You are on page 1of 2

SKRIP PENGACARA MAJLIS PELANCARAN FROG

Skrip
Terima kasih kepada pengawas yang bertugas
Yang berusaha tuan pengetua SMK seksyen 9, Tn haji
Abdul Hakim B Samuri
Yang berbahagia, Penolong kanan Datin Hjh Azlinda Bt
Ahmad
Yang dihormati
Penolong kanan Hem, Pn Tuan Saripah Nor Riha Bt Tn
Jaafar
Penolong kanan Ko-kurikulum, Pn Muhanizam bt Mashod
Penolong Kanan PPKI, Pn Nooraini Bt Ahmad
Pemangku PK Sesi Petang, Pn. Rahimah Bt Awang
Penyelaras Frogvle, Pn. Hjh Normah bt Abdullah
Guru-guru kanan matapelajaran
Guru-guru cemerlang
Rakan-rakan guru dan semua pelajar yang saya kasihi
sekalian.
Assalamualaikum,Selamat pagi dan Salam 1Malaysia
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana
dengan limpah izin dan kurniaNya dapat kita hadir
bersama-sama bagi menjayakan Majlis Pelancaran FrogVLE
2016 pada pagi yang mulia ini.
Tanpa membuang masa, saya ingin menjemput Penyelaras
FrogVLE SMK seksyen 9 Shah Alam, Pn Normah bt Abdullah
untuk memberikan kata alu-aluan.
Majlis mempersilakan.
Ucapan Penyelaras
Terima kasih Pn.Normah di atas ucapan yang diberikan.
Sekarang, tibalah masa yang dinanti-nantikan.
Majlis dengan sukacita dan hormatnya mempersilakan
yang berusaha Tuan Pengetua SMK Seksyen 9,Tn Hj Abdul
Hakim Bin Samuri untuk menyampaikan ucapan
seterusnya merasmikan majlis kita pada pagi ini.
Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada yang berusaha Tuan
pengetua di atas ucapan perasmian sebentar tadi.
Sebagai simbolik perasmian majlis pelancaran
FrogVLE,dijemput Tuan haji sekali lagi untuk menyerahkan
Kunci ID kepada wakil pelajar SMK seksyen 9.Majlis
mempersilakan.
Terima kasih sekali lagi kepada Tuan Pengetua.
Maka dengan ini, rasmilah sudah Pelancaran FrogVLE
tahun 2016. Jutaan terima kasih kepada pihak pentadbir,
guru-guru dan semua pelajar yang menjayakan majlis
pelancaran FrogVLE 2016.
Sebagai penutup, marilah sama-sama kita saksikan video
montaj sempena pelancaran FrogVLE tahun 2016. Untuk
pengetahuan semua, video dihasilkan khas oleh Cikgu

Catatan

Syed Ahmad Thani b Tn.Hadi dari Kelab Kewartawanan &


Penyiaran SMK Seksyen 9 serta dibantu oleh Cikgu
Mohd.Nazri b Mohd Yusof daripada Kelab Komputer SMK
Seksyen 9.
Akhir kata daripada saya
LOMPATLAH KELUAR KE ALAM BARU BERSAMA FROG
Sekian, Terima kasih. Assalamualaikum wbt.

You might also like