You are on page 1of 31

1.

0 PENDAHULUAN

Kegiatan kokurikulum sekolah yang merangkumi aktiviti pasukan pakaian

seragam, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan merupakan aktiviti di

luar bilik darjah. Kegiatan ini adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan

pembelajaran di sekolah. Kementerian Pelajaran (1989), menyatakan gerak kerja

kokurikulum adalah gerak kerja yang bercorak pendidikan dan menyediakan

pengalaman-pengalaman pembelajaran. Kepentingan aktiviti ini juga setara

dengan kepentingan aktiviti dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai

penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran.

Pengurusan sekolah di Kementerian pendidikan telah melaksanakan

beberapa inisiatif sendiri untuk menggalakkan penyertaan pelajar dalam aktiviti

kokurikulum. Sehubungan itu 10 pendekatan telah digariskan untuk dijadikan

asas bagi menyemarakkan kokurikulum di sekolah. Salah satu daripada asas

yang telah dipersetujui ialah merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum

untuk pengiraan 10 peratus markah merit kemasukan ke Institusi Pengajian

Tinggi Awam (IPTA) mulai sesi pengambilan 2007/2008.

Pengarahnya, Noor Rezan Bapoo Hashim, berkata “markah bonus berkenaan

diberi sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian cemerlang pelajar dalam

bidang kokurikulum dan kemasyarakatan yang diusahakan sendiri”.

1
1.1 PENYELIAAN GERAK KERJA KOKURIKULUM DAN KEPENTINGANNYA

Pengurusan dan penyeliaan kegiatan kokurikulum yang lebih meluas dan

fleksibel dapat memberi pulangan yang setimpal kepada pelajar-pelajar. Asas

keberkesanan kokurikulum bergantung kepada sistem pengurusan sekolah yang

berkesan. Pengetua yang bertindak sebagai pengurus kokurikulum harus

mengurus “do things right”. Ini bermakna seorang pengurus merupakan

seseorang yang mempunyai kecekapan dan kemahiran yang tinggi dalam

pengurusan (Hussein, 1997). Pengurusan kegiatan kokurikulum di sekolah dan

peranan pentadbir sekolah merupakan tunjang dan tenaga penggerak dalam

pelaksanaannya.

Aktiviti penyeliaan kokurikulum merangkumi tanggungjawab daripada

pihak pengurusan sekolah dan guru-guru pembimbing dengan diselaras oleh

Setiausaha Kokurikulum. Mohd Salleh (2000), mendefinisikan penyeliaan dari

sudut aktiviti pengajaran dan pendidikan. Beliau berpendapat ia merupakan

tugas pentadbir kerana penyelia adalah sebahagian dimensi pentadbiran sekolah

dan dianggap sebagai satu perkembangan bidang professional pengurusan.Al

Ramaiah (1999) pula berpendapat penyeliaan adalah satu usaha untuk

mendorong, menyelaras dan membimbing dalam hal pengajaran supaya mereka

lebih berupaya melakukan semua fungsi berkaitan pengajaran. Di antara

kepentingan penyeliaan kokurikulum adalah;

i) Memastikan agihan penempatan pelajar

ii) Menentukan agihan tempat perjumpaan

iii) Menyediakan jadual mesyuarat agung

2
iv) Menyediakan jadual perjumpaan

v) Menyediakan buku laporan

vi) Memastikan laporan dibuat

vii) Pemeriksaan buku laporan

viii) Memastikan kelicinan perjalanan aktiviti

ix) Untuk penilaian bagi peningkatan dalam merancang aktiviti

x) Pelaporan kepada Penolong Kanan HEM

1.2 CARTA ORGANISASI KO-KURIKULUM

Di sekolah, pengetua merupakan individu yang paling penting untuk

menerajui kegiatan kokurikulum. Pengetua juga merupakan individu penting

yang berusaha memimpin sesebuah sekolah bagi mencapai matlamat sekolah.

Oleh itu, bagi menentukan perancangan strategik ini,pengetua perlu menentukan

visi dan misi yang dapat dicapai melalui perancangan jangka panjang yang

terperinci, pelaksanaan yang tepat serta penilaian dan pengawasan prestasi

yang berkesan agar tahap pencapaian kokurikulum di sekolah mencapai

matlamatnya. Penyelaras atau Setiausaha Kokurikulum pula perlu membuat

perancangan dan pengurusan sumber tenaga yang kemas iaitu bertindak

sebagai perancang utama tetapi melaksanakannya melalui ‘empowerment’

kepada organisasi dibawahnya. Carta organisasi kokurikulum berikut merupakan

contoh daripada sekolah Maahad Syamsul Maarif (P), Pulai Chondong,

Kelantan. Menurut Puan Midah Salleh selaku Setiausaha Kokurikulum, bermula

tahun 2008 satu Jawatankuasa Penilaian Markah Kokurikulum telah ditubuhkan

3
bagi menyelia dan menyelaras pengagihan dan pengiraan markah kokurikulum

bagi tahun 2008.

Rajah 1: Carta Organisasi Kokurikulum

SUMBER : FAIL KOKURIKULUM (2009), MAAHAD SYAMSUL MAARIF (P), PULAI CHONDONG

Berdasarkan Rajah 1, Setiuasaha Kokurikulum dibantu oleh empat

orang Ketua Penyelaras (KP) iaitu KP Pasukan Badan Beruniform, KP Kelab

dan Persatuan, KP Sukan dan Permainan dan KP Kegiatan Ilmiah. Setiap KP

akan dibantu oleh Jawatankuasa Pelaksana yang terdiri daripada guru-guru

pembimbing atau guru penasihat (GP). Setiap peringkat di dalam struktur

organisasi di atas mempunyai tanggungjawab dalam menyelia dan

melaporkan segala aktiviti yang telah dirancang oleh Jawatankuasa Induk

Kokurikulum. KP dan GP adalah penggerak dalam menjana keberkesanan

perjalanan aktiviti kokurikulum sekolah.

4
1.3 STRUKTUR JAWATANKUASA PENILAIAN MARKAH KOKURIKULUM

Mulai tahun 2008, Jawatankuasa Penilaian Markah Kokurikulum telah

ditubuhkan bagi melaksanakan aktiviti penilaian gerak kerja kokurikulum.

Jawatankuasa Penilaian yang dilantik adalah sebagaimana berikut:

Pengerusi : Pengetua

Timb Pengerusi : Pen Kanan HEM

Setiausaha : S/U Ko-Kurikulum

AJK : 1. Guru Pembimbing/Guru Penasihat (GP)

Pasukan Badan Beruniform,


Kelab/Persatuan
Sukan/Permainan

2. Guru Tingkatan

3. Penyelaras Peperiksaan SPM/STAM

Pengetua dan Penolong Kanan HEM memainkan peranan sebagai dalam

mengelola dan menyelia perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang

telah disediakan oleh Setiausaha Kokurikulum sekolah. Guru Pembimbing/Guru

Penasihat (GP) akan memantau dan merekodkan penglibatan dan kehadiran

pelajar bagi setiap aktiviti kokurikulum mengikut jadual yang telah disediakan

oleh Setiausaha Kokurikulum sekolah. Di dalam Jawatankuasa Penilaian markah

Kokurikulum, Guru Tingkatan (GT) memainkan peranan dalam mengisi markah

kokurikulum di dalam Buku Rekod Penilaian Aktiviti Kokurikulum pelajar. Selain

itu, GT bertanggungjawab dalam memberikan markah bonus semaksimum 10

markah kepada pelajar yang berkenaan di dalam kelas masing-masing. GT akan

5
menyerahkan buku rekod tersebut kepada Pengetua untuk ditandatangan

pengesahan dan diserahkan kepada ibubapa/penjaga pelajar untuk

ditandatangan. Seterusnya GT akan menyerahkan buku rekod itu kepada

Setiausaha Kokurikulum untuk menyelarasan markah GPA, CGPA dan 10%.

Kerjasama daripada Penyelaras Peperiksaan diperlukan kerana data pelajar

(nombor kad pengenalan dan angka girliran) akan diimport melalui Sistem

Pendaftaran On-line Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan Malaysia. Akhir sekali

Setiausaha Kokurikulum akan menghantar markah kokurikulum ke JPN melalui

aplikasi kemasukan markah kokurikulum sebagaimana lampiran.

2.0 PENILAIAN GERAK KERJA KOKURIKULUM

2.1 RASIONAL

Melalui pemerhatian yang telah dibuat, penilaian kegiatan kokurikulum

pelajar yang dibuat oleh setiap sekolah adalah berbeza antara satu sama lain.

Keadaan ini menjelaskan wujudnya unsur-unsur ketidaksamarataan dalam

pemberian markah kepada pelajar. Kemungkinan ada pelajar memperolehi

markah yang berbeza walaupun pencapaian dalam kegiatan kokurikulum adalah

sama. Melalui penggunaan borang penilaian yang standard, unsur-unsur

ketidakadilan dalam pemberian markah boleh dihindari.

Suatu masa dahulu, belum ada garis panduan dan format borang tertentu

dalam membuat penilaian aktiviti kokurikulum. Pengiktirafan dalam kegiatan

6
kokurikulum hanya dibuat dalam bentuk sijil dan surat akuan yang dikeluarkan

oleh sekolah dan badan-badan tertentu. Dalam hal ini amatlah wajar jika

penilaian yang dibuat tidak hanya berlandaskan pencapaian dalam kegiatan

semata-mata kerana aspek-aspek lain seperti kehadiran dalam aktiviti,

tanggungjawab yang disandang dan penglibatan pelajar dalam sesuatu kegiatan

kokurikulum perlu diambilkira.

Penilaian kegiatan kokurikulum boleh merangsang pelajar-pelajar untuk

bergiat lebih aktif dalam kegiatan kokurikulum. Semua pelajar mempunyai

peluang yang sama untuk memperolehi markah kerana penilaian yang dibuat

adalah setara. Bagi pelajar yang bercita-cita melanjutkan pelajaran ke institusi

pengajian tinggi penglibatan yang cemerlang dalam aktiviti kokurikulum boleh

dijadikan sandaran untuk mencapai citi-citi mereka.

2.2 OBJEKTIF

2.2.1 Menyediakan satu kaedah penilaian aktiviti kokurikulum yang boleh

diterima pakai oleh semua sekolah.

2.2.2 Membantu Bahagian Sekolah (Sekolah Berasrama Penuh) dan Bahagian

Pengajian Tinggi dalam membuat penilaian kemasukan pelajar-pelajar ke

asrama penuh dan institusi-institusi pengajian tinggi

2.2.3 Menggalak dan meningkatkan penglibatan yang menyeluruh di kalangan

pelajar dalam aktiviti kokurikulum.

7
3.0 GARIS PANDUAN PENYELIAAN DAN PENILAIAN

Garis Panduan adalah satu keperluan kepada semua unit-unit penggerak yang

menjana perjalanan aktiviti kokurikulum. Penyelarasan garis panduan dapat

memberikan gambaran yang jelas kepada Ketua Penyelaras, Guru Penasihat,

Guru Tingkatan dan Penyelaras Peperiksaan berkenaan prosedur dan

tanggungjawab masing-masing. Garis panduan semasa melaksanakan penilaian

kokurikulum sekolah adalah seperti berikut:

3.1 Pengurusan sekolah hendaklah mempunyai pengurusan/kemudahan

berikut:

3.1.1 Perancangan yang jelas

3.1.2 Tempat Penyimpanan Buku Rekod Kehadiran dan Penilaian.

3.1.3 Buku Panduan Penilaian Kokurikulum.

3.1.4 Rancangan mingguan & tahunan kokurikulum.

3.1.5 Buku panduan pelaksanaan aktiviti yang dikeluar oleh KPM dan

agensi luar.

3.2 Gambar murid dilekatkan pada Buku Rekod Kehadiran dan Buku Rekod

Penilaian.

3.3 Semua murid mesti mempunyai Buku Rekod Kehadiran Kokurikulum dan

Buku Rekod Penilaian Kokurikulum

3.4 Bekerjasama dengan setiausaha peperiksaan sekolah untuk merekod dan

menyerahkan data pencapaian murid.

8
3.5 Mengadakan taklimat kepada setiausaha peperiksaan guru

penasihat/pemimpin dan guru kelas.

3.6 Mewujudkan Jawatankuasa Penilaian peringkat sekolah.

3.7 Memastikan semua murid mendapat peluang menyertai aktiviti Badan

Beruniform, Persatuan-Kelab dan Sukan.

3.8 Melantik guru yang berkemahiran sebagai guru penasihat/pemimpin.

3.9 Memberi peluang kepada guru yang berkemampuan dalam sesuatu

bidang menjadi guru penasihat dalam bidang tersebut.

3.10 Menyediakan prasarana dan sumber kewangan yang mencukupi.

3.11 PPD atau JPN melakukan pemantauan secara berkala.

4.0 CARTA ALIRAN PENGURUSAN PENILAIAN KOKURIKULUM

Penyediaan carta aliran pengurusan penilaian kokurikulum adalah penting

bagi mendapatkan kefahaman yang seragam dan memudahkan setiap peringkat

organisasi dalam carta organisasi kokurikulum. Carta ini perlu dipaparkan di

papan kenyataan supaya dapat dilihat susunatur dan prosedur pelaksanaan

pengurusan penilaian. Rajah 2 menggambarkan prosedur penilaian yang

dijalankan di sekolah.

9
Rajah 2 : Carta Aliran Pengurusan Penilaian Kokurikulum

10
4.1 PROSES KERJA BAGI MENGURUSKAN PENILAIAN AKTIVITI
KOKURIKULUM

Bil Proses Kerja Pegawai Yang


Meluluskan/ Dirujuk

1. Menyediakan Borang Penilaian Aktiviti Ko-Kurikulum PK Kokurikulum


2. Memberi taklimat kepada semua guru tentang panduan SU Kokurikulum
penilaian /cara penilaian
3. PK Kokurikulum
Mengedarkan Borang Penilaian Aktiviti Ko-Kurikulum
kepada Guru Tingkatan SU Kokurikulum
4. Pastikan Guru Tingkatan mengedarkan kepada pelajar SU Kokurikulum
tingkatan masing-masing
Guru Tingkatan
Mengarahkan pelajar berjumpa Guru Penasihat Badan
5. Guru Penasihat
Beruniform/ Persatuan dan Kelab Permainan untuk
mendapatkan markah penilaian masing-masing

6. Pelajar menyerahkan Borang Penilaian Aktiviti Ko- Guru Tingkatan


Kurikulum yang telah lengkap kepada Guru Tingkatan
Guru Tingkatan melengkapkan Borang C apabila
7. menerima Borang Penilaian Aktiviti Ko-Kurikulum Guru Tingkatan
daripada pelajar
8.
Guru Tingkatan mengenal pasti tahun terbaik Bagi
Pelajar T5 dan 6 Atas untuk dijadikan Penilaian Aktiviti Guru Tingkatan
9. Kokurikulum (Borang C)
Pengetua dan GPK Ko-Kurikulum mengesahkan Pengetua
Penilaian tersebut
10. PK Kokurikulum
Pastikan Penilaian diedarkan kepada pelajar untuk
ditandatangan oleh ibubapa/penjaga Guru Tingkatan
11. Menyediakan Satu salinan Rumusan Keseluruhan Gred Guru Tingkatan
Yang Diperolehi mengikut umur, jantina dan bangsa
dihantar ke PPD dan JPN PK Kokurikulum

11
5.0 ASPEK PENILAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM

Penilaian aktiviti kokurikulum seseorang pelajar dalam setiap jenis aktiviti yang

disertai adalah berdasarkan kepada 4 aspek berikut:

i) Kehadiran

ii) Jawatan disandang

iii) Penglibatan

iv) Pencapaian

Bagi keempat-empat aspek ini peratus markah yang diperuntukkan adalah

seperti berikut:

Jadual 1: Aspek Penilaian Dan Pembahagian Markah (%)

ASPEK PENILAIAN MARKAH (%)


Kehadiran 50
Jawatan disandang 10
Penglibatan 20
Pencapaian 20
JUMLAH 100 (%)

5.1 ASPEK KEHADIRAN

12
Markah Aspek Kehadiran ialah markah yang tertinggi iaitu 50%. Ini

bertujuan untuk menggalakkan murid hadir pada setiap aktiviti yang dijalankan.

Jumlah kehadiran yang maksimum berasaskan kepada jumlah minggu

persekolahan dalam setahun; dengan mengambil kira bahawa setiap jenis aktiviti

kokurikulum dijalankan sekali seminggu dan dengan peruntukan masa 2 jam

(mengikut kursus). Pengecualian kehadiran hanya dipertimbangkan jika murid

sakit, menyertai kegiatan lain dengan kelulusan dan sebab-sebab lain yang

munasabah. Ketidakhadiran ini perlulah dalam pengetahuan pihak sekolah.

Kehadiran minimum bagi kegiatan Pasukan Badan Beruniform ialah 18

kali perjumpaan setahun, kelab / persatuan 12 kali perjumpaan setahun dan

sukan / permainan 12 kali perjumpaan setahun. Perkiraan markah kehadiran

adalah seperti berikut:

Contoh Pengiraan Markah Kehadiran:

Jika jumlah kehadiran pelajar = 15 kali

Jumlah Perjumpaan setahun = 18 kali

Ketidakhadiran diluluskan = 2 kali (cuti sakit, wakil sekolah

dll)

Markah kehadiran = 15 x 50
18 - 2

= 46.8 @ 47 %

Jadual 2 : Bilangan Kehadiran Setahun Bagi Aktiviti Kokurikulum

13
AKTIVITI KOKURIKULUM BIL KEHADIRAN
Pasukan Badan Beruniform 18

Kelab/Persatuan 12

Sukan/Permainan 12

5.2 ASPEK JAWATAN YANG DISANDANG

Markah Aspek Jawatan Disandang ialah 10% dan diberikan kepada

individu yang memegang sesuatu jawatan yang tertinggi dalam kegiatan

kokurikulum. Sungguhpun begitu ahli-ahli biasa dan jawatan-jawatan yang lain

juga diperuntukkan markah mengikut jenis jawatan yang disandang. Agihan

markah bagi jawatan yang disandang adalah seperti berikut

Jadual 3(a): Markah Jawatan Disandang bagi Pasukan Badan Beruniform

JAWATAN MARKAH
Pengakap Raja/ Pandu Puteri Raja / Pegawai Waran 1/Sub- 10
Inspektor/Drum Major/ Pangkat-Pangkat lain yang difikirkan
sama taraf.
Pegawai Waran II /Bintara Kanan/ Staf Sarjan / Sarjan Mejar / 8
Ketua Trup / Anugerah Ketua Pesuruhjaya /Pangkat-Pangkat
lain yang difikirkan sama taraf.
Sarjan/Penolong Trup / Bintara Muda / Ketua Platun /Pangkat- 7
Pangkat yang difikirkan sama taraf.
Koperal / Lans Koperal / Ketua Patrol / Penolong Ketua Patrol / 6
AJK / Laskar Kanan/Jawatan-Jawatan / Pangkat- Pangkat yang
difikirkan sama taraf
Pra-Persetiaan / Ahli Aktif 4
Ahli Biasa 1

Jadual 3(b) : Markah Jawatan Disandang bagi Persatuan /Kelab / Sukan /


Permainan

JAWATAN MARKAH

14
Pengerusi / Presiden / Kapten Pasukan / Ketua Pasukan 10

Sukan/Permainan / Ketua Rumah


Timbalan Pengerusi / Naib Pengerusi 8
Setiausaha / Bendahari 7
Penolong Setiausaha / Penolong Bendahari 6
Ahli Jawatankuasa 5
Ahli Aktif 4
Ahli Biasa 1

5.3 ASPEK PENGLIBATAN

Markah Aspek Penglibatan ialah 20%. Markah ini diberikan kepada

semua ahli berdasarkan sumbangan dan komitmen mereka di dalam semua

aktiviti yang dijalankan dan tahap penglibatan yang disertai. Markah penglibatan

bagi individu dan pasukan atau kumpulan adalah sama. Pemberian markah-

markah adalah seperti Jadual 4.

Jadual 4 : Markah Aspek Penglibatan

PERINGKAT PENGLIBATAN MARKAH

Sekolah 08

Zon/Daerah/Bahagian 11

15
Negeri 14

Kebangsaan 17

Antarabangsa 20

5.4 ASPEK PENCAPAIAN

Markah Aspek Pencapaian ialah 20%. Markah ini merupakan

pencapaian pelajar dalam pertandingan diperingkat Sekolah, Zon / Daerah /

Bahagian /Negeri / Kebangsaan dan Antarabangsa. Pencapaian yang di nilai

hanyalah kepada kedudukan Johan, Naib Johan dan Ketiga. Dalam aspek

pencapaian markah bagi pencapaian individu atau pasukan adalah sama.

Markah pencapaian yang ditetapkan adalah seperti berikut :

Jadual 5: Markah Aspek Pencapaian

PERINGKAT PERTANDINGAN JOHAN NAIB JOHAN KETIGA

SEKOLAH 08 07 06

ZON/DAERAH/BAHAGIAN 11 10 09

16
NEGERI 14 13 12

KEBANGSAAN 17 16 15

ANTARABANGASA 20 19 18

Setiap pemberian markah dalam aspek-aspek yang dinilai adalah

berdasarkan markah tertinggi yang layak diperolehi oleh seorang murid.

Umpamanya jika seorang pelajar pernah mewakili daerah, negeri, kebangsaan

dan antarabangsa, markah aspek pencapaian yang diambilkira hanyalah

pencapaian di peringkat antarabangsa (20 markah).

5.5 MARKAH BONUS

5.4.1 SUMBANGAN PERKHIDMATAN

Markah Bonus diberi berdasarkan sesuatu jawatan kepimpinan yang

disandang oleh murid dan jawatan tersebut bertujuan membantu pengurusan

dan pentadbiran sekolah. Perjawatan tersebut merangkumi:

i) Perjawatan Peringkatan Sekolah seperti pengawas, pengawas

perpustakaan, Imam dan sebagainya.

ii) Perjawatan Peringkat Rumah seperti Ketua rumah, Ketua

bilik/asrama dan sebagainya.

iii) Perjawatan Peringkatan Kelas seperti Ketua Kelas/darjah dan

sebagainya.

17
Bagi setiap jawatan tersebut markah bonus diberikan sebagai

pengiktirafan kepada murid di atas sumbangan perkhidmatan setiap tahun.

Markah bonus yang ditetapkan adalah sebagaimana Jadual 6.

Jadual 6 : Markah Bonus

Bil. Jawatan Markah


Bonus
1 Ketua Murid I/Ketua murid II 10

2 Timbalan/Penolong Ketua Murid 8

3 Ketua/Pengerusi badan-badan perkhidmatan atau pengurusan 7


utama yang ditubuhkan untuk membantu sekolah-ketua
asrama/Ketua PRS/Quatermasters

4 Penolong Ketua Asrama/Penolong Quatermasters 6

5 AJK Utama badan-badan perkhidmatan atau 5


Pengurusan(Bendahari/setiausaha/Ketua Biro)-asrama/PRS/Ahli
Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah

6 Ahli-ahli J/kuasa perkhidmatan dan sokongan-AJK Kecil Biro/ketua 3


Bilik/Ketua Dom/Ketua Darjah/Ketua Tingkatan/PROSTAR.
7 Penolong Ketua Kelas/Penolong Ketua Bilik/Ahli Quatermasters 2

5.4.2 ANUGERAH KHAS

Anugerah khas diberi sebagai pengiktirafan kepada murid/ pelajar di atas

pencapaian cemerlang dalam bidang kokurikulum dan kemasyarakatan yang di

usahakan sendiri. Markah anugerah khas ini ditetapkan seperti yang ditujukkan

di dalam Jadual 7.

18
Pengagihan markah bagi setiap murid hanya layak menerima markah

bonus untuk jawatan yang paling tertinggi yang disandang pada setiap tahun.

Sekiranya jawatan yang disandang dilucutkan atas sebab-sebab tindakan

tatatertib atau kes disiplin, maka markah bonus ini tidak layak dimasuk kira.

Jadual 7: Anugerah Khas

Bil Jawatan Markah


Bonus
1 Anugerah Remaja Perdana(ARP)
Emas 10

Perak 7

Gangsa 5

2 Pingat Hang Tuah Kebangsaan/Tunas Jaya 10


Kebangsaan

3 Pencapaian aktiviti Kokurikulum di luar Negara atas


pembiayaan sendiri
Johan 5

Naib Johan 3

Ketiga 2
4 Nilam 5

5 Lain-lain anugerah yang setara 5

6.0 PELAKSANAAN

Semua sekolah menengah di setiap negeri telah diminta menggunakan

format dan borang yang sama dalam membuat penilaian aktiviti kokurikulum

pelajar. Penilaian hendaklah dibuat pada setiap hujung tahun atau selewat-

19
lewatnya awal bulan Januari tahun yang berikutnya. Tempoh ini diperlukan

kerana masih ada kegiatan kokurikulum peringkat kebangsaan yang dijalankan

pada bulan Disember. Oleh sebab penilaian kokurikulum dibuat sepanjang

tempoh murid berada di Tingkatan 1 hingga 6. Pihak sekolah perlu menyediakan

Buku Kemajuan Kokurikulum yang telah diseragamkan oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia. Langkah ini memudahkan penyimpanan rekod-rekod

kemajuan dan pemindahan rekod sekiranya murid berpindah ke sekolah lain dan

kemasukan ke Matrikulasi / IPT.

Pihak sekolah telah membentuk jawatankuasa penilai yang terdiri

daripada guru – guru dan dipengerusikan oleh Pengetua / Guru Besar

sepertimana yang telah dterangkan dalam struktur Jawatankuasa Penilaian

Markah. Setiap borang penilaian perlu disemak oleh guru pemimpin sebelum

disahkan oleh Pengetua dan Penolong Kanan Kokurikulum Penilaian

kokurikulum murid dilakukan pada setiap tahun sepanjang persekolahannya .

Keputusan penilaian akan dipersembahkan dalam bentuk prestasi tahun semasa

(GPA) dan himpunan prestasi sepanjang tempoh persekolahan (CGPA).

Contohnya prestasi GPA dan CGPA Murid X dalam bidang kokurikulum dalam

tempoh persekolahan sehingga Tingkatan 5:

7.0 FORMAT BORANG PENYELIAAN DAN PENILAIAN

Bahagian ini akan menerangkan dengan lebih terperinci berkenaan cara

merekod, menilai dan mengira markah keseluruhan markah kokurikulum.

Penggunaan standard borang dan format di dalam Buku Rekod Penilaian

20
Kokurikulum banyak membantu Guru Pembimbing dan Guru Tingkatan dalam

melaksanakan tugas masing-masing sebelum menyerahkan buku rekod tersebut

kepada Setiausaha Kokurikulum sekolah.

7.1 BUKU REKOD PENILAIAN KOKURIKULUM

7.1.1 Menengah Rendah (Tingkatan 1- Tingkatan 3)

7.1.2 Menengah Atas (Tingkatan 4 – Tingkatan 6)

Rajah 3: Buku Rekod Penilaian Kokurikulum Sekolah

Rajah 4: Rekod Kehadiran Kokurikulum & Rekod Penglibatan dan


Pencapaian

21
Rajah 5 : Markah Bonus Tertinggi & Rumusan Penilaian Tahunan

Rajah 6 : Rumusan Penilaian Keseluruhan

22
8.0 PENGIRAAN MARKAH KOKURIKULUM

8.1 CONTOH PENGIRAAN MARKAH TAHUN SEMASA (GPA)

Kegiatan Pasukan Badan Beruniform

Aspek penilaian Prestasi Markah


(a) Kehadiran Penuh (18/18) 50

(b) Jawatan disandang Ahli Aktif 3

(c) Penglibatan Menghadiri Jambori Pengakap Peringkat 14


Negeri
(d) Pencapaian Ketiga Kawad Kaki Peringkat Negeri 12

Jumlah 79

Kegiatan Kelab/Persatuan

Aspek Penilaian Prestasi Markah

23
(a) Kehadiran 10/12 42

(b) Jawatan Ajk Persatuan Sejarah 5

(c) Penglibatan Menyertai Seminar Penulisan Sajak Peringkat 14


Negeri

(d) Pencapaian Naib Johan Pertandingan Bahasa Ala Parlimen 7


Antara Kelas

Jumlah 68

Kegiatan sukan/Permainan

Aspek Penilaian Prestasi Markah


(a) Kehadiran Penuh (12/12) 50

(b) Jawatan Ajk Kelab Bola Sepak B18 5

(c) Penglibatan Mewakili Negeri dalam Pertandingan Balapan 14


MSSM

(d) Pencapaian Naib Johan Timang Bola Piala Nike Peringkat 16


Kebangsaan

Jumlah 85

8.1.1 GRED PENILAIAN KEGIATAN KOKURIKULUM

Gred penilaian setiap markah yang diperolehi adalah seperti berikut:

Gred Markah
A 80-100
B 60-79
C 40-59
D 20-39
E 0-19
Mengambil contoh markah kegiatan kokurikulum yang diperolehi pelajar di

atas, gred yang diperolehi bagi setiap kegiatan kokurikulum adalah seperti

berikut:

Kegiatan Markah Yang Diperolehi Gred

24
Pasukan Unit Beruniform 79 B
Persatuan/Kelab 68 B
Sukan/Permainan 85 A

8.1.2 GRED KESELURUHAN TAHUN SEMASA (GPA)

Gred keseluruhan bermaksud gred yang diperolehi oleh seorang murid

dalam dua dari tiga jenis kegiatan kokurikulum yang dianggotai beserta markah

bonus. Dua bidang kegiatan dipilih bergantung kepada prestasi markah yang

diperolehi, iaitu dua bidang yang menunjukan prestasi tertinggi.

Gred keseluruhan boleh diperolehi dengan mencampurkan jumlah markah

kedua-dua kegiatan kokurikulum yang diperolehi dan mendapatkan purata bagi

kedua-dua markah tersebut. Kemudian nilai tersebut dicampurkan dengan

markah bonus yang diperolehi. Hasil tambah tersebut dipadankan dengan nilai

gred sebagaimana yang terdapat pada jadual.

Mengambil contoh markah kegiatan kokurikulum yang diperolehi pelajar

pengiraan gred keseluruhan adalah seperti berikut:

Jumlah Markah Pasukan Badan Beruniform = 79

Jumlah Markah Persatuan/Kelab = 68

Jumlah Markah Sukan = 85

Markah purata ialah = (79+85) / 2

25
= 82

Markah bonus (sebagai Ketua Murid) = 10

Markah keseluruhan = 82 + 10

= 92

Gred Keseluruhan = A

8.2 CONTOH PENGIRAAN MARKAH TERKUMPUL (CGPA)

Contoh pengiraan Markah Terkumpul (CGPA) :

Prestasi GPA dan CGPA pelajar dalam bidang kokurikulum dalam tempoh

persekolahan sehingga Tingkatan 5.

Tingkatan Markah kokurikulum GPA CGPA


I 69 69 69.0
II 82 82 75.5
III 83 83 79.25
IV 89 89 84.13
V 80 80 82.06

Kiraan Markah Terkumpul (CGPA)

Tingkatan II = (69 + 82)/2 = 75.5

Tingkatan III = (75.5 + 83) = 79.25

Tingkatan IV = (79.25 + 89) = 84.13

Tingkatan V = (84.13 + 80) = 82.06

8.3 PENGIRAAN MARKAH 10%

26
Pengiraan 10% Markah Keseluruhan ke Institut Pengajian Tinggi Awam

= Markah Keseluruhan x 10
100

Contoh Kiraan Markah 10% :

Tingkatan V = 82.06 x10


100

= 8.21

8.4 KES-KES TERPENCIL

Adalah pelaksanaan penilaian kokurikulum bagi :

 Murid/pelajar Pendidkan Khas

 Murid/pelajar kurang upaya

 Pesakit kronik/luar biasa

 Sekolah di kawasan pedalaman

 Sekolah kurang murid (SKM)

27
8.6 KES-KES KHAS

Murid/pelajar yang terlibat dalam aktiviti sukan berprestasi tinggi

hendaklah dinilai mengikut criteria seperti murid/pelajar biasa

9.0 PENUTUP

Keberkesanan penyeliaan dan penilaian gerak kerja kokurikulum di

sekolah bergantung kepada perancangan, strategi dan pelaksanaan yang teliti

daripada semua pihak. Namun, tidak dinafikan bahawa pihak pentadbiran dan

pengurusan merupakan tunjang utama di sekolah kerana memainkan peranan

bagi memastikan penyeliaan dan penilaian gerak kerja kokurikulum dilakukan

dengan teliti dan sistematik. Justeru itu, sebagai pengurus kokurikulum,

Pengetua, Penolong Kanan HEM, Setiausaha Kokurikulum dan Guru

Pembimbing seharusnya mempunyai asas-asas pengetahuan semasa yang

terkini untuk menjalankan tugas mereka dengan lebih cekap, berwibawa,

berkualiti serta berpandangan jauh terhadap penyeliaan dan penilaian

kokurikulum di sekolah. Bagi menjamin keberkesanan pelaksanaan gerak kerja

kokurikulum, pihak pentadbir harus mempunyai idea yang bernas dan pemikiran

yang strategik. Bagi menentukan perancangan yang strategik ini, satu arah

haluan melalui perancangan jangka panjang yang terperinci, pelaksanaan yang

tepat serta penilaian dan pengawasan prestasi yang berkesan perlu digarap

seperti mana yang disyorkan berdasarkan konsep Taylor (1984) agar tahap

pencapaian kokurikulum di sekolah mencapai matlamatnya.

28
RUJUKAN

Abdullah Sani Yahaya (2009). Mengurus Sekolah: Menyelia Kokurikulum. Kuala


Lumpur.

Hussein Mahmood (1997). “Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah.” Kuala


Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia (1997). Panduan Penilaian Aktiviti Kokurikulum


Sekolah Menengah. Kuala Lumpur

Kementerian Pelajaran Malaysia (1989). “Buku Panduan Pengurusan Gerak


Kerja Kokurikulum Sekolah Menengah.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

29
Taylor, W. (ed) (1984). “Metaphors of Education.” London: Heinemann.

LAMPIRAN

1. SLIDE POWERPOINT: PEMBENTANGAN KUMPULAN [06 NOVEMBER


2009]

2. SURAT PEKELILING : ASAS PENGGUNAAN 10% MARKAH


KOKURIKULUM SEBAGAI SYARAT KE IPTA SESSI 2009 BAGI CALON
SPM, STPM,STAM

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 2007/2008 BERKAITAN MARKAH


10%

4. SOALAN DAN JAWAPAN (FAQ) BERKAITAN MARKAH 10%

5. LEMBARAN EXCEL : RUMUSAN PENILAIAN TAHUNAN KOKURIKULUM

30
31

You might also like