You are on page 1of 7

PING PONG

MSSD SEMPORNA 2018

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Ping Pong


Antarabangsa (ITTF) dan Peraturan-Peraturan Am MSSJ yang sedang berkuatkuasa
sekarang.

2. ACARA-ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

2.1 Perseorangan
2.2 Bergu

3. BAHAGIAN UMUR

3.1 Lelaki umur 18 tahun dan ke bawah


3.2 Perempuan umur 18 tahun dan ke bawah
3.3 Lelaki umur 12 tahun dan ke bawah
3.4 Perempuan umur 12 tahun dan ke bawah

4. PENYERTAAN

4.1 Tiap-tiap MSSD dibenarkan mendaftarkan 4 orang pemain bagi acara


perseorangan dan 2 pasang pemain bagi acara bergu. (Lelaki dan Perempuan bawah
12 dan 18 tahun).

5. SISTEM PERTANDINGAN

5.1 Pertandingan ini dijalankan secara kalah mati.


5.2 Keutamaan pemain (Seeding) hendaklah diadakan.
5.3 Dalam pertandingan perseorangan bagi peserta umur 18 tahun dan ke bawah,
tiap-tiap perlawanan akan diputuskan dengan tiga kemenangan
daripada lima permainan sehingga Peringkat Suku Akhir. Perlawanan dalam
peringkat Separuh Akhir dan Akhir akan diputuskan dengan empat kemenangan
daripada tujuh perlawanan.
5.4 Dalam pertandingan perseorangan bagi peserta umur 12 tahun dan ke bawah,
tiap-tiap perlawanan akan diputuskan dengan tiga kemenangan
daripada lima permainan.
5.5 Bagi acara BERGU, tiap-tiap perlawanan akan diputuskan dengan tiga
kemenangan daripada lima permainan untuk semua peringkat umur.

6. KELEWATAN
6.1 Pemain-pemain hendaklah melaporkan diri kepada pengadil bertugas 15 minit
sebelum perlawanan dimulakan.
6.2 Hanya lima minit sahaja akan diberikan kepada seseorang pemain yang lewat,
selepas itu pihak lawannya akan dibenarkan kemenangan percuma dengan 11-0, 11-
0, 11-0.

7. PAKAIAN
7.1 Sila rujuk undang-undang ITTF.
7.2 Pakaian (Kemeja-T dan Seluar) tidak boleh sama warna dengan bola ping pong.

8. BUTIR-BUTIR PENGENALAN
8.1 Tiap-tiap pemain daripada sekolah menengah, Kad Pengenalan akan dijadikan
dokumen pengesahan had umur. Jika salinan digunakan itu hendaklah disahkan oleh
Pengetua / Guru Besar Sekolah yang berkenaan.
8.2 Pemain yang gagal menunjukkan dokumen yang tersebut seperti 8.1 tidak
dibenarkan bertanding.
8.3 Hanya pemain yang telah didaftarkan sahaja dibenarkan bertanding.
8.4 Bagi pemain sekolah rendah, Sijil Beranak akan dijadikan dokumen pengesanan
had umur.
8.5 Setiap pemain diwajibkan mengisi Borang Pendaftaran Individu R01 atau M01,
sertakan satu salinan Kad Pengenalan / Sijil Beranak yang telah disahkan
oleh Pengetua / Guru Besar Sekolah yang berkenaan dan 2 keping gambar
berukuran passport.

9. ALATAN PERTANDINGAN
9.1 Meja bagi L/P 18,15 dan 12: 2.74m x 1.525m x 0.76m
9.2 Hanya bola berwarna putih atau jingga boleh digunakan.

10. BANTAHAN
10.1 Sila lihat Peraturan Am (17).
11. JURI RAYUAN
11.1 Sila lihat Peraturan Am (18)

BILANGAN PEGAWAI DAN PEMAIN UNTUK PASUKAN PING PONG


DAERAH:
PEMAIN PEGAWAI
KETUA ROMBONGAN: 1
PENGERUSI TEKNIK DAERAH: 1
PENGURUS PASUKAN SEKOLAH MENENGAH: 1
PENGURUS PASUKAN SEKOLAH RENDAH: 1
JURULATIH L 18 TAHUN 1
JURULATIH P 18 TAHUN 1
JURULATIH L 12 TAHUN 1
JURULATIH P 12 TAHUN 1
PANEL PENGADIL + PENGADIL 3
PEMAIN L18 4
PEMAIN P18 4
PEMAIN L12 4
PEMAIN P12 4
JUMLAH 16 11

* PANEL PENGADIL dan PENGADIL: surat akan dikeluarkan oleh Unit Sukan
PPD Semporna.
ACARA PERTANDINGAN PING PONG MSSD SEMPORNA

BIL ACARA PESERTA


1 PERSEORANGAN L18 4
2 PERSEORANGAN P18 4
3 PERSEORANGAN L12 4
4 PERSEORANGAN P12 4
JUMLAH 16

BIL ACARA PASUKAN


5 BERGU L18 2 bergu
6 BERGU P18 2 bergu
7 BERGU L12 2 bergu
8 BERGU P12 2 bergu
JUMLAH 8 bergu

Disediakan oleh:
Mohd Yusri Bin Awang Hasim
Setiausaha Pertandingan Ping Pong MSSD Semporna
2018
MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH SEMPORNA PERMAINAN PING PONG
BORANG PENYERTAAN KEJOHANAN PING PONG MSSD SEMPORNA

NAMA SEKOLAH :

Bil. JAWATAN DALAM NAMA PEGAWAI Gred Nama Sekolah


PASUKAN (Nyatakan Encik/Cik/Puan) Jawatan
1. Ketua Kontinjen

2. Pengerusi Teknik

3. Pengurus Pasukan Lelaki

4. Pengurus Pasukan
Perempuan

5. Jurulatih Pasukan L18

6. Jurulatih Pasukan P18

7. Jurulatih Pasukan L12

8. Jurulatih Pasukan P12

9. Panel Pengadil

10. Pengadil

11. Pengadil
……………………………………….. Tarikh: …………………

( )

Nama & Tandatangan


Pengerusi Teknik Daerah
SENARAI PEMAIN

LELAKI BAWAH 18 TAHUN:


Bil Nama No Kad Pengenalan Perseorangan Bergu
1 P B
2 P B
3 P B
4 P B
PEREMPUAN BAWAH 18 TAHUN:
Bil Nama No Kad Pengenalan Perseorangan Bergu
1 P B
2 P B
3 P B
4 P B
LELAKI BAWAH 12 TAHUN:
Bil Nama No Surat Beranak Perseorangan Bergu
1 P B
2 P B
3 P B
4 P B

PEREMPUAN BAWAH 12 TAHUN:


Bil Nama No Surat Beranak Perseorangan Bergu
1 P B
2 P B
3 P B
4 P B

You might also like