You are on page 1of 4

Majlis Sukan Negeri Perak

Sejarah Penubuhan
Majlis Sukan Negeri Perak ditubuhkan pada 1 November 1989 di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971, Perintah Majlis Sukan Negara Malaysia Pindaan Jadual Kedua) 1988 Akta 29. Majlis Sukan Negeri Perak ini berada di bawah pengawasan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (pentadbiran) yang beribu pejabat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Pejabat Majlis Sukan Negeri Perak yang pertama telah bertempat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Pengarah Majlis Sukan Negeri Perak yang pertama ialah Mahaiyuddin bin Arshad yang mula bertugas pada 1 November 1989 hingga 30 April 1993. Tempat beliau kemudiannya digantikan oleh Encik Mazelan bin Ahmad Baharin yang mula bertugas pada 1 Julai 1993 dan berakjir pada 31 Disember 1996. Tempat beliau digantikan pula oleh Encik Abdul Puhat bin Mat Nayan yang mula bertugas pada 1 Januari 1997 hingga 31 Oktober 2005. Sebelum pejabat di Bangunan Perak Darul Ridzuan digunakan, Majlis Sukan Negeri Perak telah beroperasi di suatu blok rumah kedai yang disewakan beralamat di No. 4, Medan Istana 5, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Bandar Ipoh Raya, Perak Darul Ridzuan. Tanggal 1 Disember 2006, kerusi Pengarah Majlis Sukan Negeri Perak telah disandang oleh Haji Meor Ismail bin Meor Akim. Berikutan dari perubahan kuasa pentadbiran tertinggi Majlis Sukan Negeri Perak, pejabat Majlis Sukan Negeri telah berpindah ke Wisma Majlis Sukan Negeri Perak, Kompleks Sukan MBI sehingga kini.

Peranan Utama
Majlis Sukan Negeri Perak merupakan sebuah organisasi sukan utama yang berperanan sebagai tunggak penggerak dalam pembangunan sukan berprestasi tinggi peringkat negeri. Objektif Memajukan sukan dengan mengadakan kemudahan yang cukup serta mengawal selia Persatuan Sukan Negeri dan Agensi-agensi sukan demi meningkatkan prestasi sukan Negeri Perak. VISI Untuk mewujudkan jabatan sebagai agensi sukan dengan tumpuan penuh terhadap pembangunan dan kemajuan sukan selaras dengan cogan kata "Kearah Kecemerlangan Sukan".

MISi Untuk memberi perkhidmatan dan kepuasan kepada Persatuan Sukan Negeri, Majlis Sukan Daerah dan Agensi-agensi sukan di Negeri Perak serta mengangkat Negeri Perak sebagai sebuah kuasa sukan di Malaysia. Bahagian Khidmat Pengurusan Kepimpinan Majlis Sukan Negeri Perak telah mengambil langkah proaktif untuk memperkasa struktur organisasi pentadbiran/pengurusan demi mengimbangi tuntutan semasa menuju pemodenan perkhidmatan awam. Diantara langkah yang diambil adalah dengan membuat penstrukturan semula carta organisasi sesuai dengan tuntutan semasa serta bidang tugas yang lebih relevan dikalangan pegawai dan kakitangan Majlis Sukan Negeri Perak. Bahagian Khidmat Pengurusan bertanggung jawab dalam mengawal selia ehwal pentadbiran/pengurusan pejabat dan kakitangan diantaranya adalah seperti senarai dibawah:Mengawal selia hal ehwal pentadbiran/pengurusan pejabat/staf. Mengawal selia infrastuktur Majlis Sukan Negeri Perak Mengurus hal ehwal ICT serta perhubungan awam/korporat. Mengurus hal ehwal kewangan/perolehan Memantau/menyelaras kursus/latihan warga Majlis Sukan Negeri Perak. Menyedia Laporan Nilaian Prestasi Tahunan/Laporan Audit Urus setia Mesyuarat Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negeri Perak.

Bahagian Pembangunan & Pengurusan Sukan

Pengenalan
Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Sukan , Majlis Sukan Negeri Perak mula di tubuhkan secara rasminya pada 7 September 2012. Bahagian ini di wujudkan dibawah pengurusan baru MSN Perak yang di ketuai oleh Encik Johari Sham Bin Ahmad Shohor Affendi. Bahagian ini di wujudkan dalam usaha memantapkan lagi program pembangunan dan pengurusan sukan di negeri Perak.

Secara Amnya , Bahagian Pembangunan & Pengurusan sukan msnpk adalah bahagian operasi untuk membantu memandu pembangunan(assist to drive the development) dalam memastikan startegi dan hala tuju Jabatan dapat di laksanakan dengan efektif. Ianya di lihat sebagai tulang belakang atau TUNJANG penggerak aktiviti aktviti utama MSNPK.

Hala Tuju dan Matlamat


o o
Prestasi Memastikan atlit/pasukan /kontijen Perak berada ditahap yang setanding dengan standard industri Pembinaan Kapabiliti (Pembangunan bakat) Melahir dan membentuk pasukan pelapis yang kompeten sebagai memastikan kesinambungan atlit /pasukan yang bersedia mewaklili negeri

Fungsi dan Peranan


Bahagian Pembangunan & Pengurusan sukan MSNPk adalah bahagian operasi untuk membantu memandu pembangunan (assist to drive the development) dalam memastikan strategi dan hala tuju Jabatan dapat di laksanakan dengan efektif.

Ianya di lihat sebagai tulang belakang atau TUNJANG penggerak aktiviti aktviti utama MSNPK. BPP menggunakan dua landasan dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab

Pembangunan
Fokus utama untuk membina, membangun dan meneruskan perhubungan dengan 'stakeholder' dan program yang telah dirancang Latihan & kursus - Capabiltity Building- mempertingkatkan kompetensi 1. 2. ASK Attitude /Skill/Knowledge Stakeholder engagement - PR Relationship Building

Pengurusan
1. Membentuk dasar, polisi dan garis panduan untuk memastikan kawalselia bahagian adalah bertepatan Dasar Polisi Strategi Garis panduan Hala tuju Kawal selia & pemantuan

o o o o o
2.

En. Shanker A/L Retinam

Pegawai Sukan (Bahagian Sains Sukan)

You might also like