You are on page 1of 2

CONTOH REFLEKSI UNIT PELAJARAN

UNIT 1 TAJUK PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA KE ARAH PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Unit 1 ini menerangkan secara terperinci berkaitan dengan perkembangan pendidikan di Malaysia.Ia bermula daripada pendidkan dalam era penjajajahan Inggeris 1786,era sebelum kemerdekaan 1946 dan era selepas kemerdekaan 1957.Di dalam unit ini juga menghuraikan bagaimana perkembangan pendidikan sehingga termaktubnya Falsafah Pendidikan Negara (FPN) pada tahun 1988 hinggala memasuki era milenium.Berdasarkan beberapa fakta yang terdapat didalam unit ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa sistem pendidikan di negara kita mengalami proses perkembangan serta pembaikan berdasarkan suasana dan persekitaran pada zaman-zaman tersebut.Contohnya dari segi penubuhan sekolah iaitu pada awalnya dijalankan secara tradisional yang berbentuk warisan turun temurun.Selepas itu wujudnya sekolah pondok,sekolah vernakular hinggalah membawa kepada Penyata Razak 1956 yang mewujudkan sekolah kebangsaan yang menggunakan sepenuhnya Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.Pendidikan di Malaysia adalah lebih kearah perpaduan kaum,pembasmian buta huruf,perkembangan ekonomi untuk pembangunan negara.

1. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya 1. 2. 3. 4. 5. Konsep Sekolah Vernakular Akta Pendidikan Jawatankuasa Pelajaran 1956 Falsafah Pendidikan hedonisme Penjelasan Sekolah yang ditubuhkan berasaskan etnik yang menggunakan bahasa pengantar,kurikulum,buku dan guru masing-masing. Sesuatu Akta untuk mengadakan peruntukkan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Jawatankuasa yang mengkaji keperluan sisitem pendidikan yang dilaksana selepas tanah air mendapat kemerdekaan. Suatu sisitem kepercayaan,pegangan atau prinsip yang membincangkan pelbagai hal mengenai pendidikan dan pengajaran yang patut dijalankan di sekolah atau di dalam bilik darjah (Abd Fatah Hassan 2001) Sikap dan tabiat negatif yang membawa kepada aktiviti sosial yang kurang berfaedah contohnya mabuk,menagih dadah,merempit dan sebagainya.

2. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda. Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya berkaitan dengan sejarah pendidikan di Malaysia.Fakta-fakta yang dikemukakan di dalam unit ini sedikit sebanyak memberi kefahaman kepada saya bagaimana proses pendidikan di Malaysia berkembang dari zaman ke zaman dengan melalui pelbagai peringkat bermula dari era penjajahan Inggeris,era sebelum dan selepas merdeka hinggalah ke zaman sekarang.Pendidikan yang ada pada masa sekarang telah melalui banyak penambahbaikan bagi mencapai tahap yang selaras dengan kemajuan negara serta global tanpa mengetepikan asas perpaduan antara kaum.

Walaupun kita ingin melihat sistem pendidikan kita bergerak seiring dengan zaman ketermaduanan dunia yang penuh dengan kemajuan sains dan teknologi namun terdapat juga sistem pendidikan yang dahulunya perlu dikekalkan dan diteruskan iaitu sebagai contoh pengajian-pangajian agama di masjid-masjid,surau-surau madrasah dan sebagainya walupun ilmu agama telah diterapkan didalam kurikulum di sekolah. Selain daripada itu saya berpendapat,pada masa sekarang,sisitem pendidikan di Malaysia perlu dikukuhkan lagi bagi membentuk modal insan yang kebal dan bebas dari pelbagai gejala sosial yang makin berleluasa sekarang.Memandangkan anasir-anasir negatif yang mudah mempengaruhi generasi muda,sisitem pendidikan perlu dirombak dan memberi penekanan bagi menghadapi ancaman tersebut.Oleh itu,saya mencadangkan penerapan nilai-nilai murni serta budaya ketimuran dan pendidikan agama harus dipertingkatkan semaksimum yang mungkin didalam sisitem pendidikan di Malaysia pada zaman sekarang bagi menghadapi masa yang mendatang.

You might also like