You are on page 1of 2

BAB 5 PENUTUP

Dalam kerja kursus ini, kami telah mengkaji dan membincangkan tentang model pengajaran yang digunakan serta penghasilan Rancangan

Pengajaran Harian, papan cerita dan bahan multimedia. Model reka bentuk pengajaran yang kami gunakan dalam

menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian ialah Model ASSURE. Model ASSURE memberi fokus kepada perancangan pengajaran dan pembelajaran sebenar dalam bilik darjah. Model ini membantu guru dalam merancang dan mengendalikan pengajaran yang memanfaatkan penggunaan media secara berkesan. Dengan kata lain, model ASSURE amat berguna kepada guru untuk menyediakan Rancangan Pengajaran Harian sesuatu mata pelajaran. Dalam penghasilan bahan multimedia berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian yang dibuat, kami telah membina satu papan cerita (storyboard) sebagai panduan untuk menghasilkan bahan multimedia dengan menggunakan perisian Microsoft Powerpoint dan Hot Potatoes. Selepas papan cerita siap dibina, kami membina bahan multimedia seperti yang dirancang dalam papan cerita. Perisian Hot Potatoes digunakan untuk membina soalan-soalan pengayaan dan pemulihan. Selain daripada memberi kertas soalan latihan seperti yang biasa digunakan di dalam kelas, guru boleh menggunakan perisian Hot Potatoes untuk membina soalan. Ini bukan sahaja menjimatkan masa, malah menjimatkan kos kerana guru boleh terus memaparkan soalansoalan yang dibina dalam laman web.

59

Dengan ini, kami berharap segala pengetahuan dan pengalaman yang kami dapati melalui kerja kursus ini dapat diaplikasikan dalam membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran apabila bergelar guru kelak.

60

You might also like