You are on page 1of 5

JADUAL PENENTU UJIAN Jadual penentu ujian ialah satu rancangan untuk sesuatu item atau lebih dikenali

sebagai soalan yang mengandungi pelbagai tajuk serta aras kemahiran soalan. Ia adalah berfungsi sebagai membantu seorang guru untuk menyediakan atau membentuk soalan berdasarkan aras yang berbagai-bagai dan juga krateria yang telah ditetapkan.

Dengan wujudnya ujian yang dipanggil Jadual Penentu Ujian, maka dapatlah seseorang guru itu menetukan apa bentuk kelemahan yang dihadapi oleh murid-murid. Disamping itu, guru dapat menyiapkan soalan-soalan yang boleh memberangsangkan pemikiran murid-murid agar dapat memperbaiki kelemahan dari masa ke semasa.

LANGKAH PENYEDIAAN JADUALPENENTU UJIAN 1. Menentukan isi kandungan dan topik disusun mengikut caranya. Ia mungkin berdasarkan darjah kesukaran, perkembangan semasa dan sebagainya. Oleh itu, guru perlulah menyusunnya mengikut dasar yang diterima. 2. Menyediakan jadual dua demensi iaitu senarai topik dan aras kemahiran. 3. Menentukan jumlah bilangan item atau soalan bagi setiap topik berdasarkan aras kemahiran yang disediakan dan memasukkannya dalam jadual penentu ujian. 4. Menentukan aras kemahiran sama ada aras kefahaman, pengetahuan, aplikasi, analisis, sintesis atau penilaian. 5. Menjumlahkan semua bilangan atau item bagi setiap topik berdasarkan aras kemahiran yang disediakan dan memasukkannya ke dalam jadual penentu ujian. 6. Menjumlahkan semua bilangan soalan dalam setiap aras dan keseluruhan. 7. Menyemak jadual penentu ujian yang disediakan dan mendapatkan pandangan daripada rakan-rakan yang mengajar mata pelajaran yang sama.

OBJEKTIF JADUAL PENENTU UJIAN

Pada dasarnya, penilaian merupakan suatu sistem yang penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran KBSR dan KBSM. Antara tujuan-tujuan yang dapat diperolehi daripada Jadual Penentu Ujian (JPU) adalah:

Kumpul maklumat tentang pencapaian murid-murid selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan.

Membuat taksiran untuk tindakan yang patut dilakukan. Menentukan kekuatan dan kelemahan murid-murid dalam topik-topik yang di ajar untuk membuat perancangan pemulihan dan pengayaan. Merancangkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Merupakan tugasan pengajian ilmu pendidikan bagi guru pelatih.

JULAT Julat = skor maksima skor minima = 90 46 = 44

SAIZ SELANG KELAS Selang kelas = sempadan atas sempadan bawah = 49.5 41.5 =8

MIN Min = jumlah kekerapan titik tengah jumlah kekerapan

= Sfx n = 2889.5 41 = 70.48

PENGIRAAN MEDIAN ( MD ) MD =L+(n/2)s(l) = 65.5 + (42 16 ) 9 8 = 65.5 + 4.48 = 69.98

Di mana : 65.5 = L = Had bawah sebenar selang kelas median 42 = N = Jumlah kekerapan atau calon 16 = S = Jumlah kekerapan sebenar kelas median 9 = F = Kekerapan kelas median 8 = l = Saiz selang kelas

PENGIRAAN MOD

= LI + ( AI / ( AI + A2 ) ) I = 57.5 + [12 / (12+4)] 8 = 57.5 + 6 63.5

Di mana : 57.5 = LI = had bawah sebenar selang kelas 12 = AI = ( kekerapan kelas mod ) ( kekerapan kelas sebelumnya ) 9 = A2 = ( kekerapan kelas mod ) + ( kekerapan kelas selepasnya ) 8 = I = saiz selang kelas

MIN > MEDIAN > MOD 70.01 > 69.98 > 65.5

Pencongan positif

INDEKS KESUKARAN 0.3 hingga 1K 0.3 hingga 0.8 0.8 hingga 1K

PENTAFSIRAN ITEM SOALAN Terlalu sukar Sederhana Terlalu mudah

KEPUTUSAN Ubahsuai Sesuai Ubahsuai

INDEKS DISKRIMINASI

Untuk membezakan calon-calon daripada kumpulan cerdasdan kumpulan yang kurang cerdas. Indeks diskriminasi = B2 B1

(1/2) (1)

Di mana : B2 ialah jumlah calon dalam kumpulan tertinggi menjawab item soalan dengan betul. B1 ialah jumlah calon dalam kumpulan rendah menjawab item soalan dengan betul.

PENGANALISIS DAN PENTAKSIRAN ITEM SOALAN

Penganalisis item atau soalan adalah merupakan satu kajian yang sistematik terhadap sains telah lama digunakan dalam ujian, sama ada mempunyai ciri-ciri ujian terbaik terhadap kebolehpercayaan, objektif, kebolehpentadbiran, dan kemudahtafsiran.

Maklumat ini dapat menolong seseorang guru untuk memperbaiki kelemahan item tersebut. Ia akan disimpan di dalam simpanan item pada masa akan datang.

Penganalisis ini adalah berdasarkan keputusan ujian yang lepas untuk dijadikan sebagai penentuan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi setiap item yang telah digubal. Nilai indeks yang didapati dapat dijadikan sebagai pemangkin untuk terus digunakan atau tidak.

Indeks kesukaran

Ia digunakan untuk menentukan sama ada item itu terlalu sukar sederhana atau terlalu mudah. Indeks kesukaran = Bilangan calon menjawab dengan betul

Jumlah calon yang mencuba item itu

You might also like