You are on page 1of 29

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER 6/ SEPTEMBER 2012 HBEF 2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN TUTOR : EN SHAIFOL BAHARY

SULAIMAN NO. MATRIKULASI : 680621085206001 NAMA : NOR.AIN BT MOHAMED SUDKI NO. KAD PENGENALAN : 680621-08-5206 NO. TELEFON : 012-7674729 E-MEL : anne5206@gmail.com PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN BATU PAHAT

ISI KANDUNGAN BIL TAJUK/ SUBTAJUK MUKA SURAT 1 PENGENALAN 3 2 SEJARAH DAN LATAR BELAKANG SAMBUTAN DEEPAVALI 2.1 Kisah Rama Balik Ke Adothya 2.2 Pembunuhan Naragasura 2.3 Kepercayaan Kaum Sikh 3 4 4 4 4 - 5 3 UPACARA-UPACARA & PERSEDIAAN SEBELUM HARI PERAYAAN 3.1 Upacara Jyoti Vilakku 3.2 Upacara Pemujaan Khas Memperingati Sanak Saudara Yang Telah Meninggal Dunia 3.3 Persiapan Membeli Pakaian, Perhiasan Rumah Serta KuihMuih 3.4 Menghantar Ucapan 3.5 Berpuasa 5 5 6 6 8 8 4 PERSIAPAN PADA MALAM SEBELUM HARI PERAYAAN 4.1 Memasang Pelita 4.2 Memakai Inai 4.3 Membuat Kolam/ Ranggoli 9 10 10 10 11 6 7

5 PADA HARI PERAYAAN 5.1 Persiapan Di Pagi Hari Deepavali 5.2 Upacara Mandi Minyak 5.3 Memakai Pakai Tradisi Deepavali 5.4 Upacara Sembahyang 5.5 Juadah Deepavali, Kuih-Muih Dan Manisan 5.6 Acara Memohon Restu 5.7 Kunjung Mengunjung & Rumah Terbuka 12 12 12 15 15 19 20 6 PANTANG LARANG SEMASA PERAYAAN 22 7 DEEPAVALI SEBAGAI PERAYAAN RAKYAT MALAYSIA 22 8 PENUTUP 25 9 RUJUKAN 26 - 27 24

14 19 20 21

1. PENGENALAN

Kepelbagaian perayaan di Malaysia melambangkan kepelbagaian agama, budaya dan bangsa masyarakatnya yang berbilang kaum. Malaysia yang damai dan bertuah ini membolehkan kita merasai nikmat sebuah kehidupan dan anugerah sebuah perayaan ya ng bermakna tanpa sebarang kekangan, sama ada kita berada dalam limpahan kemewahan, kesederhanaan mahupun kemiskinan. Perayaan adalah untuk dikongsi, saling mengisi dan melengkapi selain untuk mengingati, menginsafi dan mensyukuri. Melalui kepelbagaian perayaan di Malaysia, trend kunjung mengunjung tanpa mengira bangsa dan agama, boleh memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat seperti mana Gagasan 1 Malaysia yang disaran oleh Perdana Menteri. Begitu jugalah perayaan Deepavali atau Diwali atau Divali. Di Malaysia, perayaan ini bukan milik masyarakat India sahaja tetapi seluruh rakyat Malaysia boleh merayak annya tanpa ada halangan atau prejudis. 2. SEJARAH DAN LATARBELAKANG SAMBUTAN DEEPAVALI Hari Deepavali merupakan perayaan yang dinanti-nantikan oleh kaum India amnya serta semua penganut yang beragama Hindu khususnya. Hari Deepavali merupakan har i cuti umum di Malaysia. Hari Deepavali juga dikenali sebagai Diwali dan Divali. Deepava li. merupakan perkataan Sanskrit yang menggabungkan perkataan Dipa. yang bererti caha ya dan perkataan Gavali. yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tam il (antara bulan Oktober dan November) . Perayaan ini disambut mengikut tempoh yang berbeza oleh masyarakat berbeza. Walaupun hari-hari terasnya adalah sama dan jat uh pada hari-hari yang sama di seluruh Nepal dan India, namun hari-hari tersebut jatuh p ada bulanbulan Gregorian yang berbeza bergantung kepada versi kalendar Hindu yang digunak an masyarakat setempat. Versi Amanta ("tamat pada anak bulan") kalendar Hindu diama lkan sebagai kalendar kebangsaan India. Mengikut kalendar ini yang luas digunakan di India selatan dan Maharashtra, keraian enam hari ini dibawa dari empat hari terakhir b ulan Ashwayuja (Ashwin dalam bahasa Marathi) dan dua hari pertama bulan baru Kartika. Menurut versi Purnimanta ("tamat pada bulan purnama") yang meluas di India utara , Diwali

jatuh pada pertengahan bulan Ashwayuja/Ashvin. Dalam kalendar Gregorian, Deepava li biasanya tiba pada bulan Oktober atau November. Deepavali lebih dikenali sebagai pesta cahaya.. Masyarakat Hindu menggunakan cahaya sebagai makna simbolik untuk menyatakan kebaikan akan mengatasi kejahatan . Terdapat dua mitos yang menceritakan tentang asal-usul sambutan perayaan ini. 2.1 Kisah Rama Balik Ke Ayodhya Sesetengah orang Hindu percaya perayaan Deepavali bermula apabila Dewa Rama pulang ke Ayodhya selepas dibuang negeri selama 14 tahun. Rama pulang ke negaran ya dengan isterinya Sita dan adindanya, Lakshamana selepas membunuh Ravana, seorang yang jahat. Sepanjang perjalanan, apabila Rama serta keluarganya balik ke Ayodhya, menuju ke arah utara India dari selatan, orang yang tinggal disitu menyalakan pelita minya k sapi yang menandakan kebaikan telah mengatasi kejahatan berikutan kematian Ravana. Mereka menyalakan lampu pelita di sepanjang perjalanan Rama kembali ke tanah jajahannya sebagai hari Deepavali. 2.2 Pembunuhan Naragasura Menurut lagenda, perayaan Deepavali dikatakan disambut pada hari di mana salah seprang dewa Hindu iaitu Dewa Krishna berjaya membunuh seekor syaitan durjana ia itu Raja Naragasura yang mencetus huru-hara dan selalu memeras rakyatnya di Pradyoshapura m sehari sebelum perayaan Deepavali. Sebelum kematian Raja Naragsura, dia meminta rahmat dari ibunya, Satyabhama bahawa semua orang patut menyambut kematiannya dengan ca haya berwarna-warni. Raja Naragasura meminta semua manusia agar mereka merayakan hari kemenagan itu sebagai peringatan kepada mereka yang baik tentang godaan hantu da n syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa, agar berbuat baik dan menjauhi perb uatan jahat. Oleh itu, Deepavali diraikan untuk meraikan kejayaan kebikan mengatasi ku asa kejahatan. 2.3 Kepercayaan Kaum Sikh Bagi masyarakat Sikh sambutan hari Deepavali atau Diwali di atas sebab yang ber beza. Mengikut mitosnya, Guru Nanak, iaitu pengasas agama Sikh telah dipenjarakan oleh seorang

Raja. Raja itu memaksanya makan tetapi beliau enggan dan berpuasa. Kemudian , Gu ru Nanak sedar yang ramai orang telah berkumpul di luar penjara dengan memegang lam pu sebagai tanda bantahan agar Guru Nanak dibebaskan. Akhirnya, Raja itu sedar akan kesilapannya. Oleh kerana sikap tamaknya, dia telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang raja dan sebagai balasannya, dia membebaskan Guru Nanak. Kaum Si kh menyambut pembebasan Guru Nanak sebagai hari Deepavali. 3. UPACARA-UPACARA DAN PERSEDIAAN SEBELUM HARI PERAYAAN Sama seperti perayaan-perayaan lain, persiapan awal dilakukan oleh penganut aga ma Hindu agar sambutan Deepavali mereka lebih meriah seperti selalu. Mereka mengadakan beberapa upacara-upacara keagamaan, membeli-belah keperluan perayaan seperti pakaian, bahan-bahan untuk membuat kuih-muih atau juadah tradisional serta membersihkan rumah. 3.1 Upacara Jyothi Villaku Salah satu upacara kerohanian khusus yang diadakan pada mana-mana hari, sebulan sebelum tibanya Deepavali ialah upacara memasang pelita yang dinamakan Jyothi Villaku. Upacara ini sebenarnya bersangkut-paut dengan penghayatan terhadap kuasa cahaya atau dikenali sebagai jyothi dalam bahasa Tamil. Semasa up acara ini, penganut Hindu akan menyediakan barangan sembahyang yang paling asas seperti kemenyan, bunga melor, buah-buahan dan sedikit juadah makanan. Mereka akan menjemput sekumpulan orang yang terdiri dari beberapa orang dewasa, kanak-kanak dan remaja yang berusia di antara empat hingga tujuh belas t ahun ke rumah mereka. Upacara Jyothi Villaku dimulakan sekitar pukul 7.30 malam di mana pelita-pelita kecil dibawa oleh kanak-kanak ke rumah mereka yang menjemput kumpulan itu yang kemudiannya disusun di hadapan tempat sembahyang. Kumpulan itu kemudiannya mengambil tempat duduk di atas lantai sebelum melengkapkan tiga pusingan persiapan menyanyikan lagu keagamaan. Mulamula, mereka melakukan Mounam (bertafakur), disusuli dengan Thyanam iaitu duduk dalam posisi bersila dengan tangan di atas paha dan akhirnya Pranavam iait u menyebut perkataan 'Aum'sebanyak tiga kali. Seterusnya, kumpulan kanak-kanak itu akan melagukan enam buah lagu selama 30 minit. Sambil memuji-muji dan bersyukur kepada Tuhan, pelita yang dibawa diisi dengan minyak yang cukup supaya tidak ter padam. Sebelum pulang, semua yang terlibat dengan upacara ini akan disajikan dengan hid angan

tradisional seperti vadai dan minuman jus. Upacara ini bertujuan membangkitkan kesedaran dalam diri penganut Hindu supaya sentiasa taat kepada Tuhan dan mendoakan yang terbaik buat keluarga mereka. Malangnya pada zaman sekarang, sebahagian besar penganut Hindu tidak mengadakan upacara ini lagi. 3.2 Upacara Pemujaan Khas Memperingati Sanak Saudara Yang Telah

Meninggal Dunia Upacara sembahyang untuk memperingati sanak saudara yang telah meninggal dunia ini dilakukan oleh penganut agama Hindu sehari sebelum perayaan Deepavali. Dalam upacara ini, pelbagai barangan disediakan untuk dipersembahkan kepada roh-roh tersebut. Antaranya termasuklah pakaian yang terdi ri daripada baju yang cantik atau pakaian si mati itu yang masih disimpan dalam kea daan baik. Selain itu, makanan kegemaran si mati disediakan dan seterusnya dipersemba hkan di hadapan gambar mereka. Seterusnya diikuti dengan upacara berdoa serta menyeru roh yang diketuai oleh ketua keluarga. Kemudian makanan itu akan dimakan oleh ahli keluarga dan adakalanya ianya akan diberi kepada haiwan. Bagaimanapun, pemujaan roh ini tidak akan dilakukan oleh sesebuah keluarga sekir anya mereka baru mengalami kecelakaan seperti kemalangan atau kematian salah seorang ahli keluarga menjelang perayaan Deepavali. Hal ini kerana upacara kemat ian dan pemujaan roh sudah diadakan atau pun roh orang yang baru mati itu baru sahaj a disucikan oleh api dan tidak perlu lagi dipuja,cukup sekadar mengingatinya sahaj a. 3.3 Persiapan Membeli Pakaian, Perhiasan Rumah serta Kuih-Muih Sama seperti perayaan lain, berpakaian baru merupakan suatu kemestian apabila menyambut Deepavali. Kebiasaannya kaum India akan membeli pakaian baru seperti s ari dan sut punjabi untuk perempuan dan kurta untuk lelaki, pelbagai jenis aksesori seperti gelang tangan dan kaki serta peralatan hiasan rumah untuk sambutan hari Deepavali. Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan kepelbagaian etnik, turut mengadakan Karnival Deepavali untuk memudahkan pembeli mendapatkan segala keperluan mereka. Beberapa lokasi karnival seperti KL Sentral, Batu Caves serta Little India di Brickfields menjadi tumpuan pengunjung .

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2012/1112/Kosmo/Urban/ur_01.3.jpg http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2012/1112/Kosmo/Urban/ur_01.4.jpg Pelbagai variasi pakaian tradisional masyarakat India seperti sari, salwar kamee z, kurtha dan lengha boleh didapati dalam warna dan harga yang menarik. Koleksi pak aian tempatan dan yang diimport dari New Delhi dan Hyderabad juga terdapat di karniva l tersebut. Selain pakaian, aksesori unik yang berkaitan dengan masyarakat India selatan dan utara turut dijual. Barangan dekorasi rumah seperti lampu, bunga-bunga hiasan dan kad ucapan turut dijual. Masyarakat India juga membuat kuih-muih tradisional lebih awal sama seperti masyarakat Melayu dan sebagainya. Antaranya ialah muruku, neiurundai, atherasam, omapodi, halwa, laddu, palkova,bundhi, achi muruku dan chippi. Tetapi pada masa kini, mereka juga membuat biskut dan kek selain makanan tradisional mereka. Walau bagaimanapun,bagi golongan wanita yang bekerja dan tiada masa untuk membuat kuih-muih tradisional, mereka berpeluang membeli pelbagai kuih tradisional, kek dan biskut yang dijual di gerai-gerai yang didirikan sempena sambutan perayaan Hari Deepavali. Membeli-Belah Keperluan Perayaan Di Pusat Karnival Deepavali

http://cikgupsk.files.wordpress.com/2012/05/2004110801420201.jpg?w=300&h=180 http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSy69z8SDwQ_Pgm6uTyOQy5oZoxsp0xjA-4CzZs6 nOz_BL81mWf6Q http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSwK9nlMc7ZNkCRqeePcY0RSTYC0f48jnEz4HhF5 Vo-ZPDnCZPuTQ 3.4 Menghantar Ucapan Sempena sambutan Deepavali, kad ucapan juga tidak ketinggalan dihantar kepada ib u, bapa, kaum keluarga, sanak saudara, rakan-rakan dan beberapa pihak tertentu seba gai ucapan selamat serta memeriahkan sambutan Hari Deepavali. Lebih menarik lagi, kad ucapan turut dihantar oleh rakan taulan daripada pelbagai kaum di negara ini dengan semangat muhibah dan lambang perpaduan rakyatnya. Namun dalam zaman teknologi maklumat dan komunikasi sekarang, ucapan dihantar dalam bentuk emel, sistem pesanan ringkas (SMS) dan sistem pesanan bergambar (MMS) selain kad-kad ucapan tradisional. Pelbagai Jenis Manisan Yang Siap Untuk Dijual 3.5 Berpuasa Kad Ucapan Sesetengah penganut agama Hindu juga membersihkan diri dan jiwa mereka dengan mengamalkan puasa, hanya makan sayuran, dan bermeditasi pada hari-hari tertentu sebelum perayaan Deepavali disambut.

4. PERSIAPAN PADA MALAM SEBELUM HARI PERAYAAN 4.1 Memasang Pelita Perayaan Deepavali sangat sinonim dengan istilah perayaan lampu. Lampu yang dimaksudkan ialah pelita yang dinamakan vilakku. atau diyas. iaitu sejenis pelita tradisi yang diperbuat daripada tanah liat. Pelita yang dipasang dalam barisan dapat mer upakan simbol kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Dee pavali. Pada malam perayaan Deepavali, upacara memasang pelita dijalankan yang disertai oleh seluruh ahli keluarga. Penganut agama Hindu juga percaya akan Dewa kekayaan dan kemakmuran iaitu Dewi Laksmi akan datang melawat rumah mereka pada masa itu. Persiapan memasang lampu tersebut dilakukan untuk menyambut kedatangan Dewi Laks mi. Walaupun Deepavali dikenali ramai sebagai perayaan cahaya., namun erti esoterikny a yang terpenting ialah kesedaran akan cahaya dalaman.. Falsafah Hindu menegaskan b ahawa terdapat sesuatu yang menjangkaui jasad dan minda jasmani yang tulen, abadi dan tak terhingga, yang disebut Atman. Deepavali ialah sambutan Cahaya Dalaman, khususny a kesedaran akan cahaya ini yang mengatasi segala kegelapan (menanggalkan segala h alangan dan melenyapkan segala kejahilan), menyedarkan individu akan sifat sejati diriny a, bukan dalam bentuk jasmani, sebaliknya dalm kenyataan yang abadi, tidak terhingga dan unggul. Dengan realisasi Atman, datangnya belas kasihan, kasih sayang sejagat, serta kes edaran seseorang akan segalanya yang disebut Peningkatan Pengetahuan, lalu membawa kepa da Ananda yang bermaksud Kebahagiaan atau Keamanan Kedalaman. Walaupun cerita di sebalik Deepavali berbeza dari tempat ke setempat, namun intipatinya tetap sama iaitu untuk bergembira dalam Cahaya Dalaman (Atman) atau realiti yang mendasari segalanya (Brahman). Akan tetapi pada masa kini pelbagai lampu-lampu moden juga dipasang untuk menambahkan kemeriahan perayaan.

C:\Users\MyToshiba\Pictures\118___11\IMG_2285.JPG C:\Users\MyToshiba\Pictures\118___11\IMG_2298.JPG http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQ0JZobyoUkzWbG020zh-3RLKdI2ifwfYlHWTlCj zQlu_1c9bYC http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRBBU1tisPyieoQpD5prnWozBBTEZW4GPmHLRLNx TjD-5Q69QdK http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcR9dNKa9e6Cp645ut9775Z9PYfbPeALu32p7Hjn_EGFWfXCvtm C:\Users\MyToshiba\Pictures\118___11\IMG_2281.JPG C:\Users\MyToshiba\Pictures\118___11\IMG_2282.JPG 4.2 Memakai Inai Malam sebelum perayaan Deepavali kaum wanita akan mengenakan inai pada jari tangan dan kaki mereka untuk tujuan menghias diri. Memasang Pelita Tanah Liat Yang Dinamakan Diyas 4.3 Membuat Kolam atau Ranggoli Menghias Tangan Dan Kaki Dengan Inai Atau Vilakku

C:\Users\MyToshiba\Pictures\118___11\IMG_2284.JPG C:\Users\MyToshiba\Pictures\118___11\IMG_2288.JPG C:\Users\MyToshiba\Pictures\118___11\IMG_2312.JPG C:\Users\MyToshiba\Pictures\118___11\IMG_2313.JPG

Bagi penganut agama Hindu, sambutan Deepavali tidak lengkap sekiranya rumah mereka tidak dihiasi dengan kolam. Kolam atau Ranggoli adalah lukisan di atas lantai yang bermotifkan bunga-bungaan yang diperbuat daripada beras berwarna-warni. Kemahiran membuat kolam. ini biasanya diwarisi secara turun-temur un. Walaupun nampak susah, tetapi penganut Hindu atau masyarakat India boleh membuat nya dengan cantik, unik dan menarik. Langkah-Langkah Membuat Ranggoli atau Kolam Penganut Hindu akan menghiasi rumah mereka dengan kolam. atau ranggoli. sebelum terbit matahari hari perayaan Deepavali. Biasanya kolam. ini dibuat di depan pint u rumah sebagai tanda selamat dan rahmat supaya setiap isi rumah mendapat kesejahteraan. Hiasan kolam. ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi, Dewa Kekayaan dipercayai akan hanya mengunjungi rumah yang mempunyai hiasan kolam. di pintu masuk rumah mereka. Ia juga mempunyai maksud tersirat di sebalik tradisi ini iaitu untuk mem beri makan kepada serangga-serangga kecil seperti semut di samping mencantikkan kawasan had apan rumah. Secara tidak langsung, tuan rumah juga akan mendapat pahala kerana membua t kolam. tersebut.

http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTHlhWXBy0Yovfs0UlmEYSepXWlSIhalXWVLnKtq 6zUVHi-dmgk 5. PADA HARI PERAYAAN

5.1 Persiapan Di Pagi Hari Deepavali Kini tibalah hari yang dinanti. Kebiasaannya seluruh ahli keluarga akan bangun a wal iaitu sebelum matahari terbit. Seawal jam 3 pagi, penganut agama Hindu akan mema sang pelita atau lampu di sekitar kawasan rumah. Kuih-muih serta buah-buahan untuk upacara pemujaan diletakkan di atas daun pisang bersama-sama dengan pakaian baru dengan dikelilingi pelita yang sedang menyala untuk melambangkan sesuatu yang baik. Pada masa yang sama, sebiji buah kelapa akan dibelah dua dan kemudian nya diletakkan di tempat hidangan. Ini diikuti dengan upacara sembahyang oleh setiap ahli keluarga sambil membakar setanggi dan kemenyan. 5.2 Upacara Mandi Minyak Seterusnya, upacara mandi minyak bijan turut dilakukan pada awal pagi sebelum matahari terbit. Upacara mandi minyak bijan bertujuan untuk menyucikan badan dan memberi semangat. Minyak bijan ini akan disapukan ke atas kepala setiap ahli kel uarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek atau ketua keluarga. Dikhabarkan ba hawa kebaikan mandi minyak bijan sama seperti mandi di Sungai Ganges yang suci yang b ertujuan membersihkan diri daripada segala kejahatan dan sifat dengki. 5.3 Memakai Pakaian Tradisional Deepavali Minyak Bijan Dilumurkan Di Kepala Selepas mandi dimestikan memakai pakaian dan perhiasan serba baru yang juga bertujuan untuk menghilangkan segala sifat buruk dan kejahatan dalam diri seseor ang. Pakaian yang sering dipakai oleh kaum India semasa perayaan Deepavali adalah Sari . untuk kaum wanita dan Dhoti. untuk kaum lelaki. Sari ialah sebidang kain berukuran 5 hi ngga 6

http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQ1Q9D6UBK7_iv0D3hoVYCz2jhqxOY41AKa2jI9B 4koQvDm84U7SA http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQKbTBkcBlS1Hiz7gKToIjDwlfW8vQLbpFXEfsUQ 4U_gDHr2Ol8Fg http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRgYveTq725pz9wubFYpxefQOoODKGzlijeFVoPT IKGhvJbLdsyqw http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcT3ro3Snuh-uRSU-Z7ml_bNX_8-GBppcSXgVt-xJ ARQ0uA-MNYJ http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcT1dCKePW91FX60EYijE9uDJ4bQzRnySlHOj82o_ 8njSX03a1eZAA http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRmLwpaW9vAO5nzxpe1ywiGvf-MrexiImvffhQcp ZmxV9Aj69zDng meter panjang yang dililit pada badan. Bahagian hujungnya yang bersulam diletakk an di atas bahu kiri. Golongan remaja dan kanak perempuan pula biasanya memakai salwar kameez atau dikenali sebagai baju Punjabi iaitu blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar. Terdapat juga kanak-kanak perempuan yang memakai pavadai thavani iaitu skirt panjang yang dililit dengan separuh daripada kain sari. Bagi kaum lelaki pula, mereka biasanya memilih untuk memakai kurta. atau dhoti. iaitu sejenis pakaian berupa kemeja panjang paras lutut. Kebiasaannya pakaian in i diperbuat daripada kain kapas atau linen.

Sari Salwar Kameez Kanak-kanak Salwar Kameez Dewasa

Dhoti Kurta Dewasa Kurta Kanak-kanak

http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcT3XpxBcGkC12H17jElHmGcS9PREQTiVSiygr8iz axaY3jDCZ8g http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTzYTckZ0fvkvsZygC57CGi7J7MRH8xcpndrC9co x5sz-rH3Q9T C:\Users\MyToshiba\Pictures\118___11\IMG_2360.JPG

Pavadai Thavani

Penulis Dengan Gadis-Gadis Berpakaian Salwar Kameez dan Pavadai Thavani

http://cikgupsk.files.wordpress.com/2012/05/thaipusam2.jpg?w=300&h=200 http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQnc_Guxas7SygdHjS1ceP_Hnq8qRbjukU9SR-5A OpgDi2wibIg 5.4 Upacara Sembahyang Penganut Hindu akan mengunjungi kuil untuk bersembahyang selepas menjalankan upacara penyucian. Penganut Hindu akan mengalungkan Patung Dewa Hindu dengan kalungan bunga untuk mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta mempering ati ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Bagi menghormati ahli keluarga yang telah meninggal dunia, masyarakat India tidak akan menjamah sebarang makanan sebelum mereka habis menghadiri upacara sembahyang di kuil. Selain penghormatan kepada ahli keluarga yang telah tiada, tindakan ini juga bertujuan untuk mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga. Selepas bersembahyang, mereka akan dihidangkan dengan pelbagai manisan yang dinamakan Prasad sebelum pulang ke rumah.

Bersembahyang Untuk Menyucikan Diri

5.5 Juadah Deepavali, Kuih-Muih dan Manisan Mengikut ajaran agama Hindu, semua masakan yang dimasak mestilah yang berasaska n kepada sayur-sayuran. Masakan jenis daging adalah tidak digalakkan. Ia bertujuan untuk mengawal nafsu makan mereka pada hari perayaan ini. Akan tetapi terdapat juga pe nganut yang memasak makanan yang bukan berbentuk vegetarian.. Satu kemestian pada hari Deepavali ialah menyediakan manisan. Manisan merupakan identiti bagi masyarakat India keseluruhannya. Dalam masyarakat India, manisan sering menjadi acara pembuka seb elum memulakan sesuatu majlis, acara atau hari perayaan. Menurut kepercayaan mereka, ia mampu membawa kegembiraan, keseronokan, nilai positif dan kesejahteraan yang berpanjangan dalam kehidupan. Lebih manis dan lebih sedap manisan tersebut diang gap

http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTny3MAT0yWhvcZPIIbr96a-LDpoBBIS5_SFqEwD CyG_Uj7gLOP http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQKHZLlmAi579GmVNUGCXa137na2V7iUqHAJ4pcy QKUuC2Kh7Zt http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSw1AX3ia2Rc2ABh59WHMffo5o3hRsRMqbR3cDZ_ d3jF-8LUpAS http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQ_6x9bf6rXqtIn2r5LxtaJb4m0vHLjXarjpQ6QJ sPS1reKg_hK http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSC2xa1wcyeH2IXPC_roR_zIIqi1bRhQI9g20fs7 CvXJxPWPVzz http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSEY1uiRq8ZCnhYLlGxkStucx4P-FIRjigv3eSQK AiOMiS_0XxnNQ lebih baik dan sangat dialu-alukan. Antara hidangan manisan tradisional yang san gat istimewa ialah laddu, kesari, jelabi, athirasam, kandi kelapa, burfi dan halwa.

Laddu Kesari

Jalebi Burfi

Halwa Lobak Neiurundai

http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRVkcod7m1_agmTfo_R2iosi7HvLyEzJ8g8VyK46 YuYn1yg8qDNqg http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcR17lC_69_edov7Meghf3V159sH6JOTJIvcjrGW6 YPzsdLoQdzT http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcT6XYcgJuejOT1oTFnSMFNp8_cdvB2xAeXYaCAqn fiP-cylhaTD http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQsF9ooPm4imIS61HbsjMovdq2mKOnxuLz4GuQUN wytKNTujy1fpw Candy Kelapa Athirasam

Sesetengah masyarakat yang masih mengekalkan unsur tradisi semasa perayaan turut menyediakan sembilan jenis hidangan sayur-sayuran pada pagi Deepavali. Antaranya ialah aloogobi. iaitu campuran ubi kentang dan kobis bunga, paneer. campuran masala bers ama yorgart dan kari dal. Tidak ketinggalan kuih-muih tradisional seperti Muruku, Ne iurundai dan Atherasam. Kebiasaannya, walau sesibuk mana sekalipun, penganut agama Hindu akan tetap memasak sekurang-kurangnya satu jenis kuih tradisionalseperti muruku, omapodi atau achi muruku di rumah mereka. Ini adalah kerana mengikut kepercayaan penganut agama Hindu, kalau periuk tak berisi minyak, ia memberi mak na bahawa ada kematian di rumah mereka.

Aloogobi Paneer

http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcT5Zq9TecpTAqsrg0iveanhSHDna9o3LXYWUSM_l OuHd-RUGnOsJw http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRxUTb2jef3HkEl23QDeEDkLzLTREj8hOOisuMfa LUhAv6alNys http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQYJijpVB2BIBcjOZduBfS7a3DmSb3umnQKiJiGa vh790LFypWk http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSPxH38sdEFbwz0D9FNfcezyHHBPm_oTIby56QMr B9Bdp6vI_MbHA http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTn3QCyo3zkwTGY_rJoIQ2NdgHb8cY2Bk3_eP0ww aVWrv-7M2LW http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTfH4qk7Ck-TD3D1EiAxBeF4Vf4OX_lX3Wi6ctTc 9kDsQFPm3FNrA Kari Dal Murukku

Walau bagaimanapun, makanan tradisi lain yang sudah sinonim dengan masyarakat di Malaysia seperti, capati, tosai, puttu, idli, idiyapum, kari ayam dan kari kambi ng tetap disajikan. Semua ahli keluarga akan berkumpul dan duduk makan bersama-sama selep as pulang dari kuil. Omapodi Achi Murukku

Capati Tosai

http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQA5mzCwB6fOfBaC45vJccFvBHU_OVthAnPlEvUh YmRa8kpq5QKPQ http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTtcgqhRNHBkiUhn_4BeB444JXrgCuIqEdzosHBg CbBSRkZNIjq http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQ93XGdkWQ3y6k7RcHo31n0-AgllRSZL1i1LCkTj HjDE46PxWjolA

Idli Puttu Idiyapum 5.6 Acara Memohon Restu Bagi setiap agama, memohon restu merupakan perkara yang sangat penting dalam apa jua perkara yang dilakukan. Begitu juga bagi penganut agama Hindu. Mereka akan melakukan upacara ini sama ada sebelum pergi atau selepas pulang dari kuil, iait u sebelum semua ahli keluarga bersarapan bersama-sama. Amalan ini merupakan satu perkara y ang wajib dilakukan oleh setiap ahli keluarga. Anak-anak akan sujud di kaki ibu, bap a atau orang yang lebih tua seperti datuk dan nenek untuk memohon restu. Isteri pula sujud me mohon restu daripada suami. Dengan amalan ini, semua pertelingkahan akan dilupakan dem i mewujudkan suasana harmoni serta mengeratkan hubungan kekeluargaan yang sedia te rjalin.

C:\Users\MyToshiba\Pictures\118___11\IMG_2328.JPG C:\Users\MyToshiba\Pictures\118___11\IMG_2329.JPG http://3.bp.blogspot.com/__jFOZGgqy2k/Stt6eXMY5YI/AAAAAAAAFas/kpgcPvcdDE8/s400/S apu+minyak+kat+rambut.jpg5664

5.7 Kunjung-Mengunjung dan Rumah Terbuka Perayaan Deepavali sememangnya ditunggu-tunggu oleh segenap lapisan masyarakat India, sama seperti perayaan-perayaan lain. Amalan balik kampung merupakan satu kemestian agar dapat bersama-sama sanak saudara. Mereka akan berkunjung ke rumah sanak-saudara, sahabat-handai tidak kira dekat ataupun jauh. Inilah masanya bagi mereka untuk mengeratkan hubungan persaudaraan dan persahabatan sesama mereka. Memohon Dan Memberi Restu

http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcS4Eplf7PPuUsBYkeE716XkAZ5GNjmv-Jix5_-i6 XePg8JwQJfP http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQXMRLof3-x5ILZMmiYCNZ6ORIe9mGDBRaTR35aV yKrgWeG5Pg9 C:\Users\MyToshiba\Pictures\118___11\IMG_2334.JPG C:\Users\MyToshiba\Pictures\118___11\IMG_2356.JPG C:\Users\MyToshiba\Pictures\118___11\IMG_2318.JPG Sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat berbilang bangsa dan agama, satu amalan yang mula diterima di Malaysia ialah mengadakan rumah terbuka. Sambutan Deepavali juga tidak ketinggalan mengamalkannya. Rumah terbuka akan diadakan ole h tuan rumah dan akan dukunjungi oleh jiran tetangga, sahabat handai tidak kira bangsa dan agama. Amalan ini sangat unik dan istimewa bagi mencerminkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Selain itu, amalan memberi angpau juga sudah diterima oleh masyarakat lain selain masyarakat Cina. Pemberian angpau ini dapat menambah keme riahan perayaan terutamanya kepada kanak-kanak.

Kunjung-Mengunjung Amalan Bersama

http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTvpPxyQFZs_UWM9lBh0dD3lXCis0zyYcu_Ju_0n zV8mfquUsVx 6. PANTANG LARANG SEMASA PERAYAAN

Penganut agama Hindu juga mempunyai dan perlu mematuhi beberapa pantang larang semasa menyambut hari Deepavali ini. Antaranya ialah mereka hendaklah memakai pakaian yang berwarna garang seperti merah, biru dan oren pada hari perayaan tersebut. Mereka dilarang sama sekali memakai pakaian berwarna hitam dan putih kerana ianya melambangkan suatu kesedihan. Bagi keluarga yang sedang berkabung kerana kematian sanak saudara pula, mereka dilarang mengadakan sambutan Deepavali selama setahun bagi menghormati ahli keluarga yang telah meninggal dunia tersebut. Mereka hanya dibenarkan melawat ke rumah rakan-rakan seagama sahaja. Manisan pula merupakan identiti bagi perayaan masyarakat India. Menurut kepercayaan penganut Hindu, manisan yang disediakan tidak boleh dimakan selagi ia tidak mendapat restu daripada tuhan. Oleh itu, beberapa jenis manisan dan masakan dipersembahkan semasa mereka bersembahyang di rumah untuk mendapat restu dari tuhan. Selain itu, mereka juga percaya bahawa adalah tidak baik jika mereka mengosongkan atau menghabiskan nasi di dalam periuk nasi pada malam hari sebelum hari perayaan. Mereka mestilah meninggalkan sedikit baki nasi di dalam periuk sehingga keesokan hari. Ianya bertujuan supaya rezeki yang ada tidak terputus dan sentiasa dilimpahi dengan rezeki yang banyak. 7. DEEPAVALI SEBAGAI PERAYAAN RAKYAT MALAYSIA

Kanak-Kanak Berbagai Kaum Bermain Bunga Api

Di antara negara di mana Deepavali dirayakan dengan cara yang unik dan tersendi ri ialah India, Malaysia, Singapura, Sri Lanka, Mauritius, Fiji, Guyana, Thailand, Africa Selatan, Trinidad dan Kanada. Di Malaysia pula, kita amat bertuah kerana Deepavali dirayakan sebagai perayaan kebangsaan di mana rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat bersamasama meraikan sambutan yang istimewa ini. Di Malaysia, hari Deepavali disambut pada b ulan ketujuh kalendar suria Hindu dan ia merupakan cuti umum persekutuan di seluruh M alaysia. Rakyat dapat menerima hakikat bahawa Deepavali sebagai satu perayaan rasmi di Malaysia. Ini mencerminkan bahawa dasar kebudayaan kebangsaan menerima kewujudan masyarakat dan kebudayaan majmuk di Malaysia. Deepavali, sama seperti perayaanperayaan lain mempunyai kesan yang mendalam dalam hubungan antara kaum di mana r asa hormat yang spesifik kepada sesuatu kaum oleh rakyat Malaysia dapat dilihat. Pem impinpemimpin Negara juga sentiasa memperjuangkan perpaduan dalam kalangan rakyatnya. Contohnya Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia Kedua pernah mengilhamkan slogan Semangat Muhibah. dan kini Datuk Seri Najib Razak pula memperkenalkan kons ep 1 Malaysia. khas untuk rakyatnya. Selain itu, pertindihan budaya juga amat jelas berlaku dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Ternyata rakyat Malaysia berlainan kaum tidak boleh 'dipisahkan'. T erdapat tradisi yang dikongsi dan diamalkan oleh lebih daripada satu kaum di Malaysia. A ntaranya ialah pemakaian kain pelikat. Bukan sesuatu yang janggal jika melihat orang Indi a, orang Melayu, orang Cina serta mereka daripada keturunan Baba Nyonya pun memakainya. B egitu juga dengan makanan seperti nasi lemak, capati, yong tau fu, sate dan berbagai l agi digemari oleh segenap lapisan masyarakat di Malaysia. Memetik perbualan dengan seorang peniaga manisan di sebuah premis perniagaan, beliau berkata, Sepanjang berniaga di sini, perniagaan manisan begitu mendapat te mpat di hati para penggemarnya yang bukan sahaja terdiri daripada masyarakat India, mala h amat diminati oleh kaum Melayu dan Cina. Kini juadah tradisi India seperti manisan in i sudah diterima oleh masyarakat pelbagai kaum, termasuk pelancong dari luar negara. Terbukti bahawa pertalian antara kaum yang rapat ini memperkaya lagi tradisi da n budaya rakyat Malaysia yang tidak terdapat di mana-mana negara lain di dunia.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1024/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.8.jpg http://mstar.com.my/archives/2009/10/16/mstar_manusia_peristiwa/DrMuru_.jpg Pelbagai Manisan Telah DikomersialkanUntuk Dijual Di Pasaran

Perayaan Yang Dikongsi Bersama

8. PENUTUP

Deepavali merupakan perayaan utama yang boleh diraikan oleh seluruh masyarakat pelbagai kaum. Melalui kunjungan sambutan perayaan sesuatu kaum dapat menerbitka n perasaan hormat-menghormati terhadap adat dan kepercayaan kaum lain. Di samping itu, budaya ini dapat mengukuhkan perpaduan akibat kurangnya syak wasangka antara kau m di Malaysia. Kesediaan rakyatnya menerima perayaan kaum lain seperti Deepavali i ni telah menambah keunikkan seni budaya di Malaysia. Rumah terbuka yang dianjurkan oleh para pemimpin dari peringkat komuniti hingga ke peringkat kebangsaan mampu mengabungkan beberapa suku kaum di bawah satu bumbung dengan satu tujuan iaitu perpaduan. Sekiranya perkara ini dapat dipraktikkan nescaya masyarakat Malaysia akan mampu menghadapi apa-apa sahaja cabaran yang datang dari luar atau masyarakat antaraba ngsa, ibarat kata peribahasa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat serta bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Sesungguhnya menjadi rakyat Malaysia merupakan nikmat dan tuah yang harus disyukuri.

RUJUKAN C.L. Lim. ( ). Pelancongan tema & pelancongan budaya & rekreasi. Kuala Lumpur : Edu Quest Publisher. Hairi Ismail. (2009). Dewan budaya. ( Edisi Oktober: 10 19) Muhammad bin Harun .(2007).Adat dan budaya masyarakat india .Selangor: Scientifi c Focus Sdn. Bhd. Zabri b Zakaria.(2005).Pantang larang dalam masyarakat. PetalingJaya: Sejati Boo ks INTERNET http://bgconvent78-2009diwali.blogspot.com/2009/10/food.html - 26/11, 11.00pm http://cikgupsk.wordpress.com/tingkatan-4/nota/kepelbagaian-budaya-di-malaysia/p erayaandeepavali/ - 26/11, 10.01pm http://diarynurul.blogspot.com/2010/11/deepavali-lebih-dikenali-sebagai-pesta.ht ml 26/11,9.42pm http://harian-hullahup.blogspot.com/2011_10_01_archive.html - 26/11, 9.56pm http://i-pakar.pnm.my/i-digital/main.php?set=3&sort=89&packid=97# - 26/11, 10.17 am http://mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/10/16/mstar_manusia_peristiwa -26/11, 11.28pm http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Deepavali - 21/11, 10.33am http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/395-artikel/773 6deepavali-perayaan-cahaya-penuh-simbolik.html - 10/11/2012 , 5.30 pm http://psksksd.blogspot.com/2009_09_01_archive.html - 26/11, 9.25pm http://psksksd.blogspot.com/2010/11/selamat-menyambut-hari-deepavali-buat.html 10/11, 6.00 pm http://sejarah2u.blogspot.com/2009/10/deepavali-pesta-cahaya.html - 21/11, 12.44 pm http://suejoshua.blogspot.com/2009_10_18_archive.html - 26/11, 10.51pm http://www.indif.com/nri/Festivals/Diwali.asp - 21/11, 11.03 am http://www.jkkn.gov.my/v4/index.php?option=com_content&view=article&id=167%3Aper ayaan-deepavali&catid=68%3Aperayaan-kaum&Itemid=106&lang=bm 27/11, 10.10am

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content - 26/11, 9.29pm http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1024&pub=Kosmo&sec=Rencana_U tama&pg=ru_01.htm - 26/11, 10.26pm http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1008&pub=kosmo&sec=urban& pg=ur_05.htm - 26/11, 9.38pm http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1112&pub=Kosmo&sec=Urban&pg= ur_01.htm - 26/11, 10.18pm http://www.top-indian-recipes.com/blog/celebrate-with-diwali-sweetrecipes/#axzz2Cp0Nmb4F - 21/11, 11.57am http://zainol-ariffin.blogspot.com/ - 26/11,9.33pm

You might also like