

)(

PERBINCANGAN: Bikar tidak digunakan sebaliknya bekas logam iaitu bekas kuprum telah digunakan. Hal ini kerana logam adalah pengalir haba yang baik. Bekas logam juga tidak dialaskan dengan kasa dawai untuk mengelakkan penyerapan haba oleh kasa dawai. Kedudukan pelita diselaraskan supaya nyalaan dapat sampai ke dasar bekas kuprum. Kebanyakan haba yang dibebaskan semasa pembakaran dipindahkan dengan berkesan kepada air suling yang mana menyebabkan kenaikan suhu air.

Langkah berjaga-jaga dalam eksperimen ini:

a) Pembakar (burner) diletakkan secara terus di bawah logam untuk memaksimumkan

bawah dan dekat dengan haba daripada

pemindahan

pembakaran kepada air suling. b) Air suling hendaklah sentiasa dikacau sepanjang eksperimen untuk memastikan pemanasan air adalah sekata dan suhu air juga perlu dicatat. c) Pelita hendaklah ditimbang dengan cepat sebelum dan selepas pembakaran untuk mengelakkan penyejatan bahan api. d) Penghadang angin digunakan untuk melindungi radas dan nyalaan daripada tiupan angin oleh itu kehilangan haba dapat diminimumkan.

SCE 3109 - PRAKTIKAL 3

SOALAN :

1. Nyatakan enam faktor yang mempengaruhi pemilihan bahan api yang digunakan dalam industri.

1. Mudah didapati 2. Mempunyai nilai bahan api yang tinggi 3. Tidak mencemarkan alam sekitar 4. Selamat digunakan 5. Memberikan nilai ekonomi yang lebih tinggi 6. Kos operasi yang lebih rendah 2. Jika anda diberi metanol, kerosin dan etanol, yang mana satukah akan anda pilih untuk digunakan sewaktu perkhemahan bagi memasak makanan yang anda? Jelaskan.

Saya akan memilih kerosin untuk digunakan sewaktu perkhemahan bagi memasak makanan. Ini adalah kerana nilai bahan api bagi kerosin adalah yang paling tinggi di antara ketiga-tiganya.

3. Jika LGP mengandungi hanya butana dan propana, tuliskan persamaan utuk pembakaran kedua-dua hidrokarbon ini.

Butana 2 C4H10 (g) + 13 O2 (g) Propana C3H8 (g) + 5 O2 (g) 3 CO2 (g) + 4 H2O (l) 8 CO2 (g) + 10 H2O (l)

SCE 3109 - PRAKTIKAL 3

4. Terangkan mengapa nilai bahan api yang diperolehi adalah kurang daripada nilai teori.

Nyalaan bahan api jauh daripada tin logam mengakibatkan berlakunya pemindahan haba yang kurang ke tin kuprum. Air yang tidak dikacau sepanjang masa menyebabkan pemanasan berlaku secara tidak sekata. Pemindahan haba yang lemah ke air suling. Banyak haba hilang ke persekitaran. Pembakaran tidak lengkap

KESIMPULAN :

i. ii. iii.

Nilai bahan api bagi kerosin ialah : Nilai bahan api bagi lilin ialah : Nilai bahan api bagi LPG ialah :

SCE 3109 - PRAKTIKAL 3

RUJUKAN :

Rose Marie Gauagher and Paul Ingram. (2001). Complete Chemistry. United Kingdom: Oxford Unversity Press. Tan Pek Soo. (2008).SPM Bilingual Chemistry. Shah Alam: Arah Pendidikan Sdn.Bhd. Tan Yin Toon. (2000). Kimia Organik STPM. Selangor: Fajar Bakti Sdn Bhd

You might also like