You are on page 1of 3

Wednesday, June 1, 2011

Nyanyian Pelbagai Suara Menyanyi dalam dua suara tidak semestinya menyanyi dalam harmoni semata-mata. Bagi anda yang tidak berkesempatan mempelajari teori harmoni ataupun kuliah kuliah komposisi secara khusus, anda mungkin boleh mencuba beberapa teknik ciptaan dua suara seperti yang disarankan dalam topik ini. Dua suara juga boleh dibuat dengan cara-cara berikut: (a) Melodi dan talun (echo singing); (b) Melodi dan melodi kaunter ( melody and counter melody); (c) Melodi dan pusingan (round song); (d) Melodi soal dan jawab (question and answer); (e) Melodi dan drones (melody with drones); dan (f) Melodi dan harmoni. (b) Melodi dan melodi kaunter (melody and counter melody) Cara kedua yang anda boleh cuba lakukan dalam nyanyian dua suara ialah sama seperti teknik di atas, tetapi melodi yang ditalun (echo) berubah dan tidak seperti melodi asal. Teknik ini boleh disebut seperti kaunter melodi (counter melody). Penyanyi dalam kumpulan Suara 2 akan menyanyikan semula frasa yang dinyanyikan oleh Suara 1 tetapi dalam melodi yang ada sedikt perubahan. Nyanyian begini biasa dipraktikkan oleh kumpulan-kumpulan koir atau kumpulan-kumpulan nasyid yang belum berkemampuan menggubah nyanyian dalam suara berharmoni. Contoh: Lagu Wau Bulan (c) Melodi dan Pusingan (round song) Cara ketiga ialah dengan mencuba teknik nyanyian pusingan (round song). Teknik ini agak mudah kerana kumpulan dua hanya menyanyikan semula melodi yang dinyanyikan oleh kumpulan satu. Teknik ini mungkin sesuai bagi kanak-kanak tahap satu atau nyanyian beramai-ramai dalam dua kumpulan. Ia tidak sama dengan menyanyikan dalam echo-singing dimana kumpulan suara 2 mengikut frasa demi frasa. Dalam menyanyi teknik round-song, penyanyi kumpulan Suara 2 perlu tunggu kumpulan Suara 1menyanyikan sehingga selesai sesuatu rangkat atau verse. Contoh: Lagu Kalau Rasa Gembira Kumpulan 1 Kalau rasa gembira tepuk tangan Kalau rasa gembira tepuk tangan

Kalau rasa gembira beginilah caranya Kalau rasa gembira tepuk tangan Kumpulan 2 Kalau rasa gembira petik jari Kalau rasa gembira petik jari Kalau rasa gembira beginilah caranya Kalau rasa gembira petik jari Nyanyian ini akan berulang-ulang di mana setiap kupulan mesti menunggu kumpulan sebelumnya selesai menyanyi seluruh verse. (d) Melodi Soal dan Jawab (question and answer) Anda juga boleh mencuba nyanyian dengan gubahan soal dan jawab (question and answer). Nyanyian begini sesuai dalam dua kumpulan yang masih baru. Anda tidak perlu lagi mencuba teknik lapisan suara tetapi hanya dengan satu kumpulan membuat frasa soalan dan kumpulan kedua membuat frasa jawab. Nyanyian begini kadangkala boleh disebut seperti nyanyian call and response. Terdapat beberapa buah lagu yang popular yang biasa kita nyanyikan dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum semasa di sekolah dahulu yang dinyanyikan dalam teknik soal-jawab. Contoh: Lagu: Goreng Pisang. Kumpulan 1 Goreng pisang, goreng pisang Goreng pisang sekarang Pisang apa, pisang apa Pisang apa, sekarang. Kumpulan 2 Pisang Tanduk, Pisang Tanduk Pisang Tanduk sekarang Tanduk apa, tanduk apa Tanduk apa, sekarang. (e) Melodi dan Drone (melody with drones) Membuat gubahan melodi dan diirigi suara kedua dalam bentuk drone tidaklah begitu sukar asalkan kita memahami konsep drones dalam muzik. Teknik drones kebiasaannya terdapat dalam muzik-

muzik klasik India atau irama dari alat muzik sape dari Sarawak. Drones menyanyikan atau memainkan not tonik atau perdu dari nada sesebuah lagu. Teknik ini boleh dipraktikkan dalam nyanyian lagu-lagu yang sesuai. Namun begitu jika teknik ini dinyanyikan sepanjang lagu akan menimbukan kebosanan pada penyanyi ataupun pendengar. Anda boleh mencuba teknik nyanyian begini pada contoh lagu berikut. Contoh: Lagu, Wau Bulan Jika anda meneliti melodi pada Suara 2, anda akan dapat melihat notnotnya tidak berubah, iaitu hanya membunyikan pic tonic sahaja. Lagu di atas dalam nada C Major, maka dronesnya hanya dalam pic C sahaja iaitu not tonik pada skel C Major. (e) Melodi dan Harmoni Untuk mencipta melodi dan suara kedua dalam bentuk harmoni, anda perlu memahami teori-teori asas gubahan dan penciptaan. Pembelajaran teori dan harmoni dalam dua hingga empat suara yang biasa dipanggil suara SATB iaitu singkatan kepada Soprano, Alto, Tenor dan Bass akan membantu anda memahami langkah-langkah mencipta gubahan dalam beberapa lapisan suara. Adalah agak sukar bagi kita untuk membuat ciptaan atau gubahan lagu dua suara tampa pengetahuan yang cukup dalam teori harmoni. Namun sebagai asas panduan kepada anda, anda mungkin boleh mencuba teknik menggunakan not ketiga atau kelima dalam triad sesuatu kord. Bahan disumbangkan oleh: En.Raja Sulaiman bin Raja Kamil Unit Muzik IPG Kampus Tuanku Bainun

You might also like