You are on page 1of 1

Daya Saing

Inilah fenomena baharu yang didepankan kepada kita


daya saing, competitiveness. Dalam bahasa ekonomi, daya
saing bermaksud keupayaan menghasilkan produk atau
perkhidmatan yang kualitinya lebih tinggi dan harganya
lebih rendah daripada produk atau perkhidmatan pesaing,
dan mendatangkan pulangan pelaburan yang lebih besar.
Dalam bahasa pengurusan, daya saing adalah natijah
daripada produktiviti.
Salah satu elemen utama produktiviti ialah inovasi.
Inovasi menuntut kehadiran tenaga otak, ketajaman daya
fikir, kekuatan daya imaginasi, dan kreativiti. Inilah titik
pertemuan antara daya saing dengan pendidikan,
pembelajaran, sekolah dan bilik darjah.
Titik pertemuan inilah yang mendorong Amerika
Syarikat !SA", negara yang sudah sedia maju, negara
yang ekonominya tergolong dalam #ekonomi pendapatan
tinggi$, mengambil inisiatif mempertingkatkan daya saingnya
menerusi pendidikan. Ikhtiar terkini negara kuasa besar itu
ialah untuk menyediakan asas bagi kemakmuran jangka
panjang dengan melabur dalam pendidikan. %eginilah
bunyinya guiding principles dalam American &ecovery and
&einvestment Act '(() yang telah diluluskan oleh *ongres
!SA+

You might also like