You are on page 1of 4

Sejarah Pengasas dan Sejarah Penubuhan

1. Jean Henry Dunant lahir pada 8 Mei 1828, di Geneva, Switzerland. Bapanya seorang peniaga, Ibunya seorang yang penyayang & patuh kepada agama.Beliau berdisiplin dan patuh pada agamaserta berahklak mulia serta aktif dalam aktiviti amali 2. PBSM di peringkat dunia lebih dikenali sebagai PALANG MERAH. Ianya telah diasaskan oleh Jean Henry Dunant. Beliau dilahirkan pada 8 Mei 1828 di Geneva, Switzerland dan dikenali sebagai BAPA PALANG MERAH.Idea menubuhkan Palang Merah dicetuskan oleh beliau ketika berada di kawasan pertempuran di Solferino, Itali pada Jun 1869. Pada masa itu, masih belum ada perkhidmatan perubatan untuk membantu dan merawat para tentera. Dengan bantuan penduduk setempat, Henry Dunant mula menggerakkan bantuan pertolongan cemas kepada mangsa yang cedera. 3. Hasil daripada pengalaman tersebut,beliau telah menerbitkab buku bertajuk " Kenangan Di Solferino". Dengan bantuan beberapa orang yang berminat,Henry telah menubuhkan Jawatankuasa Antarabangsa bagi membantu merereka yang cedera yang dikenali sebagai Jawatankuasa Palang Merah. Petugas-petugas bantuan dan alat perubatan mereka akan

dilindungi di bawah satu lambang iaitu PALANG MERAH yang berlatarkan warna putih. Lambang tersebut dipilih untuk memberi penghargaan kepada Switzerland yang ada persamaan dengan bendera negara tersebut. 4. Pada tahun 1876,ketika berperang dengan Rusia,Turki telah menggunakan lambang Bulan Sabit Merah dan langkah tersebut telah diikuti oleh kebanyakan Negara Islam. 5. Pada tahun 1901 Henry Dunant telah dianugerahi dengan Hadiah Keamanan ( Peace Prize) yang pertama. Tanggal 30 Oktober 1910 ,beliau telah meninggal dunia di Heidden, iaitu sebuah kawasan pergunungan 6. Lebih 40,000 tentera dan orang awal cedera dan terkorban. Henry Dunant dalam perjalanan ke Algeria, Afrika, telah membantu mangsa yang merintih dan nyawa-nyawa ikan ke sebuah gereja berdekatan. Sebuah buku kenangan dan pengalamannya A Memory of Solferino telah dicetak dan dihadiahkan kepada semua ketua negara di Eropah. Oleh sebab bahasa dan penceritaannya yang baik, buku itu telah menyedarkan ketua-ketua kerajaan di Eropah.

Sejarah Penubuhan di Malaysia 1. Bermula pada zaman british selepas Perang Dunia Kedua 2. Ia merupakan cawangan Palang Merah British 3. Ibu pejabat di London 4. Cawangan pertama ditubuhkan di Borneo Utara (Sabah) Mei 1948 5. Seterusnya cawangan Sarawak dibuka

Persatuan Palang Merah Persekutuan Malaya 1. diperkenalkan selepas kemerdekaan 2. Akta Parlimen digubal (Federation of Malaya Red Cross Society 1962) 3. Berkuatkuasa pada 16 April 1962 4. Ibu pejabat di Kuala Lumpur 5. Pengiktirafan ICRC didapat pada 4 Julai 1963 6. Menjadi ahli IFRS pada 24 Ogos 1963 7. Malaysia dibentuk pada September 1963 8. Malaysia bergabung dengan Sabah, Sarawak dan Singapura

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia 1. Singapura keluar dari Malaysia 2. Lambang palang merah ditukar kepada bulan sabit pada tahun 1975 3. 1975 Akta digubal Malaysia Red Crescent Society (change of Name) Act 1975 4. Berkuatkuasa pada 4 September 1975 5. Nama ini kekal pada hari ini

Tujuan Penubuhan 1. Memberi bantuan kepada orang-orang yang cedera di medan perang 2. Memberi bantuan atau mengurangkan penderitaan mengikut keutamaan tanpa pilih kasih 3. Membantu pemerintah dalam bantuan kemanusiaan 4. Memberi bantuan khidmat sukarela

You might also like