You are on page 1of 2

OLL tugasan 2.

Berikan satu contoh salah tanggapan matematik dan terangkan bagaimana ia boleh berlaku dan cara membetulkan kesilapan ini kepada murid.

SALAH TANGGAPAN DALAM PERBUNDARAN. Contoh soalan: Bundarkan 23 478 kepada 1000 yang hampir.

Salah tanggapan Untuk mendapat jawapan, bundarkan kepada 10, 100 dan 1000, jadi: 23 478 kepada 10 yang hampir ialah 23 480

23 480 kepada 100 yang hampir ialah 23 500

23 500 kepada 1000 yang hampir ialah 24 000 Jadi salah tanggapan memberi jawapan yang salah iaitu 24 000

Cara membetulkan kesilapan Terdapat dua kaedah dalam membetulkan miskonsepsi ini iaitu: 1. Melalui kaedah perbezaan - Andaikan jawapan sama ada 23 000 atau 24 000. - Cari beza antara 23 478 dengan 23 000 23 478 - 23 000 = 478 - Cari beza antara 23 478 dengan 24 000 24 000 - 23 478 = 522 Maka jelas didapati 23 478 adalah lebih dekat dengan 23 000. Jadi, jawapan yang betul adalah 23 000.

2.

Melalui penggunaan garis nombor 23 000 ` 23 500 24 000

C
23 478

23 478 adalah lebih dekat untuk bergerak dari C ke A berbanding dari C ke B. Maka 23 478 apabila dibundarkan kepada 1000 yang hampir ialah 23 000.

You might also like