You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN NARADAN ( NAWANON )

D/A PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH RANAU BEG BERKUNCI NO. 8 89300 RANAU, SABAH

Tarikh : 05 FEBRUARI 2014

Kepada , Ibu Bapa / Penjaga, Murid Prasekolah Komuniti Kg. Kantas. Tuan, TAWARAN KEMASUKAN KE KELAS PRASEKOLAH SESI 2014 Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa anak/anak jagaan tuan/puan telah DITERIMA ditempatkan di kelas Prasekolah Komuniti Kg. Kantas SK. Naradan, RANAU bagi sesi 2014. 3. Sehubungan itu tuan/puan diminta untuk menyediakan dokumen seperti berikut ; 1. 2. 3. 4. 5. Salinan Sijil Lahir Anak 1 salinan SAHAJA Salinan Sijil Nikah Ibu Bapa 1 salinan SAHAJA Salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa/ Penjaga 1 salinan SAHAJA Salinan Rekod Kesihatan Anak 1 salinan SAHAJA Gambar Ukuran Passport - 4 keping ( Sila tulis nama di belakang gambar )

4. Semua dokumen tersebut perlulah dihantar dengan kadar SEGERA iaitu seLEWATLEWATnya PADA atau SEBELUM 14 FEBRUARI 2014 untuk tujuan rekod. 5. Segala kerjasama dan perhatian tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

MAZLAN BIN SAINI Guru Prasekolah, Prasekolah Komuniti Kg. Kantas, Sek. Keb. Naradan ( Nawanon ), Ranau.

LAMPIRAN / MAKLUMAN PENTING 1. KELAS PRASEKOLAH


Pengambilan kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun SAHAJA. Bilangan kanak-kanak hanya 25 orang bagi sebuah kelas. Masa pembelajaran 4 Jam Sehari. 6 Tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah. 1) Tunjang Komunikasi ( BM & BI ). 2) Tunjang Kerohanian, Sikap & Nilai ( P. Moral & P. Islam ). 3) Tunjang Kemanusiaan. 4) Tunjang Ketrampilan Diri ( Sosioemosi ). 5) Tunjang Fizikal & Estetika ( PJK, Muzik, P. Seni Visual ). 6) Tunjang Sains & Teknologi ( Awal Matematik, Awal Sains & ICT ).

2. KEHADIRAN
Waktu pembelajaran bermula pukul 7.30 pagi. Kanak-kanak DIGALAKKAN hadir sebelum pukul 7.15 pagi. Waktu balik 11.30 pagi - ibu bapa dikehendaki mengambil murid pada masa yang telah ditetapkan kerana pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab di atas keselamatan murid selepas pukul 11.30 pagi. Ketidakhadiran kanak-kanak ke sekolah hendaklah dimaklumkan kepada guru prasekolah/pembantu pengurusan murid melalui surat @ telefon.

3. PAKAIAN
Kanak-kanak DIWAJIBKAN memakai UNIFORM PRASEKOLAH ( Baju & Seluar Biru ) mengikut ketetapan pihak sekolah ( ISNIN, RABU & JUMAAT ). Kasut dan Stoking berwarna PUTIH. Kasut hendaklah BERTANDA @ BERNAMA untuk mengelakkan bertukar dengan kanak-kanak lain. Kanak-kanak DILARANG memakai pakaian biasa dan memakai selipar. Pakaian Sukan/Riadah dipakai setiap SELASA & KHAMIS (atau mengikut keperluan semasa).

4. BUKU KERJA / LATIHAN

Buku kerja / latihan dan lembaran kerja akan disediakan oleh pihak prasekolah. Setiap ALAT TULIS yang dibeli sendiri dan dibawa ke sekolah perlu bertanda atau bernama untuk mengelakkan bertukar dengan kanakkanak lain.

Latihan Tambahan di rumah perlu disediakan sendiri oleh ibu bapa untuk membantu kanak-kanak menguasai kemahiran 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul).

5. KESIHATAN
Ibu bapa hendaklah memastikan kanak-kanak sihat sebelum hadir ke sekolah. Sila maklumkan kepada guru sebarang penyakit serius yang dihadapi oleh kanak-kanak untuk memudahkan guru mengasingkan kanakkanak daripada sebarang aktiviti lasak. Sebarang alahan yang dihadapi kanak-kanak hendaklah dimaklumkan kepada guru. Pastikan kanak-kanak membawa sapu tangan terutama semasa menghidap selsema. Sediakan pakaian tambahan sebagai persediaan untuk kanak-kanak yang tidak sempat pergi ke tandas.

6. HAL-HAL LAIN
Maklumkan kepada guru prasekolah mengenai sebarang perubahan alamat atau no. telefon untuk memudahkan sebarang urusan. Jangan benarkan kanak-kanak membawa wang kerana makanan pada waktu sarapan dan rehat disediakan. Ibu bapa digalakkan melibatkan diri dalam sebarang aktiviti atau program yang dilaksanakan oleh pihak prasekolah. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi: Guru Prasekolah : 1. Encik Mazlan Bin Saini 0177938131 Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah : 1. Cik Wina Binti Molinggun 0128026936

You might also like