You are on page 1of 5

1.

0 PENGENALAN

Anatomi dan fisiologi adalah sebuah perkataan yang tidak boleh dipisahkan. Oleh itu,
anatomi adalah sebuah bidang sains yang berkaitan dengan kajian struktur tubuh badan
manusia. Anatomi juga merupakan morfologi atau sains bentuk. Definisi anatomi ialah
berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud ‘anatom’ yang bermaksud ‘memotong’.
Maka anatomi boleh dianggap sebagai kajian dengan memotong (diseksi). Selain itu,
anatomi boleh dibahagikan kepada dua makna iaitu ‘ana’ membawa maksud memisah atau
menguraikan. Manakala ‘tomos’ pula bermaksud memotong atau membelah anggota badan
untuk melihat strukturnya. Anatomi merujuk kepada ilmu bentuk dan susunan tubuh yang
diperoleh dengan cara menguraikan badan melalui potongan bahagian-bahagian daripada
tubuh dan hubungan organ tubuh badan dengan yang lainnya.

2.2 STRUKTUR JANTUNG DAN SISTEM KITARAN PULMONARI DAN SISTEMIK

Jantung adalah organ otot berongga yang memompa darah melalui saluran darah
dengan kontraksi berirama secara berulang. Jantung adalah salah satu organ tubuh
manusia yang memainkan peranan paling penting dalam sistem peredaran darah. Jantung
terletak sebelah kiri sedikit dari tengah dada dan di belakang tulang dada (sternum). Ia
diselaputi oleh kantung yang dikenali sebagai pericardium dan dikelilingi oleh peparu.
Secara purata, jantung orang dewasa mempunyai berat dalam sekitar 300-350g. Jantung
terbina daripada otot-otot jantung (miokardium) yang dilipitu oleh epikardium di permukaan
luar dan endokardium di bahagian dalaman. Selain itu, jantung terdiri daripada atrium dan
ventrikal. Terdapat dua ruang atas iaitu atrium yang mempunyai dinding otot yang nipis dan
kedua-dua ruang ini dipisahkan oleh septum interatrial. Manakala dinding otot yang
membentuk dua ruang bawah dikenali sebagai ventrikel yang mempunyai dinding otot yang
lebih tebal. Kedua-dua ruang ini pula dipisahkan oleh septum interventrikel. Setiap bahagian
jantung ini mempunyai fungsi yang tersendiri dalam sistem pegaliran darah. Atrium
berperanan sebagai ruang penerima darah. Atrium kanan menerima darah yang kurang
beroksigen daripada tisu-tisu tubuh sementara atrium kiri pula menerima darah yang
mengandungi kepekatan oksigen yang tinggi daripada paru-paru. Ventrikel pula berfungsi
sebagai pam yang mengepam keluar darah yang diterima dari atrium. Ventrikel kanan
mengepam darah ke paru-paru manakala ventrikel kiri mengepam darah ke seluruh
bahagian tubuh. Pengepaman jantung oleh otot-otot jantung menghasilkan tekanan darah
sistolik dan distolik. Injap-injap yang terletak antara atrium dan ventrikel dan pada arteri-
arteri yang terbit daripada jantung adalah berfungsi untuk membenarkan pengaliran darah
dalam satu arah sahaja. Pada jantung, terdapat injap atrioventrikular dan injap semilunar.
Injap atrioventikular (AV) terdiri daripada injap trikuspid terletak di sebelah kanan dan injap
bikuspid terletak di bahagian kiri jantung. Injap atrioventrikular (injap mistral dan trikuspid)
berfungsi membenarkan aliran darah dalam satu arah sahaja dari atrium ke ventrikel
seteusnya ke arteri. Injap semilunar pulmonari pula dan injap semilunar aortik pula
menghalang aliran darah ke belakang yang keluar dari jantung menerusi arteri pulmonari
dan aorta.

Peredaran darah adalah sistem yang penting di dalam tubuh badan. Sistem ini mengalirkan
darah bermula dari jantung ke seluruh badan dan masuk semula ke jantung. Sistem
peredran darah manusia juga dikenali sebagai sistem peredaran tertutup kerana darah
mengalir di dalam salur darah yang tertutup. Sistem peredaran darah berfungsi untuk
menghantar oksigen ke sel-sel di dalam badan dan zat-zat ke seluruh badan. Selain itu,
peredaran darah juga berfungsi utuk menghantar karbon dioksida ke peparu dan
menyingkirkan bahan buangan dalam badan. Terdapat dua jenis kitaran dalam tubuh
manusia iaitu kitaran pulmonari dan kitaran sistemik. Kitaran pulmonari adalah dimana
atrium kanan menerima darah daripada tisu-tisu badan. Kitaran ini mengandungi salur darah
yang mengangkut darah dari jantung ke peparu dan kembali ke jantung. Darah terdeoksigen
atau darah yang mengandungi kepekatan oksigen yang rendah akan dibawa melalui arteri
pulmonari ke peparu. Dalam peparu, karbon dioksida disingkirkan dan oksigen diserap ke
dalam darah. Darah beroksigen pula dibawa melalui vena pulmonari dari peparu kembali ke
jantung. Dari jantung, darah beroksigen akan dipam ke seluruh badan melalui peredaran
sistemik. Peredaran sistemik atau kitaran sistemik adalah peredaran darah daipada jantung
ke bahagian-bhagian badan kecuali peparu dan bali semula ke jantung. Darah beroksigen
dipam oleh jantung melalui aorta dan bahagian arteri ke seluruh badan kecuali peparu.
Kemudian, darah sampai ke tius badan melalui kapilari darah untuk menghantar oksigen
dan nutrient ke seluruh badan. Darah yang mempunyai kepekatan oksigen (terdeoksigen)
yang rendah akan dikumpul melalui vena. Vena kava akan membawa darah terdeoksigen
dari vena di dalam badan ke jantung.
2.3 ANALISIS PERGERAKAN KEMAHIRAN BERKAITAN DENYUTAN KADAR NADI
SEBELUM DAN SELEPAS LARIAN

Daya tahan kardiovaskular adalah keupayaan jantung dan sistem kardiorespiratori


untuk mengepam darah beroksigen secara efisen ke seluruh badan untuk melakukan kerja
secara berterusan. Hal ini membolehkan seseorang individu melakukan kerja dalam jangka
masa yang lama dengan intensiti yang rendah atau sederhana tanpa merasa penat.
Penghantaran darah yang beroksigen secara efisien kepada otot yang bekerja
membolehkan individu melakukan aktiviti dalam jangka masa yang lama. Apabila melakukan
aktiviti fizikal, keperluan tenaga akan meningkat sehingga dapat menyebabkan peningkatan
penggunaan oksigen yang maksimum. Semakin tinggi tahap kecergasan daya tahan
kardiovaskular, semakin banyak jumlah darah beroksigen yang dihantar ke otot. Menurut
Heyward (1991), satu daripada komponen yang terpenting bagi kecergasan fizikal adalah
daya tahan kardiovaskular. Individu yang mempunyai tahap kecergasan yang tinggi apabia
keupayaan daya tahan kardiovaskular melebihi tahap purata kapasiti aerobik. Kapasiti
aerobik adalah konsep yang digunakan untuk menggambarkan fungsi sistem kardiovaskular.
Kadar nadi merupakan indikator untuk menentukan tahap keberkesanan latihan
kardiovaskular sebagai intensiti latihan. Blair & Brodney (1999) menyatakan bahawa latihan
fizikal yang berterusan akan meningkatkan tahap kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan
kadar denyutan nadi atau nadi dipengaruhi oleh beberapa faktor. Kadar denyutan jantung
setiap individu menunjukkan kadar peningkatan yang berbeza-beza. Peningkatan kadar
denyutan jantung yang berbeza ini adalah normal bagi setiap individu. Kenyataan ini adalah
disokong oleh DiGilio dan Howze (1984) yang menyatakan bahawa peningkatan dan
pengurangan ritma kadar denyutan jantung semasa melakukan senaman atau aktiviti larian
adalah fisiologi normal sistem kardiovaskular.
3.0 RUJUKAN

Blair, S. T. & Brodney, S. (1999). Effects of physical inactivity and on obesity on morbidity
and

Mortality: current evidence and research issues. Medicine And Science in Sports and

Exercise, 31(11).

DiGilio D.A dan Howze, E.H. (1984). Fitness And Full Living For Older Adult. Parks &

Recretion.

Mochi, S. (2012). Anatomi dan Fisiologi. Retrieved

April, 9, 2020, from https://www.slideshare.net/03269/anatomi-dan-fisiologi

Zainal, A. & Nik, R. (2010). Corak Kadar Denyutan Jantung Semasa Latihan Dan

Pertandingan Untuk Atlit Wanita Dalam Acara Lawn Bowl. Retrieved April,

9, 2020, from

https://www.researchgate.net/publication/49910748_Corak_Kadar_Denyutan_Jantun
g_Semasa_Latihan_Dan_PertandinganUntuk_Atlit_Wanita_Dalam_Acara_Lawn_Bo
wl

Gobi, K. (2014) Sistem Jantung. Retrieved

April, 7, 2020, from

https://www.slideshare.net/gobikrrish1/sistem-jantung-pjm3106

Heyward, V. H. (1991). Advanced fitness assessment and exercise prescription (2nd ed).

You might also like