You are on page 1of 3

Kitar Semula Minyak Masak

Penduduk di sekitar Bukit Beruang, Melaka telah bersama-sama menjalankan urus

niaga kitar semula minyak masak. Peniaga restoren kecil-kecilan dan penduduk

menjalankan usaha tersebut untuk menambah pendapatan keluarga.

Sebelum ini, mereka tercari-cari cara terbaik untuk melupuskanminyak masak

tanpa mencemarkan alam sekitar. Akhirnya, sebuah syarikat milik seorang lelaki telah

bersetuju untuk membeli minyak masak tersebut untuk dijadikan minyak biodiesel.

Syarikat tersebut telah mengagih-agihkan tong khas kepada penduduk sebagai

bekas pengumpulan minyak masak terpakai.

Usaha penduduk yang bersungguh-sungguh ini patut di contohi oleh penduduk

di tempat lain. Melalui usaha tersebut, bertin-tin minyak masak terpakai tidak lagi

dibuang ke dalam longkang dan ini dapat mengelakkan longkang daripada tersumbat.

You might also like