You are on page 1of 7

1

KHUTBAH JUMAAT

Kesantunan Terhadap Jiran
(06 September 2013M / 30 Syawal 1434H)
____________________________________________________________________________________________________________

-| .

-|

.|

=|

.|

=|

-|

=
`
,

-|

- .

=
`
,

,
`

-|

| .

-| .

,|

. = .

= ;

| .
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Marilah sama-sama kita tingkatkan ketakwaan kepada Allah subhanahu
wataala dan seterusnya melaksanakan perintah Allah serta menjauhi segala
larangan-Nya sehingga beroleh keredhaan-Nya. Jaga dan semaikanlah
kesantunan di dalam hubungan kita sesama insan sebagaimana Allah
subhanahu wataala juga telah menyantuni kita dengan kasih sayang dan
kurniaan nikmat-Nya. Tajuk khutbah pada hari ini ialah Kesantunan
Terhadap Jiran.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Sebagai tanda penghargaan kita terhadap keihsanan Allah subhanahu
wataala kepada kita, kita dituntut untuk melahirkan keihsanan kepada
sesama ciptaan Allah subhanahu wataala. Ini termasuklah sesama jiran
tetangga serta golongan-golongan yang lemah seperti fakir miskin. Firman
Allah subhanahu wataala dalam surah An-Nisaa ayat 36:
2

#6# !# #.@ / $ $!9$/ $m) / 1)9# G9#
39# $g:# 1)9# $g:# =`f9# =m$9# =f9$/ # 69# $
M3= 3`& ) !# =t %2 $F #`

Maksudnya: Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah
kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat
baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan
orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang
jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba
yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang
sombong takbur dan membangga-banggakan diri;

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Begitu pentingnya perintah berbuat baik sesama manusia sehinggakan Allah
subhanahu wataala menggandingkannya dengan perintah untuk tidak
menyekutukan-Nya. Malah, antara transformasi awal Rasulullah sallallahu
alaihi wasallam terhadap para sahabatnya adalah gesaan agar bersikap
prihatin dan kasih kepada sesama manusia lebih-lebih lagi terhadap jiran
mereka sendiri. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pernah bersabda yang
bermaksud:

Demi Allah, tidak sempurna iman, demi Allah, tidak sempurna iman,
demi Allah, tidak sempurna iman, lalu ditanya, Siapa wahai
Rasulullah (iaitu yang tidak sempurna imannya)? Jawab baginda,
Iaitu orang yang tidak memberi ketenteraman kepada jirannya
dengan sebab kejahatan yang dilakukannya.
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)

3

Apakah tindakan yang boleh kita ambil di dalam menyemai kesantunan
terhadap sesama jiran dalam suasana kehidupan kita masa kini?

Pertama : Menjalinkan hubungan ukhuwwah antara kita dan jiran,
khususnya mereka yang tinggal bersebelahan dengan kita.

Kesibukan kita bekerja, ditambah cara pergaulan sebahagian daripada kita
kini, serta komitmen di luar rumah dan sebagainya, telah menjadi punca
renggangnya hubungan sesama jiran. Sedangkan, secara fizikal, merekalah
yang berada paling hampir dengan kita. Mereka jugalah yang boleh
membantu kita sekiranya berlaku kecemasan di rumah sebagai contoh.

Langkah menegur jiran yang belum kita kenali, atau menambahkan ikatan
yang lebih erat ialah dengan memberikan juadah pada hari-hari yang
istimewa seperti ketika berbuka puasa di bulan Ramadan, atau mungkin
ketika Eidilfitri atau Eidiladha?

Atau mungkin, memberikan sedikit buah tangan sebagai tanda ingatan
apabila kita berpemergian. Tanda ingatan kita ini, walaupun mungkin nampak
kecil dan tidak seberapa, namun mimbar pasti ianya memberi kesan yang
mendalam kepada jiran-jiran kita. Sabda Rasulullah sallallahu alaihi
wasallam:
,,

,'

,
'
, ,,
Maksudnya : (Hendaklah) kamu saling memberi hadiah sesama kamu
(nescaya) kamu akan saling kasih mengasihi
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad)

Kedua : Mengambil tahu hal ehwal jiran yang berada dalam kesempitan
dan kesusahan.
4

Kadangkala ada antara kita gemar dan sering memberi komentar dan
pandangan supaya menanam sikap suka bantu-membantu, atau mengadu
tiada siapa yang tampil ke hadapan bagi membuat kerja sukarela dan
sebagainya. Namun, sudahkah kita sendiri memulakan langkah awal dalam
membuat kebajikan? Ingatlah, sebenarnya ia bermula dengan diri kita. Ia juga
boleh kita mulakan dari bantuan yang kita hulurkan pada jiran kita yang
berdekatan tanpa mengira bangsa dan agama mereka. Ia juga dapat
dimulakan dengan mengambil tahu hal ehwal jiran-jiran kita yang sudah lanjut
usia, tetapi tinggal keseorangan kerana tiada saudara mara, atau bagi
seseorang yang dipinggirkan saudara mara mereka sendiri.

Sebagai jiran, kita hendaklah memberi kebaikan dan manfaat kepada mereka
di sekeliling kita. Itulah anjuran Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang
telah diutus oleh Allah subhanahu wataala sebagai rahmat buat sekalian
alam.

Banyak sekali peluang untuk kita mempamerkan kesantunan sebagai
seorang muslim yang berpekerti mulia, sebagai contoh apabila kita bertemu
dengan jiran di mana-mana jua, seharusnya kita memberi senyuman serta
bertanyakan khabar mereka. Jika mereka sedang mengangkat barangan
keperluan, kita seharusnya membantu mereka mengangkatnya. Walaupun ini
adalah perbuatan yang kecil, ia mempunyai kesan yang cukup mendalam
pada jiwa mereka.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Marilah kita bertekad untuk mempertingkatkan ukhuwwah dan persaudaraan
kita bersama jiran. Semoga Allah subhanahu wataala memberi kita ganjaran
yang besar atas usaha kita dan menjadikan masyarakat kita aman dan
sentosa. Amin, Ya Rabbal Alamin.

5

-|

=|

,
#G# 7t2 !# $_ #%? #`.# M !# 3= ) . #&
#9' / 3/=% `s7' F/ $z) . ? $ `m $9# .)'
$] 79. 6` !# 39 G# /3=9 GE

Maksudnya: Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah
(agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat
Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah
dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-
padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu
orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi
jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah
selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga).
Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya,
supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
(Surah Ali Imran, ayat 103)

_ | |

v
`
=|

| .

.|

, .

, .

| ,

=
|

=|

| .

-|

.






6

KHUTBAH KEDUA
____________________________________________________________________________________________________________

|

- . |

-|

.|

=| |

.|

=|

-|

-| .

- =

,
`

=
`
,

-|

=|

-|

-|

. .

= ,

_|


) )) )} ! !! ! # ## # G GG G 6 66 6 = == = = == = ` `` ` ? ?? ? < << < 9 99 9 # ## # $ $$ $ ' '' ' % %% % ! !! ! # ## # # ## # ` `` ` # ## # # ## # = == = = == = # ## # = == =
$ $$ $ = == =` `` ` @ @@ @ {

-
`

- =

, _

-|

, .

c .

,|

,|

=|

.
`
_

,|

= .

,
`
,

_|

, ` =|

, .

.\

-v

-v .

- =|

, .


Ya Allah! Ampunkanlah dosa dan kesalahan kaum muslimin dan
muslimat, mukminin dan mukminat, sama ada yang masih hidup ataupun
yang telah meninggal dunia. Ya Allah ! Ampunilah dosa-dosa dan kesalahan
ibu bapa dan guru-guru kami. Limpahkanlah kesejahteraan, kedamaian dan
kebahagiaan kepada mereka dalam kehidupan di dunia ini, lebih-lebih lagi di
akhirat kelak.



7

Ya Allah ! Ya Rahman ! Ya Rahim! Berikanlah taufiq dan hidayat-Mu
kepada kami semua dan juga kepada pemimpin-pemimpin Islam Negara
kami khasnya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Malaysia, dan juga pemimpin-pemimpin Islam negeri kami khususnya Tuan
Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Ya Allah, kami bersyukur ke hadratMu yang telah mengurniakan kami
rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah
memperkukuhkan negara kami, khususnya Negeri Sarawak yang tercinta ini,
sebagai sebuah negeri yang maju dan sejahtera. Justeru, kami pohon ke
hadratMu ya Allah, kukuhkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami,
eratkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami
dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah peribadi kami dengan budi
pekerti yang mulia, kembalikanlah kami ke jalan yang Engkau redhai,
lindungilah kami daripada ujianmu seperti banjir besar, kemarau panjang,
wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan kebuluran. Kami berlindung
dan bermohon denganMu Ya Allah, semoga negeri kami akan sentiasa
bertambah makmur dan berkat.

\

-v

=| _

_|

= .

- .

-| .

- .

-|

-|

, .

.\

-
_

,|

.\

| .

-|

, .

-|

||

=|

=|

| .

You might also like