You are on page 1of 13

PROSIDING PERKEM III, JILID 1 (2008) 662 674 ISSN: 2231-962X

POTENSI, CABARAN DAN HALA TUJU INDUSTRI KECIL & SEDERHANA (IKS) DALAM ERA PEMBANGUNAN NEGARA
POTENTIAL, CHALLENGES AND DIRECTIONS OF SMALL & MEDIUM INDUSTRY (SMI) IN THE ERA OF NATIONS DEVELOPMENT Ayu Nor Azilah Mohamad, Zetty Nurzuliana Rashed, Rosfazila Abd. Rahman

ABSTRAK Pelbagai bidang ekonomi yang menjadi pendokong kepada keutuhan pembangunan Malaysia kini. Salah satunya ialah Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Jika menyusuri sejarah kewujudan IKS sejak duhulu sehingga kini, IKS telah banyak berubah wajah. Sudah banyak pihak menyedari bahawa IKS perlu ditransformasikan ke arah lebih relevan dengan pembangunan negara. Hal ini kerana IKS berpotensi besar dimajukan dengan memberi impak yang berligat ganda kepada pengusahanya. Justeru itu, IKS perlu dibangunkan secara terancang dan holistik supaya memenuhi piawaian kualiti antarabangsa. Untuk itu, satu mekanisme baharu IKS perlu ditingkatkan agar IKS mampu mengharungi cabaran globalisasi. Dengan mempunyai hala tuju yang jelas, IKS akan diceburi lebih ramai pengusaha muda kerana berpotensi besar di arena pasaran pengeksportan. Lantas potensi IKS wajar diperlihatkan kepada masyarakat umum sebagai daya penarik bidang ini diceburi. Kata kunci: cabaran, potensi, halatuju, industri kecil dan sederhana ABSTRACT Various fields in economy have been auxiliary to the sustainability of the development in Malaysia. One of them is the Small and Medium Industry (SMI). If we look back at history of the establishment of SMI before and now, it has evolved quite spectacularly. Realizing that, the SMI has to be transformed towards more relevant needs the to the countrys development. This is because SMI has huge potential to excel and advance with manifold impacts to entrepreneurs. Hence, SMI needs to be carefully and holistically planned to meet and comply with the international quality standard. For that, a new mechanism for SMI is crucial for it to surpass globalization challenges. With clear directions, SMI will attract more young entrepreneurs due to its huge potential in export market. Thus, SMIs potential must be projected to public at large as the major attraction field to explore. Keywords: challenges, directions, potential, small and medium industry (SMI)

PENGENALAN Definisi IKS Setakat ini tidak ada definisi khusus dibuat untuk menerangkan maksud Industri Kecil & Sederhana (IKS) di negara ini. Namun, definisi yang digunakan banyak bergantung kepada agensi kerajaan yang memberi bantuan kepada IKS dan tujuan para pengkaji. Oleh sebab itu, IKS didefinisikan dalam pelbagai makna. Secara umum, definisi IKS boleh dibuat berasaskan kepada ukuran kuantitatif seperti jualan, output, bilangan pekerja, jentera yang digunakan dan stok modal atau aset malah ukuran kualitatif seperti tingkat teknologi pengeluaran dan pengurusan, juga boleh dijadikan petunjuk 1. Bagaimanapun penelitian menunjukkan bahawa pengertian IKS selalu mengambil kira salah satu atau beberapa kaedah berikut termasuklah jumlah bilangan pekerja, nilai modal berbayar, nilai modal tetap, nilai keluaran dan pulangan atau keuntungan. Namun begitu, penelitian terhadap penulisan IKS baik oleh ahli akademik mahupun institusi atau agensi dalam kebanyakan negara sedang membangun menunjukkan bahawa satu trend umum dalam memberi pengertian terhadap IKS iaitu melalui jumlah bilangan tenaga pekerja. Di Malaysia, IKS ditakrifkan dalam pelbagai takrifan. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pernah menggariskan beberapa pengertian tetapi sering berubah dari
1

Ismail Mohd Salleh. 1989. Industri-industri Kecil. Kuala Lumpur: AMK Interaksi Sdn. Bhd. Hlm. 7-8.

Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke III (PERKEM III), Daya Tahan Ekonomi Negara: Dasar dan Strategi Pengukuhan Port Dickson, Negeri Sembilan, 20 22 Ogos 2008

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke III 2008

663

semasa ke semasa. Contohnya, Akta Penyelarasan Perindustrian (Industrial Coordination Act) yang diperkenalkan pada tahun 1975 menghendaki sesebuah kilang beroperasi dengan jumlah tenaga buruh sepenuh masa lebih daripada 25 orang dan modal berbayar lebih daripada RM250,000 supaya memohon lesen pengilang baru. Pada tahun 1985, akta ini telah diubahsuai dengan mengecualikan firma dengan modal berbayar lebih daripada RM1 juta dan jumlah bilangan tenaga pekerja tidak kurang daripada 50 orang supaya mendaftar untuk mendapatkan lesen. Pada tahun 1986, akta tersebut sekali lagi dipinda. Kali ini melibatkan IKS yang mempunyai modal berbayar RM7.5 juta dan mempunyai 75 orang pekerja sepenuh masa. Ini bermakna bahawa IKS yang mempunyai pekerja sepenuh masa kurang daripada 75 orang dan modal berbayar kurang daripada RM7.5 juta digolongkan sebagai industri kecil dan sederhana serta tidak perlu mendaftar di bawah Akta Penyelarasan Perindustian. Persatuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) mendefinisikan IKS sebagai industri perkilangan yang mempunyai modal berbayar kurang daripada RM2.5 juta dan menggunakan tenaga pekerja sepenuh masa kurang daripada 75 orang. Majlis Penyelarasan Pembangunan Industri Kecil pula mendefinikan IKS sebagai kilangkilang yang mempunyai modal tetap kurang daripada RM250,000. Pengertian ini mengelaskan bahawa sesebuah kilang yang mempunyai modal berbayar tidak lebih daripada RM500,000 adalah dikatergorikan sebagai IKS. Sementara itu, penyelidikan dan laporan yang dibuat oleh tiga agensi antarabangsa di Malaysia iaitu Bank Dunia (1984), United Nations Industrial Development (1985 dan 1986) dan Bank Pembangunan Asia (1990), telah merumuskan industri pelbagai saiz operasi kepada tiga kategori utama seperti berikut: 1. 2. 3. Industri bersaiz kecil sebagai operasi perniagaan dan perusahaan yang mempunyai pekerja kurang daripada 50 orang. Industri bersaiz sederhana sebagai operasi perniagaan dan perusahaan yang mempunyai pekerja di antara 50 hingga 199 orang. Industri bersaiz besar sebagai firma yang mempunyai pekerja 200 orang dan ke atas.

Manakala Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri mengklasifikasikan IKS berasaskan kepada bilangan pekerja sepenuh masa dan jualan tahunan syarikat. Klasifikasi IKS sektor pertanian adalah seperti berikut: Klasifikasi Bil. pekerja sepenuh masa Isipadu Perniagaan Tahunan Mikro < 5 orang < RM 250,000 Kecil 5 - 50 orang RM250,000 - RM10 juta Sederhana 51 - 150 orang RM10 juta RM25 juta

Ini bermakna IKS didefinisikan sebagai syarikat perkilangan yang mempunyai nilai jualan tidak melebihi RM25 juta dan pekerja sepenuh masa yang tidak melebihi 150 orang2. Terdapat satu kecenderungan di Malaysia terutama dalam kalangan ahli akademik mengelaskan IKS sebagai sebuah kilang atau firma pengeluaran yang mempunyai pekerja sepenuh masa kurang daripada 200 orang. Walaupun terpaksa mengakui bahawa sedikit kelemahan dalam mengkategorikan IKS mengikut pekerja iaitu pengertian yang tidak mengambilkira jumlah nilai utiliti penggunaan capital atau modal berbanding dengan bilangan tenaga buruh. Ini disebabkan oleh adanya firma yang menggunakan kaedah intensif capital dalam pengeluaran yang tidak menggunakan tenaga buruh yang ramai. Namun terdapat juga firma yang menggunakan kaedah pengeluaran berbentuk intensif tenaga buruh yang bergantung kepada sektor dan sub-sektor industri tertentu dalam ekonomi. Perlu diakui bahawa dengan ketiadaan garis pemisah yang mutlak antara industri pelbagai saiz, maka satu pengertian umum harus diperakukan walaupun mempunyai sedikit kelemahan3. Ciri-ciri IKS IKS di Malaysia mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Menurut Chee (1986), antara ciri-ciri tersebut ialah:

Dato Sofian Mohd Salleh. Prosiding Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj & Seminar Selangor 2003: Model Insan Sebuah Ekonomi Maju. Peranan IKS Sebagai Penjana Ekonomi Maju Berasasan Pertaniann. Selangor: Jabatan M ufti Negeri Selangor. Hlm. 197. 3 Op. Cit. Hlm. 8-9.
2

664

Ayu Nor Azilah Mohamad, Zetty Nurzuliana Rashed, Rosfazila Abd. Rahman

a)

b)

IKS dijalankan sebagai syarikat perusahaan kepunyaan perseorangan ataupun sebagai perusahaan keluarga. Ini bermaksud bahawa modal yang dapat dilaburkan adalah kecil dan sederhana. Secara keseluruhannya, IKS di negara ini lebih berselerak di seluruh negara iaitu di kedua-dua kawasan Bandar dan luar Bandar serta di negeri-negeri maju dan negeri-negeri yang kurang maju. Antara faktor IKS menjadi corak taburan ialah kerana kebanyakan IKS kurang bergantung kepada kemudahan infrastruktur.

Di kawasan Bandar pula, IKS bukan sahaja terdapat dikawasan-kawasan perindustrian tetapi juga dikawasan-kawasan perumahan. IKS yang beroperasi dikawasan perumahan sering menimbulkan kesan negatif terhadap alam sekitar dan bekalan kemudahan awam dikawasan-kawasan tersebut. c) Struktur organisasi IKS agak mudah. Kebanyakan pemilik IKS di Malaysia turut bertindak sebagai pengurus dan mereka sendiri berperanan mengawasi pekerja-pekerja di kilang mereka. Di samping itu, bagi mengurangkan kos pengeluaran, didapati bahawa sebahagian daripada pekerja dalam IKS terdiri daripada anggota keluarga pemilik. Malah, pengusaha-pengusaha IKS juga banyak menggunakan pekerja separuh masa.

Pemilik IKS juga jarang menghantar pekerja-pekerja mereka untuk mendapatkan latihan. Oleh itu, para pekerja IKS memperoleh kemahiran ketika menjalankan tugas mereka. Sebahagian besar pekerja IKS juga tidak menjadi ahli kesatuan. Situasi ini menyebabkan IKS tidak dapat mengekalkan pekerja mahir mereka. d) IKS hanya menggunakan jumlah modal yang kecil. Ini amat berkaitan dengan pengusaha IKS bukan berupa pemilik tapak tanah atau bangunan yang digunakan. Kebiasaannya pengusaha IKS menyewa tapak tanah atau bangunan untuk menjalankan kegiatan mereka. Malahan, terdapat kes yang tidak semua bangunan atau tapak sewa itu digunakan sepenuhnya untuk kegiatan IKS sebaliknya sebahagian daripada tapak itu disewakan kepada orang lain. Umumnya, hasil keluaran IKS di Malaysia biasanya dipasaran secara langsung kepada para pengguna. Hal ini kerana kebanyakan pengusaha IKS menjual sebahagian besar daripada produk keluaran dalam kawasann tempat beroperasi. Terdapat juga pengusaha IKS yang menjual keluaran melalui orang tengah. Dengan itu, orang tengah itu berperanan lebih daripada sebagai penjual keluaran IKS malah turut berfungsi sebagai pembekal bahan mentah serta kredit yang diperlukan. Selain itu, menurut Chee (1986), bilangan IKS yang berpotensi mengeksport barangan keluaran sangat sedikit4.

e)

Peranan IKS Industri kecil sederhana (IKS) memainkan peranan penting dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi negara. Pertumbuhan sektor pembuatan yang amat memberangsangkan sejak tahun 1980-an telah meletakkan IKS sebagai industri penggerak utama dalam mempelbagaikan aktiviti di sektor ini. Peranan dan sumbangan ini dijangka menjadi semakin penting dalam mencapai Wawasan 2020 dan menjadikan negara sebagai sebuah negara perindustrian. Malah IKS boleh dijadikan asas, tulang belakang dan pendokong dalam memenuhi hasrat dan cita-cita wawasan pembangunan ekonomi negara selepas tahun 2020. Pada umumnya, IKS berperanan dan mempunyai kepentingan dalam beberapa aspek. Antara peranan IKS yang boleh ditinjau ialah termasuklah menyediakan peluang pekerjaan, memberi sumbangan dalam usaha meningkatkan jumlah tabungan negara dan menjimatkan tukaran wang asing, mewujudkan agihan pendapatan yang lebih baik kepada penduduk negara, membantu melahirkan kemahiran dalam kalangan tenaga kerja yang terlibat sama ada di peringkat pekerja mahupun di peringkat pengurusan, membantu meningkatkan arus pemindahan teknologi asing dan membantu meningkatkan hubungan jalinan antara firma besar serta memperkukuhkan industri negara. Membuka peluang pekerjaan Satu perkara yang tidak boleh pertikaikan lagi ialah IKS ini berupaya membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada orang ramai. Hal ini demikian kerana IKS mampu menggunakan tenaga buruh secara intensif dalam teknik pengeluaran berbanding dengan firma yang lebih besar. Kelebihan ini
4

Ismail Mohd. Salleh. 1989. Industri-industri Kecil. Kuala Lumpur: AMK Interaksi Sdn. Bhd. Hlm. 15.

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke III 2008

665

dapat membuka banyak peluang pekerjaan dalam beberapa fungsi pengeluaran dalam operasi IKS. Dianggarkan bahawa jumlah modal untuk setiap orang pekerja bagi semua IKS mempunyai lebih kurang 14% - 50% lebih rendah berbanding industri besar. Semakin besar saiz sesebuah industri, semakin tinggi penggunaan modal. Pada tahun 1994 misalnya, IKS meliputi 84.1% daripada jumlah keseluruhan pertubuhan pengilang dalam sektor perkilangan di Malaysia. IKS menyediakan sebanyak 44.2% peluang pekerjaan daripada jumlah tenaga kerja dalam sektor perkilangan,48.9% daripada jumlah nilai keluaran dan 31.7% daripada jumlah nilai harga tetap. Apa yang penting ialah peratusan perangkaan di atas merupakan peranan sebenar yang dimainkan oleh IKS dalam pertumbuhan sektor perkilangan dan keseluruhan pembangunan ekonomi negara 5. Beberapa faktor boleh diperjelaskan iaitu: Pertama, pengilang IKS terdedah dengan faktor harga barangan dipasaran. Apabila gaji setiap pekerja lebih rendah daripada kos modal, industri kecil lebih cenderung untuk menggunakan kaedah intensif tenaga buruh menyaingi kos pengeluaran. Kedua ialah kesukaran setiap unit pengeluaran yang kecil seperti IKS untuk menggunakan dan menyesuaikan kaedah pengeluaran secara intensif modal teknik dan teknologi atau mesin untuk barangan tertentu secara kecil-kecilan tidak mudah diperoleh dan selalunya melibatkan kos modal yang tinggi. Ketiga, kemahiran dan ilmu penggunaan mesin dan peralatan teknologi baru juga sukar diperoleh tanpa melibatkan kos tambahan. Memandangkan industri kecil mempunyai kuasa beli yang kecil, pengusaha ini sukar untuk mendapatkan mesin yang sesuai dengan harga yang berkemampuan. Tabungan dalam ekonomi negara Secara langsung atau tidak, IKS membantu meningkatkan jumlah tabungan ekonomi negara. Lebih 70% operasi IKS menggunakan sumber kewangan dan modal itu datangnya daripada pemilik sendiri yang turut merangkap sebagai pengurus. Ini menggalakkan kadar simpanan dan tabungan. Lantas dapat meningkatkan keseluruhan kadar simpanan penduduk dalam negara dan boleh mengurangkan masalah kenaikan kadar inflasi. Dalam masa yang sama, penggunaan sumber-sumber bahan mentah yang digunakan oleh industri ini seperti mesin, peralatan, pejabat dan bangunan juga membantu ke arah meningkatkan tabungan negara serta mengurangkan pembaziran. Dengan menggunakan bahan mentah tempatan dapat mengelakkan pengimportan dari negara lain. Dengan demikian, sudah tentu dapat mengurangkan pertukaran wang asing dan menjimatkan wang negara. Agihan pendapatan Peranan IKS juga dapat dilihat dari segi pengagihan pendapatan dalam kalangan penduduk. Ini dapat di tinjau daripada segi keupayaan menyebar semula pendapatan penduduk. Firma besar dan syarikat antarabangsa pada umumnya lebih cenderung membayar dan menawarkan gaji, faedah serta kebajikan sosial yang tinggi kepada sekumpulan kecil pekerja terutamanya pekerja mahir dan profesional sahaja. Sebilangan firma besar dan syarikat antarabangsa kurang menawarkan kadar upah yang tinggi dan kemudahan sosial yang istimewa kepada pekerja dalam kategori ini. Terdapat sebilangan kecil sahaja isi rumah yang mempunyai pendapatan lebih tinggi. Malah kumpulan minoriti besar penduduk yang mendapat pembahagian pendapatan yang kecil. Hal ini menunjukkan bahawa melalui operasi firma besar atau syarikat antarabangsa tidak ada satu keserataan dan pembahagian dalam pengagihan kekayaan dan distribusi pendapatan penduduk dengan baik dan lebih adil. Walaupun distribusi sebenar pendapatan negara sukar diwujudkan, penglibatan pengusaha, pemilik dan pekerja dalam IKS boleh membantu mengurangkan ketidaksamaan jurang pendapatan penduduk. Kesan daripada penglibatan mereka dalam IKS dapat mewujud dan menggalakkan pendapatan yang lebih setara berbanding dengan pendapatan dan upah dalam firma besar dan syarikat antarabangsa yang lain 6. Latihan untuk pekerja dan pengusaha IKS turut menjadi tempat latihan dalam pelbagai kemahiran untuk pekerja, pengusaha dan bakal pengusaha adalah sesuatu yang tidak dapat dipertikaikan lagi. Tiga aspek utama yang menggambarkan kenyataan ini iaitu mencakupi aspek modal yang dilaburkan, taraf pendidikan formal dan kemahiran pekerja serta pengusaha. Pada peringkat awal operasi IKS, ramai pengusaha tidak mempunyai modal yang banyak. Dengan jumlah modal tersebut, pengusaha IKS dapat membina latihan dan pengetahuan
5

Moha Asri Abdullah. 1997. Pembangunan Perindustrian Di Malaysia: Perkembangan dan Permasalahan. Shah Alam:Fajar Bakti. Hlm. 50-51. 6 Moha Asri Abdullah. 1997. Industri Kecil Dan Sederhana Di Malaysia: Tinjauan Terhadap Perkembangan Program Bantuan. Shah Alam: Fajar Bakti. Hlm. 12.

666

Ayu Nor Azilah Mohamad, Zetty Nurzuliana Rashed, Rosfazila Abd. Rahman

yang berguna tentang selok-belok operasi perniagaan. Dengan jumlah modal yang kecil, IKS dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada ahli keluarga, jiran dan orang ramai. Peluang pekerjaan dalam industri ini sudah dapat memberikan dan menyediakan latihan kemahiran yang berguna kepada diri mereka sendiri di samping pekerja yang terlibat. Selain itu, ada sebilangan pengusaha dan pekerja dalam IKS mempunyai taraf pendidikaan yang rendah. Majoriti daripada mereka hanya memiliki kelulusan di peringkat Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran Malaysia sahaja7. Dengan taraf kelulusan yang ada pada mereka, amat sukar untuk mendapatkan gaji yang tinggi dan lumayan sebagai pengurus, pentadbir, akauntan dan sebagainya di sektor awam mahupun swasta. Taraf kelulusan yang rendah juga tidak membenarkan mereka mendapatkan gaji yang lumayan dalam firma besar dan syarikat antarabangsa 8. Golongan ini perlu menceburi IKS kerana mereka bukan sahaja mendapat latihan, tetapi juga dapat meningkatkan pengalaman dan latihan serta kemahiran yang tidak terhad kepada satu-satu bidang operasi sahaja. Kaedah yang lebih menitikberatkan intensif tenaga buruh dalam IKS dan tidak ada pengkhususan bidang kerja yang tetap dan jelas menyebabkan ramai pekerja dapat menimba latihan dan kemahiran dalam pelbagai fungsi dan bidang operasi termasuklah bidang pengeluaran, pemasaran, perakaunan, pentadbiran, teknikal dan sebagainya9. Pada peringkat awal pembabitan dalam IKS, ramai pengusaha memulakan perniagaan yang menghasilkan barangan yang mereka mahir. Kemahiran ini termasuklah dalam kaedah menghasilkan sesuatu barangan mahupun pengetahuan tentang keadaan dan kedudukan pasaran barangan, para pembekal bahan mentah, para pemborong dan seumpamanya. Apabila memperoleh keuntungan dan mempunyai modal yang cukup untuk berkembang, beberapa pembaharuan diperkenalkan dengan berusaha mempertingkatkan dan memodenkan kaedah pengeluaran, teknologi serta memperbagaikan jenis barangan yang dihasilkan. Proses yang dilalui dan dialami ini mendedahkan pengalaman dan latihan yang berguna bukan sahaja kepada pengusaha tetapi juga kepada para pekerja yang terlibat 10. Kedudukan IKS IKS memainkan peranan penting untuk membangunkan ekonomi dengan mewujudkan, mengembangkan dan memperkukuhkan lagi struktur asas pembangunan industri Negara. Ekonomi Negara yang membangun dengan pesat sejak 1970-an sehingga ke hari ini telah banyak menghubungkan dan menggabungkan ekonomi Negara ini dengan keadaan, perubahan dan aktiviti ekonomi antarabangsa dengan lebih luas dan terbuka. Hasilnya, struktur pembangunan industri di Malaysia lebih bergantung dan disesuaikan dengan pengeluaran barangan untuk pasaran eksport. Keadaan pasaran tempatan yang kecil tidak menjadi satu pendorong yang kuat kerana asas pembangunan seperti ini merupakan struktur yang bergantung kepada firma asing dan syarikat antarabangsa. Struktur pembangunan industri sedemikian juga berkembang tanpa mempertingkatkan kemampuan firma tempatan yang menunjukkan kelemahan jelas terutama bergantung kepada sektor pembuatan tertentu seperti elektronik dan elektrik, tekstil serta pakaian. Sebahagian besar kaedah pengeluaran yang diamalkan secara besar-besaran berunsurkan intensif barangan import dan intensif modal yang dimonopoli oleh syarikat gergasi. Kebanyakan kes, keuntungan selalu di bawa keluar sama ke negara asal syarikat tersebut atau ke negara lain yang mempunyai kos operasi dan tenaga buruh yang lebih rendah. Dalam situasi ini, IKS boleh digunakan sebagai pilihan penting bukan sahaja usaha memperkukuhkan struktur asas industri Negara yang lebih baik dan terjamin tetapi juga mengurangkan peranan syarikat gergasi antarabangsa. Hal ini penting bagi melindungi dan meneruskan keupayaan industri terutamanya apabila berlaku penarikan operasi firma-firma antarabangsa. IKS mampu memberikan sumbangan penting kepada pembangunan ekonomi negara melalui hubung jalin dengan firma besar dan syarikat antarabangsa. Hubung jalin yang tersusun dan ikhlas dapat menjamin operasi IKS berterusan berkembang dan mencapai kejayaan baik daripada segi meringankan beban modal, kos pengurusan, pengangkutan mahupun pemasaran. Tambahan lagi, hubung jalin yang sesuai boleh memberikan faedah penting daripada segi perpindahan teknologi, peningkatan kualiti barangan, produktiviti, latihan dan kemahiran kepada pengusaha dan pekerja di samping mempercepatkan pembinaan struktur asas perindustrian negara dengan lebih baik.

7 8

Opcit. Hlmn. 55. Moha Asri Abdullah. 1997. Pembangunan Perindustrian Di Malaysia: Perkembangan dan Permasalahan. Shah Alam. Fajar Bakti. Hlmn. 55 9 Moha Asri Hj. Abdullah. 1997. Industri Kecil Di Malaysia: Pembangunan Dan Masa Depan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 11-18. 10 Ibid. Hlm. 19.

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke III 2008

667

IKS juga dapat mewujudkan industri pelengkap kepada keperluan dan pembangunan industri negara. Hal ini penting kerana Negara kita memerlukan kepelbagaian dalam sektor industri. Industri sebegini yang aktif dalam pelbagai sektor akan membolehkan asas industri menjadi mantap dan kukuh. Industri ini tidak tergugat dan terjejas sekiranya firma dan syarikat antarabangsa menarik keluar pelaburan dan operasi mereka. Selain itu, IKS dengan menyesuaikan operasi mereka dengan penggunaan tenaga buruh dapat mengeluarkan barangan yang tidak dapat dihasilkan oleh syarikat dan firma besar. Dengan adanya industri membuat barangan makanan, pakaian dan alatan perabot, sekurang-kurangnya dapat memenuhi kepuasan cita rasa pengguna dalam negeri. Sesuatu yang tidak dapat di sangkal lagi bahawa IKS juga dapat mengeluarkan barangan yang dapat memenuhi keperluan barangan sebahagian besar golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana dalam negeri. Perkara ini jelas dapat di lihat dalam industri tertentu seperti membuat makanan, membuat logam, alatan plastik seperti getah, pakaian, alatan perabot dan seumpamanya. Berdasarkan peranan dan sumbangan tersebut, keupayaan IKS tidak harus diperkecilkan. Walaupun terdapat beberapa kekurangan yang jelas dalam operasi mereka, pelbagai bantuan daripada pihak kerajaan seharusnya membantu industri ini berkembang ke arah yang lebih cemerlang. Jenisjenis bantuan seperti kemudahan bantuan kewangan dan pinjaman kredit, bantuan teknikal dan latihan, khidmat nasihhat, pasaran dan pemasaran serta prasarana harus diberi perhatian yang mendalam. Dijangkakan dengan bantuan yang diberikan, peranan dan sumbangan IKS dapat memenuhi banyak keperluan pembangunan negara dan masyarakat umum dalam usaha mencapai negara perindustrian dalam era pembangunan negara akan datang11. Potensi IKS berpotensi menjadi salah satu peneraju utama sebagai penjana ekonomi negara. Dengan persekitaran yang kondusif kepada usahawan IKS, pasti menjadi salah satu daya tarikan masyarakat untuk menceburi bidang ini. Beberapa faktor yang boleh menjadi penentu kepada kejayaan IKS ialah: 1) Komitmen kerajaan yang tidak berbelahbahagi untuk memajukan sektor ini dengan melalui beberapa perubahan dasar, tambahan peruntukan, dana dan bantuan dalam semua aspek. Halal Industri Development Corporations (HDC) melancarkan program `Jua ra Halal 2007 untuk menghargai syarikat halal menunjukkan komitmen tinggi dalam mempromosi produk dan perkhidmatan halal serta mempunyai potensi pengembangan perniagaan di luar negara. Malah syarikat yang terpilih dalam program ini akan mendapat manfaat daripada segi akses kepada pelbagai geran kerajaan, insentif dan pinjaman pengembangan perniagaan. Defisit dagangan yang berjumlah RM4.33 billion pada tahun 2003 bagi bahan makanan pertanian. Setakat 30 Jun 2008, SMIDEC sudah menyalurkan dana berjumlah RM1.1 bilion dalam bentuk geran dan pinjaman kepada Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Daripada jumlah itu, RM449.92 juta disalurkan kepada 19,050 syarikat PKS dalam bentuk geran, manakala RM652 juta lagi dalam bentuk pinjaman kepada 1,243 syarikat PKS12. Peluang-peluang perniagaan baharu yang boleh diceburi oleh usahawan daripada pengeluaran bahan mentah, perkilangan, teknologi, gudang penyimpanan, pembungkusan, pelabelan, pengangkutan, perkhidmatan rumah sejuk beku, pemborongan, peruncitan, lokasi dan sebagainya. Peluang turut terbuka luas dalam industri halal yang bukan hanya tertumpa kepada produk makanan sahaja malah turut merangkumi perdagangan, produk pengguna, kosmetik, bahan kecantikan, kesihatan, produk herba dan farmaseutikal. Pertambahan penduduk Malaysia yang dijangka mencapai 31.0 juta orang pada tahun 2010. Penubuhan Halal Hub dan Lembah Bio akan membuka peluang perniagaan yang lebih besar kepada usahawan baharu dan lama untuk memperbesar dan mempelbagaikan produk yang berkualiti. Apatah lagi Malaysia mempunyai kelebihan daripada segi sijil halal yang diperakui di dunia. IKS berkeupayaan sepenuhnya menerokai pasaran global yang kini dianggarkan melebihi RM2.3 trillion setahun13. Malah sijil `Halal Malaysia amat diyakini oleh masyarakat global terutamanya di Asia Barat berbanding sijil halal negara lain seperti Thailand.

2)

3)

4) 5)

11 12

Ibid. Hlm. 22-23. Berita Harian. 2008. SMIDEC tiada ejen mohon geran. 24 Julai. Hlm. 30. 13 http://www.jphpk.gov.my/Malay/berita/Nov07%2012a.htm. 2008. `Produk halal negara tidak kuasai pasaran global. 6 Jun.

668

Ayu Nor Azilah Mohamad, Zetty Nurzuliana Rashed, Rosfazila Abd. Rahman

6)

7)

Pelbagai insentif disediakan seperti pengecualian cukai pendapatan, potongan ke atas elaun dan potongan cukai ke atas perbelanjaan modal14. SMIDEC pula menawarkan skim Geran Bersamaan Untuk Peningkatan Keupayaan Rekabentuk Pembungkusan Produk dengan objektif membantu IKS mempertingkatkan dan membaiki keupayaan rekabentuk pembungkusan dan pelabelan produk bagi meningkatkan penampilan produk dan memenuhi keperluan serta peraturan pasaran di peringkat global. Produk IKS menjadi industri sokongan utama dalam membekalkan barangan dengan pasaran diperluaskan di pasar raya besar atau hypermarket dan pasar raya. Pelaksanaan program Produk Malaysia Citarasa Kita dan Cita Rasa Malaysia merupakan jalan terbaik memperluaskan pasaran produk tempatan. Malah menerusi program Cita Rasa Malaysia dengan mempromosikan produk IKS tempatan yang halal dengan kerjasama Carrefour di Paras, Perancis akan memberi ruang produk-produk IKS menembusi pasaran di Eropah yang peraturan produk makanan yang ketat. Jika produk-produk IKS ini berjaya menembusi pasaran ini bermakna barangan buatan Malaysia berkualiti tinggi 15.

Cabaran Produk IKS masih lagi menghadapi pelbagai isu dan cabaran dalam usaha menembusi pasaran upmarket peringat domestik dan antarabangsa. Antaranya: a) Daya Saing i) Standard dan Kualiti

Kebanyakan produk yang dihasilkan masih belum lagi menepati standard dan kualiti yang ditetapkan oleh pasaran antarabangsa dan memerlukan tindakan segera pengusaha bersama agensi kerajaan terlibat untuk memperbaikinya. Hal ini disebabkaan oleh modal yang terhad di samping pelaburan yang tinggi untuk mengeluarkan produk yang berkualiti. Contohnya, Jabatan Pertanian telah memperkenalkan pembungkusan berjenama WANIS bagi produk yang menepati mutu atau standards kepada pengusaha di bawah seliaan jabatan tersebut. Walaubagaimanapun, hanya sebilangan kecil produk telah mematuhi kriteria jenama WANIS16. Semua produk atau premis yang terlibat dalam program IKS perlu dipertingkatkan dan menepati kehendak piawaian antarabangsa agar dapat bersaing dengan produk yang dihasilkan oleh pengeluar khususnya dari negara-negara ASEAN. Manakala daripada segi premis pengeluaran, penekanan perlu diberikan kepada amalan GHP dan GMP serta seterusnya HACCP agar produk yang dihasilkan oleh pengusaha bisnes kecil ini boleh dipertingkatkan dari semasa ke semasa dan seterusnya menepati ke hendak pasaran apabila mencapai taraf IKS. b) Teknologi i) ICT

Masih terlalu kecil bilangan pengusaha yang menggunakan kemudahan ICT untuk meningkatkan pengurusan enterprais masing-masing terutama dalam sistem kewangan dan perakaunan. Namun dengan program yang dilaksanakan seperti Jabatan Pertanian kini terdapat pengusaha yang telah menggunakan ICT dalam pengurusan enterprise masing-masing. Malah sudah ada pengusaha yang mulai menggunakan portal AgriBazaar bagi menjual produk mereka kepada pengguna. Justeru itu, pengusaha IKS perlu memahirkan diri dalam penggunaan ICT dalam pengurusan enterprise dan sebagai salah satu alternatif dalam memasarkan produk kepada pelanggan dalam pasaran tempatan, serantau dan dunia17.

Dato Sofian Mohd Salleh. Prosiding Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj & Seminar Selangor 2003: Model Insan Sebuah Ekonomi Maju. Peranan IKS Sebagai Penjana Ekonomi Maju Berasasan Pertanian. Selangor: Jabatan Mufti Negeri Selangor. Hlm. 204. 15 http://infosky.wordpress.com/2008/02/26/aspek-pembungkusan-dalam-pemasaran/. 2008. Aspek Pembungkusan Dalam Pemasaran. 6 Jun. 16 Ibid. Hlm. 199. 17 http://groups.yahoo.com/group/anakgayong/messege/4430. 2008. `Manfaatkan teknologi terkini, internet kunci kejayaan operasi IKS. 11 Julai.
14

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke III 2008

669

c)

Automasi/Mekanisasi

Kebanyakan pengusaha IKS masih lagi menggunakan peralatan dan mesin yang separa automatik dalam proses pengeluaran. Ini lebih menjurus kepada pengeluaran yang rendah dan kurang kualiti. Sejumlah besar mereka tidak berupaya mendapatkan teknologi baru dan moden kerana kekurangan modal dan tabungan. Keadaan ini berlaku disebabkan peralatan moden dan berteknologi tinggi memerlukan kos dan kemahiran yang tinggi. Hal ini menyebabkan mereka masih bergantung kepada mesin dan peralatan tradisional atau peralatan yang sudah digunakan bertahun-tahun yang lalu. Dengan kekurangan ini menyebabkan produktiviti, kuantiti, kualiti dan kepelbagaian jenis barangan begitu terbatas dan sukar untuk dihasilkan. Untuk itu, Jabatan Pertanian misalnya telah mengambil langkah dalam menangani isu ini dengan menjalin kerjasama di antara MARDI dan SIRIM bagi merekabentuk mesin dan peralatan yang bersesuaian dan mampu dibeli oleh pengusaha IKS18. d) Sumber i) Kekurangan Bahan Mentah

Bahan mentah yang berkualiti merupakan faktor penentu kepada pengeluaran produk berproses yang bermutu dan selamat. Pengusaha produk IKS masih bergantung kepada bahan mentah yang di import dari luar negara seperti puree dan lain. Bahan mentah seperti ubi kayu, pisang tanduk dan pisang helang masih lagi berkurangan bagi menyokong industri pertanian khususnya. Keadaan ini menjadi lebih teruk apabila harga yang ditawarkan oleh pengilang rendah berbanding dengan pemborong yang memerlukan bahan yang sama untuk pasaran segar. Kesan daripada kekurangan ini ialah peningkatan harga yang seterusnya membawa kepada kos pengeluaran yang tinggi. Terdapat tiga fenomena utama yang menyebabkan perkara ini boleh berlaku. Pertama, bahan mentah tidak mencukupi, kedua, kemungkinan bahan mentah tersebut tidak ada dalam pasaran, ketiga, bahan mentah yang tidak dapat diperolehi secara terus bila diperlukan. Justeru, dengan kekurangan bahan mentah lebih dirasai oleh IKS berbanding dengan firmafirma besar. Mereka tidak mempunyai modal yang cukup untuk membuat simpanan atau stok sebagaimana yang diperlukan. Tabung kewangan yang sedikit menghalang kuasa membeli bahanbahan yang diperlukan. Kekurangan ruang dan ketiadaan stor untuk menyimpan bahan-bahan mentah juga merupakan antara masalah yang ketara dikalangan IKS. Terdapat juga sebilangan IKS yang beroperasi di tempat yang jauh atau kadang-kadang terpencil dari sumber bahan mentah. Ini menjadi satu beban kepada IKS yang beroperasi di kawasan luar bandar19. e) Pembangunan Produk dan Pasaran i) Pengeluaran Produk Mengikut Ke hendak Pasaran

Masalah dalam pasaran dan pemasaran timbul disebabkan oleh beberapa faktor. Kualiti barang yang dihasilkan merupakan antara punca utama. Sebahagian besar barangan yang dihasilkan bermutu rendah. Antara penyebab kepada keadaan ini termasuklah kualiti bahan mentah yang rendah, mesin dan teknologi rendah, tiadanya sistem kawalan mutu, tahap kemahiran dan kepakaran pekerja yang rendah, reka bentuk barangan yang tidak menarik dan keupayaan meningkatkan mutu keluaran adalah terbatas20. Produk yang dihasilkan oleh pengusaha IKS kebanyakannya produk tradisi. Contohnya produk kerepek dan kuih-muih tradisional yang mempunyai pasaran terhad kepada masyarakat setempat sahaja. Kebanyakan pengusaha IKS sebegini tidak sensitif kepada ke hendak pasaran dan tidak berusaha mengeluarkan produk yang menepati ke hendak pengguna. Program pengembangan perlu dan akan terus dijalankan bagi mengubah minda golongan ini untuk lebih terbuka untuk menerima teknologi baharu di samping menerapkan falsafah keusahawanan kepada pengusaha IKS.

18 19

Ibid. Hlm. 200. Mohd. Asri Abdullah. 1997. Pembangunan Perindustrian Di Malaysia: Perkembangan dan Permasalahan. Shah Alam. Fajar Bakti. Hlmn. 61. 20 Ibid. Hlm. 62.

670

Ayu Nor Azilah Mohamad, Zetty Nurzuliana Rashed, Rosfazila Abd. Rahman

ii)

Penjenamaan, Pelabelan dan Pembungkusan

Kualiti pembungkusan termasuk pelabelan produk yang dihasilkan masih lagi rendah dan tidak menepati ke hendak pasaran global. Di samping itu, kekurangan usaha pembangunan jenama dilaksanakan menyebabkan produk kurang terserlah dan tidak dikenali. Keadaan ini berlaku kerana pengusaha menghadapi masalah kekurangan modal dan pengetahuan untuk mendapatkan kepakaran bagi menyediakan pembungkusan yang boleh meningkatkan persembahan produk yang lebih bersaing. Pengusaha juga tidak begitu inovatif dan kurang inisiatif dalam memperbagaikan pengeluaran produk. Pengeluaran produk baharu yang dipelbagaikan persembahan akan menjamin pasaran dan mencipta peluang pasaran baharu21. f) Peraturan dan Piawaian

Terdapat peraturan dan perundangan berkaitan dengan kualiti produk dan pengurusan pengeluaran. Akta dan peraturan serta sistem kualiti yang telah dilaksanakan dalam negara, contohnya Akta Makanan 1983, Pengendalian dan Penyimpanan-Garis Panduan Umum, Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP) dan sebagainya. Masih ramai pengusaha yang tidak tahu dan tidak faham tentang perundangan dan sistem yang ada. Ini akan merugikan pengusaha IKS kerana mereka akan terdedah kepada penguatkuasaan dan prosedur perundangan jika tidak mematuhi akta dan peraturan. Secara langsung akan menghalang pengeksportan produk ke luar Negara. Dengan terlaksananya WTO dan AFTA, produk-produk keluaran dalam negara untuk pasaran eksport perlu mematuhi piawaian antarabangsa. Untuk itu, pengusaha IKS perlu melengkapkan pengetahuan mereka mengenai perundangan dalam negara dan piawaian antarabangsa agar tidak ketinggalan dalam segi pengeluaran dan pemasaran produk. Aktiviti seperti seminar, kursus dan kempen perlu dipertingkatkan lagi untuk menyampaikan mesej ini kepada pengeluar IKS. g) Produktiviti

Produktiviti keluaran dalam kalangan pengusaha IKS masih lagi rendah dan belum mencapai tahap maksima kerana masih beroperasi secara kecil-kecilan. Usaha perlu dipertingkatkan untuk mengembangkan pasaran sama ada pada peringkat serantau atau global. Dengan cara ini produktiviti pengusaha ini dapat ditingkatkan bagi memenuhi permintaan pasaran. Penubuhan HALAL-HUB contohnya juga merupakan satu lagi usaha kerajaan untuk menjadikan negara ini sebagai pusat pengeluaran makanan halal dunia. Ini merupakan satu peluang keemasan kepada IKS untuk menjadikan langkah ini sebagai satu landasan bagi pengeluaran produk Halal untuk pasaran dunia. Situasi ini akan meningkatkan lagi bilangan usahawan IKS pertanian. h) Kewangan

Pengusaha IKS masih lagi menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pinjaman bagi memperbesar perniagaan masing-masing. Masalah ini bukan sahaja dihadapi oleh usahawan Melayu tetapi juga terdapat dikalangan usahawan Cina dan India. Penelitian menunjukkan bahawa kekurangan modal atau kredit berlaku disebabkan oleh beberapa faktor yang utama. Pertama, kekurangan tabung kewangan dan seterusnya modal dalam IKS disebabkan oleh kadar pulangan dan keuntungan yang rendah atau sedikit. Kedua, IKS memberi kemudahan kredit atau kemudahan berhutang kepada pelanggan mereka. Pemberian kredit ini sudah tentu mempengaruhi tabungan dan mengurangkan modal pusingan mereka. Terdapat juga kes-kes di mana pihak usawan IKS terpaksa menanggung kerugian bila pelanggan mereka tidak membayar balik kemudahan kredit atau pinjaman yang diberikan22. Keadaan ini masih berlaku walaupun terdapat lebih daripada 40 Dana yang disediakan oleh kerajaan bagi membantu usahawan IKS menjalankan perniagaan. Lantas, situasi ini perlu jalan penyelesaian agar pinjaman dapat disalurkan dengan lebih mudah kepada pengusaha yang berkelayakan 23. i) Tenaga Buruh Mahir

IKS menghadapi dilema dari segi persaingan mendapatkan pelatih dan pekerja. Persaingan bukan sahaja dengan firma-firma yang besar malah dengan sektor-sektor ekonomi yang lain seperti
21 22

Ibid. Hlm. 201. Moha Asri Abdullah. 1997. Pembangunan Perindustrian Di Malaysia: Perkembangan dan Permasalahan. Shah Alam: Fajar Bakti. Hlmn. 59 23 Ibid. Hlm. 202-203.

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke III 2008

671

pembinaan, pertanian, perkhidmatan dan sebagainya. Ramai remaja lebih cenderung bekerja di sektor pembinaan yang memberi bayaran upah yang tinggi. Mereka juga sedar yang mereka bukan sahaja di bayar gaji yang rendah ketika menjalani program latihan; tempoh masa program yang panjang juga merugikan mereka. Hal ini sudah tentu tidak menggalakkan para pekerja berkhidmat dengan IKS. Dan sering terdengar yang industri kecil kehilangan pekerja mahir kerana menyertai firma atau syarikatsyarikat besar yang menawarkan gaji dan lain-lain faedah yang jauh lebih tinggi serta keadaan kerja yang lebih baik24. Berdasarkan dengan cabaran yang dijelaskan di atas, jika dibiarkan sudah tentu boleh menghalang perkembangan sihat IKS. Sesuai dengan hasrat dan keperluan menjadikan negara kita negara perindustrian yang maju, tidak dapat dinafikan bahawa bantuan harus diberikan kepada IKS. Bantuan kewangan, kemudahan kredit, latihan dan kepakaran teknikal, khidmat nasihat, pasaran dan pemasaran serta lain-lain kemudahan infrastruktur perlu di beri perhatian yang setimpal. Halatuju Peranan IKS dalam pembangunan ekonomi negara sudah lama diakui umum. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Indusri menunjukkan bahawa IKS penyumbang lebih 75% daripada keseluruhan pertubuhan pengilang di negara ini dan membuka sebahagian besar peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Pengiktirafan IKS secara umumnya dapat dirumuskan kepada beberapa bidang kepentingan utama. Ini antara lain termasuklah menggunakan lebih ramai tenaga buruh daripada modal intensif yang memberikan lebih banyak peluang pekerjaan; peranannya dalam distribusi pendapatan; sebagai arus perpindahan teknologi; menggalakkan perhubungan antara industri dalam ekonomi tempatan; mengurangkan keperluan import negara dan menjimatkan tukaran wang asing dan mengembangkan lagi peranan usahawan tempatan dalam pembangunan ekonomi negara. Selain dari pengiktirafan di atas, IKS juga boleh bertindak sebagai industri penghubung dan pelengkap kepada industri bersaiz besar dan firma antarabangsa yang beroperasi di negara ini. Keadaan pertumbuhan pesat ekonomi masa kini memerlukan banyak sumbangan IKS bukan sahaja sebagai pembekal, pengedar, pemasar tetapi juga sebagai mekanisme kepada arus pemindahan teknologi dari luar negara. Pengaliran dan pemindahan seumpama ini amat diperlukan dalam usaha menjadikan negara ini sebuah negara perindustrian yang mampu menjana reka cipta teknologi dan inovasi kemahiran sendiri dalam era yang kompetatif25. Oleh itu, kewujudan rantaian dan usaha ke arah meningkatkan rantaian tersebut patut diperluaskan bukan sahaja dengan firma besar tempatan tetapi juga dengan firma antarabangsa dalam pelbagai sektor ekonomi. Pengalaman dikebanyakkan negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Kanada menunjukkan bahawa rantaian dengan firma besar banyak membantu perkembangan dan pembangunan IKS. Rantaian yang sebegini sememangnya banyak memberi kelebihan kepada keduadua pihak lebih-lebih lagi kepada pembangunan dan pertumbuhan IKS tempatan. Dengan hubung jalin yang tersusun ini dapat menjamin bukan sahaja penerusan malah pertumbuhan, perkembangan, pembangunan dan kejayaan operasi IKS. IKS boleh dijadikan sebagai pintu keluar untuk mereka yang berkeupayaan tetapi tidak dapat memasuki organisasi atau perusahaan besar. Selain itu, IKS boleh dijadikan tapak latihan bagi mereka yang berminat dan sebagai tempat percubaan untuk industri baharu. IKS membantu mewujudkan persaingan dalam ekonomi. Secara tidak langsung juga boleh mewujudkan kestabilan dalam masyarakat, menggalakkan tabungan persendirian dan rantaian. Kejayaan usaha dalam memajukan sektor IKS untuk memenuhi objektif di atas bergantung kepada keupayaan teknologi dan pengurusan serta pengetahuan pemasaran. Ini memerlukan strategi komprehensif yang bertujuan mewujudkan usahawan yang berani mengambil risiko dan berupaya bersaing dipasaran dunia. Dalam membentuk strategi pembangunan industri di Malaysia, Pelan Induk Perindustrian (PIP) telah memperakukan perlunya dibentuk strategi dalam pembangunan IKS. Strategi tersebut merangkumi antara rangkaian firma sokongan yang dapat menawarkan komponen bermutu tinggi dengan harga yang kompetitif. Untuk itu, perlu diwujudkan hubungan maksimum dalam kalangan firma dan industri. Penekanan kerajaan terhadap pembangunan IKS menggambarkan komitmen kerajaan di atas kepentingan sektor ini dalam menyediakan peluang pekerjaan, latihan keusahawanan dan mencapai objektif sosioekonomi. Di samping itu, sektor ini juga penting dalam memperluaskan pasaran melalui
24 25

Opcit. Hlmn. 60 Ibid. Hlm.67.

672

Ayu Nor Azilah Mohamad, Zetty Nurzuliana Rashed, Rosfazila Abd. Rahman

sistem subkontrak dan pengembangan eksport. Bagi yang mendapat subkontrak perlu disediakan segala kemudahan sokongan seperti bantuan kewangan, teknologi dan kemahiran pengurusan bagi keluaran IKS malah perlu dilaksanakan potongan (abatement) diberikan kepada syarikat perkilangan besar yang melabur dalam IKS. Malah, pembabitan IKS boleh membantu sektor bukan sahaja boleh menjana dan mengoptimumkan penggunaan buruh tetapi juga tidak akan terjejas sekiranya adanya penarikan operasi dan pelaburan oleh firma atau syarikat antarabangsa yang beroperasi di negara ini. Dalam kemelut ekonomi yang dialami sekarang, IKS perlu diperkukuhkan lagi bagi mempertahankan negara daripada kehancuran ekonomi negara 26. Sokongan perlu bagi membolehkan IKS memasuki pasaran antarabangsa dengan mempertingkatkan hubungan firma IKS dengan pembeli luar negeri dengan memperluaskan rangkaian pemasaran dan perdagangan IKS. Agen pemasaran dan pereka bentuk berperanan mendapatkan maklumat kemas kini tentang rekacipta semasa agar pengeluaran dapat dikhususkan untuk pasaran luar negeri27. Bagi mengekalkan halatuju IKS dengan jelas, SIRIM, MARDI, FRIM dan sebagainya perlu berperanan dalam mengatasi segala masalah yang dihadapi oleh IKS. Contohnya daripada aspek pengetahuan pengusaha IKS tentang kepentingan pembungkusan dalam memasarkan keluaran mereka. Aspek ini wajar dimuatkan dalam kurikulum latihan yang mereka adakan. Dalam usaha mencari intensif dengan menawarkan kepada IKS, pengecualian cukai terhadap aktiviti mempromosi produkproduk baharu yang dihasilkan melalui teknologi baharu. Untuk itu, pertimbangan pengecualian cukai harus dilakukan bagi menggalakkan penubuhan firma yang mengeluarkan produk berasaskan teknologi baharu dan IKS ditempatkan di Taman Teknologi 28.

KESIMPULAN Di Malaysia, kesedaran pelbagai pihak tentang keperluan dalam melahirkan usahawan yang berkemampuan dan bertaraf antarabangsa serta pekerja mahir adalah tinggi. Dalam pembangunan pesat ekonomi sekarang, keperluan dalam meningkatkan penyertaan bumiputera dalam kegiatan perindustrian dan perdagangan di samping memenuhi hasrat dan objektif pembangunan negara serta merealisasikan wawasan 2020 juga telah menjadi satu kesedaran umum. Selaras dengan itu juga, pelbagai pihak telah mula menyedari bahawa salah satu langkah penting dalam mencapai hasrat ini ialah melalui bantuan dan sokongan kepada pembangunan IKS. Kadar pembangunan ekonomi negara semakin pesat, pertumbuhan sektor perkilangan yang meyakinkan dan wawasan negara ke arah negara perindustrian 2020, ternyata memerlukan sokongan dan sumbangan IKS yang lebih besar dan bermakna. Program bantuan IKS ini boleh menyokong ke arah memperkukuhkan struktur asas perindustrian negara dan keseimbangan peranan industri tempatan dalam keluruhan ekonomi negara. Melihat kepada potensi, cabaran dan hala tuju IKS pada masa depan, implikasi dan cadangan daripada hasil kajian bertajuk Amalan Pengurusan Perniagaan Usahawan Tani IKS Bumiputera: Satu kajian kes di negeri Terengganu yang dijalankan oleh kumpulan penyelidik UKM wajar diberi perhatian. Dapatan kajian ini dapat dikategorikan kepada dua bahagian iaitu dapatan implisit dan dapatan ekplisit. Dapatan implisit iaitu unsur pada usahawan itu sendiri mendapati bahawa: 1. Mengamalkan pengurusan perniagaan yang baik serta menerapkan nilai-nilai keusahawanan boleh meningkatkan hasil pendapatan usahawan tani IKS. Namun, kelemahan usahawan IKS Bumiputera perlu ditangani oleh semua pihak yang berkaitan. Usahawan-usahawan tani IKS perlu mahir dalam pengurusan kewangan khasnya bagi meningkatkan kejayaan perniagaan. Bakal-bakal usahawan tani IKS yang ingin memulakan perniagaan sebaiknya mempunyai pengalaman bekerja, mempunyai kelulusan akademik yang baik dan menghadiri apa jua latihan atau kursus yang berkaitan supaya dapat menguruskan perniagaan dengan baik 29.

2. 3.

http://members.tripod.com/~kbm98/Berita/rencanaIKS.html. 2008. `Menobatkan IKS sebagai pengukuh ekonomi. 5 Jun. Rahmah Ismail. 1995. Industri Kecil Malaysia: Isu Pembiayaan, Teknologi dan Pemasaran. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm. 123. 28 Moha Asri Abdullah. 1997. Industri Kecil dan Sederhana di Malaysia: Tinjauan Terhadap Perkembangan Program Bantuan. Shah Alam: Fajar Bakti. Hlm. 162. 29 Ramlee Mustapha, Nurul huda Che Abdullah & Abdul Razak Ahmad, Amalan Pengurusan Perniagaan Usahawan Tani IKS Bumiputera: Satu Kajian Kes Di Negeri Terengganu, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2008.
26 27

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke III 2008

673

Dapatan eksplisit pula yang menjurus kepada unsur luaran/persekitaran usahawan pula mendapati bahawa; 1) Pihak Kementerian Pertanian dan Asas Tani dan pihak-pihak yang terlibat dengan pembangunan usahawan tani khususnya seperti FAMA, Jabatan Pertanian dan MARDI perlu mengadakan kursus-kursus yang relevan bagi membimbing usahawan tani IKS dalam pengurusan perniagaan mereka. Jenis kursus atau latihan yang hendak diberikan perlulah sesuai dengan jenis perniagaan seperti kursus-kursus pemasaran, pengurusan kewangan, motivasi usahawan dan kursus asas perakaunan. Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA) perlu adil dan saksama dalam membantu memasarkan produk-produk keluaran usahawan tani IKS. FAMA juga sewajarnya membuka satu tapak ruang niaga khas untuk usahawan tani di mana ia beroperasi30. 21 pihak Kementerian Pertanian dan Asas Tani juga perlu mengambil inisiatif untuk menyediakan satu unit khas di setiap daerah atau mengikut kawasan kawalannya bagi menyediakan khidmat nasihat perniagaan dari segala aspek supaya usahawan tani dari setiap kawasan senang untuk mendapatkan khidmat nasihat, mengendalikan program pembangunan usahawan setempat, seperti kursus jangka pendek, seminar, ceramah dan sebaran maklumat maklumat penting perniagaan dan aktiviti pemantauan. Usahawan tani IKS digalakkan untuk menubuhkan persatuan perniagaan di setiap daerah yang terlibat supaya mereka boleh berkongsi maklumat perniagaan dan tolong-menolong antara satu sama lain. Penyelidikan dalam sektor makanan dan pertanian mestilah kreatif dan inovatif sehingga dapat menghasilkan peluang perniagaan baru bukan sahaja menjadikan perniagaan IKS berdaya maju tetapi juga dapat menyumbang kepada kemajuan teknologi makanan dan pertanian sejagat31. Penyelidikan perlulah juga menjurus kepada kaedah yang sesuai untuk digunakan oleh IKS. FAMA perlu berfikir secara glokal dan bertindak sebagai saluran pemasaran bukan sahaja dalam aspek pemasaran barang keluaran tetapi juga dalam pemasaran bahan mentah keperluan pengusaha32. Pertubuhan seperti FAMA boleh memainkan peranan bagi membentuk pasukan penyelidik yang khusus menumpukan perhatian kepada kaedah pembungkusan, penyimpanan, persembahan, penghidangan dan penjualan.

2) 3) 4)

5)

6)

7)

Secara global, telah menjadi cabaran kepada pengusaha IKS untuk cuba mencari strategi baru dan cuba memenuhi kehendak pelanggan samada melalui proses pemasaran yang canggih atau melalui pengeluaran produk baru yang di anggap lebih baik serta kos efektif. Aktiviti penyelidikan dan inovasi keluaran pertanian dan makanan akan menentukan kebolehan bersaing usahawan tani dalam sektor ini. Secara ironinya survival IKS terletak pada kesinambungan pemupukan cita-cita dan minat terhadap keusahawanan yang dapat dilakukan dalam pelbagai bentuk dan kaedah. Pendedahan maklumat yang menyeluruh terhadap dunia keusahawanan amat penting sebagai ransangan generasi muda khususnya untuk memberi fokus lebih terhadap kerjaya ini. Zaidatol Akmaliah dan Habibah Elias (1997) berpendapat untuk memupuk minat dan cita-cita keusahawanan dikalangan pelajar ialah dengan menonjolkan role model usahawan berjaya dalam kurikulum pendidikan keusahawanan. Penonjolan ini penting untuk mendedahkan kepada pelajar mengenai kelebihan bekerja sendiri dan terlibat dalam bidang keusahawanan. Selain daripada input yang bersifat akademik dan pengetahuan, amalan praktis keusahawanan perlu diperhebat dan diberikan peluang kepada pelajar dalam konteks memperolehi pengalaman secara langsung dalam perniagaan atau mengendalikan entiti perniagaan yang sesuai.

RUJUKAN Barjoyai Bardai & Mohd. Fairuz Md. Salleh. 1998. Peluang perniagaan. Petaling Jaya: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Berita Harian. 2008. SMIDEC tiada ejen mohon geran. 24 Julai.

30 31

Ibid. Ibid. 32 Barjoyai Bardai & Mohd. Fairuz Md. Salleh, 1998.ok

674

Ayu Nor Azilah Mohamad, Zetty Nurzuliana Rashed, Rosfazila Abd. Rahman

Dato Sofian Mohd. Salleh. Prosiding Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj & Seminar Selangor 2003: Model Insan Sebuah Ekonomi Maju . Peranan IKS Sebagai Penjana Ekonomi Maju Berasasan Pertanian. Selangor: Jabatan Mufti Negeri Selangor. http://groups.yahoo.com/group/anakgayong/messege/4430. 2008 . `Manfaatkan teknologi terkini, internet kunci kejayaan operasi IKS. 11 Julai. http://infosky.wordpress.com/2008/02/26/aspek-pembungkusan-dalam-pemasaran/. 2008. `Aspek Pembungkusan Dalam Pemasaran. 6 Jun. http://members.tripod.com/~kbm98/Berita/rencanaIKS.html. 2008. `Menobatkan IKS sebagai pengukuh ekonomi. 5 Jun. http://www.jphpk.gov.my/Malay/berita/Nov07%2012a.htm. 2008. `Produk halal negara tidak kuasai pasaran global. 6 Jun. Ismail Mohd. Salleh. 1989. Industri-industri Kecil. Kuala Lumpur: AMK Interaksi Sdn. Bhd. Moha Asri Abdullah.1997. Pembangunan Perindustrian Di Malaysia: Perkembangan dan Permasalahan. Shah Alam. Fajar Bakti. Moha Asri Hj. Abdullah. 1997. Industri Kecil Di Malaysia: Pembangunan Dan Masa Depan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Moha Asri Abdullah. 1997. Industri Kecil Dan Sederhana Di Malaysia: Tinjauan Terhadap Perkembangan Program Bantuan. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Rahmah Ismail. 1995. Industri Kecil Malaysia: Isu Pembiayaan, Teknologi dan Pemasaran. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Ramlee Mustapha, Nurulhuda Che Abdullah & Abdul Razak Ahmad. 2008. Amalan Pengurusan Perniagaan Usahawan Tani Iks Bumiputera: Satu Kajian Kes Di Negeri Terengganu . Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Zaidatol Akmaliah Lope Pihie & Habibah Alias. 1997. Keusahawanan Dan Motivasi Diri. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

You might also like