You are on page 1of 15

Mekanisme Pernafasan Manusia

>>> Pakej Pembelajaran & Penilaian Online <<<


Sistem pernafasan manusia.

Sistem pernafasan manusia.


Bahagian
Rongga nasal

Struktur
Rongga yang terdiri dari
tisu lembap dan rerambut
halus.

Trakea

Dinding luaran terdiri dari


gegelang tulang rawan,
manakala
dinding
dalamannya terdiri dari
dari
sel-sel
epithelium
dengan silia dan sel-sel
yang
merembeskan
mucus.
Dua cabang dari trakea
yang menuju ke paruparu.
Lembut,
seperti
span,
serta kaya dengan saluran
darah dan alveoli.
Tulang-tulang
yang
berbentuk
sangkar
di
dalam rongga toraks.
Otot
berbentuk
kubah
ketika
dalam
keadaan
rehat.
Tisu otot di antara dua
tulang rusuk. Ia juga
dikenali
sebagai
otot
rangka.

Bronkus
Paru-paru
Tulang rusuk
Diafragma
Otot intercostal

Fungsi
Melembapkan udara yang
melaluinya
serta
memerangkap habuk pada
udara.
Gelang
tulang
rawan
menghalang
trakea
daripada binasa. Silia dan
mukus membantu untuk
memerangkap habuk dan
mikro organisma yang ada
dalam udara.
Udara terus ke paru-paru
kiri dan kanan.
Tempat
berlakunya
pertukaran gas.
Melindungi paru-paru.
Memisahkan rongga torak
daripada rongga abdomen.
Menggerakan
rusuk.

tulang

Struktur

paru-paru

manusia.

Paru-paru manusia.
Paru-paru (lung) adalah organ utama pernafasan (main respiratory organ) manusia.
Manusia mempunyai sepasang paru-paru, iaitu paru-paru kiri dan kanan.
Paru-paru adalah lembut dan seperti span, dan terletak di dalam rongga toraks (thoracic
cavity) yang dilindungi oleh tulang rusuk (ribs).
Permukaan paru-paru dilitupi dengan cecair untuk mengurangkan geseran (friction)
semasa proses pengembangan dan pengecutan.
Terdapat cabang-cabang halus dalam paru-paru yang dikenali sebagai bronkiol. Bronkiol
dicabang keluar dari bronkus.
Terdapat banyak kantung udara di hujung bronkiol yang dikenali sebagai alveoli.
Pertukaran gas berlaku di sini.
Peranan sistem
mekanisme:

pernafasan

manusia

untuk

menghasilkan

tenaga

melalui

tiga

1. bernafas untuk mendapatkan oksigen.


2. mengangkut oksigen daripada darah ke sel-sel badan.
3. respirasi sel untuk mengoksidakan makanan menggunakan oksigen dalam sel-sel
badan.

Bernafas
Bernafas (breathing) adalah proses dimana udara diambil masuk dan keluar dari tubuh
manusia untuk membolehkan pertukaran gas berlaku di dalam paru-paru.
Bernafas melibatkan proses berganti menarik nafas (inhalation) dan menghembus nafas
(exhalation) melalui tindakan diafragma dan otot intercostal.

Penyedutan membolehkan udara dari atmosfera akan disedut masuk ke dalam paruparu, manakala penhembusan nafas membolehkan udara diusir keluar dari paru-paru ke
atmosfera.
Proses menarik nafas dan menghembus nafas adalah disebabkan oleh tindakan
diafragma dan otot intercostal.

Diafragma adalah lapisan otot di bawah paru-paru. Apabila dalam keadan rehat,
ia berbentuk seperti kubah, yang melengkung ke atas.

Diafragma berfungsi untuk perubahan tekanan udara di dalam rongga toraks.

Otot intercostal adalah otot yang berada diantara tulang-tulang rusuk. Ianya
terbahagi kepada dua lapisan, iaitu otot intercostal luar dan otot intercostal
dalam.

Otot intercostal berfungsi untuk menggerakkan tulang rusuk.

Otot-otot intercostal.

Mekanisme pernafasan
Menarik nafas (inhalation)
Fungsi menarik nafas adalah untuk menarik oksigen dari udara ke dalam sel-sel badan.
Semasa menarik nafas,

diafragma mengecut dan mendatar.

otot intercostal luar mengecut dan menaikkan tulang rusuk ke atas dan ke
hadapan.

Pergerakan diafragma dan tulang rusuk itu seterusnya akan meningkatkan isipadu
rongga toraks.
Tekanan udara di dalam paru-paru berkurangan dan lebih rendah daripada tekanan
atmosfera luar.
Jadi, udara dari atmosfera akan dipaksa masuk ke dalam paru-paru sebagai udara yang
disedut semasa menarik nafas.
Menghembus nafas (exhalation)
Fungsi menghembus nafas adalah untuk membuang karbon dioksida daripada sel-sel
badan.
Semasa menghembus nafas,

diafragma dalam keadaan rehat dan melengkung ke atas berbentuk seperti


kubah.

otot intercostal dalam mengecut, akan merendah dan mengembalikan kedudukan


tulang rusuk ke kedudukan asal.

Pergerakan diafragma dan tulang rusuk itu seterusnya akan mengurangkan isipadu
rongga toraks.
Tekanan udara dalam rongga toraks bertambah dan melebihi tekanan atmosfera luar.
Jadi, udara di dalam paru-paru dipaksa keluar sebagai udara yang dihembus semasa
menghembus nafas.

Tuesday, April 10, 2012

Struktur Jantung Manusia


>>> Pakej Pembelajaran & Penilaian Online <<<
Jantung manusia (human heart) terletak di dalam rongga toraks (thoracic cavity), di
belakang tulang dada, dan di antara paru-paru (lung) kiri dan kanan.
Rupa bentuk Jantung adalah berbentuk kon (cone-shaped) dan hujungnya adalah
condong
sedikit
ke
arah
sebelah
kiri
badan
kita.
Jantung mempunyai jisim kira-kira 300g dan terbina daripada otot-otot jantung
(cardiac
muscles)
yang
tebal
dan
kuat.
Keseluruhan jantung dilindungi dengan membran yang tahan lama. Ruang diantara
jantung dan membran adalah berisi cecair (fluid) bagi tujuan untuk mengurangkan
geseran antara jantung dan organ-organ lain di sebelahnya.

Struktur terperinci jantung manusia.

Jantung manusia mempunyai empat ruang berotot (muscular chambers).

Dua ruang di sebelah kiri: atrium kiri dan ventrikel kiri.

Dua ruang disebelah kanan: atrium kanan dan ventrikel kanan.

Ruang kiri dan kanan dipisahkan oleh otot yang dikenali sebagai septum supaya darah
beroksigen (oxygenated blood) tidak bercampur dengan darah yang terdeoksigen
(deoxygenated
blood).
Ciri-ciri atrium dan ventrikel:

Ventrikel mempunyai ruang isipadu (volume of space) yang lebih besar daripada
atrium.

Ventrikel mempunyai dinding yang tebal berbanding atrium.

Ventrikel kiri adalah lebih tebal dan lebih otot daripada ventrikel kanan kerana
ruang (chamber) ini mengepam darah di bawah tekanan yang lebih tinggi ke
seluruh tubuh badan.

Setiap ventrikel dan atrium ini dihubungkan dengan satu salur darah yang besar.

Atrium kiri dihubungkan ke vena pulmonari (pulmonary vein).

Atrium kanan dihubungkan ke vena kava (vena cava).

Ventrikel kiri dihubungkan ke aorta.

Ventrikel kanan dihubungkan ke arteri pulmonari (pulmonary artery).

Aliran darah dalam satu arah (sehala) didalam jantung dikawal oleh tiga jenis injap
(valve):

Injap bikuspid (bicuspid valve or mitra valve) mengawal aliran sehala darah dari
atrium kiri ke ventrikel kiri.

Injap trikuspid (tricuspid valve) mengawal aliran sehala darah dari atrium
kanan ke ventrikel kanan.

Injap sabit (semi-lunar valve) mengawal aliran sehala darah dari ventrikel kiri
ke aorta, serta dari ventrikel kanan ke arteri pulmonari.

Tuesday, December 18, 2012

Perkumuhan Manusia
>>> Pakej Pembelajaran & Penilaian Online <<<

Apabila tindak balas kimia berlaku didalam sel-sel, bahan buangan (waste material)
dihasilkan.

Bahan buangan ini adalah tidak berguna serta boleh bertukar menjadi toksik (toxic) jika
terkumpul di dalam sel-sel badan.

Oleh itu, bahan-bahan buangan mesti dikeluarkan daripada badan untuk memastikan
kesihatan yang baik bagi organisma.

Proses menghapuskan bahan buangan daripada badan dikenali sebagai perkumuhan.

Dengan kata lain, perkumuhan (excretion) adalah proses di mana organisma


menyingkirkan bahan-bahan buangan daripada badannya.

Sistem perkumuhan manusia (human excretion system) terdiri daripada:


1. Sistem penghadaman (digestive system) untuk menyingkirkan
makanan yang terhadam melalui usus besar (intestine).

air

dan

2. Sistem pernafasan (respiratory system) untuk menyingkirkan karbon dioksida


dan air dengan gabungan sistem peredaran darah (circulatory system).

3. Sistem urinari / kencing (urinary system) untuk menyingkirkan air yang


berlebihan, bahan buangan metabolik dan garam.

Organ perkumuhan manusia


Organ perkumuhan melaksanakan perkumuhan di dalam badan kita.

Manusia mempunyai tiga jenis organ perkumuhan, iaitu kulit (skin), paru-paru (lung)
dan buah pinggang (kidney).

Bahan buangan dikeluarkan melalui organ perkumuhan dikenali sebagai


perkumuhan / kumuh (excretory materials).

bahan

Organ perkumuhan manusia.

Bahan perkumuhan manusia


1. Air, yang merupakan produk respirasi sel dan lebihan air yang diserap daripada
makanan di dalam usus besar (large intestine).

2. Karbon dioksida, yang merupakan bahan buangan daripada proses respirasi sel.

3. Garam mineral seperti garam/natrium klorida (sodium chloride) yang berlebihan


dalam makanan.

4. Urea, yang merupakan bahan bernitrogen yang dihasilkan daripada penguraian


lebihan protein di dalam hati (liver).
Jadual di bawah menunjukkan tentang bahan perkumuhan yang dikeluarkan oleh organ
perkumuhan manusia.
Organ perkumuhan

Bahan perkumuhan

Kaedah perkumuhan

Air

Urea

Garam
mineral

Karbon
dioksida

Kulit

Menghasilkan peluh

Paru-paru

Melepaskan wap air

Buah pinggang

Menghasilkan urin

Kepentingan perkumuhan
1. Untuk mengekalkan kesihatan. Hasil perkumuhan seperti urea boleh meracuni
sel hidup jika dibiarkan terkumpul di dalam badan.

2. Untuk mengawal kepekatan darah. Kepekatan garam yang tinggi di dalam


badan, boleh meningkatkan kepekatan darah.

3. Untuk mengawal suhu badan. Penyejatan peluh pada kulit boleh menyejukkan
badan.

Corak Pertumbuhan Manusia


>>> Pakej Pembelajaran & Penilaian Online <<<
Pertumbuhan (growth) adalah satu proses yang dialami di dalam semua organisma
hidup.
Proses pertumbuhan adalah melibatkan:
1. Peningkatan saiz (pembesaran) organisma.
2. Perubahan penampilan / rupa organisma.
3. Peningkatan dalam bilangan sel-sel.
4. Pembangunan fungsi organ organisma.

Pertumbuhan Manusia
Pertumbuhan / tumbesaran manusia boleh diukur dengan dua cara, iaitu melalui:
1. Ketinggian badan (body height)

2. Berat badan (body weight)

Proses pertumbuhan manusia boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat. Pada setiap
peringkat, akan terdapat perubahan dari segi bentuk, saiz dan rupa.
Secara umumnya, terdapat lima peringkat kehidupan pada manusia:
1. Peringkat awal (infancy)
2. Zaman kanak-kanak (childhood)
3. Remaja (adolescence)
4. Dewasa (adulthood)
5. Usia tua (old age)

Lima peringkat kehidupan manusia ini, boleh dipaparkan melalui lengkung pertumbuhan
(growth curve). Lengkung pertumbuhan ini adalah berbentuk S (S-shaped)
atau sigmoid.

Lengkung pertumbuhan manusia.


Berdasarkan rajah di atas, tumbesaran manusia terbahagi kepada peringkat berikut:
1. Peringkat awal (peringkat I).
Peringkat awal adalah dari umur 0 - 1 tahun. Kadar pertumbuhan pada peringkat
ini adalah cepat.

2. Zaman kanak-kanak (peringkat II).

Peringkat zaman kanak-kanak adalah dari umur 1 - 12 tahun.


pertumbuhan pada peringkat ini adalah perlahan sehinggalah remaja.

Kadar

3. Remaja (peringkat III).


Peringkat remaja adalah dari umur 12 - 20 tahun. Kadar pertumbuhan pada
peringkat ini terdapat sedikit peningkatan.

4. Dewasa (peringkat IV).


Kadar pertumbuhan pada peringkat ini adalah malar (constant) atau sifar. Ini
bermakna bahawa pertumbuhan/tumbesaran manusia telah berhenti. Walau
bagaimanapun, terdapat bahagian yang tumbuh sepanjang hayat, iaitu kulit,
kuku dan rambut.

5. Usia tua (peringkat V).


Pada peringkat ini, kadar pertumbuhan adalah negatif dan saiz tubuh manusia
juga mula mengurang. Peringkat ini berakhir dengan kematian.

Walaupun lengkung pertumbuhan (growth curve) manusia secara umumnya adalah


sigmoid, tetapi terdapat perbezaan dalam pertumbuhan pada lelaki dan wanita.

Lengkung pertumbuhan lelaki dan perempuan.


Berdasarkan lengkung pertumbuhan lelaki dan perempuan/wanita di atas;

Kadar pertumbuhan budak lelaki adalah sama seperti budak perempuan semasa
peringkat awal (bayi).

Walau bagaimanapun, kadar pertumbuhan budak lelaki adalah melebihi budak


perempuan semasa zaman kanak-kanak.

Antara umur 12-14 tahun, kadar pertumbuhan adalah dilebihi oleh budak
perempuan. Ini adalah kerana seorang budak perempuan mencapai akil baligh
(puberty) pada usia yang lebih awal (kira-kira 12 tahun) dan zaman remajanya
juga berakhir awal (kira-kira 16 tahun).

Seorang budak lelaki mencapai akil baligh pada usia lewat sedikit (kira-kira 14
tahun) dan zaman remajanya pula berakhir pada umur kira-kira 18 tahun. Jadi,
ketinggian perempuan adalah melebihi lelaki pada peringkat remaja.

Disebabkan tempoh pertumbuhan seorang lelaki adalah lebih panjang, jadi


ketinggian seorang lelaki melebihi seorang perempuan, adalah pada umur 18
tahun dan ke atas.

Zaman kanak-kanak (chilhood) adalah peringkat yang


pertumbuhan manusia. Jadi, kanak-kanak mestilah diberi:

paling

penting

dalam

1. Diet yang seimbang kerana nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin
dan garam mineral boleh memastikan pertumbuhan yang sihat dan mencegah
pelbagai penyakit kekurangan seperti marasmus (lemah seluruh badan), riket,
kwashiorkor dan beri-beri.
2. Bimbingan, perlindungan, kasih sayang dan pendidikan bagi memastikan
pertumbuhan rohani yang sempurna.

Friday, December 21, 2012

Mineral Yang Terdapat Di Dalam Kerak Bumi


>>> Pakej Pembelajaran & Penilaian Online <<<

Mineral adalah unsur semulajadi (natural element) atau sebatian (compound) yang
terdapat di dalam kerak Bumi (Earth's crust).

Mineral mempunyai komposisi dan struktur kristal tertentu. Contoh-contoh mineral


adalah calcite, feldspar, kuarza (quartz), mika (mica), marmar (marble) dan
silikat (silicate).

Hanya unsur yang tidak aktif sahaja boleh wujud secara bebas dalam kerak Bumi.
Sementara itu, unsur-unsur aktif akan bertindak balas dengan unsur-unsur lain
bagi membentuk sebatian tertentu.

Unsur-unsur semula jadi yang biasanya ditemui di dalam kerak Bumi adalah emas
(gold), perak (silver), platinum, raksa (mercury) dan arsenik (arsenic).

Jadual di bawah menunjukkan peratusan unsur-unsur mineral yang terdapat dalam


kerak Bumi.

Unsur

% mengikut berat

Oksigen

46.6

Silikon

27.7

Aluminium

8.1

Besi / Ferum

5.0

Kalsium

3.6

Sodium

2.8

Potassium

2.6

Magnesium

2.1

Titanium

0.4

Hidrogen / Karbon

0.14

Peratusan unsur di dalam kerak bumi.

Hampir 75% daripada berat mineral di dalam kerak Bumi adalah terdiri daripada unsurunsur oksigen dan silikon. Oleh itu, mineral silikat (silicate minerals) yang mengandungi
oksigen dan unsur-unsur silikon membentuk jumlah yang terbesar. Contoh mineral
silikat adalah termasuk kuarza, feldspar, mika dan tanah liat.

Mineral yang tidak mengandungi unsur silikon dikenali sebagai mineral bukan silikat
(non-silicate minerals). Contoh mineral bukan silikat adalah calcite, dolomit (dolomite),
magnetit (magnetite) dan bijih besi (hematite).

Unsur-unsur bukan logam yang lain seperti oksigen, sulfur dan karbon biasanya wujud
dalam bentuk sebatian seperti oksida (oxides), sulfida (sulphides) dan
karbonat (carbonates).

Unsur-unsur yang kurang aktif bergabung dengan oksigen dan sulfur untuk membentuk
oksida dan sulfida seperti oksida besi, aluminium oksida, plumbum sulfida dan
besi sulfida.

Sulfida bertindak balas dengan oksigen untuk membentuk sulfat. Sebaliknya, oksida
akan bertukar ke karbonat apabila bertindak balas dengan air dan karbon dioksida.

Oksida logam (metal oxide) adalah sebatian yang mengandungi logam dan oksigen.

Jadual di bawah menunjukkan beberapa contoh sebatian mineral yang ditemui di dalam
kerak Bumi.

Jenis mineral

Oksida
(oxide)

Sulfida
(sulphide)

Karbonat
(carbonate)

Contoh

Nama kimia

Unsur

Bauksit
(bauxite)

Aluminium oksida

Aluminium dan oksigen

Hematit
(hematite)

Besi oksida

Besi dan oksigen

Magnetit
(magnetite)

Magnesium oksida

Magnesium dan oksigen

Cassiterite

Timah oksida

Timah dan oksigen

Galena

Plumbum sulfida

Plumbum dan sulfur

Pirit
(pyrite)

Besi sulfida

Besi dan sulfur

Chalcocite

Kuprum sulfida

Kuprum dan sulfur

Blende

Zink sulfida

Zink dan sulfur

Marmar
(calcite)

Kalsium karbonat

Kalsium, karbon dan oksigen

Magnesit
(magnesite)

Magnesium karbonat

Magnesium, karbon dan oksigen

Dolomit
(dolomite)

Magnesium karbonat

Magnesium, karbon dan oksigen

Malachite

Kuprum karbonat

Kuprum, karbon dan oksigen

Contoh sebatian mineral yang ditemui di dalam kerak Bumi.

Mineral yang berlainan mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Mineral memiliki ciri-ciri yang
berbeza dari segi:
1. Kekerasan (hardness).
2. Keterlarutan dalam air (solubility in water).
3. Reaksi kepada haba dan kesannya (reaction to heat and its effect).

Kuarza dan calcite adalah mineral Bumi yang biasa ditemui


di dalam batu-batan di seluruh dunia.

You might also like