You are on page 1of 16

(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA)

(MUKA SURAT HADAPAN)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI / 2014

HBIS3203
FIQH II

NO. MATRIKULASI

771222086803001

NO. KAD PENGNEALAN

771222086803

NO. TELEFON

0164936239

E-MEL

shahfulrizal@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

PP SHAH ALAM

HBIS3203

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0

PENGENALAN

2.0

JENIS-JENIS HAJI

2.1

HAJI IFRAD

2.2

HAJI TAMATTUK

2.3

HAJI QIRAN

3.0

PERJALANAN JEMAAH HAJI MALAYSIA

4.0

KESIMPULAN

13

5.0

RUJUKAN

14

HBIS3203

1.0

PENGENALAN
Haji ialah mengunjungi Baitullah al-Haram di Makkah pada bulan-bulan haji

untuk mengerjakan ibadat-ibadat tertentu menurut syarat-syaratnya yang tertentu. Ibadat


Haji merupakan ibadat yang difardhukan sekali seumur hidup bagi setiap orang Islam,
sama ada lelaki atau perempuan. Ibadat haji merupakan salah satu rukun Islam yang mesti
dilaksanakan oleh setiap muslim yang mukallaf. Hukumnya wajib sekali seumur hidup
apabila memenuhi syarat-syaratnya. Setiap muslim juga mestilah berazam untuk
menunaikan ibadat haji dan sentiasa berusaha untuk melaksanakan perintah Allah S.W.T
tersebut. Haji merupakan kewajipan yang mesti ditunaikan bagi melengkapkan rukun
Islam yang kelima. Firman Allah S.W.T :





Maksudnya : Dan Allah S.W.T mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan
mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai
kepadanya Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji itu)
maka sesungguhnya Allah S.W.T Maha Kaya (tidak berhajat kepada
sesuatu pun) dari sekalian makhluk.
Ali-Imran : ayat 97
Sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud :
Islam didirikan di atas lima perkara : Bersaksi bahawa tiada Tuhan yang
disembah melainkan Allah S.W.T dan sesungguhnya Nabi Muhammad
S.A.W itu adalah utusan Allah S.W.T, mendirikan solat, berpuasa di bulan
Ramadhan, menunaikan zakat dan menunaikan haji ke Baitullah
Riwayat al-Bukhariy dan Muslim

HBIS3203

2.0

JENIS-JENIS HAJI
Bagi jemaah yang akan memasuki Mekah di dalam bulan-bulan Haji (1 Syawal

hingga 10 Zulhijjah), maka terdapat 3 cara untuk menunaikan haji iaitu :

2.1

i.

Haji Ifrad

ii.

Haji Tamattuk

iii.

Haji Qiran

HAJI IFRAD
Ifrad adalah menunaikan Haji sebelum Umrah dalam musim haji pada tahun yang

sama. Iaitu mengerjakan Haji dahulu dalam bulan haji dan kemudian mengerjakan
Umrah. Atau mengerjakan Umrah di luar musim haji kemudian baru menunaikan Haji
dalam tahun itu juga. Jamaah Haji yang mengerjakan Haji Ifrad tidak dikenakan Dam.
Haji inilah yang dilakukan oleh Baginda SAW sepertimana disebut hadis yang
diriwayatkan oleh Jabir:

Dan Rasulullah SAW berihram dengan menunaikan Haji. (Hr Bukhari dan Muslim)
Jamaah Haji hanya berniat Ihram Haji sahaja di miqat yang ditetapkan dengan menyebut:
Ya Allah! Daku ingin mengerjakan ibadat Haji, oleh itu permudahkanlah bagiku
dan terimalah ibadat Hajiku.
Kemudian perbanyakkanlah bertalbiah. Apabila memasuki Kota Makkah, Jamaah
Haji mula melakukan pekerjaan Haji di Masjidil Haram, di mana apabila melihat
Baitullah Jamaah Haji bertakbir lantas mengucapkan LA ILAAHA ILLALLAH dan
bertasbih seterusnya melakukan Tawaf iaitu mengelilingi Baitullah sebanyak tujuh kali
sambil menutup bahu kiri dan berlari-lari anak pada tiga pusingan pertama. Bagi Jamaah
bukan penduduk Makkah lakukanlah Tawaf Qudum (Tawaf Selamat Datang). Cara
tersebut adalah sunat di sisi jumhur dan wajib bagi Mazhab Maliki. Penduduk Makkah
tidak boleh melakukan Tawaf tersebut.

HBIS3203

Setelah selesai melakukan Tawaf Qudum, jemaah akan melakukan pula Saie di
antara Safa dan Marwah sebanyak tujuh pusingan. Kemudian terus berada di Mekah
dalam keadaan berihram. Apabila tiba hari Tarwiah jemaah berangkat ke Mina dan
berada di sana sehingga selesai mendirikan Solat Subuh hari Arafah. Setelah itu bertolak
pula ke Arafah dan berada di sana serta mendirikan Solat Zuhur dan Asar pada waktu
Zuhur (Jamak Taqdim). Setelah tenggelam matahari Jamaah Haji mula Ifadhah
(beredar) sehingga tiba di Muzdalifah lalu mendirikan Solat Maghrib dan Isyak.
Apabila terbit matahari pada Hari Nahar (Hari Raya Korban), Jamaah Haji ifadhah
(beredar) lagi ke Mina lantas mula melontar. Setelah bermulanya lontaran pertama
Talbiah tidak lagi disebut. Kemudian menyembelih korban jika ingin berbuat demikian
lantas bercukur atau bergunting sebagai bertahallul, dengan demikian Jamaah Haji dihalal
semua perkara yang diharamkan semasa dalam keadaan berihram kecuali bersetubuh.
Setelah itu Jamaah Haji kembali ke Mekah lalu melakukan Tawaf di Baitullah sebagai
Tawaf Ziarah sebanyak tujuh pusingan seterusnya bersaie di antara Safa dan Marwah,
jika tidak melakukan Saie selepas Tawaf Qudum. Setelah selesai bolehlah bersaie dan
bertahallul serta dihalalkan baginya bersetubuh.
Jamaah Haji akan kembali semula ke Mina dan berada di sana sehingga selesai
melontar ketiga-tiga jamrah sama ada Jamaah Haji yang tergesa-gesa ingin cepat pulang
atau yang masih mempunyai banyak masa. Setelah itu Jamaah Haji kembali lagi ke
Makkah melakukan Tawaf Wida. Seorang yang berihram dengan niat haji daripada
Miqat Haji. Apabila telah selesai menunaikan haji maka dia berihram dengan Ihram
Umrah dengan keluar ketempat paling dekat yang halal dan melakukan kerja-kerja
Umrah.
2.2

HAJI TAMATTUK
Mengerjakan haji secara Tamattuk, bermaksud iaitu berniat umrah dalam bulan-

bulan haji dan menunaikan semua ibadat yang berkaitan dengan umrah. Setelah tibanya
waktu haji pada tahun yang sama, maka ia akan berihram haji pula dan menunaikan amal
ibadat yang berkaitan dengan rukun-rukun haji. Haji Tamattuk adalah melakukan Umrah
dahulu, kemudian melakukan haji pada tahun yang sama. Iaitu mengerjakan umrah
dahulu dalam bulan-bulan haji (Syawal, Zulqaedah, 10 hari pertama Zulhijjah).

HBIS3203

Jamaah Haji perlu berniat dan berihram untuk mengerjakan Umrah secara
berasingan seperimana dia hendaklah menyebut:

) , ,
Daku telah menyahut seruanMu untuk menunaikan Umrah kerana ingin
mengerjakan Haji Tamatuk, Ya Allah! Sesungguhnya daku ingin mengerjakan
Umrah, maka permudahkanlah bagiku, maka terimalah ibadat Umrah
daripadaku. Daku menunaikan ibadat Umrah dan berihram dengannya
kerana Allah Taala.
Di sertai lafaz bertalbiah. Kemudian Jamaah Haji melakukan ibadah Umrah
sehingga selesai umrahnya (bertahallul). Iaitu ketika sampai di Makkah al-Mukarramah
Jamaah Haji pergi ke Baitullah al-Haram lalu mengerjakan Tawaf mengelilingi Kaabah
sebanyak tujuh pusingan, kemudian bersaie di antara Safa dan Marwah sebanyak tujuh
kali, kemudian bertahallul dari Ihram dengan bercukur atau bergunting. Kemudian dalam
tahun yang sama, iaitu pada Hari Tarwiyah (tarikh 8 Zulhijjah) berniat Ihram Haji dari
tempat kediaman di Makkah atau di dalam kenderaan sebelum bertolak ke Arafah dengan
menyebut:

) (
.



Daku telah menyahut seruanMu untuk menunaikan Haji, wahai Tuhanku!
Sesungguhnya daku ingin mengerjakan Haji, maka permudahkanlah bagiku,
maka terimalah ibadat Haji daripadaku. Daku menunaikan ibadat Haji dan berihram
dengannya kerana Allah Taala. Telah daku penuhi seruanMu, wahai Tuhanku,
telah daku penuhi seruanMu, telah daku penuhi seruanMu wahai Tuhanku, tidak
ada sekutu bagiMu. Telah daku penuhi seruanMu, sesungguhnya segala puji,
6

HBIS3203

segala nikmat dan segala pemerintahan adalah kepunyaanMu, tidak ada sekutu
bagiMu. Ya Allah! Diharamkan olehMu rambutku dan diriku, jasadku dan semua
anggotaku, daripada wangi-wangian dan perempuan serta dari semua perkara
yang

Dikau haramkan terhadap orang yang berihram, daku mengharapkan

pertolonganMu, wahai Tuhan sekelian alam.


Seterusnya jemaah akan

mengerjakan Haji hingga sempurna. sebagaimana

Jamaah Haji yang mengerjakan Haji Ifrad, cuma dia perlu membayar Dam kerana
menikmati kemudahan semasa mengerjakan Umrah pada bulan-bulan Haji sebagaimana
firman Allah SWT yang bermaksud: Maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan
dengan mengerjakannya. Orang yang telah mengerjakan Tawaf Umrah ketika
mengerjakan Haji Tamatuk tidak perlu lagi mengerjakan Tawaf Qudum bagi Haji malah
selepas Tahallul yang pertama dia hendaklah melakukan Tawaf Ifadhah dan bersaie di
antara Safa dan Marwah bagi ibadat Haji mengikut pendapat jumhur ulama. Walau
bagaimanapun bagi Mazhab Hanafi, bagi Jamaah Haji yang mengerjakan Haji Tamattuk
yang tidak membawa (mendapatkan) binatang ternakan, tetapi jika telah membawa
(mendapatkan) binatang tersebut, maka hukumnya sama seperti hukum Haji Qiran.
2.2.1

Dam
Bagi yang mengerjakan haji TamaTtuk, sekiranya bukan penduduk Makkah, dia

wajib dikenakan Dam dengan menyembelih haiwan korban (seekor kambing / sepertujuh
dari lembu / sepertujuh dari unta) pada tarikh 10 Zulhijjah atau di hari-hari Tasyriq (tarikh
11,12,13 Zulhijjah). Jika tidak mampu menyembelih, maka wajib berpuasa 10 hari; 3 hari
di waktu haji (boleh dilakukan pada hari-hari Tasyriq. Namun yang lebih utama
dilakukan sebelum tarikh 9 Zulhijjah / hari Arafah) dan 7 hari selepas pulang ke kampung
halamannya.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
Maka sesiapa yang berumrah pada bulan2 haji kemudian dia melakukan haji
pada tahun yang sama maka dia dikenakan denda iaitu seekor kambing yang di
sembelih. Sesiapa yang tidak mampu melaksanakan denda tersebut maka
hendaklah dia berpuasa selama tiga hari pada waktu haji dan tujuh hari setelah
mana dia sampai di tanah airnya. Maka sempurnalah sepuluh hari. Denda

HBIS3203

tersebut dikenakan kepada mereka yang bukannya penduduk tanah haram


Makkah. (196: Al-Baqarah)
2.3

HAJI QIRAN
Haji Qiran ialah berniat menggabungkan atau menghimpunkan Umrah dan Haji

pada satu perjalanan musafir (sekali pergi) dalam bulan-bulan Haji dengan berihram dari
Miqat Haji. Cara Haji Qiran ialah :
a.

Cara 1 : Berniat mengerjakan Haji dengan Umrah serentak dalam bulan haji
dengan mengerjakan amalan haji saja.

b.

Cara 2 : Berniat mengerjakan Umrah saja tetapi sebelum Tawaf berniat


mengerjakan Haji.

2.3.1

Miqat Makani
Tempat Jamaah Haji dikehendaki berniat Ihram Haji / Umrah dan memakai

pakaian ihram.
1.

Di Miqat Qarnul Manazil atau sebelum sampai Miqat, seperti di Kompleks atau
dalam kapal terbang sebelum bertolak ke Makkah.Atau;

2.

Bir Ali atau sebelum sampai di Bir Ali seperti di tempat kediaman atau di dalam
kenderaan sebelum bertolak ke Makkah.

Jamaah Haji berniat Haji dan Umrah dengan satu niat dari miqat yang ditetapkan dengan
berkata:
Daku telah memenuhi seruanMu untuk menunaikan ibadat Haji dan Umrah.
2.3.2

Perlaksanaan Haji Qiran


Jemaah akan melakukan kerja-kerja haji secara sempurna. Iaitu apabila Jamaah

Haji yang mengerjakan Haji Qiran memasuki Kota Makkah, dia perlu melakukan Tawaf
di Baitullah sebanyak tujuh pusingan secara berlari-lari anak pada tiga pusingan pertama
kemudian diteruskan dengan bersaie di antara Safa dan Marwah. Imam Hanafi
berpendapat bahawa agar Jamaah Haji melakukan pekerjaan-pekerjaan Haji sebagaimana
8

HBIS3203

Haji Ifrad, manakala di sisi jumhur memadai bagi Jamaah Haji yang mengerjakan Haji
Qiran melakukan satu Tawaf (tujuh pusingan) dan satu Saie (tujuh pusingan) sahaja
kerana Tawaf dan Saie Umrah yang dilakukan itu juga dikira sebagai Tawaf dan Saie Haji
sehinggalah dia bertahallul dari Umrah dan Haji secara serentak.
Maka ini termasuklah amalan Umrah dalam amalan Haji iaitu dengan
menegerjakan satu Tawaf dan satu Saie. Ibnu Umar r.a. telah meriwayatkan:
Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:


Sesiapa yang berihram untuk menunaikan Haji dan Umrah sekali gus, cukuplah
dengan satu Tawaf dan satu Saie. (Hr Tirmizi)
2.3.3

Dam
Jamaah Haji tidak boleh bertahallul dari Ihram sebelum melontar Jamrah Aqabah

serta bercukur atau bergunting. Dia hendaklah dikenakan menyembelih Dam. Qiran juga
dikenakan dam kerana diqiaskan dengan Tamatuk disebabkan kerja Haji Tamatuk lebih
banyak dari kerja-kerja Haji Qiran. Walaubagaimanapun, Haji yang paling Afdal adalah
Haji Ifrad. Ini kerana Haji Ifrad adalah yang paling baik kerana ianya dilakukan oleh
Rasulullah SAW sepertimana yang diriwayatkan oleh Jabir dan Aisyah dalam hadis yang
diriwayatkan Bukhari dan Muslim.
3.0

PERJALANAN JEMAAH HAJI MALAYSIA


Menunaikan ibadah Haji adalah ibadah tahunan yang dilaksanakan kaum

muslimin seluruh dunia yang bermampuan (harta, fizikal dan keilmuan) dengan
mengunjungi dan melaksanakan beberapa kegiatan di beberapa tempat di Arab Saudi
pada musim haji (bulan Zulhijjah). Pada 8 Zulhijah, bermulanya perjalanan lima hari
terpenting dalam mengerjakan ibadah haji yang menjadi Rukun Islam kelima. Jemaah
akan bergerak ke Masyaer iaitu tempat mengerjakan haji di Arafah, Muzdalifah dan
Mina. Mereka yang telah berada di Makkah sejak awal akan melaksanakan Rukun Haji
dengan meninggalkan kota Makkah menuju Padang Arafah yang luasnya 10.4 kilometer
persegi, terletak kira-kira 22 kilometer dari Masjidil Haram.
9

HBIS3203

Bagi Jemaah Haji Malaysia sebelum berangkat ke Tanah Suci, sebaik sahaja
mendapat Surat dari Tabung Haji mengenai Jadual Pendaftaran Haji di Kelana Jaya dan
juga Jadual Berlepas, Jemaah Haji sudah boleh membuat persiapan dan persediaan yang
patut mengenai barang-barang keperluan yang perlu dibawa. Semasa proses check in,
Jemaah Haji hendaklah membawa sendiri bagasi masing-masing ke dalam bangunan
Tabung Haji Kelana Jaya untuk di x-ray oleh mesin pengimbas. Selepas melalui mesin
x-ray, bagasi Jemaah Haji akan mula ditimbang oleh Petugas Airlines yang sedia ada di
bangunan Tabung Haji tersebut. Sebelum itu Jemaah Haji akan diberi Gelang Tangan
yang bertujuan sebagai Pengenalan Diri Jemaah Haji di Tanah Suci. Gelang Tangan
Jemaah Haji mula diperkenalkan selepas berlakunya Tragedi Terowong Muassem suatu
ketika dahulu di mana terlalu ramai Jemaah Haji yang meninggal dunia akibat kesesakan
di Terowong Muassem sehingga mayat sukar untuk dikenali. Tetapi sekarang Terowong
Muassem selamat digunakan kerana sudah ada 2 laluan Terowong untuk Jemaah Haji
yang berulang alik dari Khemah Mina ke Jamrat yang tidak akan bertembung semasa
pergi dan balik.
Jemaah Haji juga akan diberikan Lencana Pengenalan Diri Jemaah Haji. Lencana
Pengenalan Diri Jemaah Haji ini mengandungi maklumat mengenai Nama Jemaah Haji,
No.Pasport Haji, Gambar Jemaah Haji, Maktab berapa di Tanah Suci beserta dengan Bar
Code. Ini adalah kerana ianya sebagai ganti Pasport Jemaah Haji dan boleh digunakan
semasa Jemaah Haji ingin membuat Pengeluaran Wang di Kaunter Pengeluaran Wang
Tabung Haji di Makkah dan Madinah nanti.
Bagi jemaah haji penerbangan awal (bertolak awal dan terus ke Madinah dan
memasuki Makkah melalui Madinah) - Kebanyakkan mereka memilih untuk mengerjakan
haji tamattuk dengan berniat ihram umrah di Zulhulaifah (Bir Ali), kemudian berniat haji
di hotel Makkah pada hari tarwiyyah (8 Zulhijjah). Jika seseorang memilih untuk
melakukan haji ifrad atau haji qiran, adalah kurang sesuai kerana terpaksa berada dalam
pakaian ihram lebih lama (pada mula masuk ke Makkah sehingga 10 Zulhijjah). Walau
bagaimana pun jemaah yang mengerjakan haji tamattuk akan dikenakan dam (seekor
kambing atau kibas), manakala jemaah yang mengerjakan haji ifrad tidak dikenakan dam.
Bagi sesiapa yang telah berniat untuk melakukan haji ifrad boleh menukarkannya kepada
haji tamattuk sebelum melakukan tawaf.
Bagi jemaah haji penerbangan akhir (bertolak lewat dan terus ke Makkah) boleh
memilih untuk mengerjakan haji tamattuk, haji ifrad atau haji qiran. Bagi jemaah yang
berniat untuk mengerjakan haji ifrad atau haji qiran, jemaah hendaklah bersedia untuk
10

HBIS3203

berada dalam pakaian ihram dalam masa yang agak lama (mula daripada hari masuk ke
Makkah sehingga 10 Zulhijjah) dan bersedia mematuhi pantang larang yang dikenakan.
Mereka akan menziarahi Madinah selepas selesai ibadat haji. Para jemaah haji yang
hanya ada masa yang pendek untuk menunaikan haji (misalnya 10 hari) dan terpaksa
balik awal ke tanah air, biasanya akan mengerjakan haji qiran (lakukan haji dan umrah
serentak, atau dua dalam satu). Jemaah Haji tidak mempunyai masa untuk mengerjakan
umrah secara berasingan. Ada juga jemaah yang mengerjakan haji tamattuk (mengerjakan
umrah dahulu kemudian mengerjakan haji, dalam bulan haji) yang masuk lewat (akhir) ke
Tanah Suci Makkah dan tidak sempat tawaf umrah kerana uzur (sehingga hari untuk
berangkat ke Arafah). Kes seperti ini lumrah berlaku pada kaum Hawa. Jemaah ini secara
automatik hajinya menjadi haji qiran. Dam yang dikenakan ialah sama dengan dam haji
tamattuk iaitu menyembelihkan seekor kambing atau kibas. Bagi jemaah yang bersama
keluarga, yang bertolak dan tinggal setempat, pilihan jenis haji untuk dikerjakan biarlah
sama. Janganlah hendaknya berlaku suami isteri yang bersama mengerjakan ibadat haji
tetapi memilih jenis haji yang berlaian antaranya. Berikut adalah gambarajah perjalanan
Jemaah Haji Malaysia secara ringkasnya :

Sebelum 8 Zulhijjah
Umat Islam dari seluruh dunia mulai berduyun-berduyun melaksanakan Tawaf
Haji di Masjid Al Haram, Makkah.

8 Zulhijjah
8 Zulhijah adalah Hari Tarwiyah (hari jemaah berangkat menuju ke Arafah dan
bertalbiah untuk haji). Jemaah akan memulakan Hari Tarwiah (Hari Memberi
Air), hari yang diberi nama seumpama itu berikutan secara tradisi jemaah
membuat persiapan dan memberi air kepada tunggangan dan ternakan serta
menyimpan air untuk perjalanan ke Arafah. Pada pagi 8 Zulhijjah, semua umat
Islam tanpa mengira lelaki atau wanita, memakai pakaian Ihram (dua lembar kain
putih tanpa jahitan sebagai pakaian haji), kemudian berniat haji, dan mereka tidak
putus-putus mengucapkan Talbiyah:














(Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Ya Allah! Hamba-Mu datang
menyahut panggilan-Mu, hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Tuhan yang
11

HBIS3203

tiada sekutu bagi-Mu, hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya


segala puji, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu, tiada sekutu bagiMu.)
Jemaah haji kemudian berangkat menuju Mina, sehingga malamnya semua
Jemaah haji seharusnya sudah berada dan bermalam di Mina. Ramai jemaah
sekarang menggunakan Kereta Api Mashair untuk ke Arafah dan kawasan
sekelilingnya yang kosong dan bakal dipenuhi jemaah untuk menghadiri
kemuncak ibadat haji.

9 Zulhijjah
Pada sebelah paginya semua jamaah haji pergi ke Arafah. Mereka akan berada di
Arafah bagi mengerjakan Ibadah Wukuf iaitu berdiam diri dan berdoa atau
menunaikan solat memohon rahmat daripada Allah SWT. Wukuf pada 9 Zulhijjah
adalah rukun yang terpenting atau kemuncak ibadah haji dan ibadah wajib
dilaksanakan setiap jemaah, termasuk bagi mereka yang sakit, walaupun hanya
dengan singgah seketika. Selepas waktu Maghrib pada 9 Zulhijjah, jemaah haji
akan memulakan pergerakan untuk bermalam di Mudzalifah iaitu jarak sekitar 8
kilometer dari Arafah. Para jemaah akan berada di Muzdalifah hingga tengah
malam dan mengutip batu untuk melontar jamrah di Mina pada keesokan harinya.

10 Zulhijjah
Pada sebelah pagi 10 Zulhijah, jemaah segera beredar meninggalkan Muzdalifah
menuju Mina untuk melaksanakan ibadah melontar, iaitu melontar 7 biji batu ke
Al-Jamrah Aqabah (pertama) sebagai simbolik mengusir syaitan. Setelah bercukur
kepala atau menggunting rambut (bertahlul), jemaah sudah boleh Tawaf Haji
(menyelesaikan Haji) di Makkah, atau bermalam di Mina dan melaksanakan
sambungan melontar Jamrah (Ula dan Wustha). Mereka akan berada di Mina
selama 3 hari atau secepat-cepatnya 2 hari untuk melontar jamrah yang
ditentukan. Jemaah haji Malaysia akan mula melontar Jamratul Qubra selepas
solat Isyak bermula jam 11 malam pada 10 Zulhijjah. Bagi yang tinggal di Mina
Muhassir, mereka akan melontar selepas tengah malam dan balik ke khemah di
Mina Muhassir bagi bermalam di Mudzalifah. Pada tarikh ini juga, umat Islam
akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau dikenali sebagai Hari Raya Korban.
Mereka yang berkemampuan termasuk yang berada di luar kota suci Mekah akan
12

HBIS3203

melakukan ibadat korban untuk diagihkan kepada mereka yang kurang


berkemampuan.

11 Dan 12 Zulhijjah
Pada Hari Tasyrik, 11 dan 12 Zulhijjah pula, jemaah akan menyambung lontaran
ketiga-tiga Jamratul Sughra, Jamratul Wusta dan Jamratul Qubra selepas solat
Isyak bermula pada 9 malam.

13 Zulhijjah
Pada 13 Zulhijjah, jemaah haji yang melakukan Nafar Thani akan melontar
selepas Solat Subuh antara 6 pagi hingga 8.30 pagi. Setelah selesai melontar para
jemaah akan meninggalkan Mina menuju ke Makkah untuk menyempurnakan
ibadat haji dengan mengerjakan Tawaf dan Saie. Jemaah haji yang mengerjakan
Haji Tamattuk, mereka akan kembali ke Makkah untuk melakukan Tawaf Rukun
dengan mengelilingi Kaabah di Masjidil Haram sebanyak 7 kali. Ini diikuti
dengan bersaie antara Bukit Safa dan Bukit Marwah sebelum bertahlul (bercukur
atau menggunting rambut) bagi membolehkan mereka bertahalul Awal.

Penamat
Sebelum pulang ke Malaysia, jamaah melaksanakan Tawaf Wada (Tawaf
perpisahan / Selamat Tinggal).

13

HBIS3203

4.0

KESIMPULAN
Menunaikan ibadah Haji bagi kebanyakan pihak adalah pekerjaan yang tidak

mudah. Ia memerlukan kemahuan yang kuat dan kemampuan yang memadai. Terdapat
banyak pihak yang sudah mampu, tetapi belum mempunyai kemahuan. Dan lebih banyak
lagi yang sudah mempunyai kemahuan tetapi belum mempunyai kemampuan yang cukup.
Oleh kerana itu, pergi menunaikan ibadah Haji bagi kebanyakan pihak dirasakan sebagai
keberuntungan yang besar. Maka rugi rasanya, jika keberuntungan menunaikan ibadah
Haji itu tidak dikerjakan dengan sebaik-baiknya. Maka dalam hal Haji beliau juga
memberi perintah: Ambillah cara mengerjakan Haji dan Umrahmu dariku. (H.R. Muslim
dari Jabir).
Nabi saw. sendiri tidak memberikan ciri-ciri atas satu-satu amalan beliau dalam
Haji. Baginda tidak mengatakan yang ini fardhu, yang ini wajib dan yang ini sunat, tetapi
beliau mengerjakan semuanya lalu memerintahkan orang lain mencontohi cara baginda
itu secara keseluruhan, dan memberikan rukhsah dalam hal-hal tertentu untuk orangorang tertentu pula. Hanya Ulama mazhab-mazhab fikh yang kemudian mengelompokkan
amalan-amalan Haji ke dalam Kelompok Fardhu iaitu ertinya amalan yang dianggap
sebagai wujud daripada haji sehingga jika tidak dikerjakan, maka tidak sahlah ibadat Haji.
Kelompok Wajib iaitu amalan yang harus dikerjakan untuk ibadat Haji, tetapi kalau tidak
dikerjakan, Hajinya tetap sah, tetapi harus membayar denda berupa Hadyu atau lainnya.
Kelompok Sunat pula adalah amalan yang dianjurkan untuk dikerjakan, tetapi jika tidak
dikerjakan, Hajinya tetap sah dan tidak harus membayar denda.
Walaubagaimanapun Ibadat Haji ini juga perlulah dilakukan semata-mata kerana
Allah kerana jika dalam mengamalkan ibadah yang lain, orang sudah berasa susah untuk
ikhlas seperti yang diisyaratkan oleh sabda Rasulullah saw: "Mahukah kamu aku beritahu
sesuatu yang menurut aku lebih berbahaya atasmu daripada Dajjal Al-MaSih? Mereka
menjawab: Ya. Beliau bersabda: Syirik tersembunyi. Seorang laki-laki solat, lalu
diperbaikinya solatnya kerana dia melihat orang memandangnya. (H.R. Ahmad dari Abu
Sa'id). Maka dalam Haji, kerana memerlukan kemampuan harta, ikhlas itu lebih sukar,
sehingga Allah perlu memberi peringatan tentang keikhlasan dalam menunaikan Haji itu
dalam Al-Qur'an. FirmanNya:

14

HBIS3203

"Dan sempurnakanlah Haji dan Umrah kerana Allah". (Al Baqarah 196).
5.0

RUJUKAN

Al-Quran al-Karim. Rasm Uthmani.


Aimi Hamzah, Muhammad Haidar Mohd Isa, & Mohd Shah Ujang. (2003). Buku Teks
Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Dr Adnan Mohamed Yusoff, Noor Lizza Mohamed Said, Nidzamuddin Zakaria, Siti
Fairuza Haji Asmungi, Mohd. Zamro Muda,Muhamad Zaini Yahya.(2013). Fiqh
11. Open University Malaysia. (OUM)
Idris Ahmad. (2001). Fiqh Syafie (Jilid 1). Kuala Lumpur: Pustaka Antara
Mustafa Al-Khin, Mustafa al-Bugha, & Ali asy-Syarbaji. (2005). Al-fiqh al-manhaji
(Terjemahan)(Jilid 1). Kuala Lumpur: Pustaka Salam
Nidzamuddin Zakaria, Siti Fairuza Haji Asmungi, Noor Lizza Mohamed Said, Mohd.
Zamro Muda, Muhammad Zaini Yahya. (2013). Fiqh 1. Open University Malaysia
(OUM)
Sulaiman Endut. (2006). Asas-asas fardu ain. Kuala Lumpur. Pustaka Abdul Majid
http://www.tabunghaji.gov.my/
http://www.tabunghaji.gov.my/web/guest/modul-kursus-asas-haji

15

HBIS3203

16

You might also like