You are on page 1of 17

FACULTY OF NURSING AND ALLIED HEALTH SCIENCES

SEMESTER SEPTEMBER 2013

MPW 2133 MALAYSIAN STUDIES SEMESTER : SEPTEMBER 2013

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MAIL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : : :

HARTATI BT MAT NUPIH 801211095012001 801211095012 017-3927334 sntati_fast@yahoo.com OUM PETALING JAYA

ISI KANDUNGAN

BIL 1. 2.

TAJUK 1.0 Objektif 2.0 Tujuan Pelaksanaan Program Belia, Sekolah Wawasan Pelan Integrasi Nasional 2.1 Program Belia 2.2 Sekolah Wawasan 2.3 Pelan Integrasi Nasional dan

MUKA SURAT 3

4-6

3.

3.0 Strategi dan Keberkesanan Pelaksanaan 3.1 Program Belia 2.2 Sekolah Wawasan 3.3 Pelan Integrasi Nasional

7-10

4.

4.0 Pencapaian 4.1 Program belia 4.2 Sekolah Wawasan 4.3 Pelan Integrasi Nasional 4.4 Pencapaian ketiga-tiga program

11-13

5.

5.0 Kesimpulan

14

6.

6.0 Rujukan

15-16

1.0 Objektif

Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang meletakkan perpaduan dan keharmonian antara kaum sebagai salah satu misi utama kerajaan. Oleh itu, isu perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia merupakan suatu topik yang sentiasa dibincangkan secara terperinci oleh kerajaan Malaysia. Perpaduan boleh disamakan dengan perkataan penggabungan yang membawa maksud menjadi satu atau persatuan (Erti dan Kepentingan Perpaduan Negara, 2012). Melalu definisi ini, perpaduan nyata merupakan suatu nilai murni yang wajib dipupuk dalam jiwa setiap rakyat Malaysia demi menjanjikan keamanan dalam Negara yang berbilang kaum ini.

Demi menjamin keharmonian dan perpaduan sentiasa menjadi nilai utama dalam masyarakat, kerajaan telah menubuhkan Kementerian Perpaduan dan Pembangunan Masyarakat pada tahun 1990 bagi menjalankan aktiviti-aktivi yang memupuk perpaduan. Program-program yang direncanakan oleh kementerian ini bertujuan memupuk nilai-nilai murni yang berasaskan perpaduan masyarakat Malaysia. Walaubagaimanapun, cabaran sentiasa dihadapi sekiranya objektif utama program ini gagal dicapai. Kadangkala, kejayaan dan kesan program-program tersebut hanya akan terhasil dalam jangkamasa panjang. Oleh itu, pelan yang terperinci bagi menjanjikan kejayaan adalah perlu supaya ia tidak gagal di pertengahan jalan. Antara program yang akan dibincangkan ialah Program Belia, Sekolah Wawasan dan Pelan Integrasi Nasional. Setiap program kerajaan ini akan dibincangkan bagi mengenalpasti kelemahan dan kebaikan serta cara untuk meningkatkan lagi keberkesanan program-program ini dalam menguatkan perpaduan dan integrasi nasional.

2.0 Tujuan Pelaksanaan Program Belia, Sekolah Wawasan dan Pelan Integrasi Nasional

2.1 Program Belia Belia merupakan aset negara yang penting kerana mereka merupakan penggerak kemajuan serta penentu masa depan negara. Kepentingan golongan belia bagi kerajaan dapat dilihat melalui penggubalan Dasar Pembangunan Belia Negara pada tahun 1997 (Dasar Pembangunan Belia Negara, 2013). Secara definisi, belia dikategorikan berumur antara 15 hingga 40 tahun (Dasar Pembangunan Belia Negara, 2013). Namun, usaha dan aktiviti serta program belia difokuskan kepada mereka yang berumur di antara 18-25 tahun. Ini bermakna bahawa kategori belia adalah mereka yang dapat menyumbang secara aktif terhadap pembangunan negara samada secara ekonomi, mental atau cara lain melalui aktivitiaktiviti yang dilakukan mereka.

Menurut Dasar Pembangunan Belia Negara, matlamat utama program yang melibatkan belia ialah untuk mewujudkan belia yang berkebolehan dalam pelbagai bidang termasuk dari aspek rohani dan jasmani serta mempunyai semangat sukarelawan dan patriotik yang tinggi. Secara khususnya, antara objektif utama ialah untuk memupuk gaya hidup sihat; Membangunkan sifat keusahawanan dan kemahiran; Serta meningkatkan jaringan antarabangsa (Dasar Pembangunan Belia Negara, 2013). Tiga objektif yang telah disebutkan menjadi asas kepada pembangunan nilai-nilai murni dalam diri belia yang membawa kepada perpaduan serta keharmonian negara.

Belia yang mengamalkan gaya hidup sihat menjadi aset kepada negara kerana gaya hidup sihat merangkumi pelbagai aspek seperti kesihatan fizikal dan mental yang menyeluruh. Dengan penglibatan belia dalam pelbagai aktiviti sihat seperti sukan, mereka tidak akan terjebak dalam kegiatan negatif yang boleh merosakkan perpaduan negara seperti gangsterisme, vandalisme dan aktiviti-aktiviti lain. Selain itu, matlamat kerajaan untuk mendidik belia agar mempunyai semangat keusahawanan dan kemahiran dapat dibuktikan melalui penubuhan Institut Kemahiran Belia Negara yang terletak di beberapa negeri di Malaysia di mana pelbagai kemahiran boleh dipelajari di sini seperti kemahiran menyediakan makanan, menjahit, kecantikan , fotografi, kejuruteraan dan berbagai-bagai lagi kursus yang ditawarkan (Senarai Portal Rasmi IKBN, 2013). Tambahan pula, penglibatan belia di peringkat antarabangsa digalakan dengan mengadakan program seperti program-program
4

pertukaran pelajar antara negara-negara asing dan pertandingan yang melibatkan negaranegara luar. Usaha-usaha yang dilakukan kerajaan bagi meningkatkan nilai belia kepada negara juga secara lansung menyumbang kepada kesejahteraan dan keharmonian negara Malaysia.

2.2 Sekolah Wawasan

Selain program belia, Sekolah Wawasan adalah satu lagi usaha kerajaan dalam memangkin perpaduan yang harmoni bagi rakyat Malaysia. Penubuhan Sekolah Wawasan dilaksanakan dengan meletakkan tiga atau dua sekolah rendah yang berbeza aliran seperti SK, SJKC atau SJKC dalam satu kawasan dan mengekalkan bahasa pengantar bagi tiap-tiap aliran tetapi pada masa yang sama berkongsi infrastruktur seperti perpustakaan, kantin dan padang sekolah (Norwati binti Abdul Manaf, 2013). Inisiatif kerajaan untuk menubuhkan Sekolah Wawasan nyata adalah usaha yang baik bagi mengukuhkan perpaduan. Menurut Norwati binti Abdul Manaf (2013), antara objektif utama sekolah wawasan ditubuhkan ialah untuk menanamkan sifat integrasi antara kaum walaupun berbeza aliran,bangsa dan agama; Membina negara yang mempunyai perpaduan tinggi melalui ketinggian toleransi rakyatnya; Serta menggalakkan komunikasi yang positif dari semua kaum melaui perkongsian pelbagai infrastruktur sekolah yang disediakan.

Sekolah wawasan merupakan antara cadangan kerajaan yang bertujuan untuk menyatukan pelbagai kaum di Malaysia dalam satu suasana yang harmoni. Bagi menanam sifat integrasi antara kaum, setiap budaya dan agama kaun tersebut dihormati dengan mengekalkan identiti kaum masing-masing di sekolah tersebut tetapi pada masa yang sama, tetap menjalankan beberapa aktiviti sekolah secara bekerjasama. Warga sekolah juga diajar bertoleransi dengan mengamalkan konsep berkongsi fasiliti sekolah untuk kegunaan dalam pembelajaran dan aktiviti-aktiviti sekolah. Langkah-langkah sebegini nyata dapat mengeratkan lagi kesefahaman di antara kaum-kaum di Malaysia sekiranya setiap kaum itu memahami tujuan, konsep dan kebaikan sekolah wawasan.

2.3 Pelan Integrasi Nasional

Kerajaan juga menubuhkan Pelan Integriti Nasional yang merupakan salah satu inisiatif kerajaan yang dilancarkan pada tahun 2004 bagi merapatkan jurang antara kaum dan menambah kesefahaman antara pelbagai kaum di negara ini. Tujuan utama program ini ialah bagi memupuk budaya etika dan integriti di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia (Norazah binti Abdul Hamid, 2013). Secara khusus, antara objektif Pelan Integriti Nasional (PIN) ialah bagi meningkatkan kesedaran serta kerjasama agar menjadi budaya dalam pelbagai sektor dan bidang dalam negara; Mengukuhkan nilai-nilai moral dalam diri masyarakat melalui pelbagai usaha kerajaan; Serta menggalakkan persaingan yang sihat bagi menambah ketahanan Malaysia dalam menghadapi cabaran yang semakin tinggi pada abad ke-21 (Pelan Integriti Nasional: Edisi Ringkas, 2006).

3.0 Strategi dan Keberkesanan Pelaksanaan

3.1 Program Belia Beberapa strategi telah disusun oleh kerajaan dalam program pembangunan belia. Pelbagai program belia telah dilaksanakan oleh kerajaan sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan nilai perpaduan dalam kalangan belia Malaysia. Antaranya ialah pertubuhan Belia 1 Wawasan yang bertujuan untuk melaksanakan pelbagai program yang melibatkan belia berdasarkan moto Wawasan Satu Belia Satu Malaysia (Pertubuhan Belia Satu Wawasan, n.d.). Pertubuhan ini telah melaksanakan pelbagai aktiviti positif yang memupuk nilai-nilai murni seperti mengadakan Youth International Tour pada tahun 2009 serta mengadakan pelbagai program dan bengkel untuk meningkatkan kemahiran-kemahiran para belia. Selain itu, pertubuhan ini turut aktif menjalankan aktiviti kebajikan dengan membantu golongan yang kurang bernasib baik seperti golongan miskin, ibu tunggal yatim piatu dan lain-lan. Ini dilihat sebagai usaha yang sangat baik dalam meningkatkan kesedaran belia akan kepentingan nilai-nilai murni perpaduan dan kerjasama bagi membantu golongan ini.

Tambahan, program Rakan Muda Fasa II telah dilancarkan pada tahun 2008 bagi memupuk fokus belia lebih kepada komuniti berbanding individu (Portal Rasmi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, 2012). Kelab ini mempromosikan 8 gaya hidup Rakan Muda yang melibatkan cinta terhadap alam, inovasi, kecergasan, masyarakat, seni budaya, wajadiri, wirausaha dan siber. Lapan gaya hidup ini melibatkan penerapan nilai-nilai murni dalam menjalani kehidupan seharian para belia. Secara tidak lansung, gaya hidup begini membawa kepada keharmonian dan perpaduan negara melalui pembinaan asas dalam menghasilkan insan dan pemimpin yang berjaya.

Program Belia 1 Malaysia juga merupakan usaha dari pihak kerajaan dalam membentuk golongan belia yang mempunyai nilai-nilai positif yang dapat menyumbang kepada keharmonian negara. Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan di bawah program ini termasuk program Program Kepimpinan dan Pembangunan Sahsiah, Program Pembangunan Usahawan serta Program Pertukaran Belia Antarabangsa. Program pertukaran Belia Antarabangsa membabitkan pertukaran antara dua buah negara (Program Pertukaran Belia Antarabangsa, 2013). Antara negara-negara yang telah terlibat dalam program ini termasuk Korea, Jepun, Thailand, Singapura dan Indonesia. Program yang dirancang untuk diadakan

setiap tahun ini diharap dapat mengembangkan minda belia terhadap pelbagai budaya yang wujud serta menambahkan semangat patriotisme dalam kalangan belia ini.

3.2 Sekolah Wawasan

Penubuhan sekolah wawasan juga dibarisi beberapa program yang diharap dapat merealisasikan objektif utama penubuhannya iaitu memupuk keharmonian dalam kehidupan masyarakat berbilangkaum. Antara program bagi memupuk perpaduan yang dilaksanakan di Sekolah Wawasan ialah seperti pengekalan identiti setiap kaum utama di Malaysia seperti kaum Cina, India dan Melayu. Ini dilaksanakan dengan membolehkan menggunakan bahasa pengantar kaum masing-masing dalam melaksanakan pembelajaran secara rasmi di sekolah. Dengan pelaksanaan ini, setiap kaum akan mendapat kelebihan dalam usaha mengekalkan identiti bangsa masing-masing agar generasi hadapan dapat meneruskan legasi bangsa mereka.

Selain itu, perkongsian kemudahan sekolah antara sekolah berbeza aliran dapat meningkatkan kerjasama dan kesefahaman antara mereka. Komunikasi antara pelbagai kaum dibina melalui interaksi yang dilakukan sesama mereka sepanjang menggunakan kemudahan-kemudahan sekolah yang disediakan kerajaan. Malah, penggunaan kemudahan yang sama dapat meningkatkan perasaan kesamarataan antara setiap kaum. Ini kerana kerajaan dilihat sebagai adil dalam menyediakan infrastruktur buat setiap kaum.

Tambahan pula, setiap bulan, perhimpunan Sekolah Wawasan akan menggabungkan setiap aliran sekolah serta menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi bagi perhimpunan (Norwati binti Abdul Manaf, 2013). Ini dapat memastikan kelansungan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dan bagi meningkatkan interaksi serta kerjasama antara setiap sekolah tersebut. Langkah ini juga dilihat sebagai salah satu cara untuk tidak membelakangkan kpentingan bahasa Malaysia dalam kehidupan seharian kaum-kaum di Malaysia.

Antara strategi lain yang dilakukan bagi memupuk nilai murni perpaduan ialah dengan menggalakkan Sekolah Wawasan untuk sambutan-sambutan di peringkat sekolah secara bersama seperti sambutan Hari Guru, Hari Sukan, Hari Kebangsaan dan lain-lain sambutan secara bersama (Norwati binti Abdul Manaf, 2013). Sambutan di peringkat sekolah memerlukan kerjasama yang tinggi antara guru-guru dan pelajar setiap sekolah tersebut. Ini
8

secara tidak lansung menghapuskan sifat perkauman yang negatif dalam kalangan masyarakat.

3.3 Pelan Integriti Nasional

Dalam pelaksanaan Pelan Integriti Nasional(PIN), kerajaan telah menamakan ia sebagai Agenda Integriti. Agenda ini akan menghuraikan secara terperinci aktiviti-aktiviti yang dilakukan sebagai strategi dalam memastikan pelaksanaan dan keberkesanan PIN. Dalam agenda ini, beberapa institusi-institusi penting yang terlibat termasuk institusi sosiobudaya, institusi ekonomi dan institusi politik (Pelan Integrasi Nasional: Edisi Ringkas, 2013).

Institusi sosiobudaya melibatkan usaha kerajaan memupuk perpaduan dan keharmonian melalui pendidikan, kesihatan, media massa, sastera dan warisan (Pelan Integrasi Nasional: Edisi Ringkas, 2013). Dari aspek pendidikan, ia merangkumi pelbagai peringkat termasuk peringkat sekolah dan kolej serta universiti. Pelbagai aktiviti yang dilakukan seperti sambutan Hari Kebangsaan, Hari Sukan, serta aktiviti-aktiviti lain di institusi-institusi pendidikan ini merupakan cara yag sangat efektif dalam membangkitkan semangat kerjasama harmoni bagi pelajar-pelajar. Selain itu, penggunaan media massa dalam menyebarkan mesej-mesej yang mengandungi nilai-nilai murni perpaduan juga dilihat sebagai langkah yang berkesan dalam jangkamasa panjang. Dengan kukuhnya institusi sosiobudaya, kukuhla semangat kemasyarakatan tidak mengira kaum di Malaysia.

Dari sudut institusi ekonomi, kemajuannya dapat memberikan kemakmuran kepada rakyat dan negara dengan menambah peluang untuk mendapatkan pekerjaan serta peningkatan ekonomi masyarakat. Dengan peningkatan ekonomi masyarakat, gejala-gejala negatif seperti merompak, melepak, aktiviti social dan lain-lain dapat dikurangkan dan menyumbang kepada keharmonian negara. Setiap kaum juga diberi peluang yang samara dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Kemantapan institusi politik pula merupakan antara punca utama keruntuhan atau kejayaan usaha kerajaan dalam melaksanakan aktiviti memupuk perpaduan. Sistem demokrasi yang diamalkan Malaysia melalui pilihanraya antara usaha agar keadilan dapat dilaksanakan kerana rakyat tanpa mengira kaum mempunyai peluang untuk memilih calon pemimpin
9

mereka mengikut majoriti. Terbukti bahawa sistem yang dipraktikkan sejak merdeka ini dapat menjanjikan keharmonian antara pelbagai kaum di Malaysia (Pelan Integrasi Nasional: Edisi Ringkas, 2013).

10

4.0 Pencapaian Keberkesanan pelaksanaan ketiga-tiga program ini iaitu Program Belia, Sekolah Wawasan dan Pelan Integrasi Nasional dapat diperhatikan melalui penerimaan dan kesedaran masyarakat akan kewujudan serta objektif program-program ini. 4.1 Program belia Pelbagai program belia yang telah dilaksanakan membabitkan perkembangan belia dari pelbagai aspek termasuk fizikal dan mental. Antara aktiviti yang biasa dilakukan oleh para belia serta menghasilkan impak yang positif ialah penyertaan mereka dalam aktiviti kokurikukulum di sekolah. Aktiviti yang dijalankan di sekolah seperti perkemahan, pertandingan dan sukan, dipercayai penyumbang besar dalam melahirkan integrasi kaum yang baik (Fahmi Aziz, 2009). Ini adalah kerana aktiviti-aktiviti seperti ini melibatkan pelbagai kaum di mana mereka perlu bekerjasama bagi menjalankan aktiviti-aktiviti ini. Antara program belia yang menunjukkan kejayaan ialah Rakan Muda di mana Kelab yang disertai para belia ini menganjurkan pelbagai aktiviti yang dapat mengeratkan perpaduan yang melibatkan kesukanan, kesenian serta kemasyarakatan (Fahmi Aziz, 2009). Aktivitiaktiviti ini yang dilakukan bersama dan memberi manfaat kepada masyarakat seluruhnya tanpa mengira kaum pasti menimbulkan semangat perpaduan yang tinggi kepada rakyat Malaysia.

4.2 Sekolah Wawasan Pada awal cadangan penubuhan sekolah wawasan, ia telah mendapat tentang beberapa pihak termasuk sebuah persatuan guru-guru sekolah cina yang bernama Dong Jiao Zhong (Azizi Yahaya & Amir Hamzah Abdul Sanif Sapaat, n.d.). Antara kekhuatiran persatuan tersebut ialah tentang kemungkinan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) akan hilang identiti bangsanya dan mengakibatkan generasi muda mereka mengabaikan penggunaan bahasa cina. Lama-kelamaan, mereka khuatir bahawa bahasa cina tidak akan digunakan lagi oleh generasi yang lebih muda. Namun apabila dibincangkan dengan lebih teliti dan jika konsep sekolah wawasan itu dipraktikkan secara berkesan, masalah kemusnahan identiti sesuatu bangsa itu dilihat mustahil berlaku. Ini kerana dalam konsep sekolah wawasan, setiap

11

bangsa masih mengamalkan cara pembelajaran yang sama. Apa yang berbeza cumalah persekitaran belajar dan penglibatan komuniti yang lebih luas. Banyak manfaat yang diperoleh dengan melaksanakan sekolah wawasan seperti menimbulkan suasana persaingan dari segi akademik dan sosial yang sihat, meningkatkan penguasaan bahasa Malaysia bagi pelajar SRJKC, memupuk sifat saling bertoleransi dan berkongsi sesame kaum dan banyak lagi (Azizi Yahaya & Amir Hamzah Abdul Sanif Sapaat, n.d.). Dari segi pelaksanaan, didapati bahawa bilangan sekolah wawasan yang telah ditubuhkan tidak begitu banyak kerana kesukaran dalam mendapatkan lokasi yang sesuai yang mempunyai komposisi kaum majoriti yang sesuai (Sekolah wawasan diyakini dicapai matlamat perpaduan, 2011). Masalah ini timbul kerana pelaksanaan konsep sekolah 1 sekolah kadangkala tidak begitu praktikal sekiranya penjadualan penggunaan kemudahan tersebut tidak dirancang secara teliti (Kamaruzzaman Yahya, 2011). Berkongsi kemudahan seperti kantin sekolah, dewan sekolah dan padang sekolah yang sama dilihat sebagai langkah yang positif tetapi perancangan dan persefahaman yang tinggi amat diperlukan dari semua pihak. Oleh itu, jelas bahawa pelaksanaan sekolah wawasan belum begitu menyeluruh serta belum menampakkan hasil yang begitu nyata. Ini mungkin kerana ia mengambil jangkamasa yang lebih panjang untuk mencapai matlamat utama. Namun begitu, sekolah wawasan dilihat mempunyai potensi yang besar untuk mengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia sekiranya pelaksanaannya disusuli dengan pelan tindakan yang terperinci.

4.3 Pelan Integriti Nasional Dalam pelaksanaan PIN, beberapa faktor memainkan peranan yang penting dalam kejayaannya termasuk persekitaran budaya yang sesuai, kerjasama dari pelbagai pihak, sumber yang mencukupi dan cekap, pemimpin yang memberi contoh yang baik, keinginan individu untuk berubah dan lain-lain faktor (Pelan Integriti Nasional, 2011). Secara khususnya, dalam usaha mencapai integriti, didapati bahawa tiga faktor utama mempengaruhinya iaitu faktor individu, kepimpinan dan budaya (Abdul Rashid, 2008). Faktor individu yang mempengaruhi integriti perlu diambilkira dalam pelaksanaan PIN. Sikap-sikap negatif yang terdapat pada seseorang individu seperti kurangnya pendidikan, dan tekanan hidup boleh menyebabkan kesukaran dalam mewujudkan integriti. Oleh itu, usaha
12

untuk mencapai integriti hendaklah melibatkan pemantapan nilai diri bagi seseorang. Beberapa program yang dianjurkan berasaskan PIN bertujuan untuk mempengaruhi nilai-nilai diri dalam individu secara positif. Contohnya seperti Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang menggalakkan individu menjadi sukarelawan dalam komuniti masing-masing bagi membanteras jenayah. Antara kejayaan yang telah dicatat dalam PIN dalam pelaksanaan SRS di mana lebih kurang 4,000 kes-kes mambabitkan jenayah seperti vandalisme dan kecurian berjaya diselesaikan (Pelan tindakan perpaduan dan integrasi nasional dikaji semula, 2013). Sekiranya lebih banyak aktiviti-aktiviti seperti ini dianjurkan, pasti kes-kes jenayah seperti ini dapat dikurangkan secara signifikan. Selain itu, gejala rasuah dilihat sebagai suatu gejala yang perlu dibanteras bagi mencapai integriti. Bagi meningkatkan lagi keberkesanan dalam mencegah rasuah, Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah distruktur semula supaya membentuk sebuah suruhanjaya bebas yang dinamakan Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia (Saifulizam Mohamad, 2008). Dengan peningkatan taraf ini, suruhanjaya ini dapat menjanjikan ketelusan yang lebih dalam usaha kerajaan bagi menghapuskan jenayah berbahaya ini.

4.4 Pencapaian ketiga-tiga program Ketiga-tiga program yang menjadi inisiatif kerajaan bagi mencapai integriti mempunyai cara masing-masing dalam mencapai matlamat utama yang sama iaitu perpaduan rakyat Malaysia. Setiap aktiviti yang disusun mempunyai matlamat khusus iaitu menyelesaikan masalahmasalah yang menjadi halangan utama kepada pembentukan perpaduan iaitu dari segi individu, budaya dan kepimpimpinan. Maka, semua program ini patut diusahakan secara bersama-sama dan bukan hanya berfungsi secara individu untuk mencapai matlamat utama yang sama.

13

5.0 Kesimpulan Melalui perbincangan yang telah dilakukan, didapati bahawa ketiga-tiga usaha kerajaan dalam menjana perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia mempunyai kelebihan masing-masing. Program belia, sekolah wawasan dan Pelan Integrasi Nasional nyata memberi impak yang positif terhadap penyatuan rakyat Malaysia. Namun, masih terdapat ruang untuk memperbaiki program-program ini melalui pelaksanaan yang lebih berkesan dan terperinci. Setiap program ini jika dilaksanakan secara bersama dan efektif, pasti akan memberi impak yang signifikan terhadap kebangkitan semangat patriotik rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Oleh itu, kerajaan perlu meningkatkan usaha untuk mengembangkan lagi idea rogram-program ini serta menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancang secara lebih menyeluruh. Contohnya, pembinaan sekolah wawasan patut ditambah di samping mengkaji saiz kemudahan sekolah yang perlu dibina bagi menampung jumlah pelajarnya. Program-program belia yang positif pula boleh ditingkatkan dengan menambah peruntukan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian . Bagi Pelan Integrasi Nasional, adalah wajar untuk kerajaan menjalankan usaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat akan kewujudannya serta tujuan pelaksanaannya. Secara kesimpulannya, perpaduan serta keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia akan dapat direalisasikan dengan perancangan dan pelan pelaksanaan yang berkesan serta penglibatan dan sokongan dari semua pihak teutamanya rakyat Malaysia sendiri. (2, 804 words)

14

6.0 RUJUKAN Abdul Rashid (2008). Individu, Kepimpinan dan Budaya: Tiga faktor yang menjejaskan perlaksanaan Integriti. Retrieved 0ctober 28, 2013 from http://kiasan.blogspot.com/2008/05/individu-kepimpinan-dan-budaya-tiga.html Azizi Yahaya & Amir Hamzah Abdul Sanif Sapaat (n.d.). Sekolah Wawasan: Sejauh manakah ia mampu melahirkan generasi bersatu padu di masa akan datang. Retrieved October 28, 2013 from http://eprints.utm.my/2291/1/Aziziyahaya__sekolah_Wawasan.pdf Dasar Pembangunan Belia Negara (2013) Retrieved October 28, 2013 from http://www.kbs.gov.my/dokumen2011/belia/Dasar%20Pembangunan%20Belia%20Negara.p df Erti dan Kepentingan Perpaduan Negara (2012, February 19) Retrieved November 2 , 2013 from http://spmbahasamelayu.blogspot.com/2012/02/erti-dan-kepentingan-perpaduannegara.html Fahmi Aziz (2009). 1 Malaysia: Belia berwawasan penggerak kejayaan. Retrieved October 29 from http://aspirasifahmi.blogspot.com/2009/06/1-malaysiabelia-berwawasanpenggerak.html Kamaruzzaman Yahya (2011). Keberkesanan penggunaan prasarana di kompleks sekolah wawasan Subang Jaya dalam usaha menggalakkan interaksi antara semua murid warga sekolah. Unpublished Thesis. Norazah binti Abdul Hamid (2013) Retrieved November 1, 2013 from http://www.mdks.gov.my/c/document_library/get_file;jsessionid=0FFCAACC6D158B4B40 D72427CE FF1831?uuid=ac4537f0-7258-41de-a83c-15d5d062a2b5&groupId=504217

Norwati binti Abdul Manaf (2013). Retrieved November 1, 2013 from

15

http://bpkupg.blogspot.com/2009/07/konsep-dan-pelaksanaan-sekolah-wawasan.html

Pelan Integriti Nasional ( 2011) Retrieved October 28, 2013 from http://www.slideshare.net/guestd56616/pelan-integriti-nasional Pelan tindakan perpaduan dan integrasi nasional dikaji semula (2013) Retrieved November 1, 2013 from http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=425830 Pelan Integriti Nasional: Edisi Ringkas (2006, January) Retrieved October 29, 2013 from http://www.moa.gov.my/documents/10157/3f63ccea-c336-4f7f-8958-bf486c08836e Pertubuhan Belia 1 Wawasan (n.d.) Retrieved November 2, 2013 from http://pertubuhanbelia1wawasan.page.tl/PROGRAM-BELIA-1-WAWASAN.htm Program Pertukaran Belia Antarabangsa (2013) Retrieved October 28, 2013 from http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/669-program-pertukaran-beliaantarabangsa.html Portal Rasmi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (2012, September 27) Retrieved November 1 from http://www.kbs.gov.my/index.php/bm/component/content/article/69 Saifulizam Mohamad (2008). BPR jadi suruhanjaya bagi meningkatkan keberkesanan, ketelusan perangi rasuah. Retrieved November 3 from http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0422&pub=Utusan_Malaysia&sec= Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm Sekolah Wawasan diyakini dicapai matlamat perpaduan (2011) Retrieved November 2 from http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1202&pub=Utusan_Malaysia&sec= Parlimen&pg=pa_04.htm

16

17

You might also like