You are on page 1of 16

PEMERHATIAN

Teknik penyelidikan pemerhatian melibatkan pemerhatian yang


dibuat oleh penyelidik atau sekumpulan penyelidik ke atas aktiviti populasi. Pemerhatian biasanya bersifat luwes dan tidak semestinya distrukturkan. Contohnya, sebelum menjalankan penyelidikan berstruktur, penyelidik mungkin membuat pemerhatian untuk membolehkan pembinaan soalan penyelidikan. Dilihat daripada perspektif kesahan, dapatan penyelidikan pemerhatian dianggap kukuh kerana penyelidik mampu untuk mengumpul maklumat mendalam mengenai sesuatu tingkah laku. Walaubagaimanapun terdapat juga kelemahan pada penyelidikan pemerhatian iaitu kebolehpercayaan diragui.

Kebolehpercayaan kajian merujuk kepada sejauh

mana pemerhatian yang serupa boleh dikekalkan sepanjang penyelidikan. Untuk memerhatikan tingkah laku serupa berulangkali merupakan tugas yang memakan masa. Selalu dikatakan bahawa penyelidik hanya mahu memerhatikan apa yang mahu diperhatikan sahaja. Walau bagaimanapun dapat diatasi dengan latihan dan pemerhatian rakaman elektronik. Secara keseluruhan, pemerhatian merupakan instrument berharga untuk para penyelidik.

PEMERHATIAN PENUH
Pemerhatian penuh (nonparticipant observation) merupakan

satu kaedah pemerhatian yang dibuat oleh penyelidik tanpa turut serta dalam aktiviti populasi dan tanpa mencuba menghalang aktiviti daripada berlaku. Penyelidik cuma menjadi pemerhati luar. Pemerhatian boleh distrukturkan, contohnya dengan hanya memerhatikan interaksi dan komunikasi murid dalam kumpulan, kemahiran mencari dan menyusun maklumat dan sebagainya. Penstrukturan pemerhatian secara sedar akan memudahkan dapatan untuk dikaitkan dengan hipotesis yang akan diuji. Pemerhati bersikap luwes dan terbuka kepada intepretasi baru tentang fenomena yang diperhatikan. Atas sebab sebab etika, kejujuran amat ditekankan dalam kajian lapangan dan mereka yang diperhatikan mempunyai hak untuk mengetahui skop dan tujuan penyelidikan.

PEMERHATI SEBAGAI PESERTA


Penyelidik yang membuat pemerhatian akan terlibat

secara langsung di dalam aktiviti sebagai peserta. Contohnya, dalam isu yang dikemukakan di atas pemerhati akan terlibat dalam interaksi dan komunikasi atau sama-sama mencari dan menyusun maklumat. Ini membolehkan penyelidik memahami dengan lebih mendalam tentang populasi yang dikaji yang dilihat daripada perspektif mereka . Pada masa yang sama, perbandingandan semakan boleh dibuat tentang apa yang diperkatakan secara lisan dengan apa yang mereka sebenarnya lakukan.

SENARAI SEMAK PEMERHATIAN


Senarai semak digunakan untuk membantu mereka yang

diperhatikan dan juga kepada yang membuat pemerhatian. Ciri fizikal Pergerakan Persediaan awal aktiviti Permulaan Aktiviti utama Interaksi dengan murid Kadar penyampaian Murid

CIRI FIZIKAL
saiz bilik darjah
lampu dan cahaya susunan kerusi meja

kedudukan pintu
papan tulis dan meja guru tahap gangguan bunyi aliran udara

PERGERAKAN
kedudukan murid (hadapan, tengah atau belakang)
kedudukan bahan bantu belajar kehadiran

pengredan bahan (awal, pertengahan atau akhir proses

pembelajaran)

PERSEDIAAN AWAL AKTIVITI


garisan panduan menjalankan aktiviti
interaksi semasa mengedarkan bahan di awal

pengajaran

PERMULAAN
terdapat set induksi yang sesuai dan terus kepada

pengajaran keupayaan permulaan pengajarandan pembelajaran untuk dapat menarik minat murid dan menyebabkan mereka rasa diterima.

AKTIVITI UTAMA
adakah garis panduan langkah-langkah aktiviti dan

hasil pembelajaran telah siap dirancang? adakah langkah-langkah pengajaran dapat diikuti oleh murid? adakah rumusan isi-isi penting dibuat? adakah masa untuk bersoal jawab diperuntukkan? adakah bahan edaran digunakan, dibaca?

INTERAKSI DENGAN MURID


terdapat kontak mata atau hanya menumpukan

pandangan pada papan tulis tanpa memberi perhatian kepada murid. menggalakkan bersoal jawab? Bila? Bagaimana? bagaimana soalan dikendalikan? Mengulang soalan? Sebaran soalan? Adakah murid boleh memberikan jawapan yang jelas? bagaimana layanan terhadap soalan dan maklum balas? adakah interaksi berlaku secara berterusan, kerap, sekali sekala atau jarang berlaku? adakah interaksi melibatkan semua murid?

SUARA
Adakah jelas dan kuat serta sesuai dengan saiz bilik

darjah? bagaimana dengan intonasi tinggi rendah suara? Adakah monoton? adakah maklumat penting diberikan penekanan?

KADAR PENYAMPAIAN GURU


Sederhana
Cepat Perlahan

sama sahaja sepanjang masa (tiada variasi)


adakah pelajaran tamat mengikut waktu? Adakah

semua isi kandungan yang hendak disampaikan telah dipenuhi? adakah kelas itu ketinggalan?

MURID
apakah yang mereka lakukan? Mencatat nota, bersoal

jawab, berbincang, menyemak nota? adakah murid memberiakan perhatian sepenuhnya?

TERIMA KASIH

You might also like