You are on page 1of 2

Bagaimana Untuk Meningkat Kelajuan Lari Pecut

Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Pada hari ni, aku nak kongsikan macam mane aku tingkatkan kelajuan pecut aku dalam 100 meter ataupun masa main bolasepak. Korang tau tak, nak tingkatkan kelajuan pecut nih memang memenatkan, tapi berbaloi bila korang gunakan kelajuan korang ni dalam sesuatu pertandingan ataupun saje2 lumba dengan kawan2. Step yang pertama ialah : 1. Memanaskan badan Ape-ape hal pun, panaskan badan dahulu dan berjoging. Joging 2 pusingan padang ataupun trek. Pusingan yang pertama ialah berjoging biasa manakala pada pusingan kedua ialah dengan berlari. PERHATIAN, jangan pecut, cukup sekadar berlari biasa. 2. Stretching/Regangan Pada step yang kedua pula, korang stretching pulak dalam sekurang-kurangnye 5 minit - 10 minit. Apa yang nak diregangkan, SEMUANYA agar otot2 sentiasa loose/longar (<< HAHA>>). 3. Latihan Pada step yang ketiga pula, korang perlu menjalani latihan2 seperti : A) Mengankat lutut. Berjalan sambil mengangkat lutut hingga ke paras pinggang korang. B) Jogging 10 , Pecut 50. Dalam latihan ini pula, anda perlu berjoging sepanjang 9.1 meter dan terus berlari pecut sepanjang 45.7 meter. Latihan ini baik untuk meningkatkan kelajuan pecut korang. Latihan2 ni dapat membantu untuk meningkatkan kelajuan pecut korang terutama dalam pertandingan 100m ataupun 200m. Kalau korang rasa tips ni berguna, sila komen. Ok la korang, nak tido larh. Lain kali aku sambung lagi ye sebab terdapat banyak lagi cara yang aku tau boleh digunakan untuk meningkatkan kelajuan pecut korang. Bye korang, Salam.

Sumber : http://coretan-orang-bandar.blogspot.com/2011/09/bagaimana-untuk-meningkatkelajuan-lari.html

You might also like