You are on page 1of 4

Kumpulan Bijirin Bubur Nasi (Hidangan dua orang) 25 g ( cawan) beras, dikisar halus 450 ml (1 cawan) air Cara

memasak 1. Didihkan air. Masukkan beras yang dikisarhalus, kacau dari semasa ke semasa. 2. Reneh selama 10 minit dan teruskan mengacau. 3. Hidangkan semasa panas. Cadangan Untuk menambah khasiat, beras putih boleh digantikan dengan beras perang (mengandungi Vitamin B dan serat) Tambahkan susu ibu ke dalam bubur.

Kumpulan Buah-buahan

1. 2. 3. 4.

Stew Epal (Hidangan dua orang) 100 g (1 biji) epal merah, dibersihkan, dikupas, dibuang kulit, bijinya dan dipotong kepada saiz sederhana. 250 ml (1 cawan) air Cara memasak Tuang air ke dalam kuali dan didihkan. Masukkan buah epal ke dalam periuk. Tutup dan renehkan selama 10 minit atau sehingga buah epal menjadi lembut. Lenyek epal dengan menggunakan garpu sehingga menjadi puri. Cadangan Hidang bersama susu ibu Buah epal boleh digantikan dengan buah-buahan yang lain seperti tembikai susu ataupun buah pir. Kumpulan Sayur-sayuran

1. 2. 3. 4.

Lobak kukus (hidangan dua orang) 60 g ( cawan) lobak merah Air yang secukupnya untuk mengukus Cara memasak Masukkan lobak merah ke dalam pengukus atau set penapis dan letakkan di atas air mendidih dan kukus selama 15 minit atau sehingga lembut. Masukkan lobak merah dikukus tadi ke dalam mesin pengisar dan kisar dengan menggunakan air yang secukupnya. Lenyek lobak merah sehingga menjadi puri. Cadangan Hidangkan dengan bubur nasi atau susu ibu sebelum hidang. Lobak merah juga boleh digantikan dengan bayam, labu atau daun sawi. Puri sayur-sayuran boleh dimasukkan ke dalam sup sayur-sayuran

Gabungan Kumpulan (Sayur, Protein dan Bijirin) Anda disarankan untuk memberi makanan berasaskan bijirin, buah-buahan dan sayurankepada bayi anda selama beberapa minggu sebelum memperkenalkan makanan daripada sumber protein seperti daging, ayam atau ikan. Dengan memperkenalkan makanan daripada sumber protein anda bolehlah menggabungkan makanan tersebut dengan kumpulan sayuran atau bijirin seperti berikut: Bubur Nasi dengan Tauhu dan Kacang Pis (Hidangan untuk 2 orang)

1. 2. 3. 4. 5.

25 g (2 sudu makan) beras 25 g (1 sudu makan) tauhu, dicincang 15 g (1 sudu makan) kacang pis, dibuang kulit 500 ml (2 cawan) stok ayam rebusan sendiri Cara memasak Masak nasi dengan menggunakan rebusan stok ayam Apabila bubur telah siap, masukkan kacang pis (lenyekkan jika perlu), dan renehkan dengan api perlahan selama 5 minit. Masukkan tauhu sebelum memadamkan api. Sejuk dan lenyekkan sebelum hidang. Selamat Mencuba!

Cara membuat puri keledek (Sesuai untuk bayi 6 bulan dan ke atas) Untuk memberi sedikit kelainan, kali ini bolehlah anda cuba memasaknya dengan membakar di dalam ketuhar. Caranya amat ringkas. Berikut ialah langkah-langkah untuk membuatya: 1. Basuhkan keledek dan cucuk keledek tadi dengan garfu supaya cepat masak. 2. Balutkan dengan pembalut aluminium. 3. Sediakan ketuhar pada suhu 200 darjah Celsius dan bakar selama 30 hingga 60 minit. 4. Setelah masak, biarkan sejuk seketika dan belahkan. Kemudian, scoop kan isi keledek dan kumpulkannya ke dalam mangkuk. 5. Untuk mencairkan keledek, bolehlah anda menambahkan air, susu badan, ataupun susu formula. 6. Lenyek atau kisar mengikut kesesuaian bayi anda.

Tips tambahan: Memasak keledek secara membakar ialah cara yang terbaik kerana ia dapat menambah kesedapan dengan memberi rasa manis yang semulajadi. Pada masa yang sama, ia juga mampu mengekalkan nutrien di dalamnya. Semasa memilih keledek di pasar, pastikan anda memilih keledek yang elok dan tidak lebam. Pastikan anda menyimpan keledek mentah di kawasan yang kering, dan sedikit gelap. Ianya boleh disimpan sehingga 2 minggu. Jangan simpan keledek mentah di dalam peti sejuk.

Keledek yang telah di masak boleh disimpan di dalam peti sejuk dan dapat tahan selama 2 atau 3 hari. Ia juga boleh dijadikan sebagai stok makanan sejuk beku. Resipi didapati dari http://wholesomebabyfood.momtastic.com/

Puri Epal 1) rebus / steam kan sebiji epal MERAH yang dah dibuang kulitnya. 2) air tak perlu banyak, agak2 terendam epal tu je. 3) enjoy the good smell from the epal.. hurmmmmm.... 4) rebus hingga empuk, toskan. 5) blend / lenyek epal hingga lumat. kalau blend bole bubuh air rebusan epal tadi tu k. 6) siap untuk dimakan... yummmyyyy !

Puri Avocado 1) sebiji avocado yang masak ranum. 2) susu ibu / susu formula. 3) lenyekkan avocado tadi bersama susu hingga betul-betul hancur. 4) siap untuk dimakan. ** avocado yg ranum tersangat lembut.. lenyek je da ok.. susu tu sikit je, dalam 2oz pun da ok.. ** if beli avocado yg belom ranum, bole peram dalam tong beras k.. hihi

Puri Pisang 1) sebiji pisang. 2) susu ibu / susu formula. 3) lenyekkan hingga lumat bersama susu tadi... makan.. yeayyy!

Bubur nasi 1) masak macam bubur nasi biasa tu.. xperlu tambah apa2.. 2) blendkan.. ** untuk hari pertama bagi bubur kosong je k.. esoknye, baru bole mix with ikan bilis or sayur.. ** untuk first time, try mix satu-satu.. contoh : bubur nasi dan ikan bilis je.. apply 3-4days rule tu.. senang nak trace if baby allergy atau tak k.. next step baru bole mix 2-3 jenis dalam satu bubur if baby x allergy ;)

You might also like