You are on page 1of 3

Ayam Goreng Rempah

fidadaud@myresipi.com
Sedap sampai ke tulangnya... Bahan-bahan ( 8 orang )
1 ekor ayam - dipotong 8
4 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk jintan putih
3 sudu besar serbuk ketumbar
Kunyit - sebesar saiz ibu jari
Halia - sebesar saiz ibu jari
1/2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Cara-cara
1. Tumbuk bersama-sama kunyit, halia dan garam sehingga 1/2 lumat
2. Masukkan pula bawang merah, bawang putih, garam dan gula. Tumbuk lagi.
3. Gaulkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi beserta dengan serbuk jintan putih dan
serbuk ketumbar pada ayam sehingga rata
4. Perapkan ayam antara 15 - 20 minit
5. Akhir sekali, goreng menggunakan api sederhana








Resepi sedap: Ayam goreng berempah

Bahan 1 (dikisar)
1 inci Halia
1 inci Kunyit hidup
3 batang serai
5 ulas bawang putih
Bahan 2
Beberapa ketul Ayam (4 atau 5)
sudu jintan manis
sudu jintan putih
1 sudu ketumbar
1 biji telur
daun kari
garam

Cara-cara memasak
1. Perap ayam dengan semua bahan 1 yg dikisar dan bahan 2 selama 45 minit atau sejam.
2. dengan api yg sederhana, goreng ayam tadi sehingga garing
3. Sedia dihidang ! sedap dimakan ketika masih panas
p/s : jintan manis, jintan putih dan ketumbar boleh juga ditumbuk (mengikut selera masing2)
dan boleh juga digantikn dgn rempah kari ayam..
salam semua.sy nak tokok tambah jekalau nak bagi umphh! lagi ayam goreng tu tambah kan
dgn sedikit tepung beras(3 sudu),tepung jagung (3 sudu) tepung gandum(2 sudu) sedikit serbuk
cili (2 sudu)dan yg paling penting sekali sedikit air kapur (2 sudu)(nak bagi
rangup).Cubalah..semua org suka.
Ayam Goreng Berempah
1)Bahan-bahan untuk memerap ayam goreng berempah; bawang merah & halia dikisar halus.

2)Masukkan bahan-bahan kisar tadi ke atas ayam. Campurkan sekali serbuk kunyit 3 sudu,
serbuk kari ayam/daging 1 paket kecil, serbuk jintan manis & jintan putih 3 sudu, serbuk
ketumbar 1 sudu, garam secukup rasa dan daun kari.


3)Selepas itu masukkan tepung jagung.. dalam 3 sudu dan 2 biji telur. Gaulkan ayam dengan
semua bahan-bahan tadi hingga sebati dan biar ia diperap seketika.

4)Pastikan minyak di dalam kuali ini betul-betul panas sebelum menggoreng ayam.

5)Inilah hasilnya ayam goreng berempah..

You might also like