You are on page 1of 3

Kegunaan Ujian dan Penilaian Bahasa Dalam Bilik Darjah Ujian dan penilaian merupakan satu aspek yang

penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa kerana melaluinya guru dan murid mendapat maklum balas mengenai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran mereka. Secara khusus dapatlah dirumuskan bahawa kepentingan ujian dan penilaian bahasa dalam bilik darjah adalah seperti berikut: 1. Ujian yang diadakan sebelum guru memulakan pengajaran (praujian yang dibuat pada awal-awal penggalsebelum guru mula mengajar di sesebuah kelas) akan memudahkan guru membuat persediaan untuk pengajarannya. Melalui ujian itu, guru dapat melihat setakat manakah pengetahuan atau prestasi murid-murid dalam pelajaran bahasa dan maklumat ini dapat dijadikan asas oleh guru untuk merancang pengajarannya. la mungkin boleh mengesampingkan kemahirankemahiran yang telah dikuasai oleh murid-murid dan menumpukan penekanan kepada aspek-aspek yang belum mereka kuasai. 2. Berdasarkan ujian dan penilaian, guru dapat mengenal pasti murid-murid yang pandai, sederhana dan lemah dalam pembelajaran bahasa. Bagi memudahkan pengajaran dan untuk memberikan tumpuan yang sepatutnya kepada muridmurid yang berlainan kemampuan itu, guru boleh mengelompokkan mereka kepada beberapa kumpulan, sesuai dengan kebolehan dan prestasi bahasa mereka, kemudian melaksanakan pengajaran berdasarkan kehendak dan keperluan tiap-tiap kumpulan tadi. 3. Melalui ujian dan penilaian, guru dapat melihat pencapaian murid-murid terhadap isi-isi pelajaran yang disampaikan dan kemahiran-kemahiran yang

disemaikannya. 4. Melalui ujian dan penilaian, perkembangan kemajuan murid-murid dalam pembelajaran bahasa dapat direkodkan dan dapat dilihat kadar kepantasan penguasaan bahasa mereka. Ini amat berfaedah kepada guru dalam merancang pengajarannya.

5.

Daripada ujian bahasa, dapat dikesan bakat murid-murid. Ini penting untuk menyalurkan mereka kepada aliran-aliran tertentu, misalnya aliran sastera, sains, vokasional dan sebagainya.

6.

Selain daripada mengesan bakat murid-murid dalam penguasaan bahasa, keistimewaan-keistimewaan mereka dalam bidangbidang tertentu juga boleh dikesan. Misalnya, guru boleh mengenal pasti murid-murid yang berkebolehan dalam bidang lisan (seperti boleh bersyarah, berbahas, berlakon dan lain-lain) dan bidang penulisan. Mereka ini boleh dibimbing untuk mengasah

danmeningkatkan bakat mereka dan didorong untuk menceburi bidang kerjaya yang sesuai dengan mereka. 7. Daripada ujian dan penilaian juga guru dapat melihat kefasihan bahasa muridmurid secara keseluruhan. 8. Dengan mengadakan ujian juga, guru dapat membandingkan pencapaian muridmurid dalam mata pelajaran bahasa dengan mata-mata pelajaran yang lain; guru dapat melihat adakah wujud korelasi di antara pencapaian dalam mata pelajaran bahasa dengan mata-mata pelajaran lain. 9. Hasil ujian dapat membantu guru memutuskan dan mengambil tindakan terhadap perkara-perkara berikut: (a) murid-murid manakah yang memerlukan gerak kerja pernuhhan dan pengkayaan? (b) apakah bahagian-bahagian yang perlu diulang dan diberikan penekanan yang lebih? (c) 10. berapa banyakkah latihan yang perlu diialankan?

Melalui ujian, guru dapat menilai keberkesanan pengajarannya dan memikirkan strategi-strategi barn untuk memperbaikinya.

11.

Hasil ujian akan menyedarkan murid-murid terhadap kekuatan dan kelemahan mereka dan dapat menimbulkan motivasi untuk mereka terns belajar.

12.

Keputusan ujian dapat membuktikan apakah objektif pengajaran (dan sukatan pelajaran) dapat dicapai?

Satu perkara yang perlu diambil perhatian ialah memandangkan begitu pentingnya ujian dan penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran, setiap ujian yang dijalankan mestilah dirangka dan dirancangkan dengan kemas dan sistematik, ditentukan matlamat dan kandungannya dan dikendalikan dengan licin dan teratur supaya terjamin keesahan dan kebolehpercayaannya. Ujian yang tidak bersifat "keesahan" dan "kebolehpercayaan" tidak akan membawa sebarang erti malah merugikan dan membuang masa sahaja.

You might also like