You are on page 1of 2

LAPORAN KEBAKARAN DAN PERTOLONGAN CEMAS OLEH JABATAN

PERTAHANAN AWAM MALAYSIA



Pada hari Khamis bersamaan dengan 20 haribulan Februari, Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil Mukim Pundut telah melaksanakan suatu ceramah yang berkenaan
dengan kebakaran dan pertolongan cemas. Program ini telah diatur oleh pihak hal
ehwal murid sekolah yang diwakili oleh Pn.Rahmathunisa dan Pn. Gandhimathi. Tepat
pada pukul 10.30 pagi program ini bermula dan berlangsung sehingga 12.35 tengah
hari. Program ini telah diadakan di Dewan Sekolah dan sebanyak 300 orang murid
serta diiringi dengan 20 orang guru. Sebanyak enam orang penceramah telah
menghadiri ke sekolah tersebut. Objektif utama mengadakan ceramah ini adalah bagi
mewujudkan kesedaran untuk mencegah dan mengurangkan kemungkinan berlakunya
kebakaran serta cara melakukan bantuan mula kepada seseorang yang menimpa
kemalangan atau kecederaan kecil.

Dalam sesi yang berkaitan dengan kebakaran, penceramah pertama telah
mengemukakan talian nombor telefon bomba kepada para murid. Informasinya telah
diberikan kepada para murid melalui lagu yang mudah dihafal. Dalam ceramah tersebut
beliau menyatakan bahawa ramai murid masih tidak mengetahui talian nombor bomba
dan cara menyelamatkan diri apabila ditimpa kebakaran. Pada masa yang sama, beliau
juga mengingatkan bahawa jika didapati sesiapa bermain dengan menghubungi talian
nombor tersebut tindakan wajar akan diambil oleh pihak berkuasa kepada individu yang
berkenaan.

Menerusi ceramahnya, beliau memperkenalkan beberapa jenis kebakaran dan
menekankan pentingnya strategi untuk mencegah kebakaran yang perlu disediakan di
setiap bangunan. Strategi pencegahan tersebut, termasuk pemasangan alat pemadam
api dan sistem pengesanan asap di bangunan-bangunan kediaman. Beliau juga
mengatakan bahawa faktor utama memperkenalkan peralatan berikut adalah kerana
ramai orang telah kehilangan nyawa kerana tidak dapat mengesan kebakaran
terutamanya semasa tidur. Bersamaan itu, beliau juga telah menunjukkan penggunaan
alat pemadam api dengan cara yang betul kerana ramai orang masih kurang
mempunyai pengalaman dalam menggunakan alat pemadam api. Seterusnya, beliau
menyatakan pendapat sendirinya iaitu kebanyakan kebakaran biasanya berpunca dari
kelalaian masyarakat sendiri dan sikap tidak mengambil berat terhadap aspek
keselamatan.

Setelah beliau mengakhiri ulasan pepatah iaitu kecil menjadi kawan, besar
menjadi lawan penceramah seterusnya pula datang untuk memberikan kesedaran
tentang bantuan mula dan cara mengendalikan kecederaan. Dalam cemarahnya beliau
telah menekankan tentang kepentingan melakukan bantuan mula kepada seseorang
kerana ia mampu mengelakkan keburukkan yang akan berlaku seterusnya. Di sini,
beliau menekankan bahawa seseorang tidak perlu menghubungi pihak bomba
sekiranya individu berikut mengalami kecederaan ringan. Malah, mereka perlu memberi
bantuan awal kepada individu yang memerlukannya. Berhubungan dengan itu, beliau
juga telah memberikan penerangan yang jelas tentang jenis-jenis kecederaan dan cara
mengendalikannya dengan betul bagi menyelamatkan nyawa seseorang.

Setelah selesai sesi ceramah tersebut guru besar, guru penolong kanan
kurikulum dan hal ehwal murid telah berucap dan berterima kasih kepada pihak bomba
yang sudi menghadiri ke sekolah dan sesi penyampaian cenderahati penghargaan telah
diberikan kepada setiap penceramah. Pada akhirnya, ceramah ini telah dapat
dilaksanakan dengan jayanya dalam situasi yang mesra dan ceria serta benyak perkara
telah diceramahkan kepada para murid dan guru-guru sekolah.

You might also like