You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK TUGASAN KERJA KURSUS TAJUK PROGRAM : PROGRAM IJAZAH SARJANA

MUDA PERGURUAN (PISMP) TAJUK KURSUS : BUDAYA DAN PEMBELAJARAN NAMA GURU PELATIH :

SEMESTER : 5

TARIKH MULA : 24 . 2 . 2014

TARIKH HANTAR : 7. 3 . 2014

Hasil Pembelajaran Kursus 1. Menjelaskan konsep budaya dan kepelbagaian kelompok di Malaysia. 2. Menghuraikan konsep ketaksamaan peluang pendidikan 3. Menganalisis kepelbagaian sosiobudaya dan implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran. 4. Membina persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya. 5. Mahir berkomunikasi untuk menangani isu-isu kepelbagaian budaya dan bahasa di dalam bilik darjah. Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 3 dan 4 Objektif Projek : 1. 2. 3. 4. 5. Menjelaskan konsep budaya dan kepelbagaian kelompok di Malaysia; Menerangkan konsep persekitaran bilik darjah yang mesra budaya Menghubungkaitkan antara konsep budaya kepelbagaian kelompok dengan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.. Menyediakan pengurusan grafik digital yang menunjukkan perbandingan keistimewaan budaya yang dikenalpasti di Malaysia Menghuraikan bagaimana usaha guru dapat mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dengan menggunakan ciri-ciri keistimewaan budaya yang telah dikenalpasti.

RANGSANGAN TUGASAN 1 (30%) Anda dikehendaki mengenal pasti satu kajian kes yang berkaitan dengan isu kepelbagaian sosiobudaya di Malaysia. Berdasarkan kajian kes tersebut, analisis secara kritis isu-isu tersebut berasaskan lima aspirasi pendidikan Malaysia iaitu Akses, Kualiti, Ekuiti, Uniti dan Efisien sebagaimana yang dinyatakan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Hasil dan bentangkan Thinking Maps yang sesuai untuk menunjukkan susunan isu yang dikaji mengikut keutamaan dan hubungkaitnya dengan aspirasi sistem pendidikan Malaysia. TUGASAN 2 (70%) Berdasarkan tugasan 1, bincangkan implikasi isu yang paling utama terhadap amalan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang mesra budaya dan cadangkan penambahbaikan melalui langkah-langkah berikut: 1. Sediakan satu draf/kerangka analisis tentang impikasi isu tersebut terhadap amalan PdP bilik darjah mesra budaya. 2. Kongsikan draf/kerangka tersebut dengan dua orang rakan daripada opsyen yang berbeza (cth: RBT dan Sains) melalui ePortfolio untuk mendapatkan maklum balas daripada mereka. 3. Berdasarkan maklum balas tersebut lakukan penambahbaikan terhadap draf/kerangka sedia ada. 4. Sediakan penulisan akhir menggunakan draf/kerangka tersebut.

Hujah-hujah anda perlu disokong dengan dapatan kajian, artikel, jurnal dan rujukan yang berkaitan. Tugasan ini hendaklah disediakan dalam bentuk penulisan ilmiah.
Prosedur: 1. 2. 3. 4. 5. Panjang esei adalah 1500 patah perkataan dan tidak melebihi 7 muka surat. Esei perlu bertaip dengan saiz fon Arial 11, dan langkau 1.5 baris Rujukan harus merangkumi jurnal, buku rujukan dan sumber internet Rujukan prosedur mengikut format dan gaya APA ( American Psychological Association) Esei harus menunjukkan keaslian, kematangan dan bermutu ilmiah. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.

6.

Muka Depan Esei merangkumi: Nama Pelajar Angka Giliran No. Kad Pengenalan Kumpulan/Unit Kod dan Nama Kursus Tajuk Tugasan Projek Nama Pensyarah Akademik Tarikh hantar

Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria-Kriteria Berikut: 1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci. 2. Bukti-bukti, bahan-bahan dan citation yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan.

3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan hasil kajian dan sokongan ilmiah. 4. Format dan organisasi penulisan perlu jelas dan koheren. 5. Penulisan akademik harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemah maklumat secara kritikal dan analitikal. Kriteria Pentaksiran: Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik pentaksiran yang disedia.

You might also like