You are on page 1of 9

Strategi dan tindakan Tidak dapat dinafikan bahawa kesedaran dan penyertaan masyarakat orang asli, indigenous dan

kawasan pedalaman dalam bidang pendidikan tidak begitu memuaskan. Oleh itu, cara-cara yang dapat meningkatkan tahap kesedaran dan penyertaan masyarakat orang asli, indigenous dan kawasan pedalaman dalam bidang pendidikan telah banyak diperkenalkan oleh pihak kerajaan dan swasta. Pelbagai tindakan dan strategi telah diambil untuk meningkatkan tahap kesedaran dan penyertaan masyarakat orang asli, indigenous dan kawasan pedalaman dalam bidang pendidikan.

Meningkatkan infrastruktur dan prasarana sekolah Tindakan ini dapat menambahbaik Program Pembangunan Pendidikan terutama bagi masyarakat luar bandar, orang Asli, pedalaman dan peribumi. Infrastruktur dan prasarana bagi sekolah pedalaman perlulah ditingkatkan dari semasa ke semasa. Sebagai contohnya, pihak kerajaan bolehlah memberi bantuan kewangan dalam memberi peluang kepada sekolah pedalaman menggunakan teknologi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, pihak berkenan juga akan melakasanakan pembinaan sekolah baru dan bilik darjah tambahan dilaksanakan dalam tempoh 10 tahun. Perkara ini merangkumi pembinaan tambahan atau gantian seperti makmal sains, bengkel kemahiran, perpustakaan dan bilik pentadbiran yang lebih selesa.

Hal ini bertujuan untuk menyediakan kemudahan persekolahan di lokasi yang masih tidak mempunyai sekolah bagi memberi akses kepada pendidikan di kawasan luar bandar. Dalam menjalankan tindakan ini, pihak berkenaan tidak harus

mengabaikan sekolah kurang murid. Yang paling penting ialah menyediakan bekalan elektrik sepenuhnya kepada kawasan pedalaman. Seterusnya

menyediakan bekalan air bersih dan juga klinik-klinik desa.

Meningkatkan pengetahuan dan bilangan tenaga guru di kawasan pedalaman Kementerian Pendidikan Malaysia harus menyediakan kursus-kursus yang berkaitan dalam mempertingkatkan perkembangan diri mahupun

menyediakan setiap guru di pedalaman mengusai penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contohnya, apabila guru tersebut mahir dalam penggunaan ICT, maka ia memberi peluang kepada murid-murid pedalaman atau luar bandar berkenaan dengan isu-isu semasa dan

meningkatkan daya pemikiran murid tersebut ke arah yang lebih urban dan meluas. Selain itu, pihak kementerian turut harus memilih tenaga pengajar yang betul-betul ingin ke kawasan pedalaman dan diberikan elaun yang lebih tinggi.

Meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat Kementerian Kebajikan Malaysia juga boleh memberi bantuan kewangan dalam menyokong penglibatan masyarakat pedalaman dalam kegiatan sara hidup mereka. Hal ini demikian kerana kebanyakan masyarakat orang asli,

indigenous dan kawasan pedalaman berpendapatan rendah dan taraf kehidupan mereka tidak sebaik seperti penduduk yang tinggal di bandar. Oleh itu, bantuan kewangan seperti BRIM (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) perlulah dibekalkan kepada penduduk yang miskin. Melalui langkah ini, sosio-ekonomi dalam masyarakat orang asli, indigenous dan kawasan pedalaman akan meningkat, secara tidak langsung dapat menyediakan peluang pendidikan kepada keluarga yang miskin.

Meningkatkan peruntukan bagi program pembangunan pendidikan Untuk menjayakan program pembangunan pendidikan ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Rancangan makanan tambahan (RMT). Tindakan ini telah membekalkan sarapan ataupun makanan tengah hari untuk pelajar yang miskin supaya tidak menghadapi sebrang masalah makanan semasa berada di sekolah. Selain itu, pihak kementerian juga perlu menyediakan bantuan perjalanan dan pengangkutan untuk pelajar. Hal ini demikian kerana kebanyakan sekolah terletak di tempat yang jauh daripada tempat tinggal pelajar.

Dengan

menyediakan

kemudahan

pengangkutan,

pelajar

tidak

lagi

membimbangkan masalah kemudahan pengangkutan. Di samping itu, elaun khas dan skim pinjaman buku teks haruslah diberi untuk pelajar dengan mengikut lokasi tempat dan tahap kesusahan kehidupan mereka. Hal ini demikian supaya mereka tidak perlu risau akan perkara lain yang selain daripada pendidikan. Skim Baucer Tuisyen juga perlu disediakan kepada pelajar-pelajar yang ingin belajar. Tindakan ini bukan sahaja dapat memberi peluang pendidikan, malah dapat meningkat motivasi mereka untuk belajar. Seterusnya, bantuan biasiswa juga perlu dibekalkan untuk pelajar yang mencapai keputusan yang cemerlang dalam pendidikan. Hal ini dapatlah mewujudkan graduan ijazah muda dalam kalangan masyarakat orang asli, indigenous dan kawasan pedalaman.

Pendidikan Prasekolah dan pendidikan awal kanak-kanak Pendidikan Prasekolah dan pendidikan awal kanak-kanak dapat

memperkembangkan potensi kanak-kanak bagi menyediakan asas kukuh sebelum pendidikan formal. Tumpuan diberikan kepada meningkatkan

penyertaan kanak-kanak kawasan luar bandar dalam prasekolah. Pendidikan prasekolah yang berkualiti. Antaranya termasuklah penyeragaman bantuan kepada murid prasekolah kerajaan, meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru, menambahkan bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin bandar, luar

bandar dan pedalaman serta meningkatkan perkongsian pintar kerajaan-swasta dalam pendidikan prasekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia memulakan kemasukan awal ke Tahun 1 pada umur 5 tahun. Hal ini dapat menyebabkan murid mencapai kemahiran asas 3M (Membaca, Menulis, Mengira) nescaya mempercepat proses

pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Keperluan menyediakan program pendidikan awal kanak-kanak penting kerana pendedahan memberikan

pulangan yang besar pada masa hadapan.

Meningkatkan kesedaran pendidikan dalam kalangan ibu bapa Masyarakat luar bandar masih belum sedar akan pentingnya pendidikan kepada mereka. Seharusnya mereka perlu diberikan pendedahan tentang kepentingan pendidikan supaya mereka mendapat pendidikan dan menjalani kehidupan yang sama taraf dengan masyarakat bandar. Kepentingan pendidikan haruslah disampaikan dengan jelas kepada masyarakat orang asli, indigenous dan kawasan pedalaman. Pendidikan dapat menjaga kehidupan mereka dan hak-hak mereka tanpa ada orang tengah yang mengeksploitasi hak-hak masyarakat tersebut. Ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam pendidikan murid-murid. Biasanya ibu bapa di kawasan bandar amat mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak mereka berbanding luar bandar. Hal ini juga dapat dilihat melalui iniasiatif menghantar murid ke kelas tambahan dan banyak lagi. Kempen

atau ceramah kesedaran pentingnya pendidikan perlu sering dianjurkan bagi ibu bapa kawasan luar bandar. Ibu bapa menyedari akan kepentingan mempunyai pendidikan yang tinggi untuk menyara hidup keluarga mereka dengan lebih berkesan.

Amalan Baru Pelaksanaan Sistem Pendidikan Imbuhan Satu lagi faktor berkaitan dengan ketidaksamaan pendidikan yang disebabkan oleh ketidaksamaan status sosio-ekonomi. Tidak dapat dinafikan bahawa orang miskin di kawasan luar bandar dan orang kaya di bandar mempunyai peluang pendidikan yang berbeza. Atas sebab ini, maka pendidikan imbuhan diperkenalkan untuk mengatasi keadaan yang tidak seimbang itu. Pendidikan imbuhan sebenarnya adalah satu konsep baru dalam pendidikan yang wujud selepas Perang Dunia Kedua di beberapa negara Barat. Keadaan ini timbul akibat kesedaran rakyat terhadap kepentingan pendidikan. Hasil daripada itu, satu pergerakan dimulakan untuk menuntut hak peluang pendidikan yang sama, khasnya untuk kalangan rakyat kelas bawahan (Chazen, 1973). Sebelum pendidikan wajib diperkenalkan, peluang pendidikan

melanjutkan pelajaran mereka ke sekolah menegah, kolej dan universiti amatlah terhad untuk kanak-kanak kelas sosio-ekonomi yang rendah berbanding dengan mereka daripada golongan menengah dan atasan. Hal ini menunjukkan bahawa status sosio-ekonomi ibu bapa yang rendah mengurangkan atau menghalang anak mereka daripada menerima pendidikan. Kesulitan peluang pendidikan sedemikian kemudian mengakibatkan masalah keciciran yang serius dan pengangguran yang boleh menjejaskan kestabilan dan keamanan sesebuah negara. Akibat kesedaran tentang kesan buruk masalah tersebut dan desakan rakyat, maka beberapa negara Barat telah

mengambil tindakan tegas untuk memperbaharui sistem pendidikan mereka. Salah satu negara Barat tersebut ialah Amerika Syarikat. Apabila berlakunya masalah ketidakstabilan sosial yang serius, akibat ketidaksamaan pendidikan, satu program baru yang dipanggil Head Start telah diperkenalkan untuk membantu perkembangan pendidikan di kalangan golongan rendah masyarakat. Di Malaysia pula, lanjutan daripada Kementerian Pendidikan talah melaksanakan Laporan Keciciran (1973), dan melancarkan Projek

Pendidikan Wajib pada tahun 1975. Di bawah projek ini, pelajar-pelajar luar bandar dibekalkan dengan bahan-bahan pembelajaran khas serta guru-guru berkelayakan yang telah melalui latihan khas untuk mengajar. Pelaksanaan Sekolah Satu Aliran Sistem Sekolah satu aliran merupakan satu lagi alternatif bagi memupuk integrasi di antara etnik di sekolah. Sistem sekolah satu aliran ialah sistem yang menggunakan satu bahasa penghantar saja di sekolah-sekolah. Dalam konteks Malaysia, bahasa penghantar adalah bahasa Melayu. Pada waktu ini, di negara kita terdapat tiga aliran sistem persekolahan iaitu sekolah kebangsaan iaitu berbahasa penghantar bahasa Melayu, sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Masalah yang timbul di sini ialah kurangnya interaksi diantara pelbagai etnik yang menggunakan pelbagai sistem ini. Ini menyebabkan proses integrasi antara etnik di peringkat sekolah berjalan agak perlahan dan lambat.

Menerusi sistem sekolah satu aliran, tidak akan menimbulkan masalah penghapusan bahasa ibunda lain-lain etnik. Alternatifnya ialah bahasa Iban perlu dijadikan subjek wajib bagi pelajar berkenaan dan subjek pilihan kepada pelajar Iban atau sesiapa saja dari lain-lain etnik yang berminat. Melalui cara ini, disamping boleh bergaul secara meluas antara mereka, mereka juga boleh memahami budaya etnik atau kaum lain.

Jika ini dapat dipraktikkan masalah hubungan antara etnik yang lambat dapat diatasi dengan sendirinya melalui pergaulan antara pelajar dan saling fahammemahami. Kita dapat menyaksikan, keterasingan sekolah rendah ini telah menanam semangat perkauman atau etnik pelajar sekolah rendah dari awal lagi. Fenomena ini akan menular pula di peringkat sekolah menengah dan Institut Pengajian Tinggi. Menerusi sistem sekolah satu aliran ini, semangat perkauman atau etnik akan dapat dihapuskan sejak peringkat sekolah rendah lagi. Pergaulan antara pelbagai etnik yang berlainan membuatkan mereka lebih mengenali antara satu sama lain dan dapat bertolak ansur jika timbul sesuatu masalah. Hal ini perlu diberi perhatian segera demi mewujudkan proses integrasi yang jitu antara pelbagai etnik demi masa depan negara yang makmur dan harmoni.

You might also like