You are on page 1of 6

25

GAMBAR PERTANDINGAN TUJU KASUT


26


REFLEKSI DARIPADA PROGRAM

Pada 16 mac 2013 saya telah mengendalikan program pertandingan tuju kasut kepada
pelajar tahun 5 Sekolah Kebangsaan Utan Aji . terdapat empat kumpulan yang
menyertai pertandingan ini. Permainan dilaksanakan selama 8 minit setiap 1
perlawanan. Terdapat 4 kumpulan perlawanan A, B, C dan D . perlawanan dalam
system kalah mati. Pemenang dikira mengikut mata yang diperoleh oleh kumpalan bagi
setiap set permainan. Kumpulan yang menang bagi perlawan 1 dan 2 akan
dipertandingankan di perlawanan akhir.
Setelah berjaya melaksana pertandingan tuju kasut ini saya dapati terdapat beberapa
kebaikan dan kelemahan.antara kebaikan yang dapat daripada pertandingan ini ialah
dapat mengisi masa lapang murid-murid yang ke sekolah pada waktu petang untuk
bermain. Dengan adanya aktiviti ini mereka dapat beriadah dan mendapat
keseronokkan dan kepuasan bermain.
Selain itu, dengan adanya pertandingan ini dapat menggalakkan murid bermain di
waktu petang dan tidak hanya berada di rumah menonton televisyen dan sebagainya.
Aktiviti seperti ini boleh diteruskan dengan pelbagai permainan lain pada waktu petang
selain daripada sukan biasa iaitu bola sepak futsal dan sebagainya.
Permainan ini juga sesuai untuk kanak-kanak perempuan dan dapat menggalakkan
mereka melibatkan diri dalam aktiviti riadah. Kebannyakkan kanak-kanak perempuan
kurang bermain bersama rakan-rakan mereka dan berkumpul untuk bermain. Mereka
hanya berada di rumah dan menghabiskan masa begitu sahaja. Jadi, dengan adanya
permainan seperti ini kanak-kanak perempuan dapat bermain bersama-sama rakan
mereka di waktu petang.
Kelemahan yang dapat dilihat daripada pertandingan ini ialah, permainan tidak boleh
bermain dengan terlalu ramai ahli kerana keadaan pertandingan menjadi tidak terurus
27

da nada ahli kumpulan yang tidak dapat menjalankan peranan dalam kumpulan
tersebut.
Kelemahan lain ialah kawasan permainan agak terhad dan tiada garisan gelanggang
sebagai tanda kawasan. Hal ini menyebabkan murid-murid berlari terlalu jauh dan tiada
sekatan kawasan yang betul.
Cadangan penambahbaikkan ialah setiap kumpulan hanya maksimum 4 atau 5 orang
ahli sahaja dan gelanggang perlu dibuat atau menggunakan gelanggang bola baling
atau bola jaring.

















28

RUMUSAN
Permainan tuju kasut telah diadakan pada waktu petang sebagai aktiviti riadah murid
tahun lima. Disebabkan pada waktu petang ramai murid yang akan datang ke sekolah
tetapi mereka kebiasaannya hanya bermain bola sepak dan sebahagian hanya
menonton. Jadi, saya mengambil peluang mengadakan permainan ini untuk mengisi
masa terluang mereka. Selain itu, permainan ini mengembalikan nostalgia seperti
bermain di kampong. Penglibatan mereka sangat memberansangkan. Saya dapat
melihat minat mereka bermain melalui mimik muka dan kesungguhan mereka bermain.
Permainan mengambil masa selama 8 minit. Permainan bermula daripada
pembahagian kumpulan, kemudian undian dibuat menggunakan duit syiling. Kemudian
kumpulan yang berjaya dalam undian akan memulakan permainan dengan membaling
bola untuk menjatuhkan selipar.
Ketika bermain mereka mengatur strategi dengan satu matlamat untuk menang dan
wujud semangat bekerjasama dalam kumpulan masing-masing. Berdasarkan
pemerhatian saya satu kumpulan tidak berjaya mengalahkan kumpulan lain disebabkan
kurang bekerjasama dan berkomunikasi dengan ahli kumpulan.
Selepas selesai 1 set permainan, ramai murid-murid lain mula berminat untuk bermain
dan kebanyakkan mereka mengatakan sudah lama tidak bermain permainan ini.
Daripada rasa ingin bermain itu, saya dapat menyatakan kanak-kanak sangat berminat
bermain untuk keseronokkan walaupun permainan yang mudah dan tidak banyak
peraturan.
Akhir sekali, dapat saya nyatakan guru perlu menggalakkan murid bermain sesuatu
permaianan selain daripada bola sepak supaya mereka dapat pengalaman yang baru
serta dapat tidak bosan berada dalam persekitaran yang sama setiap hari. Langkah
untuk mewujudkan budaya permainan seperti ini diwaktu riadah mereka ialah dengan
guru perlu memperkenalkan permainan ketika waktu pendidikan jasmani sebagai
permainan kecil.

29

PENUTUP

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi dapat juga program ini dilaksanakan dengan
lancar dan mendapat memberi kebaikan dan faedah kepada murid-murid. penglibatan
murid-murid sangat baik dan memberi kerjasama dalam menjayakan pertandingan ini.
Semoga daripada pertandingan ini murid-murid mula berminat bermain kembali
permainan kanak-kanak yang semakin dilupakan. Guru juga perlu banyak mengajar
mereka permainan-permainan lain seperti galah panjang, tuju guli , tuju tin, konda kondi
dan sebagainya supaya amalan bermain di waktu riadah dapat diamalkan.
Selain mengisi masa lapang murid-murid pada waktu petang, nilai murni juga dapat
diterapkan contohnya setia kawan, bekerjasama, menghormati rakan serta menerima
keputusan perlawanan dengan baik.
Jutaan terima kasih sekali lagi kepada guru besar, guru pembimbing serta rakan
praktikum yang banyak memberi sokongan dan bantuan secara lansung dan tidak
lansung. Sekian, terima kasih.











30


RUJUKAN

Buku
1. Ab. Fatah Hasan 1994, Penggunaan Minda yang Optimum dalam Pembelajaran.
Penerbit UTM Skudai
2. Mok Soon Sang , Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Sekolah Rendah : komponen 1
&2)
3. Psikologi Pendidikan & Pedagodi,. Terbitan Ketujuh 2008
4. Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, Rafidah Kastawi.2008, Perkembangan Kanak-
kanak untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian empat Tahun,
5. Weinberg dan Gould (1999) , Panduan Mengatasi Kebimbangan di kalangan
Atlet. Foundations of Sport and Exercise Psychology (Edisi ke-2)
6. Rohaty Mohd. Majzub (1992), Psikologi Perkembangan Untuk Bakal Guru,
Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Internet

1. http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_sukan&file=/2011/9/14/mstar_sukan/2
0110914094001 dilayari pada 1 mac 2013
2. http://www.theborneopost.com/2012/10/19/kerajaan-sentiasa-galak-program-
sukan-aktiviti-luar-bilik-darjah/ dilayari pada 1 mac 2013
3. http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_sukan&file=/2011/9/14/mstar_sukan/2
0110914094001 dilayari pada 18 mac 2013
4. http://www.zairedin.com/2012/07/konsep-matlamat-dan-objektif-permainan.html
dilayari pada 18 mac 2013
5. http://www.isn.gov.my/my/services/spade dilayari pada 20 mac 2013

You might also like