You are on page 1of 1

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal

: : : :

Ke-1 Pertama 7 10 Februari 2011 Minggu Pertama Di SK Kem Lapangan Terbang

Pada hari pertama, saya bersama pasangan praktikum melapor diri kepada guru penolong kanan 1.Kami memperkenalkan diri dan menyerahkan Surat Pengenalan Diri kepada beliau.Beliau memberi taklimat kepada kami tentang pelbagai perkara berkaitan dengan sekolah, termasuklah : - sejarah, peraturan, disiplin dan budaya sekolah; - struktur organisasi, peranan dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru penolong kanan, guru disiplin, guru panitia, guru ko-kurikulum, guru darjah, guru mata pelajaran dan tugas staf sokongan; - latar belakang murid dan masyarakat setempat; - tugas dan tanggungjawab murid di sekolah; - pengelolaan aktiviti kokurikulum dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan. Selain daripada itu,kami juga telah berkenalan dengan Guru Besar sekolah ini.Keadaan yang agak sibuk menyebabkan kami tidak dapat berkenalan sesama sendiri lagi.Tetapi kami di sambut baik oleh pihak sekolah ini.Kami juga telah di bawa oleh guru penolong kanan satu ke bilik guru.Kami telah tempat yang selesa di bilik guru.Saya berasa sangat gembira dan bersemangat untuk terus berada di sekolah ini. Pada hari pertama berada di sekolah ini,saya telah di beri jadual guru ganti.Ini kerana saya tidak mendapat jadual waktu yang tetap lagi.Peluang yang ad ini,saya berpeluang mengenali muridmurid sekolah ini.Saya berasa sangat selesa kerana keadaan murid-murid yang sedikit dan muridmurid senang di kawal. Pada hari kedua,saya telah mendapat jadual waktu kelas.Saya mendapat sebanyak 11 waktu.Saya hanya mengajar tahun 3,tahun 4 dan tahun lima sahaja.Bagi mata pelajaran sivik,saya hanya mengajar tahun 4 sahaja. Pada hari ketiga,saya telah berjumpa dengan guru pembimbing praktikum iaitu Pn Azizul Bin Salleh.Beliau adalah selaku PK KK sekolah ini.Banyak perkara yang telah kami bincangkan.Saya juga memilih permainan hoki sebagai salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah.Latihan akan di jalankan pada setiap hari rabu.Selain daripada itu,guru pembimbing saya telah memberikan buku teks PSK Tahun 4,Buku Panduan Guru PSK Tahun 4 dan buku latihan PSK Tahun 4.Saya sangat berasa bertuah dan bersyukur kerana beliau telah memudahkan kerja saya untuk mengajar pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.Panduan yang telah di berikan serba sedikit telah membantu saya kerana ini kali pertama saya mengajar mata pelajaran Sivik dan kewarganegaraan.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

You might also like