You are on page 1of 5

JADUAL PENENTU UJIAN

Jadual penentu ujian ialah satu rancangan untuk sesuatu item atau lebih dikenali sebagai soalan yang
mengandungi pelbagai tajuk serta aras kemahiran soalan. Ia adalah berfungsi sebagai membantu
seorang guru untuk menyediakan atau membentuk soalan berdasarkan aras yang berbagai-bagai dan
juga krateria yang telah ditetapkan.

Dengan wujudnya ujian yang dipanggil Jadual Penentu Ujian, maka dapatlah seseorang guru
itu menetukan apa bentuk kelemahan yang dihadapi oleh murid-murid. Disamping itu, guru dapat
menyiapkan soalan-soalan yang boleh memberangsangkan pemikiran murid-murid agar dapat
memperbaiki kelemahan dari masa ke semasa.

LANGKAH PENYEDIAAN JADUALPENENTU UJIAN
1. Menentukan isi kandungan dan topik disusun mengikut caranya. Ia mungkin berdasarkan
darjah kesukaran, perkembangan semasa dan sebagainya. Oleh itu, guru perlulah
menyusunnya mengikut dasar yang diterima.
2. Menyediakan jadual dua demensi iaitu senarai topik dan aras kemahiran.
3. Menentukan jumlah bilangan item atau soalan bagi setiap topik berdasarkan aras kemahiran
yang disediakan dan memasukkannya dalam jadual penentu ujian.
4. Menentukan aras kemahiran sama ada aras kefahaman, pengetahuan, aplikasi, analisis,
sintesis atau penilaian.
5. Menjumlahkan semua bilangan atau item bagi setiap topik berdasarkan aras kemahiran yang
disediakan dan memasukkannya ke dalam jadual penentu ujian.
6. Menjumlahkan semua bilangan soalan dalam setiap aras dan keseluruhan.
7. Menyemak jadual penentu ujian yang disediakan dan mendapatkan pandangan daripada
rakan-rakan yang mengajar mata pelajaran yang sama.

OBJEKTIF JADUAL PENENTU UJIAN

Pada dasarnya, penilaian merupakan suatu sistem yang penting dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran sesuatu mata pelajaran KBSR dan KBSM. Antara tujuan-tujuan yang dapat diperolehi
daripada Jadual Penentu Ujian (JPU) adalah:
Kumpul maklumat tentang pencapaian murid-murid selepas aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dapat dilakukan.
Membuat taksiran untuk tindakan yang patut dilakukan.
Menentukan kekuatan dan kelemahan murid-murid dalam topik-topik yang di ajar untuk
membuat perancangan pemulihan dan pengayaan.
Merancangkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.
Merupakan tugasan pengajian ilmu pendidikan bagi guru pelatih.

JULAT
Julat = skor maksima skor minima
= 90 46
= 44

SAIZ SELANG KELAS
Selang kelas = sempadan atas sempadan bawah
= 49.5 41.5
= 8


MIN
Min = jumlah kekerapan titik tengah
jumlah kekerapan

= Sfx
n
= 2889.5
41
= 70.48


PENGIRAAN MEDIAN ( MD )
MD = L + ( n / 2 ) s ( l )
= 65.5 + (42 16 ) 9 8
= 65.5 + 4.48
= 69.98

Di mana :
65.5 = L = Had bawah sebenar selang kelas median
42 = N = Jumlah kekerapan atau calon
16 = S = Jumlah kekerapan sebenar kelas median
9 = F = Kekerapan kelas median
8 = l = Saiz selang kelas


PENGIRAAN MOD

M = LI + ( AI / ( AI + A2 ) ) I
= 57.5 + [12 / (12+4)] 8
= 57.5 + 6
63.5


Di mana :
57.5 = LI = had bawah sebenar selang kelas
12 = AI = ( kekerapan kelas mod ) ( kekerapan kelas sebelumnya )
9 = A2 = ( kekerapan kelas mod ) + ( kekerapan kelas selepasnya )
8 = I = saiz selang kelas

MIN > MEDIAN > MOD Pencongan positif
70.01 > 69.98 > 65.5

INDEKS KESUKARAN PENTAFSIRAN ITEM SOALAN KEPUTUSAN
0.3 hingga 1K Terlalu sukar Ubahsuai
0.3 hingga 0.8 Sederhana Sesuai
0.8 hingga 1K Terlalu mudah Ubahsuai

INDEKS DISKRIMINASI
Untuk membezakan calon-calon daripada kumpulan cerdasdan kumpulan yang kurang
cerdas.
Indeks diskriminasi = B2 B1
(1/2) (1)

Di mana :
B2 ialah jumlah calon dalam kumpulan tertinggi menjawab item soalan dengan betul.
B1 ialah jumlah calon dalam kumpulan rendah menjawab item soalan dengan betul.


PENGANALISIS DAN PENTAKSIRAN ITEM SOALAN

Penganalisis item atau soalan adalah merupakan satu kajian yang sistematik terhadap sains
telah lama digunakan dalam ujian, sama ada mempunyai ciri-ciri ujian terbaik terhadap
kebolehpercayaan, objektif, kebolehpentadbiran, dan kemudahtafsiran.

Maklumat ini dapat menolong seseorang guru untuk memperbaiki kelemahan item tersebut.
Ia akan disimpan di dalam simpanan item pada masa akan datang.

Penganalisis ini adalah berdasarkan keputusan ujian yang lepas untuk dijadikan sebagai
penentuan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi setiap item yang telah digubal. Nilai indeks yang
didapati dapat dijadikan sebagai pemangkin untuk terus digunakan atau tidak.

Indeks kesukaran
Ia digunakan untuk menentukan sama ada item itu terlalu sukar sederhana atau terlalu
mudah.
Indeks kesukaran = Bilangan calon menjawab dengan betul
Jumlah calon yang mencuba item itu

You might also like