You are on page 1of 7

REFLEKSI PROGRAM BINA INSAN GURU FASA II

SEBELUM BINA INSAN GURU FASA II


Saya Kavithamani a/p Selvaraju dari unit Pengajian Tamil ( Sem 3 ). Saya telah menyertai Program Bina Insan Guru Fasa III yang dijalankan pada hari 26 APRIL 2012 (KHAMIS). Program Bina Insan Guru Fasa III, kali ini diadakan di sebuah di Sekolah Kebangsaan Convent. Objektif atau tujuan Program ini adalah untuk memberi pendedahan serta peluang kepada saya sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan walaupun dimana saya berada, menimbah pengalaman,memperluaskan pengetahuan, penglibatan diri, mencetuskan idea-idea baru dan sebagainya sepanjang melibatkan diri dalam Program Bina Insan Guru Fasa III ini. Program ini juga memberi peluang untuk meningkatkan potensi saya dalam menguatkan semangat secara menyeluruh dari segi rohani dan intelek betepatan dengan Falsafah Pendidikan Negara kita.

Sebelum menjalankan aktiviti BIG Fasa III, semua guru pelatih diberitahu bahawa pada hari sebelum program ini dijalankan, semua guru pelatih perlu

menghadiri satu ceramah yang berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang. Ia telah dikendalikan oleh En. Saharom bin Idris dan En. Yani bin Mat yusof. Pada jam 8.00 malam semua guru pelatih PISMP sem 3 berkumpul di dewan kuliah B untuk mendengari ceramah. En. Saharom telah memberi banyak maklumat yang amat bermanfaat kepada semua guru pelatih. Beliau memberikan ceramah yang berkaitan dengan perkara-perkara yang diperlukan untuk membina insan guru yang seimbang.

SEMASA BINA INSAN GURU FASA II


Pada hari 26 APRIL 2012 (KHAMIS) pada pukul 7.30 pagi semua guru pelatih telah bertolak dari dari Dataran Bestari ke Sekolah Kebangsaan Convent, CAMERON HIGHLAND,. Kampus IPGM Tengku Ampuan Afzan telah menyediakan lima buah bas

untuk menghantar semua guru pelatih ke sekolah masing masing.

Kami tiba di

destinasi yang dituju pada pukul 10.30 pagi kerana destinasi tersebut agak jauh daripada kampus kami. Kami sampai di. Ramai guru-guru di sekolah tersebut, menanti kehadiran kami. Mereka mengalu alukan kedatangan kami dengan perasaan gembira. Kami berkumpul di perhimpunan sekolah itu mengikut unit masing-masing. Seterusnya, pengerusi Program BIG FASA III, telah mengetuai dan mengendalikan perhimpunan pada pagi tersebut.

Seterusnya kami diarahkan supaya bergerak dalam ahli kumpulam masingmasing untuk menjalankan tugasan yang diberi. Guru pelatih dalam kumpulan masingmasing dikehendaki untuk melukis dan mengecat mural di kantin, surau dan sudut PDA, membersihkan surau, mengemas dan menyusun peralatan di dalam stor sukan dan mengemas bilik mesyuarat, dan membersihkan kawasan sekolah.

Saya juga mendapat pengalaman kali pertama bermain dengan cat kerana selama ini saya tidak pernah mengecat permukaan dinding yang banyak dan melibatkan warna cat kapur. Pada mulanya ia sangat susah kerana terpaksa mengecat secara perlahan-lahan dan berhati supaya tidak terkena pada bahagian warna lain kerana dinding yang di cat oleh saya dan rakan-rakan menggunakan dua warna yang berbeza iaitu hijau dan kelabu. Penat usah katalah tetapi dengan bantuan guru-guru kami berjaya menyiapkannya. Dinding bilik mesyuarat telah berubah warna dan guruguru berpuas hati dengan hasilnya. Saya juga telah menolong kumpulan yang mengecat makmal komputer kerana kawasan mereka sangat besar dan apabila masa hampir tamat, mereka masih belum habis menyiapkan kerja mengecat mereka. Pihak sekolah juga yang telah mengeluarkan segala perbelanjaan untuk membeli

kelengkapan bagi melaksanakan akitviti mengecat dan membersih kawasan yang terlibat.

Pada pukul 4.30petang semua guru pelatih berkumpul di dewan sekolah itu untuk upacara penutupan rasmi Program BIG FASA III. Dalam majlis tersebut kami mendengar sepatah kata daripada guru besar sekolah kampung Gua yang amat

menghargai sumbangan kami terhadap sekolah tersebut. Pada pukul 5.00 petang berakhirlah majlis penutupan rasmi BIG FASA III dan kami guru pelatih juga pulang ke Institut dengan menaiki bas yang disediakan.

REFLEKSI KENDIRI ( SELEPAS BINA INSAN GURU)


Saya mendapat banyak pengalaman yang berguna dengan menyertai Program Bina Insan Guru Fasa III. Apabila detik pertama saya melangkah masuk ke sekolah ini saya berasa kagum dengan suasana dan persekitaran sekolah yang ceria dan tenang. Terasa sejuk mata memandang keindahan landskapnya . Padangannya yang menghijau dengan tumbuhan tumbuhan renek menghiasi persekitaran sekolah memikat hati siapa sahaja yang memandangnya.

Daripada pengamatan yang dibuat , kami dapati sekolah ini sungguh ceria dengan landskapnya dan amat sesuai sebagai tempat menimba ilmu pengetahuan. Guru yang dihantar mengajar atau berkhidmat di sana pasti berasa bertuah dan terus jatuh cinta terhadapnya. Pertama , jika dilihat dari pintu depannya sahaja kita sudah dapat melihat pemandangan sekolah yang ceria jika dibandingkan dengan sekolah lain. Dengan pemandangan yang indah dengan lanskap yang dihiasi dengan tumbuhan tumbuhan renek di sepanjang laluan masuk yang sudah tentunya memukau sesiapa sahaja melalui kawasan ini .

Dengan ini kami dapat manjalinkan hubungan pihak sekolah. Saya juga banyak mendapat ilmu-ilmu baru daripada guru-guru senior seperti guru yang memegang perpustakaan bagaimana seorang guru membahagikan masa di rumah dan sekolah. Selain itu, mereka juga banyak menceritakan pengalaman mereka bagaimana kehidupan sebagai seorang guru dalam komuniti sekolah, rakan sekerja dan ibu bapa.

Di samping itu, saya juga teleh mendapat satu pengajaran yang sangat bermakna dan penting melalui BIG ini, iaitu bersosial dengan orang lain akan memudahkan kita dalam masyarakat. Hal ini kerana kita sebagai manusia tidakdapat

hidup tanpa kawan, memandangkan manusia merupakan golongan yang hidup secra berkumpulan, berorganisasi dan bersosial. Dengan kata lain, kita perlu berinteraksi dengan orang lain. Dengan cara komunikasi yang sesuai, kita akan mendapat banyak kawan yang dapat berkongsi masalah dan mendapatkan bantuan utuk menyelesaikan masalah.

Sesungguhnya, melalui program Bina Insan Guru ( penanda arasan ) yang dijalankan pada kali ini terdapat begitu banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman yang berjaya kami perolehi dan ianya amat berguna untuk kami pada masa hadapan kelak. Contohnya, saya mengetahui bahawa tugas utama sebagai seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajari.

Selain itu, perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan.

Justeru itu, dengan pengisian ilmu sebegini, minda saya terbuka dengan lebih jelas lagi dan bertambah ilmu di dada. Sebagai seorang guru, saya juga bertanggungjawab ke atas generasi akan datang perlu mengkhabarkan dan mendidik mereka supaya menjadi manusia yang bertanggungjawab kepada nusa, bangsa dan agama. Secara keseluruhannya, saya telah banyak dan mendapat pengalaman yang bermakna dalam BIG kali ini. Hal ini kerana, dalam BIG kali ini saya telah dapat berurusan sendiri dengan pihak sekolah bagi menjalankan aktiviti BIG ini.

Akhir sekali, saya berasa amat seronok dan bagi saya pengalam BIG fasa 3 merupakan satu pengalaman yang amat sukar untuk saya perolehi kerana pada kali ini bukan sahaja kami dapat melaksanakan program dengan berurusan dengan pihak sekolah, malah kami juga dapat berinteraksi dengan para pelajar secara lebih dekat lagi.

You might also like