You are on page 1of 2

1) Diumumkan ketibaan Yang dihormati Guru Besar SK Pasir Gudang 1, Puan Mas bt Hj Ami, Yang Dipertua PIBG SK Pasir

Gudang 1, Tuan Hj Sulaiman bin Syed Ali, guru-guru Penolong Kanan, dan guru-guru SK Pasir Gudang 1 yang dikasihi sekalian. 2) Assalamualaikumwarahmatullahiwabaratuh.......... Majlis perhimpunan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah pada pagi ini dimulakan dengan nyanyian lagu bangsa Johor, lagu sekolah, dan beberapa buah lagu patriotik. 3) Dijemput Nur Afiqah binti Basar untuk mengetuai nyanyian kita pada pagi ini. Semua guru, murid dan para hadirin sekalian diminta berdiri tegak untuk menyanyikan lagu- lagu tersebut dengan penuh semangat. 4) Majlis menjemput Ustaz Khairudin bin Abd Kadir untuk membacakan doa, Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Khairudin bin Abd Kadir. 5) Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Dipertua PIBG SK Pasir Gudang 1, iaitu Tuan Hj Sulaiman bin Syed Ali untuk menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Hj Sulaiman bin Syed Ali atas ucapan beliau itu tadi. 6) Majlis diteruskan dengan menjemput Guru Besar SK Pasir Gudang 1, Puan Mas bt Hj Ami untuk menyampaikan sepatah dua kata dan nasihat untuk renungan dan peringatan kita bersama. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Puan Mas bt Hj Ami. 7) Tibalah masanya untuk majlis bacaan perutusan sempena Hari Guru 2012. Perutusan yang pertama ialah Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia yang akan disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Ramlee bin Mohamed. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Encik Ramlee bin Mohamed.

8) Perutusan yang kedua pula ialah Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang akan dibacakan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Pasir Gudang 1, Encik Nawawi bin Saridi. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Encik Nawawi bin Saridi. 9) Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar Hari Guru yang akan diketuai oleh Encik Syukri bin Abu Othman. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Encik Syukri bin Abu Othman. 10) Acara terakhir pada pagi ini ialah nyanyian lagu-lagu Hari Guru iaitu - lagu tema Hari Guru - lagu Jabatan Pelajaran Negeri Johor - lagu PPD Pasir Gudang - lagu Kami Guru Malaysia dan - lagu Negaraku 11) Dijemput Guru Besar, Puan Mas bt Hj Ami, Yang Dipertua PIBG, Tuan Hj Sulaiman bin Syed Ali, dan Guru-guru Penolong Kanan ke kantin untuk menikmati sedikit jamuan. Dipersilakan.

You might also like