You are on page 1of 4

NAMA: AHMAD KAMAL BIN RAMTAN JAWAPAN TUGASAN WAJIB MODUL 5 PENDAHULUAN

NO.KP: 610613-04-5315

KUMP: SMI2/1/2014

Setiap sekolah mempunyai hari-hari tertentu yang boleh dinamakan sebagai hari kebesaran sekolah, umpamanya Sambutan Jubli Emas Sekolah, Program Hari Terbuka Sekolah, Program Sukaneka Sekolah dan lain-lain program yang semuanya bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sekolah dengan ibu bapa, masyarakat dan komuniti setempat. Begitu jugalah dengan sekolah saya, yang mana pihak sekolah telah bersetuju untuk mengadakan Program Qurban Berkelompok Sekolah bersempena datangnya Hari Raya Qurban 2013. Berikut adalah urutan peristiwa yang dituliskan semula sebagai panduan kepada semua pihak yang berkaitan dan rujukan dalaman pihak sekolah. Urutan pelaksanaan Program Qurban Berkelompok Sekolah ini dibahagikan kepada tiga fasa pelaksanaan.

Fasa 1- Sebelum Aktiviti Qurban Berkelompok


Apabila menjelang bulan Zulhijjah setiap tahun, ramai guru-guru yang berpakat untuk mengadakan ibadah Qurban, keadaan ini telah dikesan oleh Tuan Haji Ismail bin Bachik selaku Pengetua SMK Seri Mahkota yang baru. Untuk tahun 2013 sahaja, beliau telah mendapat tahu bahawa sebanyak 5 ekor lembu akan diQurban oleh guru-guru sempena bulan yang mulia tersebut. Atas inisiatif pengetua dan sokongan dari semua Guru Penolong Kanan sekolah serta persetujuan dari semua guru yang ingin melaksanakan ibadah Qurban pada tahun tersebut, tuan pengetua telah mengadakan mesyuarat guru-guru yang disebut sebagai Mesyuarat Pelaksanaan Qurban Berkelompok SMK Seri Mahkota 2013. Tuan Haji Ashaari Johari selaku Kaunselor Sekolah telah diarahkan oleh tuan Pengetua untuk menyediakan kertas kerja program. Dalam mesyuarat tersebut, kertas kerja yang mengandungi latar belakang program, tema program, objektif program, ahli jawatankuasa yang terlibat, tentatif program, anggaran perbelanjaan, sasaran dan lain-lain dibentangkan. Dalam mesyuarat ini juga Tuan Pengetua telah membuka ruang kepada semua guru untuk memberikan pandangan tentang cadangan pengisian Program Qurban Berkelompok Sekolah ini. Di antara perkara-perkara yang telah dipersetujui bersama adalah:

a)

Aturcara Program Qurban Berkelompok Sekolah:

Tarikh: 16.10.2013 Hari: Rabu Tempat: Padang SMK Seri Mahkota

Masa 6.30pg 6.45pg 8.00pg 8.30pg 10.00pg

Aturcara Ketibaan para guru, ibu bapa dan petugas sembelihan Sembelihan Qurban dilaksanakan dan melapah daging Ketibaan ibu bapa, guru-guru dan tetamu jemputan Ceramah Pengertian Qurban dan Tuntutannya oleh Ustaz Nazmi bin Ali Majlis Perasmian Program Qurban Berkelompok Sekolah oleh YB. Datuk Haji Ghazali bin Mohamad, Exco Agama dan Kesejahteraan Awam Negeri Melaka

11.00pg 12.00th 12.45th

Lawatan ke Pameran Kelab dan Persatuan SMK Seri Mahkota Jamuan makan tengahari Majlis penyampaian daging Qurban dan bersurai

b)

Program Qurban Berkelompok Sekolah bertujuan untuk merapatkan hubungan

semangat setia kawan dan muhibah antara warga sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat. Pada peringkat ini satu pasukan kerja telah ditubuhkan untuk menjayakan program ini. Pihak sekolah perlu membangunkan tenaga guru, pelajar dan kakitangan sokongan, PIBG dan komuniti setempat sebagai satu kumpulan yang mantap dan bertenaga yang dapat menyokong sekolah dalam apa juga keadaan. Komuniti setempat ini melibatkan Alumni sekolah, agensi kerajaan dan swasta. ini adalah ruang yang sangat baik untuk warga sekolah mengenali rakanrakan mereka di luar sekolah yang dapat membantu mereka apabila diperlukan. Ia adalah masa yang terluang dan sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan. Selain itu ia juga dapat menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti yang dijalankan. c) Mengadakan aktiviti yang sesuai dengan tujuan program. Di antara aktiviti yang

dicadangkan ialah aktiviti pameran oleh pihak sekolah, dan ceramah agama berkaitan tentang Ibadah Qurban. Dalam mesyuarat ini juga diputuskan beberapa orang kenamaan yang perlu dijemput untuk memeriahkan lagi majlis. Mesyuarat telah bersetuju untuk menjemput Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Serkam, Yang Berhormat Datuk Haji Ghazali bin Mohamad sebagai perasmi. Selain itu, mesyuarat juga memutuskan untuk menjemput Tuan Pengarah Pendidikan Negeri, Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Jasin dan Tuan Pegawai Daerah Jasin. Memandangkan para jemputan adalah mereka yang mempunyai kedudukan dalam masyarakat, maka perkara-perkara seperti protokol dan etiket perlu difahami dan disusun rapi supaya ia mematuhi tata cara menjemput orang kenamaan serta akan menampakkan program tersebut dirancang dan dilaksanakan dengan sempurna. Raptai perasmian program oleh Yang Berhormat perlu diadakan untuk memastikan semua pihak yang terlibat telah bersiap siaga.

Semasa raptai diadakan beberapa perkara yang melibatkan protokol dan etiket perlu dipraktikkan supaya majlis perasmian dapat berjalan lancar seperti yang dikehendaki. Semua pihak yang terlibat hendaklah salah berhubung jika wujud perkara-perkara yang memerlukan tindakan segera. Komunikasi antara pihak sekolah dan semua pihak yang terlibat hendaklah dalam keadaan baik kerana komunikasi yang berkesan amat penting untuk memastikan segala yang dirancang berjalan sebagaimana yang diharapkan. d) Pihak-pihak luar yang perlu dijemput hadir dan diberi perhatian khusus oleh ahli

mesyuarat adalah jemputan untuk imam masjid Serkam, untuk urusan penyembelihan, pihak Polis untuk keselamatan, pihak RELA untuk lalu lintas, pihak Majis Perbandaran Jasin untuk hiasan dewan dan pihak-pihak lain yang tidak kurang pentingnya.

Fasa 2 Pelaksanaan Program Qurban Berkelompok Sekolah


Oleh kerana program ini melibatkan komuniti dan pihak luar ia perlu dilaksanakan dengan teratur dan kemas. Pihak sekolah juga perlu mempunyai komunikasi yang baik untuk mendapatkan sokongan yang berterusan. Perkongsian pengalaman antara semua pihak akan dapat membantu mencipta kejayaan. Semasa program dilaksanakan pihak sekolah perlu memastikan tempat dan kawasan sembelihan telah disediakan dengan segala keperluan yang dikehendaki. Begitu juga dengan lain-lain aktiviti. Contohnya ruang pameran mesti telah disediakan peralatan seperti kerusi, meja, papan pameran, sambungan elektrik dan peralatan pameran yang lain. Ruang pameran yang disediakan telah diberikan nombor dan ditandakan terlebih dahulu supaya memudahkan semua pihak untuk membuat pameran. Brosur atau risalah berkaitan program perlu diperbanyakkan sebagai satu promosi atau panduan kepada para pengunjung. Semasa program dilaksanakan ahli jawatankuasa yang terlibat juga mesti memastikan semua ahlinya bekerjasama sebagai satu pasukan supaya segala masalah yang timbul akan dapat diatasi dengan kadar yang segera. Semasa majlis perasmian atur cara telah disediakan. Susunan kerusi telah mengikut protokol yang dicadangkan. Skrip oleh pengacara majlis telah tersedia dan kata aluan perlu mengikut susunan senarai jemputan berdasarkan keutamaan pangkat orang kenamaan. Kedudukan bendera dan jata negara serta negeri juga perlu mengikut protokol yang disediakan. Semasa aktiviti ceramah agama diadakan, pastikan pengacara majlis dan penceramah dapat menarik hati pendengar. Penceramah tersebut hendaklah diambil dari senarai tenaga penceramah yang diluluskan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Ini penting untuk mengelakkan ceramah tersebut membawa unsur-unsur yang negatif yang boleh menggugat hubungan baik antara pihak sekolah dan komuniti setempat. Isi kandungan ceramah juga boleh membantu memberi kesedaran kepada pelajar, guru-guru dan ibu bapa yang mengikuti ceramah tersebut. Secara tidak langsung semua pihak akan berazam

untuk berusaha memberikan sokongan yang padu kepada pihak sekolah dalam apa juga aktiviti yang dirancang di masa akan datang. Setelah selesai majlis ceramah, semua hadirin dan hadirat akan dijamu dengan makanan tengah hari. Menu jamuan tersebut adalah terdiri dari nasi beriani, daging lembu masak korma, dan beberapa menu lainnya. Daging yang terdapat dalam kuah masak korma itu adalah sebahagian dari daging Qurban yang telah disumbangkan oleh para guru yang berniat melaksanakan ibadah Qurban. Selebihnya, daging-daging tadi telah diagih-agihkan kepada para ibu bapa dan tetamu jemputan.

Fasa 3- Selepas Program Qurban Berkelompok Sekolah Selepas tamat Program Qurban Berkelompok Sekolah, beberapa perkara perlu diambil kira oleh pihak sekolah di antaranya ialah membuat post mortem, memberi sijil dan penghargaan, membersihkan kawasan yang digunakan untuk program tersebut dan membuat laporan terperinci. Post mortem perlu dilakukan untuk mengenal pasti kelemahan dan kekuatan

program Qurban Berkelompok Sekolah. Ia akan dijadikan sebagai satu panduan untuk tujuan penambahbaikan. Jika program ini berjaya dilaksanakan kemungkinan akan dijadikan acara tahunan. Pihak sekolah juga perlu memberi sijil dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat. Ia merupakan rakaman terima kasih daripada pihak sekolah kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan program tersebut. Secara tidak langsung hubungan baik ini akan berpanjangan dan pihak-pihak luar ini akan memberikan kerjasama yang berterusan kepada pihak sekolah. Kawasan yang telah dijadikan tapak program perlu dibersihkan dan keadaannya perlu dipastikan berada pada keadaan sedia kala. Ia bertujuan untuk memastikan kegunaan tempat tersebut oleh guru dan pelajar tidak akan mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran atau aktiviti lain yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Setiausaha program perlu membuat laporan lengkap berkaitan program yang telah dilaksanakan. Laporan ini perlu dihantar kepada pihak pentadbir sekolah dan dibuat salinan untuk Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri. Laporan yang disediakan perlu mengikut format laporan supaya ia teratur dan kemas serta mengikut kaedah yang telah ditetapkan. Kesimpulannya, untuk menganjurkan Program Qurban Berkelompok Sekolah ini pihak sekolah perlu membangunkan kapasiti guru di sekolah, mewujudkan komunikasi yang berkesan dengan guru dan komuniti, mewujudkan permuafakatan dengan pihak luar dan mengamalkan kerja sepasukan serta mengamalkan protokol dan etiket. Kesemua ini jika dapat diamalkan akan memberi impak positif, seumpama Program Qurban Berkelompok Sekolah yang dianjurkan telah mendapat kejayaan dan dapat memberi manfaat kepada semua pihak.

You might also like