You are on page 1of 16

Cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.

Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukumhukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.

Ayat

Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat. Contohnya: Ahmad sedang membuat kerja rumah Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad sedang dan bahagian (ii) membuat kerja rumah.

Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsurunsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).

Lihat contoh-contoh berikut dan kaji unsur-unsur (frasa) yang mendasari ayat.

Subjek Ayat Ahmad Cikgu Fatimah Ah Chong

Predikat Ayat mengulangkaji tatabahasa ke sekolah amat rajin seorang usahawan

Frasa Subjek Frasa Nama Frasa Nama Frasa Nama Frasa Nama

Frasa Predikat Frasa Kerja Frasa Sendi Nama Frasa Adjektif Frasa Nama

Rumus Pola Ayat FN + FN FN + FS FN + FA FN + FN

Frasa

Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat. Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik.

Binaan Ayat

Bahagian subjek dan bahagian predikat merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat dalam Bahasa Melayu. Subjek dan predikat mempunyai unsur-unsur. Perhatikan contoh di bawah:

Subjek Bah. Ayat Ah Tian Tipah Suara ketua pengawas itu Munainady Unsur Bah. Ayat guru senaman membeli gula serak-serak basah menoreh getah

Subjek Unsur

Jadual di atas menunjukkan rumus binaan ayat yang mudah. Bahasa subjek dibina oleh frasa nama dan predikat dibina sama ada oleh frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Ayat Dasar dan Ayat Terbitan

Perhatikan ayat berikut: Pelajar itu membaca buku.

Ayat ini terdiri daripada satu klausa kerana mempunyai satu subjek (pelajar itu) dan satu predikat (membaca buku). Ayat seperti ini dipangil ayat dasar kerana menjadi punca penerbitan ayat-ayat lain. Jika kita hendak menambah maklumat kepada maklumat kepada maklumat asas itu dengan penerangan kepada maklumat asas itu dengan peneragan kepada subjek atau penerangan kepada predikat, maka ayat berkenaan boleh menjadi seperti berikut: Pelajar tingkatan enam itu membaca buku. (tingkatan enam menjadi penerang kepada pelajar, iaitu subjek ayat)

Pola Ayat Dasar


Pola ayat dasar mempunyai rumusnya tersendiri. Rumus-rumus ini boleh terdiri daripada unsur-unsur Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA) atau Frasa Sendi Nama (FS) Lihat contoh berikut: Rumus Pola Ayat FN+FN FN+FA

Subjek Ayat Jamilah Atan

Predikat Ayat pengurus sumber manusia budak pandai

Frasa Subjek Frasa Nama Frasa Nama

Frasa Predikat Frasa Nama Frasa Adjektif

Scribd Upload a Document Search Books, Presentations, Business, Academics... Explore

Documents

Books - Fiction Books - Non-fiction Health & Medicine Brochures/Catalogs Government Docs How-To Guides/Manuals Magazines/Newspapers Recipes/Menus School Work + all categories

Featured Recent

People

Authors Students Researchers Publishers Government & Nonprofits Businesses Musicians Artists & Designers Teachers + all categories Most Followed Popular jundi75

Account
o o o o o o o o o o

Home My Documents My Collections My Shelf View Public Profile Messages Notifications Settings Help Log Out

1 Search w ithin

/ 12

Download this Document for Free


http://jepri7.blogspot.com/2010/03/morfo-sintaksis-bahagian-morfologi-1.html

BAHAGIAN A : MORFOLOGI 1.1 Pendahuluan Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Semakin besar jumlah penuturnya, semakin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan semakin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya. Demikian juga halnya dengan bahasa Melayu. Bidang morfo-sintaksis merupakan gabungan ilmu morfologi dan sintaksis yang berkaitan dengan pembentukan perkataan dan pembinaan ayat. Gabungan ilmu morfologi dan sintaksis menjadi inti penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran aspek tatabahasa di dalam bilik darjah seterusnya penggunaannya yang meluas dalam kehidupan sehari -harian seseorang pelajar. 1.2 Definisi Morfologi Menurut Nik Safiah Karim (1996), beliau mendefinisikan morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji tentang struktur, bentuk, dan penggolongan kata. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) mendifinisikan morfologi ialah satu kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi (pengimbuhan), terbitan, dan pemajmukan. Manakala Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) mendefinisikan morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukanya. Buku Tatabahasa Dewan (2004) mendefinisikan morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa (morfem), sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan/atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Kesimpulannya, yang saya faham tentang bidang morfologi ialah kajian tentang proses pembentukan kata yang akan melalui proses penyusunan morfem atau unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan dari segi struktur, bentuk dan penggolongan kata sebagai prosesnya. Pengimbuhan juga membantu proses pembentukan perkataan. Melalui proses-proses tersebut akan menghasilkan pembentukan perkataan yang bermakna sebagai hasil yang dicapai dalam proses yang dilalui tersebut. 1.3 Pembahagian Pembentukan Kata Mengikut Tatabahasa Dewan (2004) Bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk perkataannya. Ada bentuk perkataan yang bersifat tunggal, contohnya rumah, tinggal, dan putih. Di samping itu terdapat perkataan yang dibentuk hasil proses pengimbuhan,

pemajmukan, dan pengandaan. Contoh perkataan yang dientuk secara pengimbuhan ialah meninggal dan meninggalkan; contoh perkataan yang dibentuk secara pemajmukan ialah putih melepak dan rumah pangsa; dan perkataan yang dibentuk secara penggandaan ialah putih-putih dan rumah-rumah pangsa. Menurut Nik Safiah Karim dan rakan (1996), proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa merupakan proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa, proses pembentukan perkataan melibatkan pengimbuhan. Imbuhan bermaksud unit -unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Imbuhan dibahagikan kepada empat jenis, iaitu awalan, akhiran, sisipan dan apitan. Selain itu, terdapat juga bentuk kata yang dihasilkan misalnya melalui proses penyingkatan kata yang menghasilkan kata tunggal jenis akronim iaitu Bernama, pawagam, Mara, dan kugiran. 1.3.1 Proses Pembentukan Kata Proses pembentukan kata dalam Bahasa Melayu dari segi bentuk-bentuk yang terhasil seperti berikut: bentuk kata tunggal bentuk kata terbitan bentuk kata majmuk bentuk kata ganda 1.3.1.1 Bentuk kata tunggal Perkataan-perkataan dalam Bahasa Melayu yang tidak menerima sebanrang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian tergolong ke dalam kata tunggal. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal, iaitu kata tunggal yang mengandungi sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal, iaitu kata tunggal yang mengandungi hanya satu suku kata dan kata tunggal yang mengandungi dua suku kata atau lebih. Walaupun terdapat kata tunggal yang tidak pernah menerima apa-apa imbuhan, seperti ini, itu, sini, dan sana, namun kebanyakan kata tunggal dalam bahasa Melayu mempunyai potensi untuk diperluas dan menj adi bentuk terbitan. a) Kata tunggal satu suku kata Contohnya : 1. KKKVK skrip, straw, strok, skrin. b) Kata tunggal dua suku kata Contohnya : 1. V + KV aku (a+ku), apa (a+pa), itu (i+tu), ubi (u+bi). c) Kata tunggal tiga suku kata Contohnya : 1. KV + V + KV cuaca, suara, tuala, siapa, biola

d) Kata Tunggal empat suku kata dan lebih Contohnya : 1. KV + KV + VK + KV keluarga biduanda keluangsa e) Kata tunggal (akronim) Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal, suku kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar. Akronim boleh ditulis dengan tiga cara. i) Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yangdisingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar. Contoh : LUTH - (Lembaga Urusan dan Tabung Haji) ABIM - ( Angkatan Belia Islam Malaysia) ii) Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan/atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya.(jika bukan nama khas) Contoh : tabika - (taman bimbingan kanak-kanak) cerpen - (cerita pendek) iii) Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan/atau suku kata itu menjadi nama khas, kata itu ditulis bermula dengan huruf besar. Contoh : Bernama - (Berita Nasional Malaysia) Pernas - (Perbadanan Nasional) Intan - (Institut Tadbiran Awam Negara) 1.3.1.2 Bentuk kata terbitan Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan. a) Kata terbitan berawalan Awalan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan. i) awalan kata nama ii) awalan kata kerja iii) awalan kata adjektif Contoh : Awalan kata nama pe - pekebun, pelaut, peladang, pesawah, pekedai. juru - juruterbang, juruwang, jurubahasa, jururawat. Awalan kata kerja me - melihat, melawat, merawat, merebus, melombong, ber - berlari, bercukur, berfikir, berbuah, bertanya, bersuara. Awalan kata adjektif ter - terkecil, terbesar, tertinggi, terkurus. se - sehodoh, secantik, senipis, setebal.

b) Kata terbitan berakhiran Akhiran dalam bahasa Melayu hanya wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan sahaja seperti yang berikut: i) akhiran kata nama ii) akhiran kata kerja Contoh: Akhiran kata nama -an pakaian, jahitan, mainan -wan sasterawan, angkasawan, usahawan Akhiran kata kerja -kan buatkan, gunakan, besarkan, tinggikan

morfologi & sintaksis


Download this Document for FreePrintMobileCollectionsReport Document This is a private document.

Info and Rating

smaz2k

Sign Up for an Ad-Free Scribd

Remove all ads. Never see ads on Scribd again.

No Thanks

Share & Embed

Related Documents
PreviousNext 1.

40 p.

93 p.

46 p.

2.

46 p.

7 p.

150 p.

3.

22 p.

20 p.

39 p.

4.

7 p.

7 p.

39 p.

5.

7 p.

6 p.

121 p.

6.

33 p.

14 p.

18 p.

7.

27 p.

61 p.

More from this user


PreviousNext 1.

12 p.

12 p.

Recent Readcasters

Add a Comment

Submit

Upload a Document

About Press Blog Partners Branded Reader Web Stuff Scribd Store Support FAQ Developers / API Jobs Terms - General Copyright Privacy Follow Us! scribd.com/scribd twitter.com/scribd

facebook.com/scribd

You might also like