You are on page 1of 4

Rumusan dan Laporan Transkripsi Perbualan

Sambutan Hari Raya Korban


Sekolah Kebangsaan Sarikei, Sarikei.
Hari Jumaat

Bilangan
Responden :- (i) Ustaz Din
(ii) Puan Mahnon
(iii) Adik Alif

Butiran
Peribadi :- Responden pertama merupakan responden kumpulan pertama iaitu salah
seorang rakan sekerja saya yang suda berumur 51 tahun. Beliau
dinamakan sebagai Ustaz Din dan mempunyai 2 orang anak sahaja.
Beliau mengajar subjek Bahasa Inggeris dan Sains sahaja. Ustaz Din
beragama Islam dan turut merayakan Hari Raya Haji. Responden kedua
pula dinamakan sebagai Puan Mahnon yang berumur 27 tahun dimana
beliau merupakan responden kumpulan ke-2 saya. Beliau mnegajar
subjek matematik dan juga pendidikan moral sahaja. Manakala,
responden kumpulan ke-3 pula merupakan salah seorang pelajar saya
iaitu dinamakan sebagai Alif. Alif kini berumur 9 tahun iaitu menuntut
di kelas Tahun 3A di salah sebuah sekolah rakan saya.

Persiapan Sebelum Temubual :-
Saya menjalankan sesi temubual ini bersama-sama dengan ahli-ahli kumpulan
yang lain. Rakan saya yang mengajar di salah sebuah sekolah banyak membantu saya
dalam menjayakan sesi rakaman ini. Sebelum temubual ini dijalankan, saya telah
beritndak untuk berjumpa sendiri dengan responden-responden pilihan saya dan
menetapkan tarikh untuk temuduga yang bakal dijalankan nanti. Di sini, saya telah
meminta izin responden ini dan menetapkan masa yang sesuai untuk perjumpaan
dijalankan dan juga memberikan sedikit sebanyak garis panduan mengenai soalan
temuduga saya nanti. Saya juga meminta bantuan daripada guru-guru lain untuk
membantu saya merakam sepanjang proses temuduga ini dijalankan.

Prosedur Perlaksanaan Temubual :-
Apa yang paling penting ialah saya perlu mencari tempat yang sesuai untuk sesi
temuduga ini dijalankan dimana tidak ada gangguan akan berlaku sepanjang temuduga
ini dijalankan nanti. Saya juga telah menetapkan masa peruntukan untuk sebuah sesi
temubual yang dijalankan. Saya juga menanyakan soalan-soalan yang berfokus dan juga
berkaitan dengan perayaan sambutan iaitu Hari Raya Korban ini.

Prosedur Selepas Temubual :-
Selepas sesi temubual ini dijalankan, saya mengucapkan ucapan ribuan terima
kasih di atas kerjasama dan juga maklumat-maklumat yang diberikan ini. Saya
memberikan sedikit saguhati sebagai tanda terima kasih saya kepada mereka. Setelah itu,
saya mengemaskan tempat yang dijadikan rakaman sebentar tadi.

Cabaran Yang Dihadapi Semasa Temubual :-
Saya menghadapi kesulitan apabila responden-responden ini tidak berkata-kata
selepas saya menanyakan soalan kepada mereka. Perkara ini berlaku kepada responden
dalam kumpulan 3 saya dimana murid ini takut untuk memberikan pandangannya dan
mungkin juga faktor kurangnya ilmu pengetahuan murid ini dalam sambutan perayaan
hari raya korban ini.

Maklumat Kritis Yang Diperolehi Berkaitan Dengan Hari Raya Korban :-
Saya mendapat banyak ilmu pengetahuan yang belum pernah saya tahu dimana
saya tahu tujuan sebenar dan juga kepentingan merayakan perayaan ini. selain itu, saya
juga belajar mengenai tradisi dan juga adat-adat yang dilakukan oleh umat Islam
sempena menyambut hari yang mulia ini.

Cadangan Penambahbaikan:-
Di sini, saya ada beberapa cadangan untuk penambahbaikan selepas menjalankan
sesi temuramah ini. Di sini, saya akan lebih berfokus dan juga teliti dengan soalan-
soalan yang saya kemukakan nanti di mana responden-responden ini lebih bersedia
dengan jawapan yang diberikan nanti. Selain itu juga, video yang saya rakam ini kurang
jelas iiatu hanya dengan menggunakan telepon saya sendiri untuk membuat rakaman.
Untuk mendapatkan kualiti video yang baik, maka saya perlu menggunakan perakam
video yang lebih berkualiti lagi selepas ini.


Penutup :-
Saya berasa gembira dengan ilmu yang saya perolehi ini dan saya akan cuba
sedaya upaya untuk mencari lebih banyak maklumat berkenaan dengan perayaan ini
sebagai satu pengetahuan mengenai uniknya sambutan perayaan ini. Saya juga
mengharapkan agar maklumat-maklumat yang saya kumpul ini berjaya menjadi tatapan
serta bacaan kepada mereka yang ingin mengetahui lebih banyak mengenai perayaan
sambutan Hari Raya Korban ini.

You might also like