You are on page 1of 1

PENGENALAN

Kursus PJM 3113 Permainan Badminton dan Hoki melibatkan penguasaan pengetahuan dan kemahiran oleh pelajar dalam permainan badminton dan hoki. Bahagian A modul ini mengandungi 6 tajuk iaitu Tajuk 1 -Sejarah, Peraturan dan Undang-undang asas permainan (Topik 1 dalam proforma), Tajuk 2 - Kaedah pengajaran dan pembelajaran (Topik 2 dalam proforma), Tajuk 3 -Kemahiran teknikal menyediakan gelanggang badminton (Topik 4 dalam performa), Tajuk 4 - Kaedah pengajaran dan pembelajaran (Topik 5 dalam proforma), Tajuk 5 - Kaedah penilaian (Topik 6 dalam proforma) dan Tajuk 6 Pengurusan, pengelolaan dan pertandingan (Topik 7 dalam proforma). Modul ini juga disertakan aktiviti dan latihan untuk pengukuhan pembelajaran. Terdapat beberapa aktiviti dan latihan yang disediakan bagi setiap tajuk. Latihan ini harus disiapkan dalam jangkamasa yang ditetapkan. Hasil kerja pelajar yang telah disiapkan hendaklah dihantar kepada pensyarah secara e-mel atau bersemuka. Sebagai memantapkan lagi kefahaman setiap tajuk dalam kursus ini, pelajar dinasihatkan membuat banyak rujukan dan pembacaan. Pelajar juga digalakkan menghubungi pensyarah untuk mendapatkan maklumat lanjut yang berkaitan dengan topik-topik yang dipelajari.

vi

You might also like