You are on page 1of 35

PENGENALAN

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Page 1

PENGENALAN
Proses penerbitan ayat sebenarnya berasal daripada konsep Tatabahasa Transformasi-Generatif, iaitu menukar dan menerbitkan ayat. Tatabahasa

Transformasi-Generatif merupakan aliran transformasi generatif, iaitu satu aliran mazhab pengkaji bahasa yang telah dikemukakan oleh Noam Chomsky. Beliau merupakan seorang profesor linguistik yang telah menyumbangkan buah fikirannya berkaitan transformasi-generatif di Massachusetts Institute of Technology.

Transformasi-generatif yang dikemukakan oleh Chomsky telah diperkenalkan pada tahun 1957 melalui penerbitan sebuah tesisnya yang bertajuk Syntactic Structure. Kemudiannya, teori transformasi-generatif ini telah diperbaiki dan diperluas oleh Chomsky dalam bukunya, Aspect of the Theory of Syntax yang memberi tumpuan pada makna dan ayat. Teori ini berpendapat bahawa setiap ayat yang dihasilkan mengandungi dua peringkat, iaitu struktur dalaman dan struktur permukaan. Struktur dalaman ialah struktur yang mengandungi ayat dasar atau ayat inti, manakala struktur permukaan pula ialah struktur yang telah mengalami perubahan daripada struktur dalaman dan juga merupakan bentuk ayat yang dituturkan oleh seseorang penutur. Mengikut hukum transformasi-generatif, struktur dalaman dan struktur permukaan diterbitkan oleh dua rumus tatabahasa. Rumus-rumus tersebut ialah Rumus Struktur Frasa dan Rumus Transformasi. Rumus Struktur Frasa akan membentuk ayat pada struktur dalaman, manakala Rumus Transformasi pula akan menerbitkan ayat pada peringkat permukaan. Ayat-ayat yang terhasil daripada kedua-dua bentuk tersebut biasanya tidak mempunyai persamaan. Ayat yang terhasil daripada struktur dalaman akan menjadi input kepada penerbitan ayat pada peringkat permukaan.

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Page 2

CARA PROSES PENERBITAN AYAT

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Page 3

PROSES PENERBITAN AYAT.

Menurut Nik Safiah Karim et al. (2008:538), penerbitan sesuatu ayat dimaksudkan sebagai hasil daripada terlaksananya suatu proses gramatis, iaitu melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang berfungsi mengubah aturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa. Dalam bahasa Melayu, proses penerbitan ayat melibatkan proses pengguguran, proses penyusunan semula dan proses peluasan.

PROSES PENGGUGURAN. Proses pengguguran ialah satu proses transformasi yang berlaku pada struktur ayat yang mengakibatkan pengguguran unsur-unsur tertentu daripada binaan ayat itu. Dengan hal demikian, pada peringkat struktur permukaan, unsur yang digugurkan itu tidak lagi wujud. Proses pengguguran dalam bahasa Melayu ini mempunyai beberapa istilah lain yang digunakan oleh tokoh-tokoh bahasa. Asmah Haji Omar (1993:369) menggunakan konsep penghilangan bagi proses pengguguran ini. Beliau mendefinisikan penghilangan sebagai proses yang

menghilangkan binaan-binaan tertentu daripada pola dasar. Menurut Arbak Othman (1980:77) pula, pengguguran juga disebut sebagai delesi. Abdullah Hassan et al. (2006:114) dan Nik Safiah karim et al. (2008:538) masing-masing bersetuju bahawa proses pengguguran utama dalam bahasa Melayu melibatkan pengguguran frasa nama sebagai subjek dan pengguguran frasa predikat. Walau bagaimanapun, Nik Safiah karim et al. (2008:538) berpendapat bahawa ada dua lagi jenis pengguguran utama, iaitu pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif dan pengguguran kata nama yang berfungsi sebagai inti dalam frasa nama.

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Page 4

Dalam bahasa melayu terdapat tiga jenis pengguguran utama iaitu: 1. 2. 3. Pengguguran frasa nama sebagai subjek. Pengguguran frasa predikat. Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif.

Pengguguran frasa nama sebagai subjek. Menurut Nik safiah karim et al. (2008:538), Arbak Othman (1980:82) dan Abdullah Hassan et al. (2006:114), proses pengguguran frasa nama sebagai subjek boleh berlaku dalam ayat perintah yang melibatkan pengguguran subjek kata ganti nama diri orang kedua. Walau bagaimanapun, terdapat lagi penambahan proses pengguguran frasa nama sebagai subjek ini. Abdullah Hassan et al. (2006:115) menambah proses pengguguran juga boleh berlaku melalui pengguguran subjek kata ganti nama orang ketiga dan pengguguran frasa nama. Nik safiah karim et al. (2008:538) juga ada menambah bahawa subjek yang serupa dalam ayat majmuk boleh digugurkan. Dapatlah disimpulkan di sini bahawa pengguguran frasa nama sebagai subjek terbahagi kepada empat jenis, iaitu pengguguran subjek kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah, pengguguran subjek kata ganti nama diri orang ketiga, pengguguran frasa nama dan pengguguran subjek frasa nama yang serupa dalam ayat majmuk. Pengguguran frasa nama sebagai subjek terdiri daripada dua jenis iaitu: 1. Pengguguran subjek kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah. 2. Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk.

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Page 5

Pengguguran subjek kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah. Dalam ayat suruhan, iaitu sejenis ayat perintah, kata ganti nama diri orang kedua yang berfungsi sebagai subjek selalunya digugurkan. Menurut Abdullah Hassan et al. (2006:114), ayat perintah atau dikenali sebagai ayat suruhan merupakan ayat yang digunakan untuk memberi perintah atau arahan. Dalam ayat perintah, kata ganti nama diri orang kedua seperti engkau, awak, kamu dan sebagainya menjadi unsur pengisi dalam konstituen subjek. seperti contoh yang berikut:

Kamu keluar Keluar! Awak semua pergi dari sini Pergi dari sini! Awak duduklah di sini Duduklah di sini.

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Page 6

Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk. Jika terdapat beberapa frasa nama sebagai subjek yang serupa atau identity yang sama, yang diberi tanda dalam ayat-ayat yang bergabung menjadi ayat majmuk di bawah, maka subjek frasa nama yang serupa itu boleh digugurkan kecuali subjek frasa nama yang di awal ayat majmuk tersebut. Contohnya: Dia sangat pandai + dia rajin belajar. Dia sangat pandai kerana dia rajin belajar. Dia sangat pandai kerana rajin belajar.

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Page 7

Pengguguran frasa predikat. Menurut Nik Safiah Karim et al. (2008:540), jika terdapat beberapa frasa nama sebagai subjek yang serupa atau beridentiti sama dalam ayat-ayat yang bergabung menjadi ayat majmuk, maka subjek frasa nama yang serupa itu boleh digugurkan kecuali subjek frasa nama yang terdapat pada awal ayat majmuk. Seluruh frasa predikat, atau bahagian-bahagian daripadanya, boleh digugurkan, seperti yang berikut: Pengguguran seluruh frasa predikat. Frasa kerja yang serupa. Pengguguran frasa kerja yang serupa dalam ayat majmuk perlu dilakukan untuk mengelakkan pengulangan frasa kerja yang serupa dalam ayat. Adik Ali belajar di England. Sepupunya belajar di England. Adik Ali belajar di England dan sepupunya belajar di England. Adik Ali dan sepupunya belajar di England.

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Page 8

Frasa nama yang serupa. Pengguguran frasa nama yang serupa dalam predikat berlaku apabila terdapat penggunaan frasa predikat yang sama dalam ayat majmuk gabungan. Hal ini dapat dijelaskan lagi berdasarkan contoh di bawah: Bendera Malaysia lambang Negara. Lagu kebangsaan lambang Negara. Bendera Malaysia lambang Negara dan lagu kebangsaan lambang Negara. Bendera Malaysia dan lagu kebangsaan lambang Negara.

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Page 9

Frasa adjektif yang serupa. Pengguguran seluruh predikat bagi frasa adjektif yang serupa dalam ayat majmuk: Adik saya sangat rajin. Adik Abu sangat rajin. Adik saya sangat rajin dan Adik Abu sangat rajin. Adik saya dan adik Abu sangat rajin.

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Page 10

Frasa sendi nama yang serupa. Pengguguran seluruh predikat bagi frasa sendi nama yang serupa dalam ayat majmuk: Alias masih di kampung. Isterinya masih di kampung. Alias masih di kampung dan isterinya masih di kampung. Alias dan isterinya masih di kampung.

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Page 11

Pengguguran bahagian-bahagian frasa predikat. Beberapa bahagian daripada frasa predikat boleh juga mengalami proses pengguguran. Antaranya: Pengguguran oleh+FN dalam ayat pasif. Dalam binaan ayat pasif, struktur oleh+FN yang mengikuti kata kerja boleh digugurkan. Contohnya: Dia dipukul oleh bapanya., Dia dipukul.

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Page 12

Pengguguran kata bantu yang serupa. Kata-kata bantu yang serupa yang hadir dalam predikat frasa kerja dan predikat frasa adjektif boleh digugurkan sehingga tinggal satu sahaja, iaitu yang pertama, dalam ayat-ayat yang digabungkan. Contohnya: Dia boleh menyanyi. Dia boleh menari. Dia boleh menyanyi dan dia boleh menari. Dia boleh menyanyi dan menari.

Pengguguran frasa nama sebagai objek yang serupa. Apabila terdapat beberapa frasa nama sebagai objek yang serupa dalam ayatayat yang digabungkan, objek itu digugurkan sehingga tinggal satu sahaja, iaitu objek yang terakhir, seperti contoh yang berikut: Daud memukul penjahat itu. Daud menumbuk penjahat itu. Daud memukul penjahat itu dan daud memukul penjahat itu Daud memukul dan menumbuk penjahat itu.

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Page 13

Pengguguran frasa nama sebagai frasa objek kata kerja yang membawa makna adjektif. Frasa nama sebagai objek boleh digugurkan dalam kedudukan selepas kata kerja transitif yang membawa makna adjektif. Antara kata-kata kerja sedemikian termasuklah: menakjubkan mempersonakan memilukan menghairankan menghampakan mengghairahkan

kesemua kata kerja tersebut menggambarkan perasaan tertentu dan boleh didahului oleh kata penguat. Objek frasa nama ini boleh digugurkan sekiranya terdiri daripada kata ganti nama orang pertama. Contohnya: Kejadian itu sungguh menakjubkan kami. Kejadian itu sungguh menakjubkan.

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Page 14

Penguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif. Apabila dua ayat digabungkan, dengan satu ayat dipancangkan ke dalam ayat yang satu lagi sebagai frasa relatif, frasa nama yang serupa yang mendahului frasa itu boleh digugurkan. Menurut Nik Safiah Karim et al. (2008:557), frasa nama yang serupa yang mendahului frasa relatif boleh digugurkan apabila dua ayat digabungkan dengan satu ayat dipancangkan ke dalam ayat yang satu lagi sebagai frasa relatif. Dalam bahasa Melayu, proses pengguguran jenis ini boleh berlaku dalam kedudukan frasa nama sebagai subjek dan frasa nama yang mendahului frasa relatif dalam kedudukannya sebagai objek. Contohnya: Orang tua itu bapa saya. Orang tua itu memakai serban. Orang tu yang memakai serban itu bapa saya. Yang memakai serban itu bapa saya.

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Page 15

Pengguguran kata nama yang berfungsi sebagai inti dalam frasa nama. Kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama, KNInti + penerang, boleh digugurkan sehingga yang tertinggal dalam frasa nama itu hanya bahagian penerangnya, yang mungkin bukan daripada kelas kata nama. Contohnya: Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan. Bersenam boleh menyihatkan badan.

Tabiat merokok membahayakan kesihatan. Merokok membahayakan kesihatan.

PROSES PENYUSUNAN SEMULA Proses penyusunan semula merupakan proses penerbitan ayat bahasa Melayu. Dalam proses ini, bentuk perkataan dalam ayat diubah susunannya dan diterbitkan semula dalam satu struktur ayat gramatis yang baharu. Proses penyusunan semula ayat-ayat, biasanya akan mengakibatkan berlakunya perubahan atau penguguran katakata tertentu, dan penggantian atau penambahan kata-kata lain pada ayat yang diterbitkan. Namun demikian, pada umumnya, proses ini tidak membawa perubahan makna ayat.

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Page 16

Nik Safiah Karim et al. (2008:562) dan Abdullah Hassan et al. (2006:117) masing-masing sependapat dalam membahagikan proses penyusunan semula dalam bahasa Melayu kepada tiga jenis, iaitu penyusunan semula frasa nama sebagai subjek, penyusunan semula frasa nama sebagai objek dan penyusunan semula melalui ayat songsang. Walau bagaimanapun, Arbak Othman (1980:80) ada menambah satu lagi proses penyusunan semula, iaitu transformasi relatif. Asmah Haji Omar (1993:371) pula tidak membuat pecahan-pecahan kecil dalam proses penyusunan semula ini seperti Nik Safiah Karim dan Abdullah Hassan. Terdapat tiga jenis proses ini dalam bahasa Melayu. 1. 2. 3. Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek. Penyusunan semula frasa nama sebagai objek. Penyusunan semula melalui ayat songsang.

Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek. Penyusunan ini boleh berlaku melalui proses transformasi pasif. Nik Safiah Karim et al. (2008:562), Abdullah Hassan et. al (2006:117) dan Asmah Haji Omar (1993:371) masing-masing bersependapat bahawa proses penyusunan semula boleh berlaku melalui proses transformasi pasif. Dalam proses ini, struktur ayat aktif berubah menjadi pasif, manakala objek pula menjadi judul ayat. Contohnya: Ali menendang bola itu. Bola itu ditendang oleh Ali.

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Page 17

Saya menendang bola itu sekuat hati Bola itu saya tendang sekuat hati.

Penyusunan semula frasa nama sebagai objek. Penyusunan ini boleh terjadi pada ayat-ayat yang mengandungi dua jenis objek, iaitu objek tepat dan objek sipi. Nik Safiah Karim et al. (2008:566), Abdullah Hassan et al. (2006:117) dan Arbak Othman (1980:78) masing-masing bersependapat dalam membahagikan proses penyusunan semula dalam bahasa Melayu kepada penyusunan semula frasa nama sebagai objek. Walau bagaimanapun, Arbak Othman (1980:78) menyebut proses penyusunan semula jenis ini sebagai pergerakan objek (datif). Asmah Haji Omar (1993:371) pula tidak mengelaskan proses penyusunan semula kepada jenis penyusunan semula frasa nama sebagai objek, namun beliau ada menyatakan bahawa proses penyusunan semula akan menyebabkan susunan struktur ayat berubah. Penyusunan semula frasa nama sebagai objek ini berlaku dalam ayat aktif transitif yang mengandungi dua objek, iaitu objek tepat dan objek sipi.

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Page 18

Contohnya: Ali menghadiahkan sebuah buku kepada Ahmad. Ali menghadiahi Ahmad sebuah buku.

Guru mengajarkan matematik kepada murid-muridnya. Guru mengajar murid-muridnya matematik.

Penyusunan semula melalui ayat songsang. Proses ini juga berlaku pada ayat songsang. Ayat yang mengandungi keterangan tempat, keterangan masa, keterangan syarat, keterangan musabab, dan seumpamanyaboleh disongsangkan apabila keterangan itu hendak difokuskan.
Nik

Safiah Karim et al. (2008:568) dan Abdullah Hassan et al. (2006:117) masing-masing bersependapat bahawa proses penyusunan semula berlaku juga pada ayat songsang. Menurut Abdullah Hassan et al. (2006:117), proses penyusunan semula melalui ayat songsang melibatkan penjudulan predikat atau adverba (frasa keterangan). Arbak Othman (1980) pula tidak mengaitkan langsung proses penyusunan semula ini melalui ayat songsang. Asmah Haji Omar (1993:371) tidak menyebut proses ini secara langsung dalam proses penyusunan semula, tetapi beliau ada memberikan beberapa contoh berkaitan dengan penyusunan semula melalui ayat songsang.

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Page 19

Contohnya: Orang tua itu pergi ke sungai. Ke sungai orang tua itu pergi.

Mereka tiba di sini semalam. Semalam mereka tiba di sini.

PROSES PELUASAN Proses ini juga dikenali sebagai peluasan ayat. Menurut Nik Safiah Karim et al. (2008:569), proses peluasan ayat ialah proses yang menambahkan unsur-unsur dalam ayat baharu. Terdapat istilah lain yang digunakan untuk merujuk proses peluasan ini. Arbak Othman (1980:81) menggunakan konsep penambahan bagi menerangkan proses peluasan ayat. Proses penambahan ini melibatkan penambahan unsur be-en dan by dalam bahasa Inggeris atau di dan oleh dalam bahasa Melayu bagi membentuk ayat pasif. Nik Safiah Karim et al. (2008:569) dan Abdullah Hassan et al. (2006:118119) berpendapat bahawa proses peluasan ayat dalam bahasa Melayu boleh berlaku melalui peluasan frasa nama sebagai subjek, peluasan frasa predikat, peluasan dengan kata hubung, dan peluasan melalui proses komplementasi. Walau bagaimanapun, Abdullah Hassan et al. (2006:119) ada menambah satu lagi jenis peluasan, iaitu peluasan dengan frasa adverba. Terdapat beberapa jenis peluasan. 1. 2. 3. 4. Peluasan frasa nama sebagai subjek. Peluasan frasa predikat. Peluasan dengan kata hubung. Peluasan melaluiproses komplementasi.

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Page 20

Peluasan frasa nama sebagai subjek. Frasa nama sebagai subjek boleh diluaskan melalui proses relativisasi, iaitu proses pemancangan ayat ke dalam satu ayat lain sebagai frasa relatif kepada subjek ayat yang menerima pancangan. Frasa relatif terbentuk dengan menggunakan kata relatif yang. Menurut Nik Safiah Karim et al. (2008:569) dan Abdullah Hassan et al. (2006:118), frasa nama sebagai subjek boleh diluaskan melalui proses relativisasi, iaitu memancangkan frasa relatif pada klausa induk. Frasa relatif ini terbina dengan menggunakan kata relatif yang. Asmah Haji Omar (1993:368) menyebut proses ini sebagai pelapisan terbatas. Contohnya: Budak itu adik saya. Budak itu membaca buku.

Budak yang membaca buku itu adik saya.

Orang itu sudah pulih. orang itu sakit.

Orang yang sakit itu sudah pulih.

Kucing itu sudah hilang. Anjing mengejar kucing itu.

(pasif) kucing itu dikejar oleh anjing. (relativisasi) kucing yang dikejar oleh anjing itu sudah hilang.

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Page 21

Peluasan frasa predikat. Dalam proses peluasan yang melibatkan subjek, frasa nama yang hendak direlativisasikan haruslah berfungsi sebagai subjek. Begitu juga keadaannya bagi peluasan yang melibatkan frasa predikat. Frasa nama yang akan mengalami relativisasi mestilah berfungsi sebagai subjek yang akan dipancangkan. Menurut Abdullah Hassan et al. (2008:118) dan Nik Safiah Karim et al. (2008:572), frasa nama yang berfungsi sebagai predikat juga boleh diperluas dengan syarat frasa nama dalam ayat pertama mestilah menjadi subjek dalam ayat yang ingin dipancangkan. Contohnya: Ali mengusik budak itu. Budak itu cantik.

(relativisasi) Ali mengusik budak yang cantik itu.

Kakak membaca buku itu. Buku itu tebal.

(relativisasi) Kakak membaca buku yang tebal itu.

Peluasan dengan kata hubung. Peluasan juga boleh berlaku melalui proses penggabungan ayat yang melibatkan dua konstituen yang sama dengan menggunakan kata hubung. Setiap kata hubung ini boleh digunakan bagi menggabungkan dua ayat atau lebih untuk menghasilkan ayat terbitan yang bersifat peluasan.

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Page 22

Contohnya: Ali berbasikal ke sekolah. Osman berbasikal ke sekolah. Ali dan Osman berbasikal ke sekolah.

Hari hujan. Permainan diteruskan juga. Walaupun hari hujan, permainan diteruskan juga.

Kita tidak boleh menonton wayang. Kita tidak ada tiket. Kita tidak boleh menonton wayang jika tidak ada tiket.

Peluasan melalui proses komplementasi. Peluasan juga boleh terjadi melalui proses komplementasi, iaitu proses yang mengubah sesuatu ayat menjadi frasa nama, dan memancangkannya pada suatu ayat yang lain sehingga menghasilkan peluasan kepada ayat tersebut. Contohnya: Dia melaporkan sesuatu. Ali sakit tenat. Dia melaporkan bahawa Ali sakit tenat.

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Page 23

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Page 24

RUMUSAN

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Page 25

RUMUSAN Asas kepada proses penerbitan ayat ini ialah andaian bahawa setiap ayat terbitan yang sifatnya lebih luas dan kompleks itu berasal daripada struktur dalaman yang berbentuk ayat dasar atau ayat yang dilahirkan melalui tatabahasa struktur frasa, sebagaimana yang dihuraikan dalam rangka teori Tatabahasa Transformasi-Generatif. Ayat terbitan, yang bilangannya tidak terhad dan yang diterbitkan daripada struktur dalaman yang terhad pula bilangannya itu, wujud sebagai bentuk struktur permukaan dan menjadi kumpulan ayat yang terbesar dalam tatabahasa bahasa Melayu. Terdapat tiga proses penerbitan ayat dalam bahasa Melayu, iaitu proses pengguguran, proses peluasan dan proses penyusunan semula. Pendapat berkaitan proses penerbitan ayat adalah hampir sama, namun agak berbeza dari segi penggunaan istilah dan pembahagiannya. Nik Safiah Karim et al. (2008) dan Abdullah Hassan et al. (2006) sependapat dalam penggunaan istilah pengguguran, penyusunan semula dan peluasan ayat. Asmah Haji Omar (1993) pula menggunakan istilah lain bagi proses pengguguran ayat, iaitu penghilangan. Selain itu, Arbak Othman (1980) pula menggunakan istilah delesi yang berasal daripada delection dalam bahasa Inggeris untuk proses pengguguran, pergerakan untuk proses penyusunan semula dan penambahan untuk proses peluasan. Berdasarkan pendapat Abdullah Hassan et al. (2006) dan Nik Safiah karim et al. (2008) berkaitan dengan proses pengguguran ayat, dapatlah disimpulkan bahawa proses peluasan yang utama dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat, iaitu pengguguran frasa nama sebagai subjek, pengguguran frasa predikat, pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif, dan pengguguran kata nama yang berfungsi sebagai inti dalam frasa nama. Dalam proses penyusunan semula pula, Nik Safiah Karim et al. (2008) dan Abdullah Hassan et al. (2006) masing-masing sependapat dalam membahagikan proses penyusunan semula dalam bahasa Melayu kepada tiga jenis, iaitu penyusunan semula frasa nama sebagai subjek, penyusunan semula frasa nama sebagai objek dan penyusunan semula melalui ayat songsang.

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Page 26

Walau bagaimanapun, Arbak Othman (1980) ada menambah satu lagi proses penyusunan semula, iaitu transformasi relatif, manakala Asmah Haji Omar (1993) pula tidak membuat pecahan-pecahan kecil dalam proses penyusunan semula ini seperti yang dibuat oleh Nik Safiah Karim dan Abdullah Hassan. Di samping itu, Nik Safiah Karim et al. (2008) dan Abdullah Hassan et al. (2006) juga bersependapat bahawa proses peluasan ayat dalam bahasa Melayu boleh berlaku melalui peluasan frasa nama sebagai subjek, peluasan frasa predikat, peluasan dengan kata hubung, dan peluasan melalui proses komplementasi. Walau bagaimanapun, Abdullah Hassan et al. (2006) menambah satu lagi bentuk peluasan, iaitu peluasan dengan frasa adverba (keterangan).

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Page 27

RUMUSAN BERAJAH Proses Penerbitan Ayat 1. Mengubah aturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa. 2. 3 proses : (a) Proses pengguguran (b) Proses penyusunan semula (c) Proses perluasan Proses pengguguran Contoh Awak keluar ------ Keluar ! Awak semua pergi dari sini. Pergi dari sini ! 3. Anda boleh masuk sekarang Boleh masuk sekarang. 4. Dia sangat pandai kerana rajin belajar. Dia sangat pandai kerana dia rajin belajar. (subjek yg. Serupa) (pengguguran keseluruhan predikat) 1. Adik Ali dan sepupunya belajar di England. i) Adik Ali / belajar di England ii) Sepupunya / belajar di England Adik Ali belajar di England dan sepupunya belajar di England. 2. Bendera Malaysia dan lagu kebangsaan lambang negara. 3. Adik saya dan adik Ali sangat rajin. 4. Dia dan isterinya masih di kampung. (pengguguran sebahagian predikat) 1. oleh + FN dalam Ayat Pasif ( Dia dipukul) (Dia dipukul oleh bapanya) 2. KB yg serupa. (Dia boleh menyanyi dan boleh menari) Dia boleh menyanyi dan menari) 1. 2.

Jenis pengguguran FN sbgi Subjek

Frasa Predikat (FK,FN,FA,FSN)

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Page 28

3. FN sebagai objek yang serupa (Daud memukul penjahat itu dan Daud menumbuk penjahat itu) (Daud memukul dan menumbuk penjahat itu) 4. FN sebagai Frasa objek KK yang membawa maksud adjektif. (Kejadian itu sungguh menakjubkan kami.) Kejadian itu sungguh menakjubkan. 1. Orang tua yang memakai serban itu bapa

FN (S) yg mendahului F. Relatif

saya. Yang memakai serban itu bapa saya. 2. Adiknya memilih beg yang biru itu. Adiknya memilih yang biru itu. 1. Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan. Bersenam / boleh menyihatkan badan. Proses Penyusunan Semula Contoh 1. Ali /menendang bola itu. Bola itu / ditendang oleh Ali. 2. Anjing menggigit orang tua itu. Orang tua itu / digigit oleh anjing. 1. Ali menghadiahi Ahmad sebuah buku. Ali menghadiahkan sebuah buku kepada Ahmad. 2. Guru mengajar murid-muridnya matematik Guru mengajar matematik kepada muridmuridnya 1. Orang tua itu / pergi ke sungai. Ke sungai orang tua itu pergi 2. Mereka tiba di sini semalam. Semalam mereka tiba di sini. 3. Ali tidak datang ke sekolah kerana dia sakit. Kerana dia sakit, Ali tidak datang ke sekolah

KN yg berfungsi sbagai inti dalam FN

Jenis Penyususnan Semula PS FN sbgi subjek (proses pasif) PS FN sebagai Objek (Ayat 2 objek)

PS melalui A. songsang

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Page 29

Proses Perluasan 1. Menambah unsur-unsur dalam ayat baru. 2. 4 jenis perluasan : (a) Perluasan FN sebagai subjek. (b) Perluasan Frasa Predikat. (c) Perluasan dengan KH. (d) Perluasan melalui proses komplementasi.

Jenis perluasan FN sebagai subjek (relatif) Frasa predikat (relatif) dengan KH

saya

Contoh 1. Budak itu / adik saya. 2. Budak itu / membaca buku. 3. Budak yang membaca buku itu / adik Ali / mengusik budak itu. Budak itu / cantik. Ali / mengusik budak yang cantik itu. Ali / berbasikal ke sekolah. Osman / berbasikal ke sekolah Ali dan Osman / berbasikal ke sekolah. Abang tidak bermain bola. Abang sakit perut. Abang / tidak bermain bola kerana sakit Dia / melaporkan sesuatu. Ali / sakit tenat. Dia / melaporkan bahawa Ali sakit

melalui komplementasi

1. 2. 3. 1. 2. 3. 1. 2. 3. perut. 1. 2. 3. tenat.

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Page 30

REFLEKSI

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Page 31

BIBLIOGRAFI

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Page 32

http://teknikjawabbmstpm.blogspot.com/2012/04/sintaksis-prosespenerbitan-ayat.html http://www.tutor.com.my/stpm/sintaksis/Sintaksis.htm http://tatabahasastpm.com/v2/index.php?option=com_content&view=article &id=1161&Itemid=494

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Page 33

LAMPIRAN

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Page 34

BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Page 35

You might also like