You are on page 1of 4

BAB 1 KECERGASAN

1.1. KECERGASAN FIZIKAL


1.1.1 DAYA TAHAN
DTK bermaksud keupayaan jantung,salur darah dan paruKARDIOVASKULAR
paru mengedar oksigen ke otot-otot secara berterusan dalam

1.

jangka masa yang lama semasa melakukan aktiviti fizikal.

2.
3.
3.
4.

5.

Sistem kardiovaskluar terdiri daripada:

i. jantung yang berfungsi mengepam darah ke seluruh badan.


Dtk adalah komponen yg terpenting dalam profil fisiologi
manusia.

Kapasiti aerobik dikenali sebagai VO2 max yg didifinisikan


sebagai kapasiti penggunaan oksigen yang maksimum oleh
badan semasa melakukan aktiviti fizikal.
Semakin tinggi tahap kecergasan kardiovaskluar semakin
banyak darah beroksigen yang boleh dihantar ke otot-otot.
Tempoh masa bekerja akan lebih lama sebelum sampai ke
tahap kelesuan.

FUNGSI SISTEM KARDIOVASKLUAR

1.
2.
3.
4.

5.

Sistem kardiovaskluar terdiri daripada jantung


dan salur darah.
Jantung ialah organ yang berfungsi mengepam
darah ke seluruh badan.
Salur darah menyalurkan darah ke setiap sel di
dalam badan.
Penghantar: berperanan menghantar oksigen dan
nutrien ke setiap sel di dalam badan melalui
darah yang dipam oleh jantung.
Pengeluar: mengeluarkan karbon dioksida dan
sisa hasil metabolisme. Karbon dioksida
dikeluarkan melalui pernafasan. Sisa hasil
metabolisme seperti asid urik yang meresap dalam
darah akan ditapis oleh ginjal dan dikeluarkan
melalui air kencing.

6.

7.

8.

Pengangkut: membantu mengangut hormon dari


kelenjar endokrin ke sel-sel sasaran melalui plasma
darah. Hormon berperanan mengatur metabolsme dan
aktiviti otot semasa melakukan aktiviti fizikal.
Pengekal: membantu dalam mengekalkan suhu badan.
Apabila berlakunya peningkatan suhu sistem
kardiovaskluar akan mengepam lebih banyak darah ke
kulit. Saluran darah di bawah lapisan kulit akan
mengembang dan mengalirkan lebih banyak darah ke
permukaan badan dan ianya akan membantu
membebaskan haba yang berlebihan.
Penghalang: ia menghalang dehidrasi dan infeksi
dengan mengekalkan tahap cecair pada kadar yang
sesuai. Peningkatan aktiviti otot akan meningkatkan
tekanan darah dan kadar penyerapan air daripada
darah, kadar perpeluhan juga meningkat. Kesan
daripada ini otot perlu menyerap air daripada isi padu
plasma darah. Tindak balas ini dapat menghalang
dehidrasi.

You might also like