You are on page 1of 5

NOTA RINGKAS-SOALAN SOPT PJM3112

Langkah-langkah yang akan dilaksanakan :



(a) Pengendalian Mesyuarat Panitia

- Sebagai pengerusi mesyuarat panitia PJ dan PK.
- Mengarah dan memastikan setiausaha panitia :
Menyediakan agenda mesyuarat panitia selepas berbincang dengan pengerusi.
ii. Menyediakan surat panggilan mesyuarat
iii. Menyediakan minit mesyuarat yang lepas
iv. Membuat tempahan bilik mesyuarat
v. Membuat pesanan minuman/makanan untuk mesyuarat.
vi. Menyediakan laporan tahunan Panitia PJ dan PK.


(b) Pengurusan stor peralatan sukan
i. Pengelolaan Stor Sukan
Mempunyai guru pengawas/penyelia sama ada setiausaha sukan atau guru Pj dan PK yang
bertanggungjawab.
Mempunyai pembantu-pembantu yang terdiri daripada murid-murid bagi menyenangkan
tugas guru penyelia stor.
Peraturan Stor Sukan disenaraikan dengan jelas untuk pengetahuan dan makluman semua
pihak yang ditampal di pintu.
Papan kenyataan - menampal dan mempamerkan notis/risalah tentang sukan.


ii. Penyusunan dan Penyimpanan Alatan
Stor mempunyai kemudahan-kemudahan seperti almari, rak bertingkat, kotak-kotak kayu,
bakul, penyangkut pada dinding untuk menyenangkan simpanan alatan.
Alatan berharga seperti jam randik/`stop watch`, pita ukur, pembesar suara disimpan dalam
almari yang berkunci.
Alatan yang berat seperti peluru/cakera diletakkan di bahagian bawah. Lembing disimpan
dengan mata tajam menghadap ke bawah.
Stor sukan sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas


iii. Pengurusan Peralatan
Penyemakan stok alatan sukan dilakukan bagi mengesan kehilangan dan kerosakan alatan.
Mematuhi peraturan penggunaan alatan sukan
Merekodkan alatan yang dikeluarkan dan disimpan semula
Melaporkan kerosakan dan kehilangan alatan.
Memasti dan mengekalkan stor sukan dalam keadaan bersih, kemas dan teratur.
Mempunyai sistem pelabelan untuk memudahkan pengurusan.


iv. Rekabentuk Stor Peralatan Sukan

Stor peralatan sukan mempunyai ciri-ciri rekabentuk seperti i. Ruang - mencukupi
ii. Keselamatan - kukuh dan seboleh-bolehnya ada jeriji.
iii. Kedudukan - berhampiran dengan padang, jimat masa.
iv. Peredaran Udara - mutu dan alat tidak mudah rosak
iv. Pembahagian- disusun dengan kemas dan teratur.
v. Pintu yang sesuai cukup luas menyenangkan simpan
barang yang besar.



(c) Kaedah pengajaran dan pembelajaran

Memantau pengajaran PJ dan PK
Penulisan rancangan pelajaran dalam buku rekod pengajaran.

Merancang aktiviti peningkatan prestasi pengajaran dan pembelajaran.
Mengadakan kursus kaedah pengajaran dan pembelajaran PJ untuk pendedahan kepada
guru-guru baru.



(d) Pengendalian peperiksaan penggal
Menyediakan jadual pembinaan item soalan peringkat sekolah untuk setiap guru panitia PJ
dan PK.
Memastikan guru-guru PJ menyediakan soalan PJ mengikut takwim peperiksaan sekolah
untuk diselaraskan.
Menyemak soalan PJ supaya mengikut aras yang sesuai dan betul.
Memastikan guru-guru PJ menyemak soalan peperiksaan dan markah diserahkan kepada
setiausaha peperiksaan mengikut tempoh yang diberi.



2. Anda telah dipilih untuk menguruskan Program Lawatan Ilmiah ke Kesatuan Olahraga
Amatur Malaysia (KOAM).

Rancangkan satu Ahli Jawatankuasa dan bincangkan tanggungjawab serta peraturan yang
perlu dipatuhi supaya program di atas dapat diuruskan dengan sempurna.





Ahli Jawatankuasa Induk Lawatan Ilmiah ke KOAM

Penaung Projek
Ketua Penasihat
Timbalan Ketua Penasihat
Pensyarah Penasihat

Ahli Jawatankuasa Kerja Lawatan Ilmiah ke KOAM

Pengerusi
Timbalan Pengerusi
Setiausaha
Naib Setiausaha
Bendahari
J/Kuasa Perhubungan/Pengangkutan
J/Kuasa Penginapan
J/Kuasa Persegaran
J/Kuasa Dokumentasi/Pelaporan
J/Kuasa Publisiti
J/Kuasa Cenderahati
J/Kuasa Keselamatan dan Kebajikan
J/Kuasa Peralatan
J/Kuasa Tugas-tugas Khas


Tanggungjawab dan Peraturan Jawatankuasa


Mengikut bidang kuasa masing-masing
Contoh :
I. Setiausaha :
Menguruskan semua urusan rasmi yang berkaitan dengan surat-menyurat.
Koordinasi dengan Pengerusi
Koordinasi dengan Naib Pengerusi

II. J/Kuasa Persegaran :
Menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan makanan dan minuman pelajar semasa dalam
perjalanan dan semasa berada di tempat lawatan mengikut pekeliling/arahan dari pihak
pentadbiran IPGM Kampus Kota Bharu.
Koordinasi dengan Bendahari projek (bajet)
Koordinasi dengan J/Kuasa Penginapan (urusan makanan)




3. Pilih dua jenis permainan tradisional dan terangkan bagaimana permainan tersebut
dimainkan.

Penerangan anda perlu mengambilkira perkara-perkara berikut:

(a) Objektif permainan

(b) Peralatan dan gelanggang

(c) Peraturan permainan

(d) Cara pengelolaan


GALAH PANJANG


(a) Objektif Permainan

Mempromosi permainan tradisional sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan serta
dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa.
Membina agiliti dalam kalangan pemain
(b) Peralatan dan Gelanggang

Tali/tepung/cat untuk garisan.
Gelanggang Permainan

- Sederhana luas
- Di atas tanah, kawasan bertar atau bersimin
dan di atas padang.
- Tiada ukuran khas ( 6-8 meter lebar dan jarak
bagi setiap garisan lintang gelanggang
antara 3 - 4 meter).
- Jumlah garisan lintang bagi awak-awak tidak
terhad, ia mengikut jumlah pemain bagi
setiap pasukan.


(c) Peraturan Permainan
Kesemua pemain pasukan penyerang akan dikira mati jika salah seorang dari mereka dicuit
oleh pemain pasukan bertahan.
Pemain pasukan penyerang tidak boleh berundur kebelakang setelah melepasi garisan
gelanggang, ia dikira mati yang akan menyebabkan pertukaran kedudukan pasukan.
Pasukan penyerang dikira mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari garisan gelanggang.
Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang dari pemainnya dapat melepasi
kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan. Satu mata diberikan kepada
pasukan ini dan permainan akan dijalankan semula.
Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira memenangi
perlawan tersebut.
(d) Cara Pengelolaan
Sejurus sebelum permainan dimulakan, ketua pasukan penyerang akan menepuk tangan
ketua pasukan bertahan di petak kepala gelanggang. Ini menandakan permainan sudah
dimulakan dan awak-awak boleh mula menyerang, samada secara individu atau beramai-
ramai.
Setiap pemain hendaklah melepasi semua garisan hingga ke garisan belakang sekali dan
kembali semula hingga ke garisan hadapan tanpa dapat dicuit oleh pasukan bertahan. Jika
salah seorang dapat dicuit oleh pasukan bertahan maka pasukan itu dikira mati. Pertukaran
kedudukan akan dilakukan iaitu pasukan yang bertahan akan jadi pasukan penyerang dan
sebaliknya.


CONGKAK

(a) Objektif Permainan

Mempromosi permainan tradisional sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan serta
dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa.
Membina kemahiran membilang (matematik) dalam kalangan pemain
Menghiburkan hati pada waktu lapang.

(b) Peralatan dan Gelanggang

Papan congkak
Biji getah
Biji guli
Gelanggang
Boleh bermain dimana-mana sahaja seperti di dalam rumah dan luar rumah.
Menggunakan papan congkak atau lubang yang digali di atas tanah.

You might also like