You are on page 1of 12

KANSER PARU-PARU

Kanser paru-paru merupakan pertumbuhan sel-sel yang tidak normal dan tidak terkawal di
sebelah atau kedua-dua belah paru-paru. Asas Saintifik Paru-paru adalah sepasang organ
seperti span. Apabila kita bernafas, udara akan melalui hidung dan saluran udara sebelum
memasuki paru-paru. Paru-paru akan menyedut oksigen, yang diperlukan oleh sel-sel tubuh
untuk hidup dan berfungsi secara normal. Apabila kita menghembus nafas, paru-paru akan
mengeluarkan karbon dioksida yang merupakan hasil buangan dari sel-sel tubuh. Satu struktur
yang digelar alveolus merupakan kawasan di mana berlakunya pertukaran oksigen dan karbon
dioksida. Setiap organ di dalam tubuh, termasuklah paru-paru mengandungi sel-sel yang
khusus untuk menjalankan fungsi masing-masing. Untuk organ tersebut berfungsi dengan
baik, sel-sel yang telah rosak atau mati perlu diganti dengan sel-sel yang baru.
Terdapat juga tindak balas dalaman yang mengawal sel-sel ini yang tumbuh dan berpecah
sehingga mencapai satu tahap dan saiz yang ditentukan. Karsinogen merupakan agen luaran
yang menyebabkan pembentukan kanser. Ia akan masuk ke dalam sel, dan menyebabkan sel
menjadi abnormal dan proses pertumbuhannya menjadi terganggu. Sel-sel abnormal ini akan
terus berpecah membiak tetapi sel-sel baru masih belum diperlukan. Jisim sel yang berlebihan
ini menghasilkan sejenis tumor (ketumbuhan) yang dikenali sebagai neoplasma.



Jenis-jenis kanser paru-paru
Kanser paru-paru secara amnya dibahagikan kepada dua jenis yang utama, kanser sel kecil
paru-paru (small cell lung cancer) dan kanser sel bukan-kecil paru-paru (non-small cell lung
cancer). Setiap jenis kanser ini berbeza-beza dan setiap jenis darinya juga memerlukan
rawatan yang berbeza. Kanser paru-paru sel bukan-kecil adalah yang paling biasa berlaku,
meliputi hampir 80% kanser paru-paru. Terdapat 3 jenis kecil kanser paru-paru jenis ini iaitu:
karsinoma sel skuamus, adenokarsinoma dan karsinoma sel besar paru-paru (large cell
carcinoma)
Karsinoma sel skuamus biasanya bermula di bronkus. Ia tumbuh dengan lebih lambat
berbanding kanser-kanser jenis lain. Ia merupakan kanser paru-paru yang paling biasa berlaku
pada kaum lelaki. Ia juga dikenali sebagai karsinoma epidermoid.
Adenokarsinoma mula tumbuh berdekatan dengan bahagian luar paru-paru dan kadar
pertumbuhannya adalah berbeza-beza. Kanser jenis ini adalah yang paling biasa berlaku di
kalangan wanita dan mereka yang tidak pernah merokok.

Kasinoma sel besar bermula di permukaan paru-paru dan ia tumbuh dengan cepat sekali.
Karsinoma sel kecil paru-paru (small cell carcinoma) meliputi hampir 20% dari kesemua jenis
kanser paru-paru. Ia juga dikenali sebagai kanser sel oat kerana sel kanser kelihatan seperti
oat bila dilihat di bawah mikroskop. Kedua-dua jenis kanser ini merupakan kanser paru-paru
yang biasa berlaku, meliputi lebih 90% dari semua jenis kanser paru-paru.
Penyebab
Asap Rokok
Kebanyakan kanser paru-paru dikaitkan dengan tabiat merokok. Merokok mampu
meningkatkan risiko kanser paru-paru. Merokok dan menyedut asap rokok boleh
mendedahkan seseorang itu kepada sebatian-sebatian yang hadir di dalam asap rokok.
Terdapat tiga komponen utama dalam asap rokok yang telah dikenalpasti mampu
menyebabkan kesan sampingan terhadap kesihatan: nikotin, tar dan karbon monoksida. Di
antara ketiga-tiga sebatian ini, tar merupakan penyebab utama kanser paru-paru di kalangan
orang yang merokok. Tar menyebabkan berlakunya gangguan kronik pada sistem penafasan
yang menyebabkan pertumbuhan sel-sel abnormal yang tidak terkawal.
Asap dari Persekitaran dan di Tempat Kerja
Asbestos dan radon merupakan dua penyebab utama kanser paru-paru. Mereka yang
menghidu asap yang mengandungi asbestos menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat
kanser paru-paru. Kanser paru-paru yang dikaitkan dengan asbestos ini dikenali sebagai
mesothelioma. Radon merupakan gas radioaktif yang juga mampu menyebabkan kanser paru-
paru. Agen-agen lain yang hadir di tempat kerja, yang mampu menyebabkan kanser
termasuklah produk arang batu, yang biasanya melibatkan pelombong-pelombong.
Perokok termasuklah perokok pasif
Mengandungi karsinogen. Karsinogen merupakan sebatian yang memulakan pertumbuhan
sel-sel abnormal dan seterusnya menyebabkan pembentukan kanser. Bagi para perokok, risiko
untuk memperolehi kanser paru-paru, berkemungkinan bergantung juga pada jumlah rokok
yang dihisap. Mereka yang menghidu asap rokok (perokok pasif) juga memiliki risiko yang
sama seperti perokok. Lebih daripada 80% kes kanser paru-paru disebabkan oleh asap rokok.
Penghisap paip dan cerut juga berisiko tinggi untuk mendapat penyakit ini. Namun begitu
risiko mereka adalah kurang dibandingkan dengan perokok biasa.
Pendedahan terhadap karsinogen yang hadir dalam alam sekitar dan di tempat kerja
Mereka yang bekerja di kawasan yang sentiasa terdedah dengan karsinogen memiliki risiko
yang tinggi untuk mendapat penyakit ini. Contoh-contoh karsinogen di tempat kerja
termasuklah asbestos dan gas radon. Pendedahan terhadap karsinogen ini dapat dilihat di
kawasan perindustrian seperti industri perkapalan dan perlombongan asbestos. Pendedahan
terhadap beberapa bahan pencemar udara seperti hasil pembakaran bahan api juga telah
dikenalpasti mampu meningkatkan risiko pembentukan kanser paru-paru.
Parut pada paru-paru
Mereka yang memiliki parut pada paru-paru yang disebabkan oleh penyakit saluran udara
kronik seperti bronkitis atau emfisema lebih mudah memperolehi kanser paru-paru. Kanser ini
lebih cenderung untuk terbentuk di kawasan yang berparut.
Sejarah keluarga dan peribadi
Seseorang yang pernah menghidap penyakit kanser paru-paru ini akan menghasilkan
kecenderungan untuk memperolehi kanser paru-paru untuk kali kedua berbanding mereka
yang belum pernah menghidapnya. Mereka yang mempunyai ahli keluarga terdekat seperti
ibu bapa, abang, kakak atau adik yang pernah menghidap kanser paru-paru, memiliki risiko
yang tinggi sedikit untuk mendapat penyakit ini.
Pemeringkatan
Pemeringkatan juga merupakan salah satu cara penyiasatan yang penting bagi kanser paru-
paru. Ia merupakan proses yang dilakukan oleh para doktor bagi mengenalpasti tahap kanser
tersebut. Ini boleh dijalankan dengan cara mengambil sampel tisu nodus limfa sama ada
dengan menggunakan jarum ataupun melalui pambedahan. Rawatan dan harapan untuk
menyembuhkan pesakit bergantung kepada peringkat kanser berkenaan.
Klasifikasi TNM digunakan untuk pemeringkatan kanser sel paru-paru bukan kecil (non
small cell lung cancer). 'T' merujuk kepada saiz dan lokasi tumor primer. 'N' pula merujuk
kepada penglibatan nodus limfa dan peningkatan kebarangkalian metastasis. 'M' merujuk
kepada ketiadaan (0) atau kehadiran (1) metastasis. Di bawah merupakan sistem pengkelasan
TNM.
Karsinoma Okulta (occult)
Pesakit ini diklasifikasikan sebagai TX N0 M0. Mereka mempunyai sel malignan yang dapat
dikesan daripada rembesan bronkopulmonari, tetapi tumor ini tidak disahkan melalui kaedah
bronkoskopi ataupun radiografi.
Peringkat IA & Peringkat IB
Kesemua lesi Peringkat I keseluruhannya masih berada di dalam kawasan paru-paru tanpa
sebarang bukti bahawa tumor tersebut telah merebak ke nodus limfa ataupun kebahagian-
bahagian lain. Peringkat IA diklasifikasikan sebagai T1 N0 M0 manakala peringkat IB
diklasifikasikan sebagai T2 N0 M0.
Peringkat IIA & Peringkat IIB
Peringkat IIA ditakrifkan sebagai T1 N1 M0 manakala Peringkat IIB pula ialah T2 N1
M0 dan T3 N0 M0 (tumor telah memasuki kawasan ekstrapulmonari tanpa penglibatan nodus
limfa)
Peringkat IIIA
Pesakit di peringkat ini ditakrifkan dengan lesi yang telah melibatkan kawasan
ekstrapulmonari (T3) dan penglibatan nodus limfa yang terhad (N1 atau N2). Pesakit
diklasifikasikan samada T3 N1 M0 ataupun T1-3 N2 M0.
Peringkat IIIB
Klasifikasi Peringkat IIIB merujuk kepada pesakit yang telah mengalami penglibatan
ekstrapulmonari termasuklah :
Mediastinal kontralateral atau nodus limfa hilar
Supraklavikular ipsilateral atau kontralateral ataupun nodus scalena
Nodus mediastinal yang meluas tetapi belum merebak ke bahagian lebih jauh
Efusi pleura positif malignan melalui sitologi

Pesakit-pesakit ini boleh diklasifikasikan sebagai samada T1-3 N3 M0ataupun T4 N0-3 M0.
Peringkat IV
Peringkat ini ditakrifkan sebagai sebarang penglibatan metastatik. Pesakit-pesakit ini
diklasifikasikan sebagai M1 dengan sebarang T dan sebarang N.
Insidens
Kanser paru-paru merupakan kanser yang paling kerap berlaku dan telah menyebabkan
jumlah kematian yang paling ramai di Malaysia. Ia menyumbangkan lebih kurang 12% dari
kesemua penyakit kanser dalam negara. Lebih kurang 18 daripada 100,000 penduduk mati
disebabkan kanser ini. Setiap tahun lebih kurang 7000 kes baru kanser paru-paru dikesan.
Fakta-fakta menarik mengenai Kanser Paru-Paru
Merupakan kanser yang paling kerap terjadi di seluruh dunia
Kanser yang paling kerap terjadi di kalangan kaum lelaki di kebanyakan negara
Kemandirian atau survival terhadap kanser paru-paru adalah buruk (hampir 10% dalam 5
tahun)
Kanser paru-paru merupakan salah satu dari kesan-kesan utama yang disebabkan oleh
rokok.
Terdapat peningkatan insidens kanser paru-paru. Di Barat, insidens kanser paru-paru di
kalangan wanita semakin meningkat kerana lebih ramai kaum wanita yang merokok,
sebaliknya insidens di kalangan lelaki semakin menurun.

Tanda - tanda dan gejala
Gejala yang dialami adalah berbeza-beza. Ia bergantung sama ada tahap penyakit itu telah
merebak ke tempat lain di dalam badan ataupun tidak. Kanser paru-paru boleh jadi
asimptomatik (tanpa simptom yang jelas) terutamanya di peringkat awal penyakit. Ini
menyukarkan usaha untuk mengesan lebih awal. Ia mungkin boleh dikesan secara tidak
sengaja sewaktu pemeriksaan rutin apabila X-ray dilakukan. Di antara gejala yang utama
adalah :
Batuk
Batuk yang dialami biasanya adalah kronik dan kering. Kahak yang terhasil mungkin
berdarah sedikit.
Kesesakan nafas
Ini mungkin disebabkan oleh lumen bronkus tersumbat menyebabkan paru-paru rebah
(collapse) atau tumor tersebut menekan saluran udara menjadikannya lebih sempit. Biasanya
cecair boleh terbentuk di kaviti dada (efusi pleura) dan menyebabkan tekanan ke atas paru-
paru.
Sakit
Sakit dada, bahu dan sakit belakang disebabkan oleh tumor yang merebak ke tulang dan tisu
berdekatan
Bengkak muka
Disebabkan tumor menekan vena yang membekalkan darah ke bahagian dada
Suara garau
Disebabkan saraf di kawasan dada ditekan dan menyebabkan kelumpuhan pada saraf laringeal
Apabila kanser paru-paru telah merebak ke organ-organ yang lain, ia boleh menyebabkan
o Sakit tulang
o Lemah atau kebas di kawasan tangan dan kaki
o Pening kepala
o Jaundis (warna kuning di kulit dan mata)
o Kehadiran jisim di kawasan berdekatan dengan permukaan tubuh yang disebabkan oleh sel-
sel kanser telah merebak ke nodus limfa di leher atau berdekatan dengan tulang selangka.
Gejala yang biasa
Hilang selera makan, anoreksia dan penurunan berat badan
Lemah dan kekurangan tenaga
Susut badan disebabkan penyusutan otot.
Komplikasi
Komplikasi yang teruk dari penyakit ini boleh disebabkan oleh perebakan setempat ataupun
ke tempat-tempat lain (metastasis).
Komplikasi setempat (local) mungkin disebabkan oleh tumor yang menekan saluran udara
ataupun kesakitan yang disebabkan oleh serangan tumor ke atas struktur setempat.
Metastasis bermaksud perebakan sel-sel kanser dari tempat asal tumor ke bahagian-
bahagian lain dalam badan melalui sistem limfa atau saluran darah. Ia kemudiannya akan
menuju ke organ-organ lain di dalam badan dan membentuk satu tapak kanser yang baru
dengan menghasilkan gejala-gejala tertentu.

Ujian - Ujian
Doktor akan mengkaji gejala-gejala dan memeriksa anda untuk memperolehi punca bagi
gejala yang dialami. Doktor akan menyoal anda mengenai latar belakang peribadi dan
keluarga anda dan juga tabiat merokok serta latar belakang pekerjaan anda. Di samping itu,
pemeriksaan fizikal juga dilakukan. Doktor kemudiannya akan meminta supaya x-ray dada,
sitologi kahak dan bronkoskopi dijalankan.
Apa itu Sitologi Kahak?
Prosedur ini membolehkan sel-sel yang dibatuk keluar dari paru-paru atau saluran udara
diperiksa. Sitologi sputum yang positif biasanya diikuti dengan ujian lanjutan, biasanya x-ray
dan biopsi.
Imbasan Tomografi Berkomputer (Computed Tomography Scan)
Imbasan CT mengeluarkan x-ray bertenaga rendah yang kemudiannya memberikan imej tisu-
tisu lembut dan tulang di bahagian dada. Ia mampu mengesan lokasi tumor termasuklah di
bahagian lain dalam paru-paru ataupun organ-organ lain yang mungkin terlibat. Jika X-ray
dada atau imbasan CT menunjukkan kawasan yang mencurigakan, sampel tisu dari kawasan
tersebut boleh diambil untuk diuji melalui biopsi.
Apakah Bronkoskopi?
Bronkoskopi ialah memasukkan teleskop yang fleksibel ke dalam tiub bronkus yang terlibat
(laluan udara ke paru-peru) untuk melihat dan mengambil sampel kawasan yang abnormal.
Apakah Biopsi Paru-Paru ?
Biopsi merupakan satu ujian di mana tisu daripada tumor yang disyaki diambil dan dilihat di
bawah mikroskop untuk memeriksa kewujudan sel-sel kanser. Biopsi boleh dilakukan dengan
cara :
Biopsi jarum berongga (hollow needle biopsy), melalui dinding dada untuk mengambil satu
sampel tisu. Proses ini dilakukan dengan bantuan imbasan CT sebagai panduan untuk
mengenalpasti kedudukan tumor tersebut.
Pembedahan (biopsi terbuka), dengan pengambilan kesemua tisu yang abnormal.
Pembedahan ini biasanya diperlukan apabila pengambilan sampel tidak dapat dijalankan
melalui bronkoskopi atau biopsi yang berpandukan imbasan CT.
Ujian-ujian rutin lain yang boleh dijalankan bagi menyiasat kanser paru-paru termasuklah
Pengiraan sel darah
Ujian darah fungsi hati dan ginjal
Untuk mengesan perebakan kanser paru-paru, doktor mungkin meminta agar ujian-ujian
berikut dilakukan :
Imbasan CT mungkin boleh dilakukan bagi mengesan perebakan kanser ke nodus limfa dan
bahagian-bahagian lain.
Imbasan radionuklid terhadap tulang, otak atau hati juga boleh membantu doktor
menentukan perebakan kanser paru-paru
MRI (Imbasan Resonans Magnetik) juga boleh digunakan untuk mengesan samada kanser
telah merebak ke otak atau korda spina (tulang belakang).
Imbasan Ultrasound boleh dilaksanakan untuk mengesan perebakan ke hati
Rawatan Farmakologi
Kemoterapi
Kemoterapi menggunakan dadah antikanser yang dimasukkan melalui vena secara intravena
atau melalui mulut (secara oral) untuk merawat kanser paru-paru. Dadah-dadah ini akan
memasuki saluran darah dan boleh sampai ke semua bahagian tubuh. Rawatan ini adalah amat
berguna untuk kanser yang telah merebak ke organ-organ lain. Kemoterapi bagi kanser paru-
paru biasanya menggunakan gabungan dadah-dadah antikanser seperti cisplatin dan
etoposida. Kemoterapi boleh diberikan sebagai rawatan utama ataupun sebagai rawatan
tambahan kepada pembedahan. Ini bergantung kepada jenis dan peringkat kanser paru-paru
tersebut. Kemoterapi mungkin digunakan secara bersendirian ataupun digabungkan besama
radioterapi. Apabila kemoterapi digunakan bersama-sama radioterapi, ia meningkatkan
keberkesanan rawatan bagi membantu memusnahkan sel tumor.
Komplikasi daripada rawatan
Rawatan kanser paru-paru terdiri daripada pembedahan, radioterapi dan kemoterapi. Setiap
rawatan ini mempunyai kesan sampingan yang tersendiri.
Pesakit yang melalui pembedahan akan mengalami beberapa halangan dalam aktiviti fizikal
mereka untuk sekurang-kurangnya selama setahun. Komplikasi-komplikasi lain yang
mungkin berlaku, ialah pendarahan dalaman, jangkitan pada luka dan terjadinya jangkitan
dada termasuklah pneumonia atau radang paru-paru.
Mereka yang menerima radioterapi boleh mengalami kesukaran untuk menelan disebabkan
oleh keradangan esofagus
Kesan sampingan kemoterapi termasuklah keguguran rambut, penurunan berat badan dan
hilang selera makan. Bilangan sel darah yang boleh dikira juga akan menurun selepas
kemoterapi dijalankan. Namun begitu keadaan ini boleh kembali pulih kepada keadaan biasa.
Rawatan Bukan Farmakologi
Rawatan pilihan bagi kanser paru-paru sel bukan kecil adalah pembedahan, terapi radiasi dan
kemoterapi samada secara bersendirian ataupun gabungan dari tiga kaedah tersebut,
bergantung kepada peringkat tumor yang dihidapi. Pilihan rawatan bagi kanser paru-paru sel
kecil pula adalah kemoterapi dan radioterapi. Pembedahan jarang dilakukan atau tidak
diperlukan.

Pembedahan
Pembedahan boleh dilakukan pada peringkat awal kanser ataupun jika pesakit tersebut dapat
bertahan untuk pembedahan dilakukan. Pembedahan boleh dilaksanakan untuk membuang
kanser dan tisu-tisu di sekeliling paru-paru.
Jenis pembedahan yang dilakukan bergantung kepada kedudukan dan tahap tumor tersebut.
Terdapat tiga jenis pembedahan:
Reseksi yang bermaksud membuang sebahagian kecil dari paru-paru
Lobektomi yang bermaksud membuang keseluruhan lobus paru-paru
Pneumonektomi pula merupakan istilah yang digunakan untuk pembedahan yang
membuang keseluruhan paru-paru
Radioterapi
Ia juga dikenali sebagai terapi sinaran. Ia melibatkan penggunaan sinaran bertenaga tinggi
untuk membunuh sel-sel kanser. Radioterapi juga digunakan sebagai modaliti primer untuk
rawatan kanser paru-paru jika pesakit tidak dapat bertahan untuk pembedahan. Terapi radiasi
ditujukan kepada satu kawasan tertentu dan hanya memberi kesan ke atas sel-sel di kawasan
itu sahaja. Ia juga boleh digunakan untuk mengecutkan sel tumor sebelum pembedahan
ataupun untuk memusnahkan sel kanser yang tertinggal selepas pembedahan. Radioterapi juga
boleh digunakan untuk meredakan simptom seperti kesesakan nafas, kesakitan dan
pendarahan. Terdapat dua jenis radioterapi :
Sinaran pancaran luaran menggunakan sinaran yang dipancarkan dari luar tubuh dan
difokuskan ke tapak kanser
Brakiterapi menggunakan sumber radioaktif yang kecil yang dilmasukkan ke dalam bronkus
dan diletakkan secara langsung ke dalam lumen yang bertentangan dengan ketumbuhan.

Pemantauan / Amaran
Mereka yang berisiko tinggi perlulah menjalani ujian penyaringan bagi mengesan kanser
paru-paru. Ujian penyaringan ini amat disyorkan kepada mereka yang menghadapi risiko
yang tinggi mendapat kanser paru-paru. Ujian penyaringan untuk kanser paru-paru ini
termasuklah :
X-ray dada
Sitologi kahak
Berhati-hatilah terhadap risiko untuk mendapat penyakit ini. Jika anda merokok ataupun
perokok pasif atau anda sentiasa berisiko untuk menyedut sebatian-sebatian yang boleh
menyebabkan kanser, berhati-hati dengan simptomnya. Gejala awal ini termasuklah batuk
yang menghasilkan kahak berdarah. Apabila gejala-gejala ini muncul, rujuk masalah anda
kepada doktor dengan segera. Pengesanan awal kanser paru-paru ini boleh meningkatkan
peluang anda untuk hidup dengan lebih lama. Adalah amat penting bagi mereka yang berisiko
tinggi menjalani ujian penyaringan yang berterusan untuk mengesan kanser paru-paru.
Pengesanan awal adalah amat penting untuk memberi peluang yang lebih baik kepada orang
ramai bagi mendapat kejayaan dalam rawatan nanti.
Prognosis
Prognosis adalah berbeza antara kanser sel kecil paru-paru dan kanser sel bukan kecil.
Prognosis bagi kanser sel kecil paru-paru atau kanser sel oat pada umumnya adalah buruk.
Penentu utama kemandirian pesakit bergantung pada tahap penyakit tersebut - samada terhad
ataupun sudah merebak.
Pengesanan awal memungkinkan pembedahan dijalankan kerana penyakit pada tahap ini
masih belum merebak keluar dari kawasan paru-paru. Apabila pembedahan dilakukan,
peluang seseorang itu untuk hidup boleh mencecah sehingga 35 - 40%. Pencegahan
Langkah Pencegahan
Satu-satunya cara untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit ini ialah dengan
mengelakkan diri dari merokok. Di bawah merupakan cara-cara untuk mengurangkan risiko.
Berhenti merokok
Merokok meningkatkan risiko mendapat kanser paru-paru. Ia juga meningkatkan risiko
penyakit jantung. Berhenti merokok adalah cara terbaik untuk mengekalkan badan dan
kehidupan yang sihat. Di sini merupakan beberapa petua untuk membantu anda berhenti
merokok :
Elakkan diri dari menerima pelawaan rokok dari rakan-rakan anda
Jauhkan diri dari perokok
Beritahu keluarga dan rakan-rakan anda mengenai keputusan anda untuk berhenti merokok.
Dengan galakan dan dorongan mereka, akan memudahkan anda berhenti merokok.
Libatkan diri dengan hobi ataupun aktiviti fizikal seperti berenang, berjalan kaki, berjoging
dan sebagainya untuk mengisi masa lapang dan mengelakkan stres. Buang segala rokok,
mancis, pemetik api dan tempat habuk rokok. Banyak memakan buah-buahan dan sayur-
sayuran.
Minum air dengan banyak dan jauhkan alkohol, kopi serta minuman lain yang boleh
merangsang anda untuk merokok.
Cuba bina dan kekalkan satu sikap yang positif
Dapatkan bantuan profesional, rujuk kepada doktor anda.
Elakkan diri dari menyedut asap rokok
Ini merupakan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan diri anda dari
menjadi perokok pasif :
Jika anda tinggal bersama perokok, cuba minta agar mereka berhenti merokok dan
cadangkan supaya mereka hanya merokok di luar rumah sahaja.
Jika anda tidak boleh mengelakkan diri anda dari asap rokok, pastikan pengudaraan adalah
baik di sekeliling anda
Jika tempat kerja anda tidak bebas dari asap rokok, minta majikan anda sediakan zon
larangan merokok. Pakai alat perlindungan untuk mencegah pendedahan di tempat kerja. Jika
anda bekerja di kawasan yang terdedah, pastikan anda mengambil langkah pencegahan yang
sewajarnya untuk mengurangkan pendedahan. Pakai alat perlindungan yang sempurna untuk
mengurangkan faktor risiko.
Ambil makanan yang tinggi kandungan beta-karotena
Kajian terkini menunjukkan bahawa satu sebatian semulajadi yang diperolehi di dalam
makanan tertentu boleh memberikan sedikit perlindungan terhadap beberapa jenis kanser,
termasuklah kanser paru-paru. Sebatian ini dikenali sebagai beta-karotena, yang akan
ditukarkan di dalam tubuh untuk menjadi vitamin A. Ia boleh didapati pada sayur-sayuran dan
buah-buahan yang berwarna merah dan kuning, terutamanya lobak merah dan juga sayur-
sayuran hijau seperti brokoli dan bayam.
Mengambil Makanan yang mengandungi B17
Terutama biji apricot, Kesukaran memakan biji apricot adalah di sebabkan rasanya yang
pahit maka anda boleh menggunakan kapsul apricot, Pengalaman membuktikan bahawa
pengambilan biji apricot dan kapsul apricot secara kosisten akan membuat sel kanser paru-
paru dapat di kawal. Tapi untuk membunuhnya memerlukan kandungan B17 yang tinggi

You might also like