You are on page 1of 4

Modul TULUS

1


TOPIK : ASAS KEPADA PERDAGANGAN

Hierarki Keperluan Maslow
1. i) Apakah Q? (1 markah)
ii) Huraikan tahap keperluan Q. (4 markah)

2. Gambar menunjukkan aktiviti pengkhususan.

Ladang Kelapa Sawit Nordanal di Johor menghasilkan santan wangi berkualiti berjenama Deli
Dura.Pekerjanya terdiri daripada buruh ladang, penyelia kilang dan pekerja pengeluaran. Kelapa
sawit dituai, diperah, diadun dan disembur kering menjadi serbuk santan kelapa sawit di kilang yang
dibina di kawasan ladang tersebut.
Terangkan dengan contoh, pengkhususan yang terlibat dalam situasi tersebut. (8 markah)



Q
Keperluan
Penghargaan
Keperluan Kasih
Sayang
Keperluan
Keselamatan
Keperluan Asas
Modul TULUS

2


3. Gambar rajah 2 menunjukkan perkembangan perniagaan Encik Man.

Tahun 2002 Tahun 2012
Gerai Man Man dan rakan-rakan usahawan
Resort MAN


i) Jelaskan empat ciri keusahawanan yang dimiliki oleh Encik Man. (4 Markah)
ii) Terangkan empat sumbangan beliau kepada masyarakat. (8 markah)















Modul TULUS

3

Peraturan Pemarkahan : Topik Asas Kepada Perdagangan
1. i) Keperluan Sempurna Kendiri (1 markah)
ii) F1 Keperluan Rohani
H1 Tahap tertinggi
H2 Sukar dipenuhi
C1 Contoh : Cita-cita, agama (4 markah)
2. Tiga jenis pengkhususan
F1 Pengkhususan mengikut kawasan
H1 Iklim dan bentuk muka bumi sesuai untuk penanaman kelapa sawit
C1 Ladang Nordanal Johor
F2 Pengkhususan mengikut profesion
H2 Manusia mempunyai kebolehan, kemahiran dan kelayakan berbeza
C2 Buruh ladang, penyelia kilang dan pekerja pengeluaran.
F3 Pengkhususan mengikut proses
H3 Wujud pembahagian kerja yang diamalkan di ladang dan kilang
C3 Bahagian menuai, bahagian memerah, bahagian mengadun dan bahagian mengering serbuk
santan.
(max : 8 markah)
3. i) Empat ciri keusahawanan yang dimiliki oleh Encik Man ialah:
F1 Kreatif.
H1 Encik Man memiliki kebolehan untuk menghasilkan sesuatu produk baru, berkualiti, dan berguna
kepada pengguna.
F2 Berani menghadapi risiko.
H2 Encik Man sanggup untuk menghadapi sebarang risiko yang tidak dapat dielakkan tetapi boleh
dikawalnya.
F3 Inovatif
H3 Membuat pembaharuan, pengubahsuaian dan ciptaan baru keluaran
F4 Berpandangan Jauh
H4 Encik Man bijak mengenalpasti dan mengambil peluang yang ada. (max : 4 markah)
Modul TULUS

4



ii) Empat sumbangan beliau kepada masyarakat ialah ;
F1 Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat
H1 Menyediakan perkhidmatan penginapan dan makanan berkualiti untuk pilihan pengguna.
F2 Mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat
H2 Pembinaan premis resortnya mengurangkan masalah pengangguran
F3 Meningkatkan taraf hidup masyarakat
H3 Pendapatan penduduk meningkat boleh disimpan, ditabung dan dilabur
F4 Meningkatkan pertumbuhan ekonomi
H4 Penubuhan industri kecil dan sederhana mempelbagaikan kegiatan ekonomi
(max: 8 markah)

You might also like