You are on page 1of 10

EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pembelajaran

1 | P a g e

1. Pengenalan
Penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak memberi
kesan yang baik kepada murid-murid khususnya yang di sekolah rendah.Namun begitu
terdapat juga kelemahan yang timbul kesan daripada penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran. Oleh itu untuk mewujudkan pengajar yang kompeten, tumpuan utama
teknologi pendidikan ialah untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan.Pengajaran yang
berkesan membolehkan murid-murid memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang
diharapkan. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap membantu mewujudkan
keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar sekaligus membantu
pembinaan disiplin yang positif.
Teknologi pendidikan perlu dititi beratkan dalam penyampaian kandungan
pembelajaran dan pengajaran oleh guru. Murid-murid perlu dibawa keluar daripada
kepompong ciri-ciri pembelajaran abad ke-19, antaranya, guru ibarat pelayan komputer
(server) yang meyimpan beribu-ribu maklumat dan murid ibarat cakera keras (hard disk)
tanpa memori yang menunggu untuk diisi. Gaya pembelajaran terkini, seperti yang
ditegaskan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), menyarankan penggunaan
pelbagai pendekatan seperti pembelajaran secara hands-on, kontekstual, konstruktivisme dan
masteri; melalui permainan dan inkuiri penemuan; dan berasaskan projek. Pendekatan yang
digunakan haruslah memberi peluang yang tidak terhad kepada murid dan mengambil kira
tahap kecerdasan murid. Ini adalah selaras dengan gaya pembelajaran abad ke-21 yang
berpaksikan literasi era digital, murid berfikir secara kreatif dan inovatif, kemahiran
komunikasi yang berkesan dan penghasilan kerja yang tinggi.
2. Kemudahan Teknologi di Sekolah Sk Madrasah Datuk Hj. Abdul Kadir Hasan
Oleh kerana sekolah saya merupakan sebuah sekolah besar yang mempunyai 86 orang
tenaga pengajar ( guru ) dan menampung lebih kurang 1231 orang murid maka kemudahan
tenologi terutamanya ICT sememangnya lengkap. Keadaan ini ditambah dengan
pengikhtirafan yang diperoleh sekolah sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan
membolehkan pihak sekolah memperoleh kemudahan ICT untuk sesi pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu, kami juga mempunyai dua buah makmal komputer yang dilengkapi
dengan 20 buah komputer setiap makmal, skrin dan LCD projektor serta kemudahan internet
bagi memudahkan dan menggalakkan warga guru menggunakan kemudahan teknologi ini
untuk sesi pembelajaran dan pengajaran.


EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pembelajaran
2 | P a g e

3. Tahap Penggunaan Teknologi di Sekolah Saya
Kemudahan tenologi yang lengkap di sekolah memudahkan guru-guru menggunakan
teknologi dalam menjayakan sesi pembelajaran dan pengajaran mereka. Penggunaan
teknologi dalam pembelajaran juga dapat membantu guru meningkatkan kefahaman murid-
murid terhadap kandungan pelajaran yang ingin disampaikan. Oleh itu, ramai guru-guru yang
berinisiatif untuk menggunakan kemudahan teknologi ini dalan sesi pengajaran mereka.
Penggunaan teknologi terutamanya ICT di sekolah saya adalah pada tahap berikut :
a. Sangat Baik - 10%
b. Baik - 40%
c. Sederhana - 50 %
Berdasarkan pada angka tersebut, semua guru berinisiatif untuk menggunakan kemudahan
teknologi yang ada untuk membantu mereka menyampaikan kandungan pelajaran kepada
murid-murid. Golongan sangat baik terdiri daripada guru yang celik ICT dan tidak
memerlukan bantuan pihak lain dalam mengendalikan bahan-bahan untuk pengajaran
mereka. Manakala golongan baik pula boleh mengendalikan pengajaran dan pembelajaran
dengan sempurna dan perlu bantuan daripada juruteknik apabila berlakunya masalah
teknikal. Bagi golongan sederhana, guru-guru ini berinisiatif untuk menggunakan komputer
tetapi memerlukan bantuan daripada segi teknikal dan penyediaan peralatan seperti slaid,
komputer, CD untuk sesi pengajaran dan pembelajaran dan pengajaran.
4. Kepentingan penggunaan Teknologi
Penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan
kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat
bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan
berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual. Mereka hanya
perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui
cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas
dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta
mudah untuk di fahami. Selain daripada penglibatan aktif pelajar dalam proses pembelajaran
melalui medium web yang dapat menghasilkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif yang
juga dapat mempertingkatkan tahap pembelajaran dalam kalangan pelajar (Chang 2001).
( Norazah Mohd. Nordin dan Ngau Chai Hong : Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009):
111 129)
Di samping itu kesan penggunaan ICT ialah dapat menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pembelajaran
3 | P a g e

Melalui penggunaan alat ICT guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci
serta mendalam mengenai sesuatu subjek. Contohnya penggunaan internet sebagai alat untuk
mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan. Kemahiran
menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan
pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang
lama seterusnya dapat digunakan dalam aktiviti pembelajaran.
Penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting
untuk dapat meningkatkan kemahiran guru dan pelajar. Melalui penggunaan ICT dalam
proses pengajaran dan pembelajaran pelajar akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan
bahan mengenai ICT seperti komputer, LCD, CD, pendrive, hardware, software, internet dan
sebagainya. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan lebih
menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek
yang dipelajari serta menyimpan,memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi.
Kemahiran dalam menggunakan ICT ini mampu memberi nilai tambah kepada guru agar
dapat menggunakannya untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar. Di samping itu, guru juga
dapat menambah pengetahuan mengenai sistem ICT melalui pengalaman yang diperolehi
semasa menjalankan proses pengajaran melalui interaksi dua hala dengan pelajar bagi
meningkatkan lagi kualiti penyampaian yang akan guru dan pelajar akan berusaha lagi
menambahkan pengetahuan mengenai teknologi ICT ini.Pengetahuan yang mendalam
mengenai ICT amat penting bagi guru agar ianya dapat di aplikasikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bagi memudahkan lagi pemahaman murid.
Selain itu manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada
semua pelajar yang pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah kelas tidak semua pelajar
mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang di ajar oleh guru.Justeru itu
melalui penggunaan ICT murid-murid dapat memahami apa yang di ajar dengan lebih jelas
kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada
penggunaan alatan ICT tersebut. Contohnya melalui pengunaan alat seperti
powerpoint,grafik,audio,video dan sebagainya maka murid-murid akan lebih memahami
setiap apa yang di ajar kerana di beri gambaran dan persembahan yang lebih mudah untuk
difahami.
5. Isu Cabaran-Cabaran Penggunaan Teknologi di Sekolah
Teknologi telah digunakan secara meluas dalam aspek ekonomi,sosial, pentadbiran
dan pendidikan. Tidak dapat tidak, warga pendidik perlu mengaplikasikan penggunaan
EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pembelajaran
4 | P a g e

teknologi terutamanya ICT dalam pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan
perkembangan semasa. Setiap anjakan perubahan yang dilakukan semestinya berdepan
dengan isu dan masalah yang perlu diselesaikan secara bersama. Tidak dinafikan, wujud
masalah-masalah dalam pengaplikasian penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
di Malaysia. Namun, kerajaan Malaysia khasnya Kementerian Pelajaran Malaysia telah
berusaha mengatasi masalah-masalah yang timbul.
Masalah utama yang wujud adalah kemahiran tenaga pengajar iaitu warga pendidik untuk
menggunakan alatan teknologi. Generasi yang lahir sebelum era 1970-an dikatakan kurang
cekap mengendalikan peralatan-peralatan tenologi. Hal ini sangat berbeza dengan generasi
selepas era 1990-an yang cekap dan berpengetahuan luas dalam hal penggunaan ICT. Masih
terdapat guru yang tidak tahu menggunakan komputer untuk memasukkan data atau masih
terkial-kial untuk menaip surat rasmi menggunakan Microsoft Word!. Selain daripada itu,
penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia dikatakan meluaskan lagi
jurang perbezaan pelajar bandar dan luar bandar. Pelajar di luar bandar kurang terdedah
kepada gajet-gajet ICT dalam kehidupan seharian. Hal ini menyebabkan kesukaran pihak
guru untuk menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan program
pendidikan yang dibangunkan dalam bentuk teknologi harus digunakan secara dua hala, iaitu
memerlukan interaksi balas daripada pelajar. Namun, hal initidak dapat dilaksanakan jika
pelajar tidak tahu dan takut menggunakan gajet ICT. Dapatan kajian menunjukkan sikap
guru-guru Bahasa Malaysia terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran adalah
positif. Namun begitu, pengetahuan dan kemahiran guru-guru Bahasa Malaysia masih
berada pada tahap yang sederhana. ( Melvina Chung Hui Ching dan Jamaludin Badusah :
Sikap Guru Bahasa Malaysia Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT) dalam Pengajaran di Sekolah-sekolah Rendah Bintulu, Sarawak : Jurnal Pendidikan
Malaysia 34(1)(2009):58 - 64 )
Sesetengah guru yang tidak cekap mengambil masa yang lama untuk menyediakan
peralatan sebelum memulakan proses pengajaran. Sebagai akibat, masa di bilik darjah
terbazir begitu sahaja memandangkan guru terkial-kial menggunakan peralatan ICT yang
disediakan pihak sekolah.Isu penyalahgunaan makmal komputer dan internet percuma di
sekolah jugadiperkatakan. Guru-guru dan pelajar didapati menyalahgunakan kemudahan
internet disekolah untuk melayari laman-laman web yang tidak berkaitan dengan pengajaran
dan pembelajaran seperti laman sosial facebook, tweeter, MySpace, Friendster dan
sebagainya. Penyalahgunaanseperti ini dibimbangi mampu meningkatkan jenayah intenet
yang sukar dikawal.
EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pembelajaran
5 | P a g e

6. Rumusan
Penggunaan teknologi masa kini terutamanya ICT amat perlu untuk proses
pembelajaran dan pengajaran dalam era globalisasi ini. Meskipun berhadapan dengan isu-isu
dan cabaran terhadap pengaplikasiannya ke dalam aktiviti pembelajaran di dalam kelas
namun dengan usaha dan komitmen guru-guru dan pihak pentadbir sekolah penggunaan
teknologi dapat direalisasikan. Pendedahan terhadap peralatan dan kemahiran teknologi ini
sangat penting bagi guru-guru dan kumpulan sasaran iaitu murid-murid. Penggunaan
kemudahan teknologi ini merupakan salah satu dasar yang menjadi keutamaan Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 5
Tema Kesusasteraan

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 5 Cerdas
Tarikh : 3 April 2012
Masa : 1 jam (7.30 pagi hingga 8.30 pagi)
Bilangan Murid : 38 orang
Tema : Kesusasteraan (Pantun)
Tajuk : Buah-buahan Tempatan
Hasil Pembelajaran/Kemahiran :
Fokus Utama :
1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.
Aras 3 :
(i) Bersoal jawab secara bertatasusila tentang sesuatu perkara dengan menggunakan
soalan pelbagai aras.
5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
lancar serta memahami perkara yang dibaca.
Aras 2 :
(i) Membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul
serta gaya yang sesuai.
Objektif : Pada akhir pelajaran ini, murid dapat:
i. menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru secara bertatasusila.
EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pembelajaran
6 | P a g e

ii. membaca kuat teks pantun teka-teki dan definisi kata adjektif dengan sebutan dan
intonasi yang betul dan gaya yang sesuai.
Sistem Bahasa
Tatabahasa - Kata adjektif, binaan ayat lengkap.
Kosa Kata - Kolek, menoreh
Pengisian Kurikulum
Ilmu - Kesusasteraan, kemasyarakatan
Nilai Murni - Kesyukuran, patriotisme, rasional
Kemahiran bernilai tambah
Kemahiran berfikir - Menjana idea, menghubungkait, menilai, mengenal pasti.
Teori Kecerdasan Pelbagai - Muzik
Belajar Cara Belajar - Membaca mekanis
Bahan Bantu Mengajar - Kad imbasan, teks pantun teka-teki, slaid, lembaran kerja.

Masa


Isi pelajaran

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran


Catatan

Set Induksi
(5 minit)





Slaid Lagu :
Buah-buahan
tempatan.
Soalan
- Apakah perkara yang
dinyatakan di dalam
lagu tersebut?
Bolehkan anda
menyenaraikan buah-
buahan yang disebut
di dalam lagu tadi?
Di negara manakah
kita boleh perolehi
buah-buahan ini?

1. Guru menayangkan video lagu
buah-buahan tempatan
2. Murid memerhati tayangan video
buah-buahan tempatan.
3. Guru bersoal jawab dengan murid
tentang lagu.
4. Murid meneka tajuk pelajaran.
5. Guru memberitahu tajuk pelajaran
hari ini.

Teknik :
- Soal jawab


Nilai :
- Kerjasama


BBM :
Komputer, internet,

Langkah 1
(10 minit)

Slaid
Gambar buah-buahan
tempatan

1. Murid-murid dikehendaki
mendengar semula dan
menyenaraikan nama buah-buahan
yang mereka dengar daripada lagu

Teknik :
- Tunjuk cara
EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pembelajaran
7 | P a g e






tadi
2. Murid menamakan buah-buahan
yang mereka dengar daripada lagu.
3. Guru menunjukkan gambar buah-
buahan yang disebutkan.
4. Guru memberi penerangan kepada
murid-murid tentang bentuk fizikal
buah-buahan yang ditunjukkan
Nilai :
- Kerjasama
- Tekun

BBM :
- Slaid dan teks
pantun teka-teki.


Langkah 2
( 15 minit )

Slaid Teks Pantun
teka-teki
Pantun teka-teki
bertajuk Kenali
Buah-buahan
Tempatan.

1. Murid dibahagikan kepada 5
Kumpulan
2. Setiap kumpulan akan menjawab
teka-teki yang dikemukakan dalam
slaid yang diberikan
3. Murid diminta meneliti teka-teki
dan meneka jawaban
4. Wakil setiap kumpulan diminta
membaca pantun dengan
menggunakan sebutan intonasi dan
gaya yang betul beserta dengan
jawaban.
5. Setiap kumpulan akan mnyemak
jawaban mereka.



BBM :

- Slaid dan teks
pantun teka-teki.


Langkah 3
(15 minit)

Pengajaran
tatabahasa:
Kata adjektif.
Contoh :
- enak
- keras
- manis
- merah

1. Guru menyenaraikan beberapa
perkataan di dalam pantun.
2. Murid menjawab beberapa soalan
yang dikemnukakan oleh guru
berkaitan dengan perkataan yang
dikemukakan.
3. Guru memberi penerangan tentang
kata sifat/adjektif yang ditunjukkan.
4. Murid diminta mencari dan
membulatkan kata adjektif yang
terdapat dalam rangkap pantun

Teknik :
- Tunjuk cara
- Soal jawab


Nilai :
- Kerjasama
- Tekun
- Mendengar arahan


EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pembelajaran
8 | P a g e

- hitam

teka-teki. Kemudian menulis
kembali dalam kotak yang
disediakan
5. Perbincangan antara guru dan murid
mengenai kata adjektif yang
terdapat di dalam teks pantun.
6. Wakil murid setiap kumpulan
diminta membuat ayat lain
berdasarkan kata adjektif, secara
spontan.
BBM :
- teks pantun teka-
teki, lembaran kerja
dan slaid.

Langkah 4
(10 minit)

Mencari maklumat
tentang buah-
buahan dan pantun
teka teki tentang
buah-buahan
tempatan dengan
melayari internet


1. Murid secara berkumpulan
dikehendaki menlayari internet
untuk mendapatkan maklumat
tentang buah-buahan yang mereka
pilih serta serangkap pantun teka-
teki mengenai buah tersebut.
2. Setiap kumpulan dikehendaki
mendapatkan maklumat tentang
buah pilihan mereka dan serangkap
rangkap pantun teka-teki yang
berlainan antara satu sama lain.
3. Murid diminta membacakan
maklumat tentang buah pilihan
mereka dan pantun yang didapati
serta menyatakan jawabannya

Teknik :
- Penyelesaian
masalah

Nilai :
- Kerjasama
- Tekun

BBM :
- Komputer dan
kemudahan
internet.

Penutup
(5 minit)

Nilai murni:
- Kesyukuran
- Patriotisme
- Rasional

Isi pelajaran :

1.Cara membaca
pantun dengan betul.

1. Guru menyimpulkan pelajaran.
2. Soal jawab antara guru dan murid
berkaitan isi pelajaran dan nilai
murni berdasarkan teks pantun teka-
teki, secara lisan.
3. Guru memberikan aktiviti latihan
pengukuhan.


Teknik :
- Soal jawab
Nilai :
- Kerjasama
- Tekun

BBM :
Lembaran kerja
EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pembelajaran
9 | P a g e


2.Konsep Kata
adjektif

























EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pembelajaran
10 | P a g e


Bibliografi
Baharom Mohamad dan Iliyas. 2010. Pengajaran dan Pembelajaran. Batu Caves,
Selangor. PTS Publication.
Juriah Long. 1998. I nnovasi Dalam Perkaedahan Pengajaran Bahasa, Sains Sosial
Dan Teknologi Maklumat. Bangi . Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kassim Abas.2006. Media dalam pendidikan: merancang dan menggunakan media dalam
pengajaran dan pembelajaran. Tanjong Malim, Perak . Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Melvina Chung Hui Ching dan Jamaludin Badusah. 2010. Sikap Guru Bahasa
Malaysia Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (I CT) dalam
Pengajaran di Sekolah-sekolah Rendah Bintulu, Sarawak dalam Jurnal Pendidikan
Malaysia 35(1):58 - 64 )
Norazah Mohd. Nordin Dan Ngau Chai Hong. 2009. Pembangunan Dan Penilaian
Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran Berasaskan Web Webquest Bagi Mata Pelajaran
I CT Dalam Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009): 111 - 129
Norasiah. 2009. Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Puchong,
Selangor. Penerbitan Multimedia.
Rozinah Jamaluddin . 2003. Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Utusan
Publication
Sulaiman Masri.2006. Bahasa Melayu : Dimensi Pengajaran Dan Pembelajaran.
Kuala Lumpur . Utusan Publications & Distributors

You might also like