You are on page 1of 3

PANITIA SAINS

SMK AGAMA TUN JUHAR SANDAKAN



GEMPUR MINDA 1/2014 BIOLOGI TINGKATAN 4
ARAHAN: JAWAB SEMUA SOALAN (40 Markah)


1. Berikan definisi HIPOTESIS. (1m)

2. Senaraikan 5 kepentingan mempelajari Biologi. (5m)

3. Amoeba Sp ialah sejenis organisma unisel air tawar. Dengan
menggunakan gambarajah yang sesuai, jelaskan proses hidup yang
dijalankan oleh Amoeba Sp dalam konteks:
a. Pergerakan (2m)
b. Pemakanan (6m)
c. Respirasi (2m)

4. Terdapat empat jenis tisu utama dalam organisma multisel iaitu tisu
epitelium, tisu otot, tisu saraf dan tisu penghubung.Nyatakan :
a. Fungsi dan tiga jenis tisu otot (3m)
b. Fungsi dan tiga jenis tisu saraf (3m)
c. Empat jenis tisu penghubung (4m)

5. Faktor-faktor fizikal dan kimia persekitaran dalam perlu dikawal atur
supaya sel dapat berfungsi dengan optimum. Nyatakan faktor-faktor
fizikal dan kimia ini:
a. Tiga faktor fizikal. (3m)
b. Dua faktor kimia (2m)

6. Apakah mekanisme yang mengawalatur faktor kimia dan fizikal
persekitaran dalam ini? (1m)

7. Terdapat pelbagai sistem yang terlibat dalam mengekalkan
persekitaran dalam yang optimum. Jelaskan mekanisme
pengawalaturan bagi aras glukosa dalam darah dalam dua keadaan
iaitu apabila aras glukosa meningkat dan menurun. (8m)













PANITIA SAINS
SMK AGAMA TUN JUHAR SANDAKAN


SKEMA PEMARKAHAN GM1/2014 BIOLOGI TINGKATAN 4

NO JAWAPAN MARKAH
1 Hipotesis ialah pernyataan umum atau penjelasan awal mengenai
perkara yang dikaji, yang masih belum di uji kebenarannya.

Atau

Pernyataan yang menghubungkan pembolehubah di manipulasi dan
bergerak balas
1 m
2 1. Memahami fungsi badan manusia
2. Memajami hubungan antara organisma dan alam sekitar
3. Mengetahui kaedah mencegah dan merawat penyakit
4. Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
5. Menangani masalah kepupusan spesies.
*mana-mana jawapan yang sesuai
5m
3 a) Pergerakan
Bergerak mengunjurkan pseudopodium
Di ikuti dengan pengaliran sitoplasma ke bahagian
pseudopodium yg diunjurkan.
b) Pemakanan
Fagositosis
Unjuran Pseudopodium melingkungi makanan
Vakuol makanan
Vakuol makanan bergabung dgn lisosom
Lisozom merembeskan lisozim (enzim pencernaan)
Nutrien meresap ke dlm sitoplasma
c) Respirasi
Pertukaran gas berlaku secara resapan
Melalui membran plasma
*gambaran amoeba yang lengkap berlabel.
2m



6m







2m
4 a) Fungsi dan tiga jenis tisu otot
i. Fungsi : membantu dalam pergerakan
ii. Otot licin, otot rangka dan otot kardium.
b) Fungsi dan tiga jenis tisu saraf
i. Fungsi : menerima rangsangan dan menghantar impuls.
ii. Neuron eferen, neuron aferen dan interneuron.
c) Empat jenis tisu penghubung
i. Rawan, tisu adipos, darah dan tulang

3m


3m



4m
5 a) Suhu, tekanan darah dan tekanan osmosis
b) Kandungan garam/glukosa dan pH darah
3m
2m
6

Homeostasis 1m
7 Bila aras glukosa meningkat
Pancreas rembes insulin
Insulin tukarkan glukosa berlebihan kepada glikogen
disimpan dlm hati
Aras glukosa turun kembali normal
Bila aras glukosa menurun
Pancreas rembes glucagon
Glikogen di dalam hati
Glucagon menukarkan glikogen kepada glukosa
Aras glukosa meningkat kembali normal
8m


PANITIA SAINS
SMK AGAMA TUN JUHAR SANDAKAN

You might also like